|
[Jenayah]
Bekas Tentera & Isteri DiBunuh Kejam.2 Kambing Hilang.Duit Tak Hilang.
[Copy link]
|
|
Edited by supernaturalee at 7-1-2015 05:09 PM
rsnya tak sbb xde kesan pecah masuk rumah
maknanya pertemuan sblm berlakunya pembunuhan adlh dlm keadaan normal
plus, dorang curi kambing lg
blh siasat kt area situ kandang2 atau tempat2 jualan kambing bg cari suspek
so, kemungkinan besar suspek adlh dikenali mangsa
i peminat criminal minds jgk
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi di curik pun 2 ekor je.penagih tegar? |
|
|
|
|
|
|
|
CSI and criminal minds my peberet ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
wo!!!
creepy siot!
scene die buat gaya sedut tu![](static/image/smiley/default/funk.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
cult killing ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya kes2 cani xlama lepas tu mesti dpt tangkap penjenayah tersebut
semoga mendapat hukuman setimpal
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua Ekoq Je La
two of the couple’s 15 goats were missing from their shed
Tolong edit tajuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
kannnn?!legend sunggu citer ni cara dia subtle je tapi menakutkan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah edit tk ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
BUKIT KAYU HITAM - Polis masih menyiasat kes pembunuhan sepasang suami isteri di Kampung Ketemba, Baling awal pagi tadi.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kematian mangsa mempunyai kaitan dengan kes mencuri ternakan mereka.
"Dua daripada 15 ekor kambing mangsa di dalam kandang turut didapati hilang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Elias Hassan, 65, dan isterinya Saayah Mat Tahir, 54, ditemui dengan kecederaan parah di dalam dan luar rumah mereka.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Wari Kiew berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 7.50 pagi.
Jiran mangsa Alias Mat, 63, berkata seorang penduduk kampung yang melalui jalan berdekatan rumah mangsa melihat lampu picit masih bernyala berdekatan mayat Elias sebelum melapor kepada polis. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pembunuh pasangan tersebut segera ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal.
|
|
|
|
|
|
|
|
niat memang nak curik skit jaa kot
terserempak dengan salah sorang arwah
dan pencuri a.k.a pembunuh tu terdesak terpaksa membunuh sebab memang kenal
kot ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
saje je fefeeling csi petang nih ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
SUSPEK SEMBELIH WARGA EMAS DI TAHAN
Alor Setar: Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian bunuh membabitkan sepasang suami isteri di Kampung Kuala Balut, Ketemba, Kuala Pegang, Baling, dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata, kesemua suspek berusia antara 18 dan 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 pagi di rumah masing-masing di sekitar daerah Baling.
“Kesemua suspek ditahan hasil maklumat awam serta risikan polis dan kita percaya penahanan mereka mampu membantu pihak berkuasa bagi menyelesaikan kes itu.
“Setakat ini, mereka ditahan untuk diambil keterangan untuk tempoh 24 jam dan mungkin akan disambung semula hingga kita berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perasmian penutup Festival Kesenian Islam sempena Maulidur Rasul di Dewan Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, semalam.
Sambutan tahunan berkenaan dihadiri seramai 500 pegawai dan anggota polis daripada seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) termasuk IPK bertujuan menyemai semangat kecintaan terhadap Islam sempena sambutan Maulidur Rasul.
Pada majlis berkenaan, pelbagai aktiviti kerohanian dijalankan termasuk tazkirah agama disampaikan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Syeikh Ahmad Fisol Omar, selain dikir zikir, persembahan nasyid dan qasidah.
Mengulas lanjut mengenai penahanan berkenaan, Zamri berkata, soal siasat dijalankan polis percaya motif kejadian adalah untuk mencuri kambing peliharaan kedua-dua mangsa yang diternak berhampiran rumah.
“Siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar masih dijalankan,” katanya.
utaranews
|
|
|
|
|
|
|
|
sembelih tu...
agaknya pisau tu dah diasah tajam utk sembelih kambing kut.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|