CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jenabmurai

Tuntutan RM1,500 tidak melampau - Rita

[Copy link]
 Author| Post time 21-1-2015 05:07 PM | Show all posts
Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah swt telah menyatakan :

'Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya'.


( Surah at-Talak : 6 )
Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2015 05:07 PM | Show all posts
Tuntuan Mutaah

Mutaah ialah sejumlah harta di mana suami wajib memberi kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami. Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat mengenai Mutaah:
' Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa'.
(Surah Al-Baqarah : 241)

Dalam ayat yang lain pula Allah swt menyatakan:
'Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka atau sebelum kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka iaitu suami yang senang menurut kemampuannya dan suami yang miskin menurut kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut yang patut lagi menjadi satu kewajiban atas orang-orang yang mahu berbuat kebajikan'.
(Surah Al-Baqarah : 236)

Firman Allah swt :
'Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang eddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka dan lepaskan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya'.
(Surah Al-Ahzab : 49)

Mutaah itu boleh sama ada berbentuk pakaian, barang-barang atau wang sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Islam tidak menetapkan kadar mengenai Mutaah ini. Dasar penetapannya bergantung kepada keredhaan dan persetujuan suami isteri. Walau bagaimanapun, jika kadarnya menjadi pertelingkahan suami isteri, maka Mahkamah Syariah akan memutuskan kadar yang patut berdasarkan kemampuan suami.

Dalam kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr. Hussein (1980, Jld.3 J.H.) Peguam bagi pihak menuntut (isteri) telah merujuk kepada kes Hasan bin Ali bin Abi Talib yang mana semasa beliau menjadi khalifah telah menceraikan isterinya dan memberi 10,000 dinar sebagai Mutaah. Peguam iu berhujah pihak yang kena tuntut (suami) seorang yang berkemampuan. Yang Arif Kadi Besar selangor (pada masa itu) telah merujuk surah Al-Ahzab ayat 49 dan memutuskan pihak yang menuntut (isteri) berjaya menuntut Mutaah sebanyak RM25,200 sebagaimana yang dituntutnya.

Apa yang nyata berdasarkan kes ini, walaupun seseorang wanita itu mempunyai pendapatan yang baik, ia tetap menuntut haknya kerana perceraian itu atas kehendak suami.

Dalam Islam pemberian Mutaah ini bertujuan:

Seseorang isteri lazimnya bergantung hidup kepada suami. Oleh itu apabila ada pemberian Mutaah ini, maka bekas isteri bolehlah menggunakannya sebagai modal untk berdikari dan memulakan hidup baru selepas bercerai.

Menghilangkan rasa malu dan prasangka buruk terhadap isteri. Pada kebiasaaannya terdapat anggapan masyarakat bahawa seseorang wanita yang diceraikan kerana ada sesuatu aib pada dirinya. Oleh itu pemberian Mutaah itu bermakna perceraian itu bukan berpunca dari bekas isteri.

Untuk menentukan perceraian itu dibuat secara baik dan sebagai penghargaan suami terhadap isteri atas sumbangan dan peranan yang diberikan oleh isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:11 PM | Show all posts
matahari7001 replied at 21-1-2015 05:03 PM
nafkah untuk x wife pun ade la..as long as die tak berkawin lagi

owh ye ek..hehehehe...

ingat tuk anak je
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:12 PM | Show all posts
aku setuju je rita tuntut macam2 nafkah tu.. byk mana yg patut biar le mahkamah yg tetapkan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:20 PM | Show all posts
de_ikea replied at 21-1-2015 08:44 AM
@mamakoya, @miu84, @chickenwing

Korang, iols nk beri pencerahan. Rm1.5k + utility bills rm600 tu  ...

bagus lah dia tuntut..

itu hak dia..

pengajaran juga buat lelaki2 lain di luar sana..

walaupon rita ni mulut laser,tp tuntutan dia buat berdasarkan kemampuan suami dia..

dan tuntutan tu dia buat sudah tentu berdasarkan nasihat peguam dia..

jgn biar diri dianiaya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:27 PM | Show all posts
jadik perempuan kene bijak...

jgn jadik stok redho jeh... matilah kene pijak smpi ke sudah...

bagus rita.. tuntut jeh...

jgn ingt die nak senang lenang pas tabur benih merata...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2015 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ap mslh Aidil ni..miskin sgt ke smpi tu pon xmmpu. Bgi je kt rita,abis citer.xpyh pjg2 citer.anggap je hadiah pd Rita selama idop bersma.n Rita pon bela ank2 ko ap. Skit je amaun tu, cer ikut peribadi SB bab2 bila bercerai ni. Somebody yg close ng Aidil ni cer bgi nasihat skit.. xluak pon reta ko bgi kt Rita. Ke da xde reta ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:31 PM | Show all posts
iols setuju jah dengan angka yg rita tuntut sbb iols rasa memang camtu kot figure nye utk duk kt kota ni..lain la duk kampung kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 05:33 PM | Show all posts
RM50 sehari, 4 kali makan campur 2 orang anak kira murah jah... Sekrang ni kos hidup makin lama makin meningkat... RM1,500 sorang pakai sebulan pun belum tentu cukup... Ni lagi nak bayar segala bil bagai... Susu n pampers anak lagi... Itu belum anak sekolah, belanja hari2, yuran sekolah kang... Kau ingat senang jah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mamakoya replied at 21-1-2015 04:23 PM
rm 1500 utk 2 org anak...tu biasa laa
ape nak pelik?
mahal ke?

Org pertikai rm1500 bukan sbb lebih.. tp xcukup. Rm50 je sehari. Untuk dua anak. Sorg rm25.

Sarapan rm5
Lunch rm10
Ptg rm5
Malam rm5

Susu pampers duit pndidikan mcmne la agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:39 PM | Show all posts
eeeii rita ni, tamak haloba


cukup la tu, kalo nak lebih pakai la duit sendiri, apa la rita ni anak sendiri pun nakberkira...

wa rasa aidil nye bahagian dah cukup dah rm1500 tu....

rita ni wa rasa kaki kikis@ meterialistik gak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:40 PM | Show all posts
rita ingat ex- hasben dia david beckam, christiano ronaldo ke nak bayar USD 10,000 seminggu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:45 PM | Show all posts
rita perasan hidup high class la tu...dia tak sedar ke x laki pun footballer suam2 kuku sudah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
azie.dz replied at 21-1-2015 03:35 PM
patut tuk nafkah anak...ni mintak tuk dia plak..gila mereng ke apa dia ni...

La nak mereng apenye. Nafkah masa dia masih bini si adel tu kan ke mamat tu x bg lansung. Agaknya org yg komen ni mereng kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
milot replied at 21-1-2015 05:29 PM
Ap mslh Aidil ni..miskin sgt ke smpi tu pon xmmpu. Bgi je kt rita,abis citer.xpyh pjg2 citer.anggap  ...

Khen..tu namanya jantan bongok.dulu blah dr rumah x bg nafkah kut.kang org dh tuntut satu hal plak.kalau bg dulu takat 1000 utk si rr tah2 xdelah dia bising mcm skang.laki ni nk buat pangai ngan betina x kedekut. Ngan bini kedekut.biasalah kalau takat spm jah..cara bpikir pun one way jah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 06:02 PM | Show all posts
mamakoya replied at 21-1-2015 04:23 PM
rm 1500 utk 2 org anak...tu biasa laa
ape nak pelik?
mahal ke?

setuju. zmn skng ni kos tinggi
tgk ig rita dia antar anak mengaji, skola, kelas arts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm1500 utk sorang anak tak.melampau aku yang rakyat marhaen pon boleh cecah 1500 gak utk sorang anak...taska skang mana ade yg rm200 sebulan...makan minum....insurans tabungan.education dll lagi..logik la tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki mcm tu kena ajar sikit. Selamba aje suruh ex bini tanggung semua
Ada perempuan senang2 je ditindas bolrh halal2 gitu je tp bukan rita rudaini, dia tu keras kepala, dan dia tuntut sebab dia berhak. Xsalah pun benda yg dia tuntut tu. Dia jenis tak suka dipijak2 oleh lelaki cmtu je. Benda ni patut beri pengajaran pada semua wanita yg wanita ni bukab senang2 je bila diceraikan,wanita ni ada hak,  yg lelaki nk blah cmtu aje pastu kahwin lain tinggal kan je exbini and anak2 mcm tu je
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tuntut! biar tggl suar dalam ex-laki ko
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 06:29 PM | Show all posts
go go rita..

RM50 tu... boleh beli apa sangat laaa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.076734 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list