CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Tunjuk Slip Gaji Untuk Beli Tudung Fareeda Satu Fitnah - Fizo Omar

[Copy link]
Post time 3-7-2014 09:00 AM | Show all posts
adeh la fizo.. banyak bunyi sungguh nooooo...

cer selidik dulu... ini main taram je...

malu la weyh..... tolong bagi dia link blog ijaicool tu..

biar terduduk bawah meja menahan malu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 09:02 AM | Show all posts
sejak fizo ada sentiasa ada gosip liar...kih3
mentang ko retis yer fizo x bley lari dari isu2 gosip neh..
retis gosip berpisah tiada.....jgn lariiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:02 AM | Show all posts
aku tak penah jumpa hot burger dia ni. ada tak kat bangi? selalu nampak burger Otai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:20 AM | Show all posts
tak habis-habis lagi ke psl tudung fareeda nih...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:01 AM | Show all posts
sedap x bege kapit dia tuh ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
enchikfitz posted on 3-7-2014 06:01 AM
Apa cerita business hot burger dia tu? Dah melingkup ke?

ekau ni bace ke idak..
Kan die kate bizi tambah branch 150 outlet.
Target 200 pas raya ni...

Masyukkkkk!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2014 10:06 AM | Show all posts
x abis2 lg ke pasal tdg pendek ni.. meluat dh aihh!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:10 AM | Show all posts
Ijai tu sah sah lah selalu gila buat lawak hambar. Nak sentap tak memasal ni kenapa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 10:12 AM | Show all posts
kahkah kesian ijai. lawak betul sapa yg percaya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:15 AM | Show all posts
Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources

kelas nama jawatan
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:18 AM | Show all posts
bosan lah asyik pafeeda ja...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:27 AM | Show all posts
tomet05 posted on 3-7-2014 10:01 AM
sedap x bege kapit dia tuh ?

baru nak tanya...

sedap ke bege dia tu?
tak pernah nampak pun...
ke kedai bege dia tu pun exclusive limited mcm tudung ketet bini dia jugak?

eh eh~
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:29 AM | Show all posts
actually aritu ijaicool ada post nk explain blk psl kes ni.
tp dah delete pulak post tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:30 AM | Show all posts
ni entry parodi dia sebelum ni.

Tuesday, May 6, 2014

EKSKLUSIF: Penjelasan Tentang Harga Tudung Yang Mahal

Hai apa khabar semua? Isu yang berkaitan dengan tudung merupakan isu yang kerap dikupas di media sosial. Salah satu isu yang popular adalah isu tudung berjenama popular seperti Fareeda dan Ariani, khususnya tentang harga tudung mereka yang lebih mahal daripada seluar jin Levi's. Baru-baru ini laman web sosial seperti Facebook meletup akibat kenyataan admin akaun fanpage Mawar Fareeda "jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..." berikutan tindakan rampasan tudung Fareeda tiruan. Kemudian di Twitter pula tersebar gambar harga tudung Ariani yang mencecah RM1000.

Sebagai penduduk Bangi, saya turut merasa tempias isu ini kerana kedua-dua kedai Fareeda dan Ariani terletak di Bangi. Oleh itu, saya ingin memberi justifikasi tentang mengapa harga tudung Fareeda dan Ariani mahal nak arwah sekaligus menepis segala tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat umum. Ayuh teruskan membaca.

1) Tudung yang eksklusif, tak bolehla sekadar digayakan di atas kepala patung. Untuk tujuan promosi, mereka mesti mengambil selebriti untuk menjadi duta tudung mereka. Seperti Ariani contohnya, ingat murah ke nak hire Wardina sebagai duta mereka? Lainlah kalau mereka mengambil Rosnah Mat Aris ataupun Azwan Ali menjadi duta. Itu sebab harga mereka jauh lebih mahal daripada tudung biasa di Jalan TAR. Bagi tudung Fareeda pula, pengiklanan mereka memang power dan efektif kerana berjaya membuat orang terkejut di waktu malam apabila melihat billboard di bawah. Waktu siang pula, kawasan billboard tersebut sentiasa sesak maka pemandu tiada pilihan dan terpaksa merenung billboard tersebut, dan mata model yang anggun itu akan memukau mereka untuk membeli tudung itu. Anda ingat billboard di lokasi tersebut murah?





2) Banyak produk 'Islamik' kini yang kononnya telah dibacakan dengan 30 juzuk seperti air ajaib Al-Khodafi dan Madu Ruqyah dara yang sebenarnya hanyalah tindakan untuk mempergunakan agama di dalam produk mereka. Tetapi bagi produk yang eksklusif seperti tudung 3 layer, mereka tidak akan menipu pengguna dengan mendakwa tudung mereka telah dibacakan dengan 30 juzuk, sebaliknya dalam proses mencipta tudung, mereka memasang lagu-lagu nasyid yang berunsur kemanusiaan agar vibe positif lagu tersebut dapat meresap ke dalam tudung. Contohnya, lagu popular In Team Kasih Kekasih dipasang semasa tudung dijahit agar mesej positif lagu tersebut "sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan" dapat meresap ke dalam tudung sekaligus mempengaruhi pemakainya agar tidak ringan-ringan dengan pakwe di dalam kereta. Penggunaan lagu ini membabitkan royalti yang harus dibayar kepada artis, sekaligus mempengaruhi harga tudung tersebut.

3) Kita boleh lihat perbezaan material yang digunakan pada tudung murah dengan tudung yang eksklusif. Tudung murah kalau hujan, habis lencun siap nampak rambut lagi. Tudung eksklusif pula menggunakan sistem '3 layer', di mana setiap lapisan memberi 3 tahap perlindungan terhadap pemakai. Lapisan pertama merupakan lapisan yang diperbuat daripada material yang kalis air, jadi tiada masalah tudung basah jika mahu berlari-lari anak di dalam hujan. Lapisan kedua pula merupakan lapisan antivirus, sebab kalau dah main hujan selalunya akan demam maka dengan adanya perlindungan tambahan, ternyata si pemakai akan menjadi lebih sihat. Lapisan terakhir pula adalah lapisan anti hapak untuk mengelakkan bau kurang senang jadi tudung boleh dipakai berkali-kali tanpa perlu dibasuh.

4) Tudung yang mahal, mesti ada resale value yang tinggi. Tudung eksklusif sebegini kini sudah diterima oleh tauke pajak gadai dan mereka sanggup memberikan harga yang tinggi untuk tudung tersebut. So tak apa kalau nak merasa beli tudung mahal sebab kalau dah tak ada duit nak beli nasi boleh pajak gadai je. Tudung bawal boleh pajak gadai ke? Bank-bank tertentu juga menerima tudung eksklusif sebagai bayaran downpayment untuk membeli kereta. Tetapi atas dasar itula pemakai harus berhati-hati kes meragut tudung eksklusif kini semakin berleluasa.

5) Sebenarnya tudung eksklusif ni mahal kerana teknologi yang hadir bersama tudung tersebut, tetapi ramai yang tak tahu kecanggihannya. Anda ingat batu berwarna di tudung 3 layer tu hanyalah hiasan semata-mata? Batu tersebut sebenarnya berfungsi sebagai pemancar emosi si pemakai. Jika gadis-gadis sedang period, batu itu akan bertukar menjadi warna merah pekat, so kalau merah tu memang orang tak kacau la kan. Kalau sedang berovulasi, batu tersebut akan bertukar menjadi warna merah jambu. Ini amat berguna buat suami isteri yang ingin merancang keluarga. Kalau dia jadi warna pelangi, itu tandanya batu anda sudah rosak harap tudung anda masih dalam warranty.

Kita dapat lihat juga dalam model-model tudung yang lebih advanced, tudung mereka dilengkapi dengan applikasi Camera360 so bila nak selfie dalam tudung tersebut, mereka sentiasa akan nampak 'glowing' dan bebas jerawat. Ada lagi, jika anda beli tudung ini secara kontrak bersama Maxis, tudung juga dilengkapi dengan kxnxksi 3G (4G jika kawasan anda maju) agar anda boleh upload selfie anda ke Instagram pada bila-bila masa!

Berdasarkan penjelasan di atas, saya berharap agar masyarakat sekurang-kurangnya dapat menghentikan segala kata nista serta memahami mengapa tudung-tudung eksklusif tersebut dikatakan mahal. Apa yang anda bayar sangat berbaloi dengan apa yang anda dapat. Adakah anda pengguna tudung ekslusif ataupun tudung bawal / pari / jenahak? Luahkan perasaan anda di sini. Mungkin ada feature tudung yang saya tak tahu, harap anda boleh kongsikan di ruangan komen. Anda bebas menggunakan hujah "eleh tudung mahal-mahal bukan menjamin ke syurga pun" tetapi jika anda masih kompelin tentang harga tudung eksklusif, maka terpaksalah saya quote fanpage Mawar Fareeda sekali lagi "...jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..."

ini adalah entri parodi, pihak Fareeda dan Ariani tidak membayar saya. Well maybe they should...

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:44 AM | Show all posts
roti_naan posted on 3-7-2014 10:30 AM
ni entry parodi dia sebelum ni.

ok, ini kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:51 AM | Show all posts
roti_naan posted on 3-7-2014 10:30 AM
ni entry parodi dia sebelum ni.

ini memang lawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 10:53 AM | Show all posts
roti_naan posted on 3-7-2014 10:30 AM
ni entry parodi dia sebelum ni.

hahahaha......
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ijai tu mmg melawak tp ade org lain yg viralkan balik.org tu pegawai miti ke ape.yg dr org miti tu la smue org ingt mmg kene bwk slip. Kalau ijau tu mmg best dia tu mmg cool sesuai ngn nama ijaicool.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 11:01 AM | Show all posts
kah3 katun la fareeda n fizo ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 11:03 AM | Show all posts
roti_naan posted on 3-7-2014 10:30 AM
ni entry parodi dia sebelum ni.

Lawaklah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.179914 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list