Kalau lah satu hari nanti bilamana manusia seperti ni jadi pemimpin negara...habis lah. Terus negara malacia jadi negara taliban. Daripada pilih taliban lebih bail pilih BN.
Post time 21-2-2016 02:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku dah stop dgr ustaz2 kt youtube tv wherever. Aku rasa semua xleh pakai..takat nak dgr petua rumahtangga, baikla aku baca yg btul2 expert punya article..
so kalau ustaz ni bawak kereta laju2 nak tuju ke tempat ceramah beliau, lalu terlanggar orang sampai mati, adakah orang itu dikira mati shahid? serious question.
Video: Orang Malaysia Pergi Masjid Naik ‘Babi’ Kata Ustaz Nahar
Posted on February 21, 2016 by Wanna|
­Kuala Lumpur – Penceramah agama, Nahar Afandi Ghazali menyifatkan kenderaan yang dinaiki oleh rakyat di negara ini seperti babi.
Anak kepada pengasas Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq di Kampung Melayu Rasa, Kuala Selangor itu berkata, majorit masyarakat masih mengunakan perkhidmatan bank yang mengamalkan amalan riba.
“Sekarang ini dunia akhir zaman (sebab) dah dekat dengan hari kiamat, pergi masjid kena cukai bayar tol cukailah, naik motor cukai… kata guru aku akhir zaman, manusia pergi masjid naik babi.
“Betul tak babi oiii, riba haram tak… babi haram tak? Kereta yang kita pakai tu, riba ke ‘cash’? riba’ babilah faham? Ha…tak nak mengaku pula. Tapi ustaz kami hutang sikit saja riba RM5,000. Ha bawak kereta belakang ada ekor babi,” katanya ketika menyampaikan kuliah Subuh di salah sebuah masjid Pulau Pinang, Sabtu lalu.
Menurut Nahar lagi, semua amalan tersebut akan di tolak dan tidak diterima Allah swt kerana ia bertentangan dengan hukum yang ditetapkan oleh Islam.
“Di padang masyar nanti kita akan bertanya (pada Allah)l swt) mana pahala kami solat jemaah. Mana pahala kami beribadat? Mana pahala kami umrah dan haji?
“(Tuhan akan berkata) Mana ada pahala, ketika pergi masjid kau naik babi,” katanya lagi.
SuaraTV sebelum ini melaporkan, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan kata-kata nista yang dituturkan oleh penceramah agama tersebut bukan merupakan sebahagian daripada Islam.
Terdahulu, Nahar menyifatkan tindakan anggota polis trafik yang menjalankan tugas itu sebagai bodoh dan bangang.– SuaraTV.