CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] MAKANAN LAUT

 Close [Copy link]
Post time 27-10-2004 04:10 PM | Show all posts
ikan keli masak lemak cili api campur pucuk ubi (NS STYLE) [ainafhira]


ikan keli
sebiji kelapa santan
segengam cili padi-ikut suka..
kunyit sebesar ibu jari
garam
pucuk ubi

tumbuk cili padi ngan kunyit letak garam kalau tak nak merecik
perah santan masukakn cili yg ditumbuk
biar mendidih masukkan ikan kendian masukkan pucuk ubi.. sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2004 09:51 PM | Show all posts
Lala berkuah pekat [finnie]

bahan2
lala yang dibersihkan
4 ulas bawang putih dan merah dikisar
halia muda sket
cili padi cincang
3 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu kecik kicap cair
1 sudu kecik kicap pekat
1 sudu tepung jagung
daun sup
daun saderi
cili merah dan hijau potong nipis
garam dan gula

caranya

tumis bahan kisar sampai berbau.masuk sos tiram,tomato, kicap cair dan pekat, campur garam gula. masukkan lala, daun sup dan saderi. masukkan tepung jagung dan biar sampai mask. pastuh angkat masuk lam pinggan makan ngan nasik....


Lala tumis air [Dewi]

ketuk bawang putih 2 ulas... ketuk serai sebatang.
panas kan sikit minyak dlm periuk ...
tumiskan bawang ngan serai yg diketuk
naik bau jer masukkan air...
peh tu buh lala
buh garam sikit
jgn masak lama sgt didih kan sampai lala terbuka peh tu tutup api

[ Last edited by CatLady on 8-11-2004 at 09:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2004 09:59 PM | Show all posts
Masak Lomak Sardin dgn Nenas [ninoZ]

satu tin sardin
nenas - potong
kentang - potong
tomato - potong wedges

dikisar halus
3 bwg merah sket
2 bwg putih sket
cili padi - ikut kepedasan yg dikehendaki
santan
kunyit hidup/serbuk

daun kunyit - hiris atau siat
sedikit lada hitam - bior sebiji- sebiji
serai - titik
garam gula secukup rasa

masukkan bahan kisar bersama sama nenas n kentang, lada hitam, serai  n daun kunyit.. renih perlahan2 sampai kentang agak empuk. kacau  selalu agar santan tak berkepala
pastu masukkan sardin n tomato..bior merenih n pekat, perisakan garam gula secukup rasa..


Sardin goreng cili padi [azaleena]

bahan2:
blend cili api, bwg merah & bwg putih,
masukkan bhn2 yg diblend + air sket  dlm kuali yg telah dipanaskan minyak, masukkan garam + gula
bila dah nak kering, masukkan ikan sardin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2004 10:04 PM | Show all posts
Sambal Sotong Asparagus [Intan-Adlina]

Bahan-bahan

1 cekak asparagus
10 ekor sotong
1 mangkuk kecil lada
2 camca besar minyak masak
1 camca kecil tepung jagung (bancuh dengan secamca besar air)
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2004 10:05 PM | Show all posts
Sotong Saderi [ninoZ]

bahan-bahan:
semangkuk sotong saiz besar - dipotong bunga atau gelang [ sotong kecik pun bleh]
3 batang celery - dipotong menyerong.. jgn nipis sgt
2 cili merah - hiris kasar
sedikit halia - cincang halus
5 ulas bwg putih - cincang halus
stok ayam dibancuh dgn air n sedikit tepung jagung
garam gula secukup rasa
lada hitam kisar
minyak bijan secukupnya

cara-cara:
panaskan minyak bijan secukupnya..tumis garlic, halia n lada hitam till naik bau
dgn api yg agak kuat..masukkan sotong.. stir fry dgn pantas  then masukkan cili n celery[stir fry kejap je..masak lama2 nanti sotong jadik liat n kecut]
pastu tu masukkan stok ayam..nampak gelegak sket je terus tutup api

hidangkan sotong celery ni dgn taburan kepingan bawang putih goreng n toasted sesame
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2004 10:28 PM | Show all posts
goreng ikan masin berbawang n cili [ninoZ]

bahan
bwg beso hiris gegelang [ bior byk sket]
cili kering potong pendek2
cili padi sket
limau nipis/kesturi
ikan masin jenis masam tu [gelama masam ke..]

Cara membuat
goreng ikan tu garing2..
pastu goreng bwg agak2 layu..masukkan cili kering..goreng bior garing.. n just before angkat..masukkan cili padi [ kalau goreng lama2 nanti cili meletup2]
toskan kejap pastu tabur atas ikan masin..perah asam limau


Goreng ikan masin berlada [chipsmore]

bahan
ikan masin (yg sedapnya ikan tenggiri jeruk tu)
cili padi - ditumbuk kasar
bawang kecik - ditumbuk kasar gak..
limau nipis

Caranya:
goreng ikan
tumis cili padi dan bawang, dah masak masukkan ikan kering tu, gaul, perah air asam liimau...pedas dan sedap...


Ikan masin goreng [hanieliza]

Ikan tenggiri masin dipotong kecil dan goreng dgn api pelan sampai masak/garing(ikut selera)
Angkat ikan dan buh dalam pinggan...
Gunakan minyak lebihan gorengan tadi tumiskan bawang kecil atau besar mayang bersama cili api/merah mayang...biarkan layu sekejap...
Perahkan sikit air asam jawa...masukkan ikan tadi....



IKAN MASIN GORENG ASAM [hanieliza]

Bahan
ikan talang masin
3 ulas bawang merah atau 1 labu baang besar [mayang]
8 biji ciliapi [mayang]
1/2 cawan air asam jawa
minyak untuk goreng

Cara
1. Ikan masin dipotong kecil dan goreng dgn api pelan sampai masak/garing(ikut selera)
2. Angkat ikan dan masukkan dalam pinggan...
3. Gunakan minyak lebihan gorengan tadi tumiskan bawang kecil atau besar mayang bersama cili api mayang...biarkan layu sekejap...
4. Masukkan air asam jawa dan ikan tadi.
5. Hidangkan

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 01:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2004 10:41 PM | Show all posts
Kuah Asam Tumis Cili Hidup..[putubambu]

Bahan-bahannya :
1.  Cili hidup - 3 atau 4 biji (ditumbuk)
2.  Bawang merah - 3 biji (ditumbuk sekali selepas cili)
3.  Halia - 2 batang (diketuk sikit)
4.  Ikan 2 atau 3 keping (paling sedap ikan tenggiri)
5.  Air 5 cawan (atau 1 jug kecik pun boleh.. ikut suka nak byk mana)
6.  Air asam Jawa  (pekat)
7.  Sedikit garam

Cara Memasaknya :
1.  Panaskan minyak dlm 3-4 sudu dalam periuk
2.  Tumis bahan yg ditumbuk dan diketuk di atas selama 5-6 minit
3.  Bila dah garing sikit... masukkan ikan tadi
4.  Masukkan sedikit air
5.  Masukkan asam keping
6.  Kacau sehingga mendidih
7.  Bubuh sedikit garam
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2004 10:21 AM | Show all posts
Home-made fishball [Baiduri Othman]

Bahan2nya:-

1 kg isi ikan tenggiri atau ikan merah
4 ulas bawang merah + 4 bawang putih
sedikit halia
sedikit serbuk kunyit
Cili merah
garam & ajinomoto to taste
2 biji telur ayam
sedikit cornflour
sedikit serbuk kari, serbuk ketumbar (jika suka)
daun bawang & daun sup yg dipotong halus (jika suka)

Cara2 membuatnya:-

Isi ikan dilumatkan. Tumbuk cili merah+bawang merah+bawang putih+halia+serbuk kunyit sehingga lumat & digaul dgn isi ikan. Masakkan garam+ajinomoto, telur ayam & serbuk rempah-ratus & daun bawang+daun sup. Gaul hingga sebati. Kemudian bulat2kan, panaskan minyak & goreng hingga masak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2004 11:01 AM | Show all posts
Masak lemak cili padi udang campur rebung [antiQue]

Rebung masam
Udang besar-besar
Cili padi
kunyit hidup
Garam
Santan (pekatkan sikit sebab rebung menyerap santan)
Bawang merah

Mula-mula, rebung tu campurkan ngan cili padi ngan kunyit hidup yang dah tumbuk, bawang merah hiris ngan santan, campur garam.. masak.. masak.. masak.. then campur udang.. udang tak elok masak lelama sangat, nanti dia keras..

lemak cili padi ni elok masak api perlahan, sampai dia bebetul masak.. I mean we can see titis-titis minyak atas permukaan..

UDANG MASAK LEMAK CILI PADI [bebeh]

Bahan-bahannya:

-  1 genggam cili padi
-  1 kilo udang sederhana besar
-  2 batang serai
-  2 helai daun kunyit
-  1RM santan
-  1 inci kunyit hidup
-  2 biji bawang merah
-  Garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

1.  Cili padi, bawang dan kunyit ditumbuk sehingga lumat. Masukkan ke
     dalam periuk bersama udang, serai dan daun kunyit dengan secawan air.

2.  Kemudian masakkan hingga air kering. Masukkan santan pekat dengan   
     sedikit garam dan aji nomoto secukup rasa kacau sehingga melegak
     tutup api.

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 12:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2004 11:22 AM | Show all posts
Masak lemak cili padi ketam [antiQue]

Ketam
cili padi
kunyit hidup
serai
bawang merah
bawang putih
asam gelugor
santan
daun kunyit
garam

Memula, masukkan ketam, cili padi, kunyit hidup, serai, asam gelugor, garam, bawang then masak sampai kecut sikit, masukkan santan... then masukkan daun kunyit.. masak.. masak.. masak..

KETAM MASAK LEMAK [bebeh]

Bahan-bahannya:-

- 600 gm ketam (dipotong dua)
- 10 biji cili padi
- 5 biji cili merah
- 4 ulas bawang merah
- 1 sudu teh kunyit serbuk
- 1 biji kelapa parut
- 1/2 biji nenas
- Sedikit garam dan serbuk perasa
- 2 batang serai di ketuk

Cara membuatnya:-

1.  Kelapa di ambil santannya,  asingkan pati santan dan santan cairnya.

2.  Nenas dipotong-potong.  Masukkan santan cair,  kunyit serbuk,  ketam
     dan bahan yg dikisar dan serai ke dalam periuk dan jerangkan.

3.  Bila telah mendidih masukkan pati santan,  nenas,  garam dan serbuk
     perasa.  Biar hingga nenas nampak layu barulah dipadam api.

Lemak cili padi ikan sungai[antiQue]

Ikan sungai.. talapia ke.. lampam ke.. apa lah
bawang putih
bawang merah
cili padi (ikan sungai kena pedas)
kunyit hidup
santan
garam
perahan air limau kasturi

Yang ni lagi senang.. hiris je apa yang patut dihiris.. pastu tumbuk cili padi ngan kunyit.. pastuh.. masuk je semua sekali (except air limau kasturi) dalam periuk.. masaklah.. then dah dekat nak masak baru masukkan air limau kasturi.. (dia takleh masuk awal sangat nanti gulai pahit).. best masam-masam dan pedas-pedas

Kalau tak letak air limau kasturi pun, leh masukkan mangga muda ke, bacang muda ke..

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 12:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 04:14 PM | Show all posts
Pari/kembung bakar sempoi [ninoZ]

ikan pari/kembung - basuh bersihkan..gaul garam kunyit
daun pisang
planta

ikan tu letak atas daun pisang pastu sapu sket dgn planta
balut kemas - kemas
bakat atas api atau atas griddle hingga masak
siappp!
hidangkan dgn air asam/sambal belacan/sambal kicap
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 04:23 PM | Show all posts
Ikan Bakar n Air Asam [ninoz]

Ikan Bakar

Ikan - siangkan n bersihkan [terpulang nak beli ikan yg agak besar sekor atau 2-3 ekor ikan kembung

blend together:
santan pekat[sket je..just enuf utk blend
serai
bwg merah
cili merah
kunyit n daun kunyit[kalau ade]
halia sket je
cuka or jus limau sket aje
jintan manis n ketumbar[leh omit kalau maleh nak taruk]
garam gula

marinate ikan dgn bahan kisar then bakarkan..
bakar dlm oven pun boleh..

Variasi:
gunakan marinate yg sama utk sotong, udang, ketam bakar..
boelh bakar sekali naik je..
ikan bakartu kan.. kalau malas nak bakar..esp kalau guna pari n ikan kembung.. boleh dikukus atau rebus..then curahkan aje air asam di atasnya..serve berkuah camtu je.. jadik la ikan rebus air assam


Air Asam

cili merah
cili padi - hiris kasar
bwg besar - mayang nipis2
tomato - hiris nipis
air asam jawa - buat bagi pekat2
belacan - preferably yg dibakar
sedikit gula n garam
kerisik [jika suka]
limau nipis

tumbuk cili merah, belacan, gula n garam mcm buat sambal belacan..masukkan kerisik jika suka...bubuh air asam secukupnya
then gaulkan bersama bwg hiris, cili padi, tomato n perahkan sket limau nipis

Ikan Bakar ngan air asam special...[hanieliza]

Ikan (kembung/selar/pari )
1. diperapkan ngan sedikit kunyit & garam.
2. bakar atas dapur gas (gunakan pemanggang yang berlapik supaya tak mudah hangit) sehingga nampak berminyak/masak.
3. hidangkan dlam pinggan yang dialaskan daun salad.

Air asam special:

Buah belimbing buluh...potong 2
Cili api
cili merah
Belacan
air (agak2 ajer)
limau kasturi...cincangkan

1. Masukkan buah belimbing dulu dikuti bahan lain kedalam blender .
2. kisar (jangan terlalu halus)..rasakan masin.
3. Masukkan hirisan limau kasturi.
4. hidangkan ngan ikan bakar tadi.

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 12:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 07:39 PM | Show all posts
sotong rangup [Afisha22]

sotong dipotong kecil2..
telur dipukul ngan secubit garam...
tepung gandum..

mula2 sotong dibasuh pastuh di tos...
celupkan dalam telur.. pastuh celupkan dalam tepung gandum lak...
goreng dlm minyak yg betul2 panas...

variasi [ninoZ]

tepung jagung + tepung gandum + lada sulah ajishio + kepung kentaki sket kadang campo tepung beras skettt je..kadang kalau nak pedas sket..taruk chilli flakes
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 08:19 PM | Show all posts
1. UDANG KICAP MANIS [gigi luning]

BELI UDANG HARIMAU
BASUH LA DULU BEB
GORENG NGAN KUNYIT JE
KUARKAN MINYAK TADI
MASUK BALIK UDANG TADI
TARUK KICAP MANIS BANYAK2.........JGNLA SAMPAI BANJIR
TARUK BAWANG BESAR
KACAU
ANGKAT DAN TARUK DAUN SUP



2. UDANG TEMPURA

BELI UDANG SEDERHANA BESAR
KOPEK KULIT YG TENGAH JE, TINGGALKAN KEPALA DAN EKOR

PUKUL TEPONG TEMPURA NGAN AIR DARI PETI AIS SAMPAI KEMBANG SKIT
CELUPKAN UDANG TADI
GORENG SAMPAI KEKUNINGAN

TEMPURA UDANG RODRIGUEZ [rodriguez]

bahan bahan
1. serbuk kulit roti (kulit roti yang dikumpul tu dihancurkan halus halus..mesti nak halus tapi jangan halus cam tepung lak...)
2. putih telur
3. garam secubit.
4. sedikit serbuk lada jika memerlukan.
5. beberapa ketul udang saiz sederhana.(di buang kepala,,kulit tetapi ditinggalkan ekor).

udang tadi dicuci bersih bersih dan kemudian celupkan dalam putih telur tadi.panaskan minyak dalam kuali...sementara tu tabur skek garam ke serbuk lada ke apa ke dekat serdak kulit roti tadi.angkat itu udang dari bekas yang mengandungi telur putih tu..dan kendian jerumuskan dia ke lembah serbuk kulit roti tu..biar dia bergelumang dan terus goreng ke dalam minyak yang sudah panas..

petua rod.
api nak sederhana tapi minyak panas.udang tu bubuh dulu.....biar dia enak kat situ baru lah balik kan...tapi jangan over nanti hangit.

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 12:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 08:21 PM | Show all posts
Udang Tumis Rempah Cyber...[prue]
600 gram udang harimau atau sederhana (kulit tu buang)
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 08:22 PM | Show all posts
Udang berlado daun kari [ninoZ]

bahan-bahan:

udang besar - bersihkan..gaul garam kunyit pastu goreng kejap then ketepikan

dikisar halus :
cili merah
bwg merah
bwg putih
tomato sket

garam gula secukup rasa
daun kari
minyak

panaskan minyak[bior lebih sket pun takpe nanti leh scoop out]
tumiskan bahan kisar hingga garing perisakan garam gula secukup rasa
pastu masukkan daun kari..tumis sampai daun tu garing
masukkan udang yg telah digoreng terlebih dahulu


Sambal Goreng Udang

udang hidup
hiris nipis2 :
bwg merah
garlic sket
halia sket [tak taruk pun tak pe]
serai - bior byk2 sket

santan
cili merah - hiris kasar
belimbing buluh - belah 2 atau 4
garam gula secukup rasa
minyak utk menumis

panaskan minyak, tumis bahan2 yg dah dihiris hingga naik bau..masukkan udang, cili merah, belimbing buluh n santan
masak hingga menggelegak n kuah pekat sket..kacau jgn kasik pecah minyak..
siappp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2005 10:12 PM | Show all posts
SIMPLE SWEET N SOUR KERAPU [gigi kuning]

SEKOR IKAN KERABU- 500g

LEPAS SIANG KELAR TANG PERUT SAMPAI EKOR, JADI LU BOLEH KEPAK IKAN TU, CAM KAT RESTORAN
UTK SALUT, AMEK TEPUNG JAGUNG, KUNYIT, PEPPER, GARAM N SERBUK KARI(OPTIONAL)
DAH SALUT GORENG YE


KUAH
3 SUDU BESAR SOS PLUM
6 SUDU BESAR TOMATO PUREE
GULA IKUT NAFSU SENDIRI
MASAK NGAN AIR JE
NAK PEKAT TARUK SIKIT TEPONG JAGUNG


Masak kerapu style mak aku [amdude]

Ikan kerapu sederhana besar
Sos cili & tomato
Sos tiram
Air
Bawang putih & merah (tumbuk lumat)

Sapu ikan dengan kunyit then goreng. Tumis bawang. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Pastu masukkan air.. garam biar kuah pekat sikit. Boleh gak masukkan carrot, nenas atau tomato kalau suka. Tuang kuah atas ikan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 07:56 AM | Show all posts
BOTOK-BOTOK IKAN [cranko21]

BAHAN A

1 ekor ikan tenggiri potong ikut mana besar u nak ler
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 07:59 AM | Show all posts
Botok-Botok Ikan (Johor & S'pore) [dindazZz]
Kiriman: Warda Leela
Sumber: Arwah Mami


Bahan-Bahan:
2 ekor Ikan Tengiri/Mambong
8 Ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2" halia muda (tumbuk)
1 sudu teh Jintan Manis (sangai & kisar)
1 sudu teh Jintan putih(sangai & kisar)
1 sudu teh ketumbar(sangai & kisar)
2 biji buah keras (kisar)
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 10:10 AM | Show all posts
asam rebus [mrs_livingstone]

BAHAN:
*Ikan
*bawang putih+merah+besar dimayang
*asam keping
*lada kering(blend)
*air
*garam+gula
*lengkuas hiris nipis2/mayang


CARA:
*campak aje seme sekali dalam periuk,kecuali ikan
*biar mendidih lama...lama tau biar rasa asam garam dia tuh...
*baru letak ikan(tp ada gak org campak seme sekaligus)
*bila ikan masak...angkat lerrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.096945 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list