kipasmeja This user has been deleted
|
Sup daging/ayam ala stew [ninoZ]
daging/ayam - digaul dgn tepung n lada hitam [tepung tu salut byk byk pun tak pe]
bwg beso kuning - dipotong wedges [8 bhgn]
carrot - cut into big chunks
potato - potong wedges
tomato - potong wedges
daun sup- hiris
lada hitam
garam gula secukup rasa
air
minyak
mula mula panaskan minyak kemudian tumiskan bwg beso..agak2 kekuningan..masukkan daging/ayam..tumis sampai agak agak keperangan n garing sket tepung yg bersalut tu.. pastu masukkan air [jgn byk sgt..kuah sup ni must be thick mcm mushroom soup]
bior merenih sampai agak2 daging tu empuk..pastu masukkan carrot n kentang..seasoned dgn garam n gula n masukkan hirisan daun sup n last sekali masukkan tomato
kacau hingga semunya empuk n masak
tutup api n taburkan sedikit lada hitam..
siap utk dihidangkan..
sedap dimakan dgn begitu sahaja atau dgn nasi ataupun cicah roti..
variasi:
leh masukkan button mushroom kalau suka..agak agak daging nak garing.. masukkan mushroom.. n goreng kejap pastu baru tambah air
kalau nak pekat..masa tumis daging tu leh taburkan sedikit lagi tepung
kalau nak sedap..masa panaskan minyak tu..campokan beberapa sudu butter..rasa sup ni akan lagi creamy |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
Sup Diet [muntz]
Celery (bukan daun celery)
Green pepper
Kobis
Tomato
Stok ayam
Air
Garam secukup rasa
Rebus semua bahan dlm periuk. Masukkan stok ayam dan garam untuk memberi rasa. Mmg tak sedap tapi kalau amalkan makan benda nie (tak makan benda lain) selama seminggu, boleh turun sampai 5kg, Insya allah |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
SUP JAGONG SEMPOY RAWK [cokelat-rawk]
bahan2:
bwg putih (4-5 ulas)
jagong manis (1 tin)
telur ayam (2 bijik)
stok ayam pekat Maggi
air kosong (200ml)
sedikit lada sulah
daun sup
bwg goreng
sedikit minyak utk menumis
cara2:
1. tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan jagung dan airnya sekali...
2. bila dah menggelegak, masukkan stok ayam pekat Maggi, masukkan air kosong/ putih.... biarkan seketika.
3. pecahkan telur ayam dan biar masak..
4. ketika menghidangkan, tabur lada sulah, daun sup and sedikit bwg goreng... |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
Sup Gearbox [seribulan]
Bahan stok
2 kg tulang lembu (sendi) bersum-sum
3 cm halia, diketuk
1 camb lada
hitam, ditumbuk kasar
1 camt garam kasar
2.5cm kiub gula batu
2 biji tomato, dihiris 8
1 batang salderi, dihiris 3 cm
5 liter air
Bahan dikisar:
1 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm halia
2 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk lada hitam
Rempah tumis:
7 cm kulit kayu
manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan sampingan
100 ml minyak
2 bunjut Rempah Sup Tulang
2 camb sos tiram
garam secukup rasa
jus 1 biji limau nipis, jika suka
Bahan hiasan
bawang goreng
hirisan daun bawang
hirisan daun sup
Jerang bahan stok hingga menggelegak, perlahankan api dan masak selama 5-6 jam. Tambah air jika perlu. Bila air rebusan tinggal 3 liter, tapiskan ke dalam mangkuk besar. Asingkan semua bahan kecuali tulang sum-sum tadi. Panaskan minyak, bubuh rempah tumis dan bahan kisar, kacau hingga
wangi. Masukkan air rebusan tadi, tulang, rempah bunjut, sos tiram dan garam. Bila mendidih semula, angkat dan campurkan dengan jus limau (jika suka). Sajikan dengan bahan hiasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sup Ayam Bertomato dgn. Oats [Amelie_Poulain]
Ingredients:
2 onion - sliced
(A)
10 shallot
7 garlic
2" ginger
(B)
2" cinnamon stick
3 cardamon
3 cloves
(C)
300gm chicken meat - diced
1 tomatoes - diced
1 can kimball tomato soup
1 chicken stock cubes
1 tsp black pepper
3 cups oats - quick cooking
cooking oil/ghee
Garnish:
bawang goreng (home-made is much preffered)
cilantro leaves (daun ketumbar) - dihiris
ghee - dicairkan
Sambal
4 garlic
6 shallot
2"ginger
3 red chillies
3 green chillies
1 tomato
(ii)
2 tbsp vinegar
2 tbsp cooking oil
salt & sugar
Methods:
Prepare the sambal first by roasting over the fire ingredients (i), cool to room temperature. Put roasted ing. with vinegar and cooking oil in a blender & blend for 15 seconds (or until smooth). Add sugar and salt to taste, blend for another 3 seconds. Set aside.
Pound ingredients (A). Heat oil in a pot, add sliced onions. Put in pounded ing. Saute until soft, add ing. (B), keep stirring until it becomes fragrant. Add chicken & biar sampai 1/2 masak. Masukkan black pepper & stock cube & stir well.
Add canned soup & chopped tomato. Add water (ratio can soup to water 1:2)to the the soup mixture. Perlahankan api dan biarkan sampai mendidih.
Just before serving, bring soup to boil and add oat. Don't stop stirring or else you'll end-up with a lumpy mess. Serve in bowls and garnish with cilantro and bawang goreng. Jika suka, letakkan sedikit ghee yg telah dicairkan. Hidangkan dgn sambal on the side.
Notes:
#1.Kurangkan oats kalau tak nak bubur ni too melekit & lumpy. Recipe ni very good untuk orang sakit & kurang selera makan. Good for children too sebab tak pedas ( kalau makan tanpa sambal ler...) Also works as vegetarian recipe if you omit the chicken and ghee and replace chicken stock with vegetable stock. Add different ing. for different taste... This recipe is my late grandma's and is a big hit at home sejak Amelie kecil lagi... sampai sekarang kalau sesaper sakit or feeling run-down, this is our 'chicken soup' for everything and everyone.
#2 This recipe was transfered from a different posting sempena menyambut Ramadan - bubur oat amat sesuai untuk berbuka & sahur, light on the stomach. |
|
|
|
|
|
|
|
Bubur Asyura [Hanieliza]
Bahan:
1/2 kilo gm beras, direndam semalaman sebelum dikisar halus
1 kg gula pasir, dicairkan dan ditapis
1 kg gula merah, dicairkan dan ditapis
2 kg pati santan
600 gm sagu halus, direndam
10 biji pisang emas atau pisang raja, dipotong kecil
1 kg kacang hijau, direbus empuk
1 mangkuk hirisan jagung
1 kg ubi keledek, dipotong dadu
600 gm kacang tanah, digoreng dan dibuang kulitnya
10 ulas nangka masak, dipotong dadu
Cara membuatnya:
1. Masukkan santan ke dalam periuk. Kemudian campurkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kacau biar sebati.
2. Campurkan air gula yang siap ditapis.
3. Kemudian masukkan bahan seperti hirisan jagung, ubi keledek terlebih dulu kerana bahan terbabit lambat empuk.
4. Akhir sekali baru masukkan pisang, kacang hijau, kacang tanah dan nangka. Bahan ini akan lembek kalau dicampur terlalu awal.
5. Kacau adunan bubur sehingga pekat. Kalau adunan mula 憀ekang |
|
|
|
|
|
|
|
Bubur Asyura :version kelantan [kEk_KeL@d|]
bahan-bahannya:
1 gantang beras
4 kg bawang merah(3 kg dimesin ,1 kg dijadikan bawang goreng)
4 kg gula
4 kg daging
4 kg santan
1 kg kacang
1 kg ubi
1 kg kelapa(untuk kerisek)
5 btg serai
5 cm halia
1/4 kg bawang putih
rempah ashura
1/2 cawan garam
cara memasak nya:
beras,kacang,dan ubi di masak sehingga hancur atau dimasak dan dimesin.
3 kg bawang merah+bawang putih+halia+serai dimesin.
1 kg bawang merah dibuat bawang goreng-kelapa dibuat kerisek.
daging direbus hingga empuk dan dihancurkan(seprti membuat sambal daging).gaul bersama air rebusannya,rempah dan bahan yang dimesin.
kacau beras atau nasi hingga hancur(tambah air jika perlu)
masukkan santan sedikit demi sedikit hingga habis
masukkan gula,garam.kacau hingga rata.masukkan rempah kemudian kacau lagi.akhir sekali,masukkan kerisek dan bawang goreng.kacau hingga kering.sejukkan ke dalam bekas2 kecil |
|
|
|
|
|
|
|
BUBUR ASYURA [versi manis ][hanieliza]
bahan
1 biji keledek
1 biji keladi
2 biji pisang nangka
1 liter santan [1 biji kelapa]
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 tin jagung manis
1 cawan kacang hijau [rebuskan]
1/2 cawan sagu [basuh dan toskan]
1/2 cawan tepung beras
1 helai daun pandan
cara
1. Keledek, keladi dan pisang dipotong dadu
2. Rebuskan kedelek dan keladi. Toskan
3. Jerangkan santan dengan gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga larut.
4. Masukkan semua bahan dan tepung beras.
5. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel.
6. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan kental.
7. Bila sagu nampak jerneh tuangkan dalam loyang dan sejukkan.
8. Bila sejuk boleh dipotong dan hidangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
SUP TAHU [hanieliza]
2 biji tahu lembut biasa/telur [potong kecil]
100 gm carrot
100 gm petola/bayam
1 s/kecil lada hitam
1 ulas bawang merah [dihiris]
garam
Cara
1. Sayur dipotong mengikut suka.
2. Masukkan dalam periuk dan reneh kan perlahan sehingga mendideh.
3. Sekiranya menggunakan bayam..masukkan bayam bila sup mendideh.
4. Boleh dihidangkan dan makan sebagai sup.
SUP TOFU TELUR [hanieliza]
Bahan
3 bungkus tofu telur [ berbentuk selinder ] - potong 2
1 batang carrot kecil ]
1 biji kentang ]potong kecil
2 ulas bawang putih ]
1 ulas bawang merah ] mayangkan
daun sup & daun bawang ]
air
garam
minyak
Cara
1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan air dan biarkan mendideh.
2. Masukkan semua bahan yg dipotong kecuali daun2.
3. Bila kentang dan carrot dah lembut tutup api.
4. Masukkan daun sup dan daun bawang dan hidangkan
sup tofu fishball [pinatbate]
Bahan:
tofu telur (potong )
fishball potong dua
telur sebiji
karot potong dadu
bawang besar,bawang putih,
daun sup,bawang goreng
cara:
tumis bawang-bawang tu,masukkan air
bila dah menggelegak,masukkan fishball,tofu,karot..
pastu,pecahkan telur..kacau
masukkan garam,gula
tabur daun sup dan bawang goreng
dah masaklah tu...apa lagi..silalah...
[ Last edited by NoorMasri at 21-11-2006 06:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Pengat Labu [hanieliza]
bahan
1 biji labu kuning
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 s/b gula merah
4 s/b gula pasir
1 s/b sagu mata ikan [basuhkan dan toskan]
daun pandan disimpulkan
garam
Cara.
1. Labu kuning di buangkan kulit dan biji. Potong kecil dan rebus dengan air + garam & daun pandan.
2. Bila labu dah lembut toskan.
3. Masukkan santan dan gula. Masakkan sehingga mendideh.
5. Bila dah mendideh, masukkan sagu mata ikan.
6. Bila sagu dah masak [nampak jernih] tutup api dan hidangkan dalam mangkuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Tax.. gearbox ade 2 resepi.. tapi org kelantan prefer 'masak bodoh' since more fresh, lazat & berkhasiat & taste better since herbs2 yg berkenaan tak kacau laa
1. Resepi Sop Bodoh [OD]
Beli gearbox dlm sekilo dua. Prefer kalu campor skali ngan kaki lembu. Kaki lembu banyak khasiat dia (utk sakit2 urat) tapi nak kena bakar bulu dia betol2 & kluorkan tapak kaki dia..
Lepas tuu kasik basuh bersih2 & jerang kat atas api kuat till mengelegak. Kalu ade pressure cooker lagi baguih. Dlm sejam dua tuu boleh laa masok garam sket.. Kalau bior semalam pon best jugak.
Dah siap utk di hidang! Masokkan garam secukup rase + limau NIPIS (jgn kasturi aaa) + belacan + bawang merah (not bawang siam).
Nak lagi best. Tumbuk cili padi + limau nipis @ kasturi utk kepedasan yg amat...
Try it
2. Resepi Sop
Sama mcm buat sop lain tapi bahan2 asas dia normally tak ditumiskan dulu. Rasa agak 'muak' since gearbox mmg banyak lemak.. I tak prefer nie |
|
|
|
|
|
|
|
SUP TELOR [bebeh]
Bahan Utama
- 5 biji telor ayam atau itik
- 3 biji ubi kentang potong dadu
- fish ball sepeket kecil
- sedikit kobis bunga potong kecil kecil
- 3 tangkai daun sup - dihiris hiris
- 3 cawan air
- sedikit minyak untuk menumis
Bahan untuk menumis
- sedikit ikan bilis ditumbuk kasar kasar
- 1 sudu besar lada hitam di tumbuk lumat
- 3 ulas bawang merah - di hiris
- 2 ulas bawang putih - di hiris
- 1 inci halia - di hiris
- sup bonjot satu
Cara Menyediakannya:-
1. panaskan minyak kemudian masukan bawang merah putih halia dan
kacau, masukkan pula ikan bilis lada hitam sup bonjot dan gaul kemudian
masukkan air dan di susuli ubi kentang biarkan menggelegak.
2. Pecahkan telor satu satu dan tutup tudung periuk kecilkan sedikit api
supaya air tak membuak dan telor biar cantik membulat.
3. Masukkan kubis bunga, fish ball garam dan ajinomoto kacau perlahan
supaya telor tak hancur bila melegak taburkan daun sup tutup api |
|
|
|
|
|
|
|
SUP KEPALA IKAN MERAH [bebeh]
Bahan-bahannya:-
- 1 ekor ikan merah
- 2 biji tomato
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 tangkai daun sup & daun bawang
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- Garam dan ajinomoto secukup rasa
- Sedikit minyak masak utk menumis
Bahan untuk dikisar (A)
- 4 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 1 cm halia
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan (A). Masukkan sedikit air dan biarkan
mendidih sekejap
2. Kemudian masukkan kepala ikan, serbuk lada putih, garam, bunga
cengkih dan bunga lawang. Apabila mendidih, masukkan tomato, daun
sup dan daun bawang. |
|
|
|
|
|
|
|
TOMYAM CAMPUR [hanieliza]
100 gm isi ayam atau ikan tenggiri [potong kecil]
100 gm carrot
100 gm bunga kobis
1 biji tomato buah
1 labu bawang besar [hiriskan]
1 batang serai [ketukkan]
5 biji cili api [ketukkan]
daun limau purut koyakkan]
daun ketumbar [potong kecil]
2 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
air secukupnya
garam
cara:
1. Potong sayur mengikut suka hati.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun ketumbar dan juga jus limau nipis dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendideh.
4. Bila telah mendideh masukkan jus limau nipis dan tutup api.
5. Masukkan daun ketumbar dan hidangkan.
TOMYAM [cikdak]
Cikdak bila nak buat tomyam yang sedap sket....kena buat stok dia dulu...iaitu air rebusan kulit dan kepala udang campur ngan tulang ayam. Dah ada tu baru lah bubuh apa2 lauk yang ada....ayam, daging, sotong, udang, lala, ketam, ikan tenggiri... apa2 yang ada depan mata..
Sayur pulak apa2 yang boleh dicapai ....carrot, sweetpeas, jagung muda, cendawan, cauliflower, capsicum, brokoli, buah tomato.. tapi yang wajib... cili padi, daun limau purut, serai 4-5 batang, bawang hiris, bawang putih, air limau nipis/kasturi.. Untuk kelainan, boleh juga letak lengkuas hiris. Pastu tabur daun bawang dan daun ketumbar... ok dah tu... sure sedapnya.
VERSI:: [Jonah]
Bahan asas:
Bawang, bwng putih, halia, serai, - semua hiris,
daun limau putut
cili padi bandar (yang panjang2 tu)
Isinya - sukahati - ayam/daging, seafood
Nak sedap lagi - perah asam limau kasturi.
Tak suka pakai bahan perasa - maggie ke, knorr ke ape2 jelah- rasa dia muakkk !. Sori aa toke, wa cakap ada butut maaa...). Gula jauh sekali.
VERSI:: [nr0811]
nr lak kalau masak tomyam.. berbagai .. jenis sayur + ayam + seafood + fishball .. meriah periuk aku .. he..he..he.. tapi nr tak rajin nak menumis .. (jaga badan) mule2 rebus le ayam sambil tu masuk le .. serai, bawang besar , cili api tumbuk, daun limau purut.. pastu bila dah didih.. nr masuk sayur + seafood + fishball & pes tom yam + garam gula .. sesedap rasa .. kalau nak rasa lagi masam .. agak2 nak angkat tu baru perah asam limau.. kalau perah awal2 nanti tomyam rase pahit .. so siap untuk di hidang & makan ....
VERSI:: [livingstone]
tumis bawang putih, bawang merah..
masukkan air sket...
pastu, masuk kiub Knorr tiga ketul, serai ketuk, cili api 20 biji, daun limau, perah air limau nipis..
last sekali, masukkan daging, sotong, ayam, udang..kacau kacau..biar lama sket..
pastu rasa, manis ke masin ke..then baru la angkat..
perghhhh..buleh la makannnnnnn.....
[ Last edited by NoorMasri at 20-11-2006 02:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SOP MAMAK POWER [Cranko21]
K.. ni sop daging atau sop lidah yg mamak2 selalu jual.. yg dok di cecah dgn roti perancis ehhh.....
Bahan A
1 kilo daging atau lidah atau ekor lembu or kambing
4 helai daun pandan
- rebus dgn daun pandan hingga empuk
Bahan B
4 sudu makan Rempah sop
30 gm cili padi -tambah la lagi kalau nak lebih pedas )
100 gm bawang kecil ) di kisar
30 gm bawang putih ) halus
50 gm halia )
2 batang kayu manis
garam secukup rasa
sedikit gula
3 sudu tepung kacang dhal yg di campur air sedikit (ni kira agent pemekat lerrr)
- tumis bahan2 kisar, kayu manis
- masukkan rempah sop dan tumis hingga naik bau
- masukkan dagng yg telah di rebus empuk tadi bersama2 dgn air rebusan daging, rasa garam dan masukkan sedikit gula dan tepung kacang dhal tadi dan biarkan mendidih di atas api sederhana besarnya sekurang2 20 minit sebelum di hidangkan.
semasa menghidang di tabur dgn hirisan daun sop dan bawang goreng.
sedap di hidang bersama roti perancis...
SUP AYAM MAMAK[hanieliza]
Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
5 cawan air
1 helai daun pandan [simpulkan]
garam
bawang goreng
bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam
bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga
Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, carrot, air, daun pandan dan garam. Biarkan mendideh.
5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.
7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.
Sup Mamak[Inai]
Ingredients
750g of mutton ribs
2 large onions, chopped
3 cloves garlic, crushed
2 green chilies, sliced
1 heaped teaspoon grated lengkuas or
fresh ginger
2 teaspoons black peppercorns
3 teaspoons coriander seeds
9 cups of water
1 tablespoon of oil
4 Black cardamoms, lightly crushed
5cm stick of cinnamon
2-3 cloves
2.5cm fresh ginger, grated
3 tablespoon mild curry powder or paste
2 heaped tablespoon white poppy seeds
half cup coconut milk
salt
pepper
dry fried onions
spring onion, chopped
fresh coriander leaves
Method
Chop mutton bones and put into large saucepan with onion, garlic, chili, lengkuas or ginger, peppercorns and coriander. Cover with water and bring to a boil. Turn heat down and allow to simmer for 3 hours. Skim off froth as it rises.
Strain stock, reserving liquid and meat.when cool, scrape meat from bones and flake into smaller pieces.
Heat oil in saucepan and fry cardamom, cinnamon, cloves and ginger for one minute, then add curry paste or powder and fry for 4 minutes. Pour in lightly ground poppyseeds, coconut milk and add reserved stock. Stir well and season with salt and pepper.
Add meat and bring to boil for 20 minutes ... garnish with fried onions, spring onion and coriander leaves.
[ Last edited by NoorMasri at 20-11-2006 02:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sup bebola ikan dan sayur simple [antiQue]
bawang putih
ikan bilis
bebola ikan
sayur kobis panjang
brocolli
garam
chicken stock / kiub pati ayam
Tumbuk bawang dan ikan bilis.. tumiskan sampai naik bau.. masukkan air dari chicken stock / air with kiub pati ayam. agak2 dah menggelegak.. masuk brocolli.. then masuk sayur kobis panjang dan garam.. then bebola ikan.. bebola ikan ni takleh masuk awal sangat sebab kalau masak lama sangat dia jadi keras nanti tak sedap.
Sedap kalau ada sambal kicap.. cara buat sambal kicap tumbuk je cili padi dengan bawang putih sikit dengan gula then campur kicap.. kalau kicap habhal cap kipas udang tu lagi best. |
|
|
|
|
|
|
|
BUBUR MAGGI AYAM
RAMUAN:
1. Maggi Ayam
2. Perencah Maggi
3. Bawang putih 3 ulas yang telah ditumbuk
4. Sebiji telur
5. Teh hijau (Rekemen beli kotak yang 1 liter sebab lagi untung)
CARA (UNTUK SEORANG HIDANGAN):
1. Hancurkan Manggi dam masukkan ke dalam sebekas mangkuk
2. Masukkan sedikit perencah Maggi keatasnya (Jangan kacau)
3. Panaskan 501ml teh hijau sehingga mendidih
4. Kecilkan api
5. Pecahkan telur dan rebus sehingga masak
6. Angkat dahulu telur yang telah direbus itu tadi
7. Tuangkan teh hijau yang telah dididihkan itu secukupnya sahaja ke dalam mangkuk yang ada Maggi hancur tadi
8. Masukkan 3 ulas bawang putih yang telah ditumbuk sebelum ini
9. Masukkan perencah Maggi dan kacau hingga sebati
10. Masukkan telur rebus itu tadi pula
11. Biarkan selama 3 minit
12. Hidangan siap untuk dibedal
13. Air teh hijau yang selebihnya bolehlah dituang ke dalam gelas untuk diminum bersama (Sejuk atau panas) |
|
|
|
|
|
|
|
Sup Pisang Kepuk [RasaCinta]
sekor ayam
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dititik
3 biji sosej lembu, dipotong kecil
12 gelas air
15 biji pisang kepuk yg hijau, potong kecil2
1. Rebus ayam..tambahkan bawang putih, bawang besar dan sosej..
2. Bila ayam dah masak, masukkan pisang dan rebus lagi hingga pisang masak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak try sup cara nie okay jugak (selalunya utk daging, tapi guna ayam pun sedap jugak).
Sup Daging [kiki]
3 batang serai (diketuk)
sedikit halia(ketuk)
ayam
sedikit lengkuas(diketuk)
bawang putih (dalam sepuluh atau 15 ulas-bawang putih diketuk aje-jgn mayang)
garam
gula (atau serbuk perasa)
sup bunjut.
Caranya;
Rebus ayam hingga mendidih airnya. Selepas tu, masukkan serai, lengkuas, halia, bawang putih, sup bunjut, gula(atau serbuk perasa) dan garam. Ikut sesedap rasa.
Masa dihidangkan (dalam mangkuk kecil), masukkan cili api potong, daun pasli dan perahkan limau nipis. Jangan perahkan limau nipis dalam periuk sup tadi. Hanya waktu nak makan sup tadi, baru perahkan limau nipis |
|
|
|
|
|
|
|
BUBUR JAGUNG CACA [hanieliza]
bahan
2 cawan caca kering
1 cawan air biasa
1 tin jagung
1/2 cawan gula putih
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam
1 helai daun pandn [simpulkan]
cara
1. Masukkan air biasa, caca kering dan daun pandan dalam periuk dan masak sehingga mendideh.
2. Masukkan gula, garam dan jagung dan biarkan mendideh.
3. Masukkan santan dan kacau supaya tidak pecah minyak.
4. Rasakan manisnya dan bila mendidehtutup api.
4. Hidangkan untuk minum petang.
Bubur nasi senang [Mrs livingstone]
BAHAN
*seciput beras
*air 4x ganda beras tue
*ayam
*taugeh,kangkung,kobis,mentimun } mayang halus2
*daun sup,daun bawang,celery(optional) }
*ikan bilis goreng
*bawang putih+merah+besar=blend
*sup bunjut
*air utk rebus ayam
CARA
*masak nasik
*rebus ayam
*bila ayam masak toskan ayam(tinggalkan bhg tulang lam air rebusan)
*carik2kan isi ayam
*masukkan bawang dan sup bunjut dalam air rebusan ayam
*garam dan gula sbg perasa sup
*bila nasik masak letak lam mangkuk
*then letak isi ayam dan sayuran yg di mayang
*cuka atau limau nipis optional
BUBUR NASI CENDAWAN DAN BAYAM [hanieliza]
Bahan
1/2 cawan beras
4 cawan air
100 gm ayam
3 pokok bayam hijau [potong kecil dan bersihkan]
1 tin sup cendawan
garam
bawang goreng
Cara
1. Masukkan beras,ayam dan air dalam periuk dan masak sehingga beras hancur dan lembut.
2. Masukkan garam dan sup cendawan.
3. Bila dah mendideh masukkan sayur bayam hijau. Kacau rata dan biarkan mendideh sekejap.
4. Angkat dan taburkan bawang goreng dan hidangkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Makanan & Resipi
|