|
[2016]
INTERCHANGE - DAIN ISKANDAR SAID MOVIE (1/12/2016)
[Copy link]
|
|
bkn gosip
xde nye nk di war2kan
biarlah
yg penting buat keje
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 9-9-2016 12:22 PM
bkn gosip
xde nye nk di war2kan
Padahal cerita macam ni naikkan nama negara. Org luar tgk cerita kita. Betul yg penting buat kerja.
Menunggu december walaupun yg stay dkt london dh boleh tgk on october |
|
|
|
|
|
|
|
cinema kt uk tayang october nnt?
hebat
tp nape luar dulu br bg local tgk
hmmm...
|
|
|
|
|
|
|
|
2 minggu lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Interchange ke SGIFF
Kuala Lumpur: Filem Interchange arahan Dain Said serta lakonan Shaheizy Sam, Iedil Putra, Nicholas Saputra dan Prisia Nasution antara enam filem tempatan yang terpilih mewakili negara sempena Festival Filem Antarabangsa Singapura yang ke-27 (SGIFF) pada 23 November hingga 4 Disember ini.
Lima lagi filem lain yang turut terpilih ialah Voyage to Terengganu (Kisah Pelayaran Ke Terengganu) arahan Amir Muhammad dan Badrul Hisyam Ismail, Singing in Graveyards (Bradley Liew), Absent Without Leave (Lau Kek-Huat) dan dua lagi karya iaitu Mrs K serta Art Through Our Eyes to Singapore (Ho Yuhang).
Interchange diterbitkan Apparat dan dibiayai Sonneratia Capital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Seeing Eye Films dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) selain penerbit Indonesia, Cinesurya.
Interchange juga akan ditayangkan kepada barisan delegasi yang hadir sempena acara pembukaan festival di Marina Bay Sands, Singapura nanti.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 8:47 PM |
|
|
|
|
|
|
|
teringat dekat Anime '' The Wicked City '' tahun 1980an |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nicholas Saputra ‘gatal’ jadi burung dalam ‘Interchange’
KUALA LUMPUR, 25 Nov ― Pelakon dari negara seberang, Nicholas Saputra mengakui sukar membawa watak burung jadian dalam filem Interchange arahan Dain Said.
Berkorban masa yang lama untuk solekan khas watak belian, Nicholas berkata kulitnya menjadi kemerah-merahan selain gatal-gatal.
“[Solekan] kadang-kadang sampai lapan jam. Penggambaran sepanjang hari. Saya kena datang lebih awal dari kru.
“Saya mula pagi [lakonan] dan saya berada di set lebih lama apabila semua pelakon sudah pulang. Dua jam masa diambil untuk menanggalkan mekap.
“Kulit saya pula tidak terima gam. Kadang-kadang [bulu burung] tidak mahu melekat. Mungkin kulit pun penat,” katanya ketika ditemui di majlis pra tonton Interchange semalam.
Menggalas watak lelaki misteri, hero filem Ada Apa Dengan Cinta merasakan ia pengalaman baru buat dirinya dalam dunia seni.
“Kisahnya saya tidak pernah tahu sebelum ini, sehinggalah saya dapat memegang watak tersebut. Ia akan menjadi sesuatu yang menarik.
“Saya perlu menjiwai watak dan perlu selesa dengan rupa saya [menjadi burung],” katanya.
Belian, lelaki misteri separuh manusia, berperanan membantu Iva seorang bomoh menjadi dalang pembunuhan bersiri yang pelik.
Nicholas, 32, bertukar kepada burung sepenuhnya saat sesi pemujaan semangat roh dilakukan “Iva” terhadap mangsa pembunuhannya.
Sementara itu, Dain berkata pihaknya tidak menggunakan kesan khas komputer (CGI) sepenuhnya sebaliknya menggunakan bulu burung sebenar.
Katanya, kaedah itu perlu bagi memudahkan Nicholas menjiwai watak selain memperlihatkan gambaran burung sebenar.
“Saya tak suka buat CGI penuh. Saya guna bulu burung betul dan kemudian kita tambah CGI.
“Pelakon pun senang nak berlakon dan cara kita buat guna bulu burung sebenar agar nampak hidup.
“Bulu burung itu memang kita cari. Macam-macam cara. Saya memang nak [solekan Nicholas] nampak macam cacat sebab dia separuh manusia separuh burung,” katanya.
Selain Nicholas, filem yang akan mula ditayangkan Khamis ini turut menampilkan Shaheizy Sam, Prisia Nasution dan Iedil Putra. |
|
|
|
|
|
|
|
sape dh tgok review plsss..... kalau best iols nak angkut kawan cainis iols tgok skali... |
|
|
|
|
|
|
|
lanesra replied at 26-11-2016 11:22 PM
Nicholas Saputra ‘gatal’ jadi burung dalam ‘Interchange’
Bodoh2 je artikel dari Malaysia pasal filem ini. Cerita Nicholas kulit gatal jadi burung, Sam hilang bagasi terkandas berejam bagai.
Bodoh nak mampus tak mampu hasilkan artikel cerdik ka wartawan lokal ini? |
|
|
|
|
|
|
|
nicdiandra replied at 9-9-2016 12:05 PM
Salute sam berbaju melayu . Nasib bagasi dia dpt balik before premiere. Kurang highlight movie ni ...
Ape bodoh tak mention pasal hal ini lansung kat paper? Ini sebok tulis Nicholas gatal jadi burung, Sam hilang bagasi. Dasar wartawan pondan Malaya standard acik2 kepam sangat hal yang meka highlightkan dalam artikel untuk filem ini! |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 1-12-2016 11:50 AM
sape dh tgok review plsss..... kalau best iols nak angkut kawan cainis iols tgok skali...
Aku dah tengok preview hari tu. Siap selfie dengan nicholas apa yang papar kat thriller lagi deep dekat filem. Lakonan diaorang mantap, jalan cerita kalau jenis suka pegi escape room, minat penyiasatan seronok, mayat dia bukan simbolik cerita hantu. Lakonan iedil, nad nisa dan semua perfect. Aku nk tgk lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 1-12-2016 11:50 AM
sape dh tgok review plsss..... kalau best iols nak angkut kawan cainis iols tgok skali...
Aku suka sebab bila cerita hal nature, explain anatomi burung dia tak macam dalam lecture hall biology. Tak pulak rasa setiap adegan aku bleh predict next scene. Recommended |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 2-12-2016 03:25 AM
Ape bodoh tak mention pasal hal ini lansung kat paper? Ini sebok tulis Nicholas gatal jadi burung, ...
Itu pasal. Ini part lagi bagus org locarno tak berganjak sampai habis movie tengok cerita ini wpun haram tak faham bahasa nasib ada substitle dan bukan semua faham budaya asia. Cerita ni pasal suku kaum sarawak yang tu diaorang tak highlight |
|
|
|
|
|
|
|
nicdiandra replied at 2-12-2016 04:25 AM
Aku dah tengok preview hari tu. Siap selfie dengan nicholas apa yang papar kat thril ...
Teringat lak masa tengok Bunohan dulu, aku dan tunang (now laki) je kat panggung.
Aku teringin sangat tengok cerita ni lepas baca thread ni. Takleh tengok kat pawagam pun, harap kuar kat Astro First. |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 2-12-2016 05:26 PM
Teringat lak masa tengok Bunohan dulu, aku dan tunang (now laki) je kat panggung.
Aku ter ...
Ada masa pegilah tgk. Cuma aku nasihatkan otak kena kosong sebab lepas tu banyak benda kena hadam |
|
|
|
|
|
|
|
nicdiandra replied at 3-12-2016 06:48 PM
Ada masa pegilah tgk. Cuma aku nasihatkan otak kena kosong sebab lepas tu banyak benda kena hadam
Pilem Dain Said memang buat aku rasa ala2 tengok pilem Christopher Nolan. |
|
|
|
|
|
|
|
citer ni ok, not bad. cuma ending part belian transform betul jd burung sepenuhnya tu nmpak kartun sgat cgi nya.. iols bg 4/5 utk filem melayu punya rate |
|
|
|
|
|
|
| |
|