CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FanTasyCreaTioN

[Tempatan] Semua UPDATE di kumpul kat page 1: Letupan lombong arang batu di Sarawak

[Copy link]
 Author| Post time 23-11-2014 05:26 PM | Show all posts
KUCHING: Pihak polis telah mengenal pasti identiti tiga mangsa yang maut dalam kejadian letupan lombong arang batu di Sarawak semalam.

Mereka dikenali sebagai Pang Chung Hyok, 29, warga Korea Utara, warga Myanmar, Tun Tun Win, 36, dan warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kardianto, 38.

Letupan kira-kira 9 pagi itu turut mencederakan 29 pekerja lain di lombong yang terletak berdekatan Pantu, Sri Aman kira-kira 130 kilometer dari sini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Mohamad berkata mangsa maut apabila lombong yang dipenuhi gas itu meletup bermula daripada kejadian litar pintas sebuah kipas.

"Siasatan setakat ini mendapati selain tiga yang meninggal, 29 lagi pekerja tercedera di dalam terowong sepanjang 69 meter itu," katanya. Mat Jusoh berkata daripada jumlah yang tercedera, sembilan merupakan warga Indonesia, enam (Myanmar) lima (China), dua (Bangladesh) dan tujuh (Korea Utara).

Katanya 25 orang daripada yang tercedera mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak sementara empat yang lain dirawat di Hospital Sri Aman.

Beliau berkata lombong berkenaan telah beroperasi kira-kira lapan tahun lalu dan kini mempunyai 119 pekerja yang kebanyakannya warga asing.

Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 10:24 PM | Show all posts
dauswq posted on 23-11-2014 05:04 PM
Terkejut gak hehe

Great leader hantar kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:34 PM | Show all posts
Siannya........takziah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq posted on 23-11-2014 05:08 PM
boleh plak presiden negara sane benarkan rakyatnya cari rezeki di negara org..

aku rase me ...


ni jenis yang dah lari la tu..

jenis yang berani, mereka lari dekat-dekat je masuk sempadan China dengan Korea Selatan. sebab yang berkeluarga masih berharap dapat berjumpa ahli keluarga mereka lagi.. tapi tiap-tiap malam tidur tak lena takut perisik cari dan tangkap balik.. jatuh hukum mati..

yang jenis penakut agaknya dari China lari negara lain cari kehidupan baru. Mungkin Sabah ni kos hidup tak tinggi dan sesuai dengan jiwa komunis mereka.. takpun sebab confident takde perisik yang akan cari sampai sana

kita tengok dokumentari pelarian ni, mereka tak boleh hidup dalam bandar. tertekan dengan tuntutan material sampai bunuh diri pun sanggup..
Last edited by awanearisu on 23-11-2014 10:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga yang tercedera dapat sembuh seperti sediakala
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 11:00 PM | Show all posts
omg omg omg

seriau tengok kulit sampai macam tuuuuu

hope they'll survive this
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2014 11:17 PM | Show all posts
awanearisu posted on 23-11-2014 10:41 PM
ni jenis yang dah lari la tu..

jenis yang berani, mereka lari dekat-dekat je masuk semp ...

bahaya ni...
dgr2 ade assassin tgh mencari depa ni..
famili sane dh mampuss
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq posted on 23-11-2014 11:17 PM
bahaya ni...
dgr2 ade assassin tgh mencari depa ni..
famili sane dh mampuss


itu kita ceritakan dari kacamata dan mentaliti mereka.. bila ditanya itu jawapan mereka.
pada kita sebenarnya trauma, agaknya dari kecik dididik dengan perasaan takut.  jadi paranoid terus.
itu yang sampai pikir macam tu agaknya.

diorang ni tak suka duduk korea selatan, urban sangat katanya. jiwa anak kampung tu masih tebal agaknya Last edited by awanearisu on 23-11-2014 11:29 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 11:26 PM | Show all posts
Ngilu pulak melihat gambar2 tuh... terbayang2 citer law and order, mangsa yg melecur kena sental kulitnya sampai satu spital dengar dia menjerit2 kesakitan.
Curious gak tang pekerja North Korea tuh kan. Kalo tak silap kat sana ada lombong arang batu, kat sini pon derang kerja kat lombong arang batu gak. Mungkin Msia ok sket kot sebab bergaji berbanding jadi hamba di bawah pemerintahan ditaktor yg gems tuh.
Apepon, ai harap kesemua mangsa yg terselamat cepat sembuh. Kesian sgt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2014 11:27 PM | Show all posts
UPDATE

KUCHING: Sebelas orang mangsa letupan dalam terowong lombong arang batu di Selantik, Pantu, Sri Aman masih berada dalam keadaan kritikal di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Mereka menghadapi kesukaran bernafas dan terpaksa menggunakan alat bantuan penafasan.

Seorang petugas HUS berkata mereka yang stabil itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi sementara enam yang lain di Wad Kuning dan seorang di Wad Hijau.

Selain HUS, mangsa lain yang kurang kritikal ditempatkan di Hospital Sri Aman dan lima lagi di dua hospital swasta.

Kebanyakan pekerja yang cedera merupakan warga asing dari Korea Utara, Indonesia, Myanmar, China dan Bangladesh.

Dalam kejadian pagi semalam itu, tiga pekerja warga asing turut maut.

Sebanyak 119 pekerja bekerja di lombong yang beroperasi sejak lapan tahun lalu itu.

Dua tahun lepas, sebuah lombong arang batu di Abok turut meletup dan mengorbankan empat warga China.

Berikut senarai penuh mangsa kejadian yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak hari ini.

MAUT:
----
1. Tun Tun Win, 36, (Myanmar)
2. Pang Chung Hyok, 29, (Korea Utara)
3. Kardianto, 38 (Indonesia)


CEDERA:
-------
(Indonesia)
1. Abdul Salam, 26
2. Nurul Huda, 21
3. Sutarman, 38
4. Triono, 28
5. Mohd Zainudin, 25
6. Ahmad Zidin, 27
7. Nur Fatoni, 25
8. Nyiar, 53

(Myanmar)
1. Aum Tok, 36
2. Aung  Myint Htut, 26
3. Nyi Nyi Lwin, 27
4. Kyaw Moe Win, 25
5. Kyi Ngwe, 27
6. Win Soe, 41

(China)
1. Yang Chol Lin, 36
2. Nie Jing Wen, 43
3. Li Xiao Long, 30
4. Qin Han Qiang, 47
5. Chen Liang, (umur tidak diketahui)
6. Nie Jing Wen, 44

(Bangladesh)
1. Mohamad Jakir, 45
2. Maha Bubu, 30

(Korea Utara)
1. Kim Kum Song, 28
2. Kwak Ju Hyok, 28
3. Chin Shol Ju, 28
4. Ri Ho Chol, 28
5. Ju Kim Song (umur tidak diketahui)
6. Sin Chung Hyon, 28
7. Jong Song Nam, 28
8. Kim Ji Song, 28.


Credit To :
http://www.astroawani.com/news/show/11-mangsa-letupan-lombong-arang-batu-masih-kritikal-49050


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 11:32 PM | Show all posts
awanearisu posted on 23-11-2014 11:26 PM
itu kita ceritakan dari kacamata dan mentaliti mereka.. bila ditanya itu jawapan mereka.
pada k ...

aku suspek pekerja korea utara ni kerja bwh agensi company china kot..
bkn scr direct gtuh

sedara diorg selatan tu plak sibuk berjoget2

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq posted on 23-11-2014 11:32 PM
aku suspek pekerja korea utara ni kerja bwh agensi company china kot..
bkn scr direct gtuh
...


samalah kita pikir gitu jugak. ni mesti ejen bawak masuk. mesti tak berkira gaji asal boleh lari jauh-jauh.

sedara kpop maintence tinggi sangat. tengok rambut pun dah stress. yelah dulu takyah pening-pening, masuk barber konfirm satu stail je semua bila keluar. stail rambut pemimpin terulung. bila campur belah kpop pingsan agaknya nak pilih gaya rambut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2014 11:37 PM | Show all posts
poqdiang posted on 23-11-2014 11:00 PM
omg omg omg

seriau tengok kulit sampai macam tuuuuu

kulit tu ader yang dah garing kot ..
memang tak leh sentuh sembarangan



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2014 11:38 PM | Show all posts
dauswq posted on 23-11-2014 11:32 PM
aku suspek pekerja korea utara ni kerja bwh agensi company china kot..
bkn scr direct gtuh
...

ha`ah ..
sebab tu dier rang di suruh bekerja di tempat "tertutup"


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2014 11:40 PM | Show all posts
dani-rox posted on 23-11-2014 11:26 PM
Ngilu pulak melihat gambar2 tuh... terbayang2 citer law and order, mangsa yg melecur kena sental kul ...
(Korea Utara)
1. Kim Kum Song, 28
2. Kwak Ju Hyok, 28
3. Chin Shol Ju, 28
4. Ri Ho Chol, 28
5. Ju Kim Song (umur tidak diketahui)
6. Sin Chung Hyon, 28
7. Jong Song Nam, 28
8. Kim Ji Song, 28.
masih muda2 uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2014 11:42 PM | Show all posts
awanearisu posted on 23-11-2014 11:36 PM
samalah kita pikir gitu jugak. ni mesti ejen bawak masuk. mesti tak berkira gaji asal boleh lari ...
mesti tak berkira gaji asal boleh lari jauh-jauh.
ha`ah .. ader try google skit2 petang tadi

ader sorang tu cerita .. seminggu takat minum sedikit ja
langsung tak makan
demi untuk keluar dari situ
memang rasa baik mati kata nya
tpi ingat ayah tua dan anak2 yang tinggal
dia bertahan ja menyelinap ke negara lain





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 23-11-2014 11:42 PM
ha`ah .. ader try google skit2 petang tadi

ader sorang tu cerita .. seminggu takat minum sediki ...

kesian kan.. nasib tak baik pula terkena nahas di tempat kerja.
yang myanmar tu pun pelik juga. biasanya myanmar celik sikit, ada yang kerja kilang.

kalau adik FC bernasib baik cari di youtube mungkin akan jumpa dokumentari pelarian korea utara ni.  
hidup mereka taklah susah sangat di sana, cuma perasaan takut dihukum setiap kali tersilap tu membuatkan mereka penat agaknya.

kesilapannya pun remeh-remeh sahaja kalau di mata kita.. tapi di sana budayanya berbeza mungkin..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 12:01 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 23-11-2014 11:40 PM
masih muda2 uols

Kesian kann... Mcm mana lah agaknya famili derang terima berita buruk nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 12:22 AM | Show all posts
dani-rox posted on 24-11-2014 12:01 AM
Kesian kann... Mcm mana lah agaknya famili derang terima berita buruk nih





http://kpkesihatan.com/2014/11/23/respon-kkm-terhadap-kejadian-letupan-lombong-arang-batu-di-selantik-pantu-bahagian-sri-aman-sarawak/


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian...semuga road to recovery tidak terlalu sukar bagi mereka. Semuga mereka dan petugas kesihatan diberi kekuatan fizikal dan mental dalam menangani situasi ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.327263 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list