|
[Tolong] Nak resipi ayam panggang; bahan2 untuk peram ayam..
[Copy link]
|
|
klu nak simple, ayam perap dgn dried rosemary, garlic, salt, pepper, sikit gula/honey
nak style cina, perap dgn honey, garlic, ginger, 5 spice powder (klu xde pun xpe), minyak bijan sket (klu xde xpe), oyster sauce, serbuk ayam, kicap cair, serbuk lada sulah
nak style melayu perap cara satay pun mudah jer, blend serai halia garlic onion gula serbuk kunyit garam, perap, klu nak boleh tambah serbuk ketumbar, jintan manis jintan putih, xnak pun xpe
nak style india buat ler style simple tandoori, ayam yogurt lemon/limau, serbuk kari/briyani sikit, serbuk cili, kunyit, garam, blend halia onion garlic, pewarna merah klu nak
feveret sy style cina, madu/gula tu lebihkan, perap semalaman
|
|
|
|
|
|
|
|
BelovedTaeyeon posted on 14-4-2014 04:25 PM
Pedas2 manis...mesti sedap.
Saya cukup suka ayam Pizza Hut.
Tak kisah ori atau pedas.
beloved, nnt sy cuba kuah cicah mak awk tu, mcm sedap jer
selalu mak awk buat utk cicah ngan apa?
ni sy ada resepi sticky caramel chicken,
Sticky Caramel Chicken Wings
Sumber; mutiarazura; My resepi, dapur-mamasya.blogspot
Bahan-bahan ( 24 keping )
* 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
* 2 sudu besar minyak masak
* 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
* 1 sudu besar halia dicincang
* 1 sudu besar sos ikan - letak 1 1/2 sb (sos ikan dah masin tak payah letak garam)-tak da ganti garam je
* 1 sudu besar kicap - letak 2 sb
* 1 sudu besar sos cili
* 1/4 cawan (60ml) madu
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!
p/s : kalau rajin g lah jln2 ke blog dapur-mamasya.blogspot.com,
kat situ byk pilihan ayam panggang, boleh cuci mata tgk gamba ayam panggang yg mengancam..
pastu blhlah pilih yg mana berkenan
Last edited by anyah on 15-4-2014 01:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
yang ni pun lebih kurang sama,
AYAM MADU STICKY
source : hanamemories.blogspot.com ,dapur-mamasya.blogspot.com
Bahan-bahan
* 1/2 ekor ayam - potong kecil
* 2 inci halia muda - parut
* 5 ulas bawang putih - ketuk
* 2 sudu besar kicap pekat manis
* 1 sudu besar sos tiram
* 2sk maggi seasoning @ sos ikan
* 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
* 3-4 sudu besar madu
* 1/2 sk lada hitam
* 1/4 cawan air
* garam jika perlu
Cara-cara
* Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
* Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
* Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
* Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
anyah posted on 15-4-2014 12:59 PM
beloved, nnt sy cuba kuah cicah mak awk tu, mcm sedap jer
selalu mak awk buat utk cicah ngan apa? ...
Biasanya ikan bakar.
Ikan kukus, ayam kukus.
Yang masalahnya, saya bila cuba....mesti tak jadi
Ya lah kan...mak kita dari kecik belajar masak...kepakaran dia lain.
Kesiannya bila dia tak selera bila makan masakan sendiri.
Dah tua kan...bulan depan dia 60.
Last edited by BelovedTaeyeon on 15-4-2014 02:32 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
anyah posted on 13-4-2014 01:14 PM
Salam,
sy selalu guna resepi kak cranko ni..sedap & mudah
ambil dari forum cari ni jugak thread An ...
tgk mcm sedap je
|
|
|
|
|
|
|
|
saya selalu lumur dengan kicap ABC je... nak extra sikit tambah pepper ngan garam dah tu bakar
|
|
|
|
|
|
|
| |
|