CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nora_balqis

[Tempatan] 10 cedera, termasuk 2 kritikal kebakaran berhampiran stesen minyak di Gua Musang

[Copy link]
Post time 3-4-2014 04:08 PM | Show all posts
Ya Allah.. menakutkan tengok gmbr 2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 04:09 PM | Show all posts
shell yang kat tepi RnR Gua Musang ke nih??
bukan jauh ke stesen dgn gerai2 tuh??
ke yang dekat mesjid tuh???
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 04:13 PM | Show all posts
kikuri posted on 3-4-2014 02:22 PM

sib baik civic EK tu selamat
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 04:34 PM | Show all posts
Ni yg kat masjid tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 04:51 PM | Show all posts
ya Allah teruknye
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 11:28 PM | Show all posts
Uishh bahaya betol ni naseb baik xde yg meniggal..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2014 11:39 PM | Show all posts
elohim bayar cash ke acaner ini?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 11:40 PM | Show all posts
minyak pun nak makan dekat gerai jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2014 12:08 AM | Show all posts
ALLAH BAYAR CASH

Gerai makan di Gua Musang sangat tersohor dengan HARGA CEKIK DARAH. Boleh dikatakan antara paling mahal di Malaysia.

Makan  nasi + tomyam + kailan + telor dadar sorang makan pon boleh mencecah RM20 seorang makan.
Ramai yang sumpah seranah selepas bayar. ......harga tak masuk akal.

Akhir nya balasan Allah memusnahkan warong durjana tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 12:18 AM | Show all posts
Salam takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 12:18 AM | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 04:33 AM | Show all posts
elohim bayar cash sekarang pada student2 bawah MARA
sebelm ni penuntut mrsm kena panah petir
ni penuntut kptm kena bakar dgn minyak
elohim dah berang dgn sikap student2 mara yg suka buat maksiat
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 06:22 AM | Show all posts
Innalillah..kesiannya..simpati dgn nasib mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 07:03 AM | Show all posts
takziah... kesian..

apa2 pon utk semua org, safetly first..

lepas nie minta2 sapa2 yg buat gerai di stesyen minyak berdekatan tu harus berfikir malang x berbau esp kalau kws tu byk minyak..

kws bahaya tu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2014 08:44 AM | Show all posts
11 pelanggan gerai makan melecur terkena percikan api tumpahan petrol

Gua Musang: “Suasananya cukup menakutkan apabila melihat mangsa yang melecur, bertempiaran lari sambil menjerit kesakitan dan meminta tolong.

“Ada mangsa yang terbakar keseluruhan badan sanggup terjun ke dalam longkang demi memadamkan api,” kata Ruzita Awang, saksi kejadian kebakaran yang menyebabkan 11 pelanggan kedai makan melecur di Dataran Kesedar Petra, di sini, malam kelmarin.
“Ketika itu saya lihat beberapa pengunjung bergelimpangan disambar api. Ada yang berlari menyelamatkan diri. Letupan pertama bermula di bahagian dapur membakar burger, sebelum disusuli beberapa letupan lain.

“Keadaan semakin cemas apabila beberapa letupan merebak kepada kenderaan termasuk empat kereta meletup. Saya tergamam melihat kejadian itu tanpa sempat berbuat apa-apa kecuali membawa tiga anak perempuan lari menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Pelanggan melecur teruk
Beliau bersama keluarga yang mengusahakan gerai makan di situ sejak 15 tahun lalu tidak menyangka kelalaian pihak tertentu menyebabkan kebakaran hingga pengunjung medan selera di situ melecur teruk.

“Walaupun kebakaran ini kali pertama berlaku, namun kami dapati aliran minyak dari stesen yang terletak berdekatan itu sudah kerap berlaku tetapi tiada sebarang tindakan diambil selama ini,” katanya.

Suri rumah, Masiah Hasbullah, 53, pula sedih melihat keadaan anaknya, Nurul Isah Mohd Yusoff, 20, yang kini kritikal menggelupur kesakitan dan kulit pada kedua-dua tangannya mula menggelembung.

Masiah berkata, dia mengetahui kejadian itu jam 10.30 malam kelmarin apabila dihubungi kakitangan Hospital Gua Musang memaklumkan kejadian menimpa Nurul Isah sebelum bergegas melihatnya.

“Keadaan Nurul kini sangat menyedihkan, hampir keseluruhan badannya melecur teruk kerana pakaiannya melekat di tubuh,” katanya ketika ditemui di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, semalam.


Tiba-tiba disambar api

Masiah berkata, sebelum kejadian, anaknya yang juga pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bersama tiga rakan baru tiba di gerai makan terbabit dan sempat memesan air batu campur sebelum mereka tiba-tiba disambar api.

“Dalam kesakitan, Nurul beritahu saya, sebelum itu dia dan rakannya terhidu bau petrol dan melihat ada cecair mengalir tidak jauh dari tempat duduk mereka.

“Belum sempat mereka berbuat apa-apa, api secara tiba-tiba menyambar mereka,” katanya yang berasal dari FELDA Chiku 3, Gua Musang.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, menasihati pemilik premis yang terbabit dalam mengendali bahan mudah terbakar di negeri ini, supaya sentiasa berhati-hati bagi mengelak kejadian yang boleh mengorbankan nyawa.

“Saya sedih dengan kebakaran besar yang berlaku di Gua Musang, malam kelmarin, yang menyebabkan ramai pengguna cedera, selain beberapa kenderaan terbakar.

“Saya merakamkan takziah kepada mangsa yang terbabit dan kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan melalui Tabung Serambi Makkah. Saya akan melawat mangsa nanti,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 08:55 AM | Show all posts
usah laa makan dekat gerai2 mcm neh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2014 09:20 AM | Show all posts
stesen minyak berdekatan kedai makan...memang bangang betul...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 09:42 AM | Show all posts
gede-bab posted on 4-4-2014 09:20 AM
stesen minyak berdekatan kedai makan...memang bangang betul...

bro... tutup sajalah stesen minyak yang ada KFC/starbucks/mcd/dominos/burgerking dan segala macam convenient store kat stesen minyak tu..

jangan sebab ini gerai kita salahkan deme...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 10:15 AM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 4-4-2014 09:42 AM
bro... tutup sajalah stesen minyak yang ada KFC/starbucks/mcd/dominos/burgerking dan segala macam  ...

restoran yang ada dalam kawasan stesen minyak tu tak lah dekat sangat tempat pun tertutup...dapur  dibahagian belakang...tapi tang gerai ni tempat terbuka kadang2 tempat masak pun bersebelahan pump..cuma dipisah dinding zink...api boleh menyambar bila masa...
tapi aku risau juga makan  kat restoran dalam kawasan stesen minyak ni...manalah tau tetiba




gambar hiasan....Mc Donald bandar Sunway,Seberang Jaya,Penang bersebelahan stesen minyak Caltex..
gambar kredit to ayaqkosong.blogspot.com Last edited by gede-bab on 4-4-2014 10:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambo mana gambo?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052444 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list