CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skalar

Novel Misteri : Jerlun - Chapter 4

[Copy link]
Post time 5-9-2014 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 5-9-2014 08:29 PM
haha. cerita ni tak habis lagi. klo dh siap insyaAllah boleh cuba. tp fixi ni nak novel yg urban-u ...

fixi byk porno maaa isi dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2014 08:43 PM | Show all posts
skalar ni orang kuala ke?

arena square tu penuh ngan gerai makanan macam2 bila hari ahad dan bulan posa.
paling special murtabak Pak Mat pendek tu..beratur panjang.

* sorry off topic..

back to stori..Has tu dirasuk kan??



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2014 08:46 PM | Show all posts
Esmiria posted on 5-9-2014 08:39 PM
fixi byk porno maaa isi dia.

ada yg xde porno pun, tapi meletop jugak. mcm kacau. tulah. aku ingt anta kt alaf 21 je nnti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2014 08:47 PM | Show all posts
Ipo posted on 5-9-2014 08:43 PM
skalar ni orang kuala ke?

arena square tu penuh ngan gerai makanan macam2 bila hari ahad dan bu ...

hahah. kg kuala. slalu klo g jrang masuk arena square tu. dok lembah yg belah cendoi dgn laksa tu. situ yg best.haha.
xpe.biasa ler. orang kuala.

dan ya. Has @ Hassan Jali yang dirasuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 08:49 PM | Show all posts
skalar posted on 5-9-2014 08:47 PM
hahah. kg kuala. slalu klo g jrang masuk arena square tu. dok lembah yg belah cendoi dgn laksa tu. ...

dah cuba cendol kat lembah tu..sedap la jugak..

laksa pun ok la gak..

ok..teruskan berkarya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 5-9-2014 08:46 PM
ada yg xde porno pun, tapi meletop jugak. mcm kacau. tulah. aku ingt anta kt alaf 21 je nnti {:lau ...

hanta ar kat alaf 21.
.BYKKAN  PLOT TWIST!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2014 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 5-9-2014 08:49 PM
dah cuba cendol kat lembah tu..sedap la jugak..

laksa pun ok la gak..

cendol tu berapa yer harganya??

TT,jgn stop update taw. Kang off nafsu nak bca!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2014 08:56 PM | Show all posts
Ipo posted on 5-9-2014 08:49 PM
dah cuba cendol kat lembah tu..sedap la jugak..

laksa pun ok la gak..

heh3, ty ipo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2014 08:57 PM | Show all posts
Esmiria posted on 5-9-2014 08:49 PM
hanta ar kat alaf 21.
.BYKKAN  PLOT TWIST!!!!!!

ahaha. insyaAllah. mmang bnyk ada ni.ihihi.
aku cuba sedaya upaya k. dont worry.

cendoi kat lembah murah je. ada yg singgit je klo biasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 11:45 AM | Show all posts
takpun cube anta kt lejen press
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
TT nak citer lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 09:14 PM | Show all posts
Bila nak sambung??..mckk berhantu tak? (off topic sat..)
ipo selalu lalu situ bila nak ke lembah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 04:08 PM | Show all posts
skalar posted on 5-9-2014 08:30 PM
heh3. semua nya lebih dari itu. kena tunggu. baru taw. ada plot twist. dari apa yg reader faham. h ...

huhu...sabar menanti... mula2 dah klimaks...



Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mna update?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 05:02 PM | Show all posts
TT..nk cete lg...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
hapdet mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2014 07:45 AM | Show all posts
jerlun dah lari ke mana??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 10:20 PM | Show all posts
maaf sgt. tekanan degree buat aku tertekan.amat. aku stress dgn kerja. sry ni. ni cite sempat aku tulis. 1 je. sorry
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 10:22 PM | Show all posts
Chapter 4

Flat Sri Koloni , Ipoh

" Hai kawan , makan besarlah kita ini malam? Bukan kau sudah dapat gaji ke? " Lee mengusik kawannya yang baru pulang.
" Banyaklah kau. Duit sewa , duit bil air , elektrik , nak pakai duit apa? " Zam melayan kerenah rakannya itu.
" Haha , jangan risaulah. Biar aku belanja. Oh ya , tahniah. Tahniah sebab tak mati. " Lee ketawa seraya berlari. Zam mengejar dan menyekeh kepala rakannya itu.

" Malam ini aku ingat nak pergi perkena char-kuey-teow dekat dataranlah. Dah lama kita tak pergi sana. Besok aku cuti. " Lee mengujakan pendapatnya.

" Cantik juga itu. Tapi kau makanlah char-kuey-teow itu sorang-sorang. Aku tak makan. Aku makan nasi apa-apa yang ada nanti. " Zam sememangnya tidak meminati sebarang jenis masakan yang mengandungi kuey-teow.

" Suka hati kaulah , Zam. Aku okay saja. "
" Eh , Lee. Dah nak masuk asarlah. Aku nak solat dulu. " Zam merupakan seorang hamba ALLAH (S.W.T.) yang taat. Setiap waktu sembahyang pasti dilunasi dengan awal. Dia begitu pantang untuk melewat-lewatkan solat.

        
        Senja berganti malam. Begitulah lumrah kehidupan yang sering dilalui seluruh umat manusia serata dunia. Selepas menunaikan solat maghrib , Zam duduk di sofa panjang di ruang tamu sambil menonton Berita Utama di TV3. Dia terlepas berita utama. Namun , matanya sempat terpandang wajah di kaca televisyen sebelum berita ditukar.
' Anis? ' Hati Zam mula bertanya-tanya. Setelah penat mengerah keringat , akhirnya dia memutuskan bahawa itu hanyalah kesilapan matanya sahaja.

        Zam terus menonton berita. Lee sudah hampir 30 minit bermandi. Sikap itu cukup kurang menyenangkan Zam. Masa yang diambil Lee untuk bersiap bekerja hampir 1jam. Hampir melebihi kaum wanita bersiap. Namun , yang bagusnya , dia kerap bangun awal. Mata Zam terus tertumpu kepada berita-berita di kaca televisyen , jika ada berita yang dia terlepas tadi disiarkan semula. Namun hampa. Zam bersolat selepas azan kedengaran. Dia hujung solatnya , dia berdoa ke atas kesejahteraan arwah ibu-bapanya , saudara-mara dan rakan-rakannya.

Dataran Ipoh , Ipoh

        Sesuatu yang sudah diramalkan oleh Zam; Lee memakan 3 pinggan char-kuey-teow special. ‘Pantang dibelanja’. Hati Zam geram memikirkan kawannya itu. Walaubagaimanapun , fikiran Zam masih lagi memikirkan berita yang dilihatnya tadi. Walaupun hanya sekelip mata , perkara itu cukup membimbangkan Zam. Nasi Goreng Ayam yang dipesannya tadi dibiarkan begitu sahaja. Dia jauh termenung. Keadaan itu disedari rakannya.
“ Amboi Zam , tahulah baru dapat gaji. Janganlah termenung nak beli kereta baru. Makanlah nasi tu. Nanti sejuk. Terpaksa aku yang habiskan pula. “ Ketawa terbahak-bahak diselangi selepas Lee menelan char-kuey-teownya.

“ Hah, jangan harap. Aku belum sentuh lagi nasi tu. Kau makan aku baling garfu ni dekat kepala kau. Aku termenung sebab lainlah. “ Zam melepaskan geramnya pada Lee yang begitu kuat makan dengan nada berjenaka.

“ Aiya , sebab apa loh kawan?. “ Lee menunjukkan keprihatinan terhadap rakan serumahnya itu.

“ Aku tak sedap hatilah. Aku rasa macam ada sesuatu yang telah berlaku. Semacam tak kena saja malam ini. “
Lee tidak pantas menjawab. Dia sekadar memandang ke arah pusat membeli-belah terkenal di Ipoh ; Ipoh Parade.  Dia menggenggam erat gelang di tangannya itu.
Gelang tersebut adalah pemberian ayahnya semasa pemergiannya ke Perak dahulu. Gelang itu merupakan gelang yang ‘menjaga’ Lee dari sebarang musibah. Kali terakhir Zam berkata semacam tadi ialah seminggu yang lalu di mana dia mengatakan bahawa dia merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku dan didapati rumah flat mereka dipecah masuk. Majur sahaja tiada sebarang kehilangan yang berlaku. Hal ini kerana penduduk flat cepat bertindak selepas mendengar bunyi bising di rumah mereka. Penduduk flat itu sungguh bersatu-padu. Itu yang membanggakan Lee.

Namun , semasa itu , nada Zam tidak begitu serius seperti hari ini. Lee terkumat-kamit membaca sesuatu semacam doa bagi agamanya. Lee melihat Zam memakan nasi itu dengan perlahan. Mukanya tampak tenang seperti sedang mengenang keindahan Taman Babylon , seperti mengagumi kesenian Taj Mahal dan seperti kagum melihat ketenangan Lautan Pasifik. Tetapi , pada hakikatnya , Zam menyimpan beribu rahsia terpendam.

“ Lee , jom gerak. Aku tak sedap badanlah. “ Zam mengajak Lee beredar dari situ. Lee sekadar akur dengan permintaan itu. Dia mengangguk dan beredar ke kereta. Zam menyusur selepas menjelaskan bil makan minum mereka.  

Jalan Bendahara , Ipoh

        MyVi SE itu meluncur laju melepasi kawasan perkuburan Jln. Bendahara. Zam mengucapkan salam kepada ahli-ahli kubur. ‘ Assalamualaikum ya ahli kubur , nanti aku menyusur. ‘ Zam sekadar mengucapkannya di dalam hati bagi tidak menimbulkan sebarang rasa pelik terhadap kawannya itu.

        Zam begitu hairan kerana sejak dari melepasi kawasan perkuburan tadi , dia sekadar melihat gelap yang luar biasa dari cermin pandang belakangnya. Seolah-olah kegelapan malam itu mengikuti mereka. Zam sekadar membiarkan sahaja perkara itu kerana menganggapnya sebagai gelap malam.

        Beberapa meter sebelum membelok ke Jalan Nasaruddin Rais , Zam merasakan stereng kereta seperti di kawal sendirinya oleh sesuatu yang ‘lain’.  Sedang laju memecut , stereng kereta di pusing 360 darjah dan menyebabkan kereta itu melambung sebelum terguling-guling menghentam pembahagi jalan. Mujur sahaja geseran yang kuat sebelum hentaman itu mengurangkan daya hentaman. Kereta itu jatuh dan kembali posisi normal. Cuma rupanya agak berbeza dengan normal. Lee luka di kepala dan pengsan. Zam masih lagi dalam keadaan terkejut. Tangannya kejap memegang stereng kereta. Pandangannya kehadapan. Luka di dahi dan bibirnya itu seperti tidak menyakitkan.

Imbas Kembali
        
        Zam mula menyedari bahawa kegelapan di belakang keretanya bukan kegelapan biasa. Kegelapan itu kelihatan seperti makhluk gelap yang mengekori kereta mereka. Belum sempat Zam memberitahu Lee , makhluk itu menerkup kereta Zam itu. Ternyata gelapnya bukan kepalang. Seperti di dalam kotak hitam yang tiada sumber cahaya. Zam mendapati Lee telah pengsan terlebih dahulu. Mungkin kerana semangatnya yang lemah. Semasa dalam kekagetan itu , Zam terdengar suatu bisikan yang menakutkan.

‘ Zam……………’
‘ Zam……………’
‘ Zam……………’
JERLUN……………………………….” Kedengaran suara itu cukup mengerikan. Zam terpaku. Seakan memikirkan beribu-ribu fasal.

        Kegelapan yang menyelebungi kereta itu hilang selepas itu. Apabila disedari Zam , keretanya telah pun terguling. Hentakan yang hebat dirasakan Zam. Seolah-olah kereta itu melepaskan geram terhadap dirinya. Seolah-olah badai besar ; Tsunami menghentam kereta itu dengan semahu-mahunya.
MyVi SE itu kecundang. Terbalik di bahu jalan. Di isi perutnya, Zam yang masih belum ‘terlepas’ daripada kekalutan itu tadi. Dadanya kembang kembis bernafas.

Dari kejauhan , sebuah Proton Waja berhenti melihat kejadian itu , prihatin. Pemiliknya segera ke tempat kejadian sambil menelefon 999 ; panggilan kecemasan.

Sempat juga dia menangkap gambar di keadaan itu sebelum mengeluarkan mangsa di dalam kereta yang terbalik itu. Hairannya , seorang mangsa sahaja yang dikeluarkan. Seperti ada yang tersirat disebalik kelakuannya.
Seperti yang diduga , Zam di pijak dan di henyak dengan kejam. Seperti ada dendam yang membara. Seperti wira membelasah musuh yang membunuh tunangannya. Namun , tidak pula seperti membunuh. Setelah puas , pemilik Proton Waja itu berlalu ke keretanya dengan senyuman yang puas. Tersengih , bangga.
‘ Aku takkan biarkan kau mati dengan senang. ‘ Desus hati pemilik kenderaan itu.

Sinar lampu jalan sekilas menyimbah ke muka pemilik kenderaan itu , Jack. Ternyata dendamnya terhadap Detektif Zamanhuri begitu menebal. Walaubagaimanapun , dia seperti mempunyai agendanya yang tersendiri. Hanya membiarkan masa berputar laju sebelum niatnya itu dilaksanakan.
Proton Waja itu laju membelah keheningan malam.  

Kampung Baharu Jerlun , Kuala Kangsar

“ Bapa lihat tak tadi? Dia semacam beria-ria menangis meriah simpati orang ramai! Bencilah saya lihat dia begitu! Sengaja menampakkan kelemahannya untuk menarik perhatian Anis! Perempuan murah! “ Siti menghamburkan kemarahannya terhadap Hasma yang dilihatnya semasa majlis tahlil arwah Mak Bidah sebentar tadi.
        Sejak zaman persekolahnya , Siti begitu membenci Hasma kerana kelebihan Hasma yang melebihinya dari setiap aspek. Rupa , kepandaian , kecergasan , sopan santun dan bermacam-macam lagi. Siti membenci Hasma namun dihadapannya berpura-pura baik. Dasar hipokrit!. Perbezaan ketara Siti dan Hasma adalah Hasma mengejar cita-citanya dan Siti mencari bahagianya. Persamaan mereka pula ialah kedua-dua mereka menyukai insan yang sama ; Ustaz Anis. Namun , nasib memihak kepada Hasma apabila Ustaz Anis turut menyukainya namun malu menyuarakannya.

“ Asal saja Anis itu berguru dengan bapanya. Dia juga mahu menjadi anak guru bapanya. Mengambil kesempatan! Tak guna! “ Siti kehilangan punca membidas Hasma apabila dia menyedari segala hamburannya itu tidak diendahkan.
“ Bapa! “ Siti merengek , malu.

        Lelaki tua itu kelihatan berkopiah , menghisap rokok berjenama Lucky Star , sambil membaca akhbar Berita Harian. Menghayun-hayunkan kerusi malasnya dan membuat muka semacam tidak mendengar amarah anaknya itu. Dia bersiul-siul memainkan lagu Bila Perpacaran dendangan Suhaimi Mior Hassan dan Anna Raffali. Dia adalah orang terpenting kampung itu. Menjaga setiap kebajikan penduduk kampung itu. Bertanggungjawab menjaga keharmonian kampung itu. Bersusah-payah menjayakan majlis tahlil keluarga Ustaz Nor Faiz. Malah dia menangis mengenangkan nasib keluarga malang itu. Dia adalah Pak Amut ; Ketua Kampung Baharu Jerlun.

        Satu keluhan kuat kedengaran dari Pak Amut. Dia meletakkan surat khabar yang dibacanya ke atas meja kaca di tepi. Memandang anak daranya seorang itu. Manis , seperti aktess Bollywood , Priety Zienta. Tinggi lampai , seperti model. Berkulit sawa matang. Pipinya kemerah-merahan menahan amarahnya. Tapi sayang , wajah itu kelihatan gelap dan tak bermaya kerana sikap baran yang diwarisi dari arwah ibundanya yang berangkat ke alam barzakh tujuh belas tahun yang lalu.

“ Siti , kau janganlah ikutkan hati begitu sekali. Si Hasma itu baru semalam kehilangan ibunya. Kau patut faham. Kau juga serupa semacam itu semasa ibu mu pergi meninggalkan kita dahulu. “ Pak Amut tenang memujuk anak tunggalnya itu.

“ Alah , bapa sahaja mahu mengungkit kisah lama. Semasa itu Siti baru Sembilan tahun. Tidak mengerti apa-apa. Ei , bencilah! “ Siti berlari masuk ke biliknya.

        Pak Amut tersenyum. Hambar. Kepalanya kusut memikirkan nasib penduduk kampungnya. Khabarnya , Jerlun sedang berleluasa di kampungnya itu. Dia telah mewujudkan beberapa pasukan peronda bagi menjaga keselamatan kampungnya itu namun , Jerlun itu semacam sakti kerana selama beberapa minggu meronda , tiada kelihatan kelibat makhluk yang digelar Jerlun itu. Tetapi , ada sahaja kematian yang berlaku. Pihak polis turut membantu melakukan rondaan. Pak Amut melihat usaha itu sebagai sia-sia. Dia harus memikirkan cara bagi menghalang kematian ini berulang lagi.   
        Pak Amut melihat keluar tingkap. Memandang sekeliling. Kampungnya , Kampung Baharu Jerlun , mungkinkah akan berterusan begini? Mungkinkah keluarganya juga akan terancam? Mungkinkah Jerlun itu menyimpan dendam terhadapnya?. Bermacam-macam persoalan muncul di benak fikiran Pak Amut.

Di lorong hadapan rumahnya , seorang pemuda berbadan tegap berjalan perlahan. Memandang ke arahnya dan tersenyum. Dia membalas senyuman sambil mengangkat tangan tanda hormat. Pemuda itu ialah Doktor Nordin. Doktor yang banyak berjasa terhadap penduduk kampung. Malah semasa Siti disyaki dijangkiti H1N1 suatu ketika dahulu , Doktor Nordin yang banyak membantu. Dia pasti tidak melupakan jasa doktor tunggal kampungnya.

Sayup-sayup di kejauhan , Doktor Nordin melirik pandangan ke Pak Amut. Tersenyum. Cukup manis. Manis sehingga setiap gadis yang melihat pasti akan terpikat. Tetapi , senyuman itu diisi sesuatu. Sesuatu yang tidak pasti. Hanya Dia yang mengetahui…
Last edited by skalar on 29-10-2014 10:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 11:59 PM | Show all posts
oh jadi yang menempek di kereta tu jerlun la ya?

rupa jerlun macam beruk ke apa? berbulu hitam?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.064724 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list