Selamat pagi para sahabat caliph buskers dan azmi saat. Ada yang bertanya, adakah Caliph Buskers dah tak ambil lagi jemputan untuk orang kawin?
Memang biasanya jemputan orang kawin bayarannya lebih rendah. Sebab jemputan orang kawin bajetnya datang dari poket individu. Lain kalau jemputan makan malam dari syarikat2 besar. Diaorang ada bajet untuk bayar walau pun bayarannya besar.
Jangan risau. Kami masih lagi menerima jemputan untuk orang kawin. Kami tak kan lupakan sahabat2 Caliph yang telah mengundi kami sehingga dinobatkan sebagai pemenang persembahan terbaik tempoh hari. Sy yakin, Kebanyakan pengundi bukanlah dari keluarga yang senang. Pengundi juga bukanlah sebuah syarikat. Semua undian datang dari individu. Tapi kerana semangat untuk menyokong, kalian tetap mengundi. Lebih2 lagi yang mendoakan kejayaan kami. Sombongnya kami apabila sudah dikenali, mula memilih jemputan yang bayarannya besar sedangkan ramai yang nak jemput tapi tak mampu dengan bayaran yang kami tentukan.
Kami sekumpulan buskers. Kami tahu susah senang mencari rezeki. Insya Allah, selagi para sahabat ada di samping kami, kami akan cuba berikan yang terbaik selagi mana kami mampu. Tujuan bermuzik adalah untuk didengari dan menghiburkan orang bukan untuk mencari kekayaan.
Pendek katanya, jangan ada yang takut untuk mengundang kami kerana kami tetap seperti yang dulu. Kami tetap Caliph Buskers yang akan menjadi Buskers sampai bila2.
Jadi, hubungi je Syahzmeen di talian 0173698145 untuk tujuan jemputan.
Sekian. wassalam.
yg nie dr fb azmi. rasanya di bls psl gosip nie kot.