CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10332|Reply: 20

Mahathir tak keseorangan, Siti Nurhaliza ada

[Copy link]
Post time 15-4-2015 02:14 PM | Show all posts |Read mode


Jarang menyentuh soal politik, penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza tampil mengejutkan dengan menyatakan sokongan terbuka pada Tun Dr Mahathir Mohamad yang “keseorangan” mengkritik pentadbiran perdana menteri.

Bagi penyanyi kelahiran Lipis, Pahang itu, perdana menteri 22 tahun itu menyentuh hatinya kerana mengharungi pelbagai cabaran membangunkan Malaysia sehingga terkenal di mata dunia.

Love you Tun (Mahathir) dan sentiasa bersama Tun....

“Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata Dunia patut kita hargai serta contohi.

“Tiada yang muda Kalau tidak kerana orang tua,” tulis Siti Nuhaliza di akaun perkongsian gambar Instagram beliau yang mempunyai pengikut besar 1.4 juta orang.


Penyanyi lagu berentak irama Malaysia itu juga menggunakan hashtag #sayaanakMalaysia dan #sebak bagi menggambarkan perasaannya itu.

Beliau memuatkan grafik menunjukkan Mahathir sedang merenung ke arah sesuatu dengan berlatar belakang 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Dimuatkan juga kapsyen “Saya sedar saya keseorangan”.

Belasan juta 'like'

Syarikat pelaburan negara itu antara perkara utama dibangkitkan Mahathir ketika merancakkan asakannya kepada pentabiran Datuk Seri Najib Razak, selain isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Status itu mendapat sokongan meluas peminatnya.

Setakat berita ini ditulis, seramai 17.2 juta orang menekan butang like dan hampir 700 komen dinyatakan.

“Saya sokong Dato' Siti. Tiada yang baru tanpa yang tua. Tun bercakap ada sebabnya.... Fikir fikirkanlah,” komen seorang peminatnya dikenali “shahrazak”.

Bagaimanapun, terdapat pengguna lain membangkitkan keraguan terhadap sokongan terhadap Mahathir daripada pihak yang didakwa pernah “mengata dan menghina” veteran politik itu.

“Saya pun sayang Tun idola... tapi ada yang mereka sebelum mengata dan menghina Tun macam-macam... tapi tiba-tiba sokong Tun.... ada udang sebalik mi?” soal “slizamiza”, tanpa menghuraikan lanjut.

Kebanyakan pengguna media sosial itu berkongsi pandangan sama dengan Siti, atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin.

Sehari sebelum status itu, Mahahir mengeluh dalam blognya bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Najib.

Lagu 'Lelaki'

Bagi mewajarkan kritikannya itu, Mahathir berkata soalan berkaitan 1MDB masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes Alttantuya.

“Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah.

“Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya,” soalnya dalam tulisan blog terbaru berjudul “Soal tak jawab”.

Siti Nurhaliza, 36, sebelum ini pernah tampil dengan lagu mengisahkan perjuangan hebat “seorang lelaki”.

Karya berjudul “Lelaki” itu dispekulasi ditujukan kepada beberapa tokoh negara, termasuk Mahathir.

Sejak tampil kali pertama dalam bidang seni suara pada 1995, penyanyi serba boleh itu telah menghasilkan 16 buah album dan menggondol lebih 200 anugerah dalam bidang muzik.

Isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K itu juga mengasaskan produk kecantikan berjenama SimplySiti.


p/s: @harisbee  @fredbok87  

ya tok ti anda & dr m tak keseorangan...
kami rakyat malaysia turut sama ada hak mahu menyoal ke mana wang kami taburkan pergi  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2015 02:45 PM | Show all posts
yeah!!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 02:51 PM | Show all posts
lagu 1malaysia tok ti karangan aubrey suwito utk tok jib leh buang jauh2 dah

lagu lelaki utk dr m lagi membawa makna
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 03:21 PM | Show all posts
Tak pernah tgk CT bergambar dgn kak mah atau Najib.
so nampak sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 03:46 PM | Show all posts
oh, mmg ada board khas utk Datuk CT ye??

hebatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 15-4-2015 03:46 PM
oh, mmg ada board khas utk Datuk CT ye??

hebatnya.

Lama dh ade mak ton..sejak lebih 10 thn lps lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2015 03:51 PM | Show all posts
dauswq replied at 15-4-2015 03:47 PM
Lama dh ade mak ton..sejak lebih 10 thn lps lagi

tak penah tau.. slalu tgk yg kat board gosip tempatan je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 05:38 PM | Show all posts
dr.m mmg mnat tokti sejak tokti awal2 nyanyi lgi..rsenye dia xde mnat artis laen slain ct
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2015 05:50 PM | Show all posts
Mak pon sentiasa sokong Tun wlpon tak sokong BN n mak rasa ramai gak yg dlm kabinet BN sokong Tun dlm diam cuma terpaksa mengembek bl masuk kandang kambing. Yg sokong jibby angkat2 telo tahap dewa bagai cam aritu cuma segelintir jew semata2 nak dpt pangkat n duit. Pullstop.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pun t.kaseh sngt pd Tun M krna menyuarakan bkn isi hati aja.. rasa2 isi perut sekali nih.. Allah aja la yg membalas jasa beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 06:00 PM | Show all posts
Rakyat biasa cam kita ni melalak bagai nak rak wat apa sekali pon yg berkuasa tetap di sanjung macai n taunya wat polis repot amik tindakan akta hasutan bagai n polis gak akan bertindak secepat kilat memberkas we'ol yg tak bersalah n berdosa (ckit tak cam yg makan suap siang malam pagi ptg khenn!), tu yg wat kami terpaksa pendam segala nya dlm hati dan sanubari. Ceh wah puitis lak mak jap.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dct tak takut potakah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 10:35 PM | Show all posts
salute for her courage
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 12:23 AM | Show all posts
aku ni keseorangan jugak, tapi siti nurhaliza tak komen apa2 pun..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 09:21 AM | Show all posts
terkejut mak... mention my name.. hehe. Yes... I'm with my idols... tokti and tokdet forever and evahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2015 09:24 AM | Show all posts
dauswq replied at 15-4-2015 02:51 PM
lagu 1malaysia tok ti karangan aubrey suwito utk tok jib leh buang jauh2 dah

lagu lelaki utk dr  ...

memang lagu Lelaki ni ditujukan buat tokdet ke ?... perghhh .... lirik dia memang bermakna gitu..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap lg tu.... Ms tuan guru nik aziz meninggal.. Ada kata tujukan lgu tu pd tok guru.....
Kagum pd mrk yg berani bersuara
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 08:39 AM | Show all posts
CT x takut nak kena C4 ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
love both tokti dn chedet
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2016 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tk sangka tokti ada bod sendiri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.078343 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list