|
[Tempatan]
Kastam: GST sardin tin sebab makanan diproses
[Copy link]
|
|
Hadapla gst april nih. Tak payah nak momok harga brg turun. Even zero rated pd brg asas pun tak bermakna harga kekal apalagi turun. Yg zero rated sekarang pun sampai masanya akan dikenakan gst. Kalau BN tumbang, utg la PR meneruskan gst nih. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai...kalu lu smiskin...lu masak je sendiri benda2 dlm tin tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya, saya akui saya miskin......... miskin hutang. Selalunya memang saya masak sendiri kari daging/ayam kerana lebih terjamin keenakannya dn menjimatkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harga brg naik sbb peniaga yg manipulasi harga
gst tu alasan je
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana yg haritu kata sardin tak kena gst.Senyap ja |
|
|
|
|
|
|
|
tulang sardin reput sebab dia rebus pakai pressure cooker.. |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm
Sardin bagus untuk tulang

KUALA LUMPUR – Kita sering mendengar dakwaan mengatakan bahan pengawet yang dicampur dengan sardin dalam tin memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Malah di internet heboh dakwaan tulang manusia akan menjadi rapuh sekiranya makanan kegemaran ramai itu diambil secara kerap.
Selain itu, ia juga dikaitkan dengan ketumbuhan fibroid kepada wanita.
Bagaimanapun, dakwaan itu diragui kebenarannya oleh Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. E. Siong Tee.
Menurutnya, ikan sardin dalam tin sebenarnya mempunyai kandungan kalsium tinggi yang diperlukan oleh tulang manusia.
“Kajian sains mendapati tulang ikan sardin dalam tin merupakan salah satu sumber kalsium yang baik untuk tulang selain produk tenusu.
“Setakat ini, makanan dalam tin tidak mempunyai sebarang risiko yang memudaratkan sekiranya bahan yang digunakan oleh pengeluar mematuhi piawaian yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Selain sardin, katanya, amalan makan ikan bersaiz kecil seperti ikan bilis juga membantu meningkatkan kandungan kalsium yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Tambah Siong Tee, makanan dalam tin juga membantu memudahkan penyediaan hidangan diet bagi mereka yang sibuk dengan jadual harian.
Sementara itu, seorang pakar tulang, Dr. M. Ismail Maulut (gambar) memberitahu, masalah berkaitan dengan sendi dan tulang manusia berkait rapat dengan kandungan garam atau asid urik dalam makanan.
“Kandungan asid urik di dalam kebanyakan makanan dalam tin adalah minimum serta tidak bahaya kecualilah ia tidak diawet secara sempurna dan telah dijangkiti bakteria.
“Sebenarnya, makanan laut dan organ dalaman haiwan lebih berpotensi meningkatkan kandungan asid urik dalam darah yang menjadi punca serangan penyakit sendi berbanding makanan dalam tin,” katanya.
Antara makanan organ dalaman itu ialah paru, hati, limpa dan perut haiwan.
Menurut M. Ismail, makanan dalam tin mungkin memudaratkan jika kandungannya tercemar oleh bakteria jenis Clostridium Botulinum.
“Bakteria tersebut mudah ditemui pada tanah dan air yang kotor. Ia juga mudah menular dalam makanan dalam tin yang tidak diawet sempurna sehingga boleh menyebabkan sel-sel bakteria akan menghasilkan toksin yang boleh mengakibatkan keracunan kepada manusia,” jelasnya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 3.htm#ixzz3Vs7Ky0ue
Hakcipta terpelihara
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sy tinggal dekat kg xde nye nk mkn ikan sardin ni...
Makan ikan darat lg sedap..puyu,haruan,sepat...buat kering ke pekasam ke pergh mkn pula dgn nasi panas2,sambal belacan sedapnya 
Huaaa nk balik kg.... |
|
|
|
|
|
|
|
ikan tamban sama je kan dgn ikan selayang. Tapi apa pun mmg ikan tamban tu adalah sardine.
Dah goreng garing2 tu bila makan buleh rasa masam, masin sket...perghhh.
Beng siap wat stock dalam peti..rebus ikan tamban ramai2 dalam periuk, then tos kan simpan dalam peti, bila nak makan goreng je terus. lapor arrr.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beli sardin tin cuma simpan dalam kabinet,time emergency ke atau tak sempat nak masak,benda ni jadi keperluan.
Makan sekali sekali je tapi jangan selalu sebab banyak chemical added inside. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari isnin yang lepas kecoh di Kompleks Kastam Kelana Jaya apabila sekumpulan rakyat Malaysia anti-GST berkumpul di sana untuk mengutarakan soalan kepada Pengarah Kastam di sana. Beberapa aktivis dan juga ahli parlimen ditahan dan juga direman selama 3 hari akibat daripada perhimpunan tersebut. Dibawah adalah antara salah satu soalan panas yang ditanya:

Soalan ini mendapat perhatian ramai pemerhati dan 'pakar-pakar percukaian' Malaysia di laman media sosial temasuk blog, FB dan Twitter. Tanpa membuang masa mereka menjawab soalan-soalan di atas dan antara jawapannya adalah:
1. Ikan sardin dan lobster segar tidak dikenakan GST dan dikategorikan di dalam pembekalan berkadar sifar.
2. Ikan sardin di dalam tin dikenakan GST berkadar standard 6%.
3. Lobster yang sudah diproses seperti sardin yang sudah diproses di dalam tin dikenakan GST berkadar standard 6%.
4. Sardin yang telah diproses sudah dikenakan cukai dibawah Akta Cukai Jualan semenjak tahun 1972.

Jawapan jawapan di atas juga diambil daripada grafik-grafik yang 'menarik' oleh Friends of Barisan Nasional yang ditujukan kepada aktivis terbabit iaitu Rara. Sikit punya bangga 'pakar-pakar' percukaian Malaysia ni menyerang Rara bertubi-tubi dari semua sudut. Jadi soalnya siapakah yang benar dan siapakah yang bercakap bohong atau siapakah yang pandai atau buat-buat pandai? Teruskan membaca dan jangan lupa klik link yang diberi untuk mengesahkan sendiri apa yang dilampirkan (in case ada yang kata bukti ini diada-adakan).
1. Ikan sardin dan lobster segar tidak dikenakan GST dan dikategorikan di dalam pembekalan berkadar sifar.
Ya benar, sardin dan lobster segar, dibekukan dan tidak dibekukan kedua-duanya dikategorikan di bawah pembekalan berkadar sifar atau maksud yang lebih mudah difahami umum sardin dan lobster segar tidak dikenakan GST. Peniaga yang menjual sardin dan lobster segar di pasar-pasar basah, supermarket dan sebagainya tidak dibenarkan mengutip GST daripada pembeli. Ia tertera didalam Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 yang sudah digazetkan menjadi undang-undang.
i) Ikan sardin

Sardin: m/s 27 - 29
ii) Lobster

Lobster: m/s 34
2. Ikan sardin di dalam tin dikenakan GST berkadar standard 6%
Yang dimaksudkan Rara dan aktivis bantah GST yang lain adalah ikan sardin yang sudah diproses di dalam tin yang dikenakan GST. Sardin di dalam tin mempunyai nilai tambah (value added) jadi tidak hairanlah ia dikenakan GST berkadar standard 6% dan juga disenaraikan didalam Senarai Barang Bercukai dan Tidak Bercukai Barang Serbaneka (Sundry Goods) yang dikeluarkan pihak Kastam di laman web mereka.

Sardin Dalam Tin: m/s 9
3. Lobster yang sudah diproses seperti sardin yang sudah diproses di dalam tin dikenakan GST berkadar standard 6%.
Dengan penuh yakin 'pakar-pakar' percukaian tersebut menjawab semua makanan diproses dikenakan GST berkadar standard 6%. Sebenarnya bukan semua makanan yang telah diproses dikenakan GST 6%. Contohnya beras yang diproses daripada padi di kilang, dibungkus di dalam plastik 5kg, 10kg dan sebagainya tidak dikenakan GST 6% tetapi dikategorikan sebagai pembekalan berkadar sifar. Roti diproses daripada gandum dibungkus di dalam plastik juga berkadar sifar dan tidak dikenakan GST 6%.
Jadi fakta bahawa makanan yang telah diproses dikenakan GST adalah tidak tepat. Berbalik kepada lobster yang sudah diproses contohnya lobster didalam tin seperti yang tertera di dalam grafik di atas dikatakan dikenakan GST 6% seperti sardin di dalam tin yang telah diproses, ia juga tidak tepat dan salah sama sekali. Lobster di dalam tin dikategorikan dibawah GST berkadar sifar dan tersenarai didalam Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 yang sudah digazetkan.
Lobster: m/s 34

Lobster di dalam tin (canned / airtight containers) dikategorikan dibawah GST bekalan berkadar sifar di dalam muka surat yang sama dengan lobster segar. Google sahaja lah airtight container dan anda akan tahu tin makanan juga adalah bekas kedap udara.
Jadi di manakah salahnya soalan aktivis-aktivis bantah GST berkenaan sardin (dalam tin) yang dikenakan GST 6% dan lobster (di dalam tin) berkadar sifar?
4. Sardin yang telah diproses sudah dikenakan cukai dibawah Akta Cukai Jualan semenjak tahun 1972.
Betul ke ni? Mana buktinya? Buktinya ada di dalam Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai No, 2) 2012 yang juga telah digazetkan di mana seperti diterangkan didalam muka surat kedua Jadual Pertama tidak dikenakan cukai jualan.

Sales Tax Act: m/s 2
Bukti yang dimaksudkan adalah sardin yang telah diproses di dalam tin tidak dikenakan cukai jualan. Sardin yang sudah diproses di dalam tin tersenarai di bawah Jadual Pertama dimana ia tidak dikenakan cukai jualan 10%:

Sardin: m/s 38
Jadi grafik yang dikemukakan oleh Macai... maaf Friends of BN adalah tidak tepat. Tapi bagaimana pula dengan lobster yang sudah diproses dan ditinkan? Ianya dikategorikan dibawah Jadual Kedua di dalam Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai No, 2) 2012 dimana ia dikenakan cukai jualan sebanyak 5%.

Lobster: m/s 256
Maknanya sardin di dalam tin sekarang tidak dikenakan cukai jualan tetapi selepas 1 April 2015 akan dikenakan GST 6% manakala lobster di dalam tin dikenakan cukai jualan 5% sekarang tetapi tidak dikenakan GST 6% selepas 1 April nanti.
Jika masih tidak percaya sardin dalam tidak dikenakan cukai jualan anda boleh menyemak Panduan Harga Pengguna yang dikeluarkan oleh KPDNKK untuk semakan harga selepas GST:
Dengan jelas sardin di dalam tin pelbagai jenama menerima impak GST 5.7% dan dikategorikan sebagai akan naik harga. Jika sebelum ini sardin di dalam tin sudahpun dikenakan cukai jualan sejak 1972 sebanyak 10% mengapa pula impak kepada sardin di dalam tin selepas GST setinggi 5.7% dan akan naik harga? Boleh jawab wahai 'pakar-pakar' percukaian sekalian?
Di dalam grafik tersebut juga dinyatakan bahawa lobster siap masak di kebanyakan restoran sudah pun dikenakan cukai perkhidmatan 6%. Itu ada kebenarannya tetapi yang dikenakan 6% adalah perkhidmatan di restoran itu, bukan khusus kepada lobster yang dimasak. Cukai perkhidmatan 6% dikenakan ke atas jumlah bil bukan lobster sahaja. Fikirlah logik sikit, lobster itu makanan dalam kategori barangan bukan perkhidmatan.
KESIMPULAN
Apa yang boleh disimpulkan selepas penerangan saya berserta bukti di atas?
1. Ikan sardin di dalam tin tidak dikenakan cukai jualan 10% sekarang tetapi akan dikenakan GST 6% selepas ini maka dengan itu harga sardin di dalam tin akan naik.
2. Lobster yang sudah diproses di dalam tin sebelum ini dikenakan cukai jualan 5% dan selepas ini tidak akan dikenakan GST atau berkadar sifar.
3. Soalan aktivis Bantah GST kepada Kastam adalah logik dan tidak salah, mengapa sardin (di dalam tin) makanan mudah didapati rakyat kebanyakan dikenakan GST tetapi lobster (di dalam tin) tidak dikenakan GST?
4. Grafik Friends of BN kebanyakannya tidak tepat dan tidak bersandarkan bukti.
Teguran kepada rakan-rakan Bantah GST, sepatutnya bantahan dan soalan ini diajukan kepada pembuat dasar di Kementerian Kewangan di Putrajaya. Jabatan Kastam Diraja Malaysia hanyalah pelaksana dasar. Yang mahukan GST dilaksanakan adalah pembuat dasar di peringkat kementerian yang kemudiannya diluluskan di parlimen. Kastam hanyalah SYMP (Saya Yang Menurut Perintah) sebagai badan pengutip cukai.
Kepada penyokong-penyokong GST, sebenarnya saya juga pro-GST. Saya telah menulis berkenaan GST sejak 2013 yang boleh dibaca di blog ini juga. Artikel berkenaan GST boleh dibaca di sini; GST, GST 6%, GST Standard Rated, GST Zero Rated dan GST Exempt. Semuanya penerangan berkenaan GST dan bukannya bangkangan atau tentangan kepada GST.
Mengapa saya sokong GST? Kerana cukai jualan dan perkhidmatan tidak seefisyen GST, Malaysia perlu beralih daripada bergantung kepada sumber petroleum dan beberapa sebab lagi yang sudah saya nyatakan di dalam tulisan tulisan saya sebelum ini.
Yang mengjengkelkan adalah apabila penyokong-penyokong GST dan 'pakar-pakar' percukaian negara ini menyatakan bahawa GST bagus untuk rakyat kerana ia akan menurunkan harga barang dan sebagainya. Betul secara teori sebahagian harga barang akan turun kerana GST 6% dan cukai jualan sebelum ini 10% tetapi kebanyakan barang akan naik harga kerana kebanyakan barang dikecualikan daripada cukai jualan seperti di dalam Jadual Pertama di dalam Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai No, 2) 2012. Bandingkan dengan jadual didalam Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 berapa banyak sahaja yang tidak dikenakan GST.
Nak jadi 'pakar' percukaian tak apa, tapi banyakkan lah membaca. Jangan kerana persoalan itu diutarakan oleh aktivis, pembangkang dan sebagainya terus anda bakulsampahkan persoalan tersebut. Jangan juga memberi fakta yang salah, grafik boleh cantik tapi jika faktanya salah grafik itu lah yang sepatutnya dibakulsampahkan.
Kalau ada sesiapa 'pakar pakar' percukaian di luar sana rasa artikel ini tidak tepat, dipersilakan menulis artikel balas berserta bukti dengan fakta-fakta tepat. Kalau setakat nak maki hamun dan caci maki jangan buang masa rakyat yang benar-benar mahu tahu fakta tentang GST yang berkait rapat dan akan memberi kesan kepada mereka selepas 1 April nanti.
Janganlah jadi seperti manusia yang "kecik-kecik taknak mampus, besar-besar menyusahkan orang."
p/s: "Beli ikan sardin segar di pasar goreng pun sedap tak kena GST." Contoh bahlol tak faham konteks soalan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|