CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abu_syafiq

WAHABI & ANCAMAN TERHADAP ASWJ (merged topics abusyafiq)

[Copy link]
Post time 19-9-2006 09:42 AM | Show all posts
aku tanya benda tu baru ke tak baru dalam ilmu islam?!
aku tak tanya benda tu bid'ah ke tidak...!jwb le perkara tu baru ke tak.kalau baru ckp baru kalau tak ckp tak.
yg hang pie ckp sifat 20 tu pesal?!


kang aku dah cakap benda tu bukan bid'ah krn ianya bukannya berkaitan ibadat tapi cara bgaimana utk mengenali allah taala.....mcm sifat 20 gak lg.............dan mcm pengajian nahu,saraf,balaghah,usul hadis,usul feqah semuanya adalah perkara baru tp bukannya bid'ah krn bukan termasuk dlm bab ibadah

baca baik2 tulisan jgn buat2 tak faham lak
jgn jadi mcm budak2 tak mengaji

baca baik tulisan sblm ini
ini bukannya termasuk dlm bid'ah tapi ianya termasuk dlm qaedah
ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب
sesuatu yg tidak sempurna dgnya perkara yg wajib maka ianya menjaadi wajib jg
bukankah mengenali allah taala adalah termasuk dlm perkara yg wajib..jadi antara pendekataan yg digunakan dlm usaha utk mengenali allahtaala adalah pembahagian ilmu tauhid  spt yg dikemukakan ini
sebagaimana jg dgn sifat 20 ianya adalah satu pendekatan yg digunakan oleh ulamak silam utk menyampaikan maksud iaitu mengenali allah taala (dan saya tlh mengatakan sblm bhw saya tidak mengatakan sesat atau bid'ah pengajian tauhid menggunakan  pendekatan sifat 20 itu cuma saya mengatakan tidak begitu sesuai utk pendekatan kini)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2006 09:43 AM | Show all posts
aku nk tanya ko...pd makna kedua yg ko ta'rifkan...'istawa' disitu bukan bererti BERSEMAYAM  ke??


bukanlah..........payah faham betul budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 09:53 AM | Show all posts
aap ke sooal mere liyee
amalan azan pertama pada waktu zohor dihari jumaat  ..amalan nie termasuk dalam perkara baru dlm agama ataupun tidak termasuk?


ini bukan perkara baru tapi ianya merupakan sunnah sebagaimana yg diakui oleh nabi s.a.w. dlm hadis nya yg sudah maklum dikalangan kita.
saya pun dah lupa riwayat mana hadis ni...nanti saya beritahu kemudian...
rasulullah s.a.w. bersabda:
"hendaklah kamu berpegang kpd sunnah ku dan sunnah khulafa' rasyidin al-mahdiyyin. gigitlah dgn geraham2 kamu"'
ianya termasuk dlm sunnah khulafa' rasul s.a.w. iaitu sayyidina osman r.a.
dan mengikut mereka akan membawa kepada keredhaan allah sebagaimana firman allah taala
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

soal tak nak buat atau tidak itu terpulang kpd masing2



dah jawab dah yg tu nak ulang balik soalan lama

jadi saya nak tanya satu soalan kpd abusyafiq....


amalan maulidurrasul yg dilakukan masyarakat kita khasnya apakah termasuk dlm perkara baru dlm agama yg termasuk dlm perkara bid'ah ataupun tidak termasuk

soalan susulan slps jawapan kpd soalan ini
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 09:55 AM | Show all posts
kpd always typo dll tu insyaallah saya layan di kesempatan lain
wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 01:03 AM | Show all posts
Setahu saya pendekatan Tauhid sifat 20 (metod Asy'ariah) ini  mengikut ijma' ulama ASWJ hukumnya fardhu ain  dipelajari bagi seluruh umat Islam yang mukallaf dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal untuk mensahkan iman masing-masing. Dalil tafsil itu pula fardhu kifayah, perlulah ada ulama2 yang mahir mengambil tahu dan mempelajari ilmunya.

Adakah mufti kelantan yang tuan ceritakan itu dengan jelas mengatakan tidak wajib belajar sifat 20, ataupun boleh ditangguhkan dulu? Adakah itu pendapat
peribadinya ataupun ijma' ulama terbaru?


kalau nak katakan ijma' ulamak tu rasanya tidak tepat, krn kalau kita lihat kpd karangan2 ulamak silam berkenaan tauhid ini adalah dlm berbagai2 method yg menunjukkan cara yg digunakan oleh ulamak2 tersebut bukanlah melalui method sifat 20
bahkan kalau nak katakan ijma' ulamak tempat kita suatu ketika dulu pun rasanya tidak tepat
tapi kalau kata jumhur (kebanyakan) ulamak negara kita suatu ketika dulu mungkin tepat

kemudian pengajian secara ijmal kpd org awam utk mengenali allah taala bukan semestinya melalui sifat 20...seseorg yg mengenali allah taala melalui al-quran dan hadis spt cara yg dilakukan oleh mufti hj noor suatu ketika dulupun sudah cukup utk fardhu ain atas dirinya
dan pengajian secara tafsil pula merupakan fardhu kifayah shj kpd org yg mengkhususkan dirinya kpd pengajian agama dan utk mempertahankan aqidah islam bilamana cuba diceroboh org lain
dan utk fardhu kifayah ini bukan sekadar sifat 20 bahkan lebih dr itu lg mesti sentiasa ada dr kalangan umat islam yg mempelajarinya spt mengetahui firqah2 sesat yg berpecah dr islam serta mengetahui idelogi2 mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 01:21 AM | Show all posts
Hanya kerana ianya DIANGGAP susah nak belajar (dan susah nak ajar) tak semestinya tak perlu belajar. Hanya kerana ia tak popular (kerana dianggap susah), adakah ulama boleh mengambil keputusan untuk  berhenti mengajarkannya? Memilih nak mengajar subjek2 yang mudah sahaja? Berlumba-lumba nak mengajar cara  yang lebih senang (tetapi tiada ijma' ulama tentangnya) , makin ramai murid dan bertambah bangga? (maaf kalau agak kasar di sini)


maksud saya bukan tak payah diajar tapi pendekatan yg perlu diterapkan kpd org awam adalah mana yg lebih mendekatkan faham kpd mereka dan mana yg lebih mengurangkan kekeliruan kpd mereka...
saudara mgkn boleh memahami dgn baik pengajian sifat 20 tersebut krn saudara sorg yg terpelajar dan tlh terbiasa dgn selok belok pengajian
tapi bagi org2 awam terutama org2 tua yg tak pernah belajar bagaimana pula
saya bercakap atas dasar pengalaman dan bukannya utk berbangga tp utk berkongsi pengalaman
saya tlh mengajar org awam melalui kedua2 pendekatan walaupun cara selain sifat 20 ini saya masih diperingkat awal lg pengarannya tp saya tlh melihat hasilnya melalui komen dr mereka terutama org2 tua yg mengikuti pengajian saya

bagi org muda yg memilih utk mengkhususkan dirinya utk pengajian agama yg sebaiknya adalah belajar yg payah2 spt sistem pengajian lama spt yg terdapat di pondok2 suatu ketika dulu
yg mudah tu.....baca sendirilah sbb dah mengaji kan


Bagi saya pendekatan sifat 20 BUKAN pendekatan falsafah, tetapi pendekatan MENGGUNAKAN AQAL amat relevan dan berkesan BILA-BILA MASA. Allah menyuruh banyak dalam Al Quran supaya kita menggunakan AQAL dalam mentauhidkanNya dan sepatutnya kita menggunakan AQAL ini dengan cara yang disusun atur dan dipersetujui oleh ijma' para ulama. Aktiviti "fikir" itu adalah dituntut ugama, bukan setakat baca dan faham sahaja.
Umat Islam perlu belajar menggunakan aqal agar dapat menangkis semua masalah2 aqidah yang teruk yang melanda umat sekarang.


sama shj pendekatan falsafah dan menggunakan akal...
krn itu dlm sistem pengajian silam pengajian ilmu mantiq (ilmu logika) akan berakhir dgn pengajian ilmu falsafah
kalau tak sampai kesitu bermakna pengajian mantiqnya tidak tamat

penggunaan akal...walaupun ada perintah allah supaya kita menggunakan akal utk mengenalinya..namun
bukan semua org boleh menggunakan akalnya utk mengenali allah taala...lain org lain tahap pemikirannya
apa yg diwajibkan kpd kita umat islam adalah beriman kpd allah melalui firman2nya berdasarkan al-quran dan hadis samaada ianya blh diterima oleh akal ataupun tidak boleh diterima akal

dan penggunaan akal dlm mengenali allahtaala perlu bagi sesetengah golongan shj
spt para pendakwah yg nak menghampiri golongan yg sentiasa mendahulukan akalnya dlm setiap perkara
sebab itu saya tlh menyebutkan sblm ini bhw mempelajari sifat 20 adalah fardhu kifayah shj bukannya fardhu ain dan tepatlah spt kata saudara ini:

Umat Islam perlu belajar menggunakan aqal agar dapat menangkis semua masalah2 aqidah yang teruk yang melanda umat sekarang.


bahkan bagi saya pendekatan sifat 20 ini perlu diolah kearah pendekatan tauhid berdasarkan sains dlm dakwah kita kpd golongan saintis yg sentiasa mengutamakan sains dlm segala pegangan mereka.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2006 01:28 AM | Show all posts
Saya yang lemah ini bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk mempelajari sifat 20 dari orang yang agak ahli, dengan itu dapat mengenali dan mencuba kaedah yang digarispanduankan oleh ulamak dalam mencari keyakinan hakiki (tanpa sebarang keraguan) di dalam hati untuk mengESAkan Allah. Walaupun dah belajar masa sekolah rendah/menengah dahulu (lebih kepada untuk exam) dan tak lah begitu faham dengan mendalam untuk diamali dengan cara sebenar.

Rakan-rakanku, sepatutnya kita semua perlu ada bercita-cita untuk menjadi orang yang dekat kepada ALLAH  dan meningkatkan ilmu dan amal. Janganlah happy atau gembira setakat berada dalam kelompok orang awam semata-mata dalam ugama dan jangan sekali-kali bercita-cita untuk KEKAL di dalamnya, tak improve sehingga mati.


alhamdulillah...dan perlu diingat asas kpd pegangan kita adalah quran dan sunnah....
dan sekali lg saya ingin sebutkan ulamak2 kita yg menggunakan pendekatan sifat 20 inipun asas pegangannya saya yakin adalah quran dan hadis bukannya akal atau falsafah
cuma pendekatan dlm dakwah mereka shj dlm menghadapi gelombang falsafah pd ketika itu menggunakan pendekatan tauhid yg spt itu

dan yg sebaiknya kita kembali kpd pendekatan berdasarkan quran dan sunnah
dan saya sendiri alhamdulillah diberi peluang oleh allah utk mempelajari tauhid melalui kedua2 pendekatan ini

cuba saudara2 mempelajari tauhid melalui cara salaf spt yg dikemukakan oleh:
syah waliyullah dlm kitabnya al-aqidatussaniyyah atau
syah ismail syahid dlm kitabnya risalatuttauhid dsbgnya

saya rasa tuan dapat rasa satu kelainan dlm mempelajari ilmu tauhid
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 01:36 AM | Show all posts
Originally posted by orang_awam at 18-9-2006 01:54 PM
boleh tau tak kat mana yg bercanggah dgn al-quran & hadis kalau pakai kaedah "pembahagian tauhid kpd 3 -uluhiyyah,rububiyyah,asma wassifat"...

kalau belajar dua2 kaedah (dgn sifat  ...


bahkan bagi mereka yg mendalami ilmu agama sepatutnya mempelajari lebih lg dr dua kaedah ini...
sebab itulah dlm sistem pengajian silam pengajian ilmu tauhid tidak berakhir dgn pengajian ilmu tauhid shj tapi:

bermula dgn tauhid berdasarkan asas kpd pegangan umat islam iaitu quran dan sunnah
kemudian tauhid berdasarkan kpd method lain spt berdasarkan falsafah spt sifat 20
kemdian ilmu firaq iaitu pegangan golongan2 yg menyeleweng dr agama islam
dan akhir sekali pengajian ilmu adyan iaitu ilmu berkaitan perbandingan agama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2006 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 21-9-2006 01:21 AM
maksud saya bukan tak payah diajar tapi pendekatan yg perlu diterapkan kpd org awam adalah mana yg lebih mendekatkan faham kpd mereka dan mana yg lebih mengurangkan kekeliruan kpd mereka...
saudara mgkn boleh memahami dgn baik pengajian sifat 20 tersebut krn saudara sorg yg terpelajar dan tlh terbiasa dgn selok belok pengajian
tapi bagi org2 awam terutama org2 tua yg tak pernah belajar bagaimana pula
saya bercakap atas dasar pengalaman dan bukannya utk berbangga tp utk berkongsi pengalaman
saya tlh mengajar org awam melalui kedua2 pendekatan walaupun cara selain sifat 20 ini saya masih diperingkat awal lg pengarannya tp saya tlh melihat hasilnya melalui komen dr mereka terutama org2 tua yg mengikuti pengajian saya

bagi org muda yg memilih utk mengkhususkan dirinya utk pengajian agama yg sebaiknya adalah belajar yg payah2 spt sistem pengajian lama spt yg terdapat di pondok2 suatu ketika dulu
yg mudah tu.....baca sendirilah sbb dah mengaji kan


Tuan sheir'ali,

Tuan seharusnya tahu audiens di forum ini adalah orang2 yang kebanyakkannya muda dan banyak tenaga dan kudrat. Kalau yang rasa diri lemah pun itu lebih kepada masalah "mentaliti" bukan "mental capacity". Kalau orang tua pun yang melayari forum pastinya mereka ini orang tua yang advanced dan aktif, bukan yang "la ih" kata orang utara.

Sebab itu kenyataan tuan yang sebelum ini saya katakan amat mengelirukan kerana ia memberi konotasi negatif kepada ilmu yang disuruh ulamak kita mempelajarinya dan memahaminya without fail.  

Kalau tuan memilih untuk menyamakan "orang awam" sebagai secara umumnya orang tua-tua yang dah tak ada banyak mental capacity nak berfikir dan memaham, saya amat menyokong sekali 100%. Semoga ini boleh memotivasi saya dan rakan2 yang masih banyak kurniaan "af-idah" dari Allah untuk mengutip ilmu2 yang dah banyak direject oleh "orang2 tua" ni, dengan izin Allah yang maha pemberi rahmat, walaupun umur dah tak muda lagi.

Kat surau saya ada sorang tua umoq dah 81 masih lagi berebut nak belajar hatta ilmu nahu pun tak miss. Ustaz kami menceritakan ada sorang tukang nyala lampu di masjidil haram  yang mula belajar nahu ketika umurnya 80 tahun dan sehingga mampu menulis kitab nahu dan mengajar ketika berumur lebih 100 tahun - dipanjangkan umurnya oleh Allah dan diberikan rahmat dan rezeqi belajar ilmu. Yang penting belajar, hidayah dan pemahaman tu kurnia Allah jua.

At the same time, mungkin tuan boleh mewar-warkan di sini kelas kuliah tuan tu, kot-kot ada forumer di sini yang berminat nak pergi dengaq. Orang berilmu spt tuan ni tak perlu nak menyembunyikan identiti sangat hatta di forum internet sekalipun - kot-kot jadi bid'ah pulak. Nabi dan para sahabat dulu berdakwah tak pernah sembunyi identiti drpd audiens mereka (hatta musuh pun mereka tak takut).
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 21-9-2006 12:09 PM | Show all posts

Menyanggah Pentakfiran Wahhabi Terhadap Umat Islam

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Tuhan Yang Mencipta Tempat dan tidak memerlukan kepada tempat. Selawat dan salam kpd
Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda dan sahabat2 baginda.

Bila kejahilan menyelubungi org yg takabbur, maka susah bagi org takkabbur tersebut menerima kebenaran.
Ada dikalangan yg mendakwa diri sebagai ustaz tapi prinsip pertama mrk adalah mengkafirkan umat islam dan membawa ajaran Wahhabi yang mentajsimkan Allah dengan mengatakan ?llah Duduk, sepertimana makhluk juga duduk?.
Ditambah dengan penyebaran dakyah aqidah kristian kafir. Mrk ini adalah Wahhabi.
Turut disertai, mrk ini gemar mentakwil ayat Allah mengikut hawa nafsu mrk sendiri.

Semoga Allah memberi hidayah kpd mrk sblm mrk mati dan semoga Allah menjauhkan kita dari bid?h  ajaran sesat Wahhabi dan Kristian.

Ukhwah dikasihi,
Apabila sesetengah umat islam berselawat kpd Nabi Muhammad kemudian disertai dengan menyebut Sifat Allah lantas berdoa pada Allah, maka ini semua bukanlah & tidaklah bererti umat islam tersebut menyifatkan Nabi dgn sifat Allah?
tidak sama sekali!

Perkara ini amat jelas kecuali kpd mereka yg bengap pemikiran dan cetek ilmu agamanya serta jahil ilmu bahasa arab.

Wahhabi yg menghukum kafir terhadap umat islam yg melakukan amalan berselawat keatas Nabi kemudian jelas menyebut sifat Allah lantas berdoa kpd Allah, mereka itu tidak lain dan tidak bukan telah bersifat su?zzhon ( bersangka buruk) terhadap umat islam yg melakukan amalan tersebut ( Selawat keatas Nabi, Menyebut sifat Allah dan berdoa kepada Allah).
Pada hakikatnya merekalah (Wahhabi) yang telah menyamakan Allah dengan segala makhlukNya apabila mereka mendakwa bahawa
?llah Duduk Di atas Kursi, Sepertimana Mereka Juga Duduk Di atas Kursi Komputer?.

Didalam site http://www.iqra.net/Salaams/salaams4.htm
It ends with the following dua (prayer):

'Aalim-us-Sirri wa Akhfaa
Mustajeeb-ud-Da'awaati
Rabbi Farhamnaa Jamee'a
Bijamee-'is-Saalihaati

jelas tertulis apabila selawat keatas Nabi itu tamat disertai penutup dengan berdoa kepada Allah lantas disebut sifat Allah Yang Maha Mengetahui rahsia yang tersembunyi dan Maha Menerima doa-doa,  lantas memohon doa kepada Allah agar merahmati umat islam. Ini bukanlah satu takwilan tetapi ianya boleh difahami dengan amat mudah kecuali bagi mereka yang sengaja bertujuan mengkafirkan umat islam.

Kita umat islam tetap beranggapan bahawa perkataan :

'Aalim-us-Sirri wa Akhfaa
Mustajeeb-ud-Da'awaati

zahir maknanya adalah sifat Allah dan bukan sifat Nabi berdalilkan sebutan Rabbi yang bererti Tuhan (Allah)?
JAKIM juga telah mengedarkan risalah selawat yg diterjemahkan seperti berikut pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1426h dalam bab Panduan Selawat yg diraikan oleh Agong Sirajuddin Jamalullail.

Lagi pun, tidak menjadi massaalah langsung selepas berselawat keatas Nabi kemudian kita menyebut sifat Allah lalu berdoa kepada Allah. Inilah zohir makna dari doa tersebut.

Umat islam juga tidak mentakwilkan kenyataan tersebut bahkan langsung berpegang pada zahir maknanya yang bererti Allah Maha Mengetahui rahsia yang tersembunyi.
Ini krn Takwil bererti membawa erti selain zahirnya. Umat islam tetap berpegang dgn zahir makna dan tidak mentakwilkannya.

Akibat sifat jahat dan gemar mengkafirkan umat islam menyebabkan salah faham pada perkataan tersebut yang jelas maknanya samaada dari segi zohir makna maupun takwilan makna.

Saya menyeru agar umat islam semua mengambil berat tentang pengkafiran golongan Wahhabi terhadap umat islam yang mengamalkan amalan berselawat keatas Nabi kemudian menyebut sifat Allah lantas berdoa pada Allah.

Kejahilan dan sifat buruk sangkalah yang menyebabkan Wahhabi mengkafirkan umat islam.
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 21-9-2006 12:12 PM | Show all posts

Menjawab Wahhabi1

Wahhabi kata :

pengajian nahu,saraf,balaghah,usul hadis,usul feqah semuanya adalah perkara baru tp bukannya bid'ah krn bukan termasuk dlm bab ibadah


kenyataan Wahhabi tersebut bercanggah dengan hadith Nabi :
? Semua Perkara Baru Itu Bid?h?.riwayat muslim.

Beginilah Wahhabi bercanggah dengan Nabi. Hairan sungguh?

Nabi kata :? Semua Perkara Baru Itu Bid?h?
tapi Wahhabi kata :? Perkara Baru Bukan Bid?h?.
Pengikut sunnahkah mereka nih?!sudah pasti tidak! kerana kenyataan mereka sering bercanggah dengan Hadith Nabi.

Nabi kata : ?a?
Wahhabi kata : ?idak?

Nabi kata: ?idak?
Wahhabi kata : ?a?.

Gemar sungguh Wahhabi bercanggah dengan Hadith Nabi.

Kata-kata wahhabi tersebut juga bererti sesiapa yang pergi pengajian tauhid,feqah dan ilmu islam yang lain TIDAK AKAN MENDAPAT PAHALA kerena ianya bukan ibadah.

Ini semua adalah cara orieantalis menjauhkan umat islam dari pergi ke pengajian ilmu islam bahkan mengalakkan umat islam berperang sesama sendiri dengan dimulakan membuka pintu kafir-mengkafir tanpa hak.

[size=-2]yg bukan wahhabi tu usah terasa
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 21-9-2006 12:15 PM | Show all posts

Menjawab Wahhabi2

Wahhabi bertanya:

amalan maulidurrasul yg dilakukan masyarakat kita khasnya apakah termasuk dlm perkara baru dlm agama yg termasuk dlm perkara bid'ah ataupun tidak termasuk


soalan lapuk yg sengaja ditimbulkan BERTUJUAN melaga-lagakan umat islam dan mengkafirkan umat islam serta menyebarkan aqidah kristian kafir dengan mengatakan ?llah Duduk, Sepertimana Makhluk Juga Duduk?.

Sebenarnya soalan tersebut telah terjawab tetapi kerana sifat busuk hati yg ada pada Wahhabi menyebabkan mereka tidak puas hati seperti Yahudi tidak puas hati dengan Nabi Muhammad takkala Nabi Muhammad mendatangkan hujah yg jelas.

Disini saya bawakan kenyataan Mufti Mesir Syeikh Dr.Ali Jumaah mengenai amalan maulidurRasul
( WALAUPUN TELAH SAYA MENJAWAB SERTA NYATAKAN BANYAK KALI SEBELUM INI DALIL DARI HADITH NABI, KENYATAAN IMAM SAYUTI, IBNU HAJAR AL-ASQOLANY,IBNU KATHIR DAN SELAINYA MENGENAI MAULIDURRASUL).
Cuma orang yg memiliki otak berjenis bengap lagi tolol sahaja yg tak faham-faham mungkin kerana hatinya sekeras
Yahudi).

Ketahuilah ?ebenarnya Wahhabi mahukan jawapan seperti ini : ? SESIAPA YANG MENYAMBUT MAULIDURRASUL ADALAH KAFIR HALAL DARAHNYA SERTA WAJIB DIBUNUH? atau : SESIAPA YANG MENYAMBUT MAULIDURRASUL ADALAH BERDOSA KERANA BUAT BID?H DAN SESIAPA YANG MENGHALALKAN AMALAN BID?H INI SETELAH DIBERI KETERANGAN MAKA DIA KAFIR TERKELUAR DARI ISLAM ( MURTAD)?.

Inilah jawapan yang diidam-idamkan oleh Wahhabi!..tujuannya adalah memporakperandakan umat islam dan menyokong kerja Yahudi.


Ukhwah sekalian?

Dalam kitab berjudul ALBAYAN LIMA YASGHULUL AZHAN (Fatwa-fatwa Mufti Mesir) karangan Mufti Mesir Syeikh Dr. Ali Jumaah dimukasurat 164-169 cetakan Al-Muqottom beliau menjawab soalan yang berbunyi :

'Umat islam meraikan Maulid Nabi setiap tahun dan didapati sesetengah orang menentang amalan tersebut dengan mengatakan ianya satu bid?h. Apakah hukum sebenarnya?

Antara jawapan Mufti Mesir Dr. Ali Jumaah adalah ( saya tidak dapat bawakan semua kenyataanya beliau kerana terlalu panjang dan hebat penerangannya ):

Berkata Mufti Mesir Syeikh Dr. Ali Jumaah (mukasurat 164 pada kitab tersebut) :

"Dan sambutan maulidurRasul adalah diantara seafdal-afdhal amalan, semulia-mulia amalan dan diantara sehebat-hebat cara mendekatkan diri kepada Allah kerana ianya merupakan tanda kekembiraan dan cinta kepada Rasulullah. Mencintai Rasulullah adalah diantara asal-asal keimanan.
Sabda Nabi yang bermaksud :
"Aku bersumpah, tidak beriman seorang itu sehinggalah aku dicintainya melebihi bapa dan anaknya". HR Bukhari.

Pada mukasurat 166 Mufti Mesir tersebut menyatakan :
?erkata Imam Sayuti dalam kitab Husnul Maqsid Fi Amalil Maulud ( tajuk buku yg bererti Tujuan Yang Mulia Dalam Amalan Maulid ) :
Berkata Imam Sayuti : ?malan maulidur Rasul tidak bercanggah dengan Al-quran, tidak bercanggah dengan Al-Hadith, tidak bercanggah dengan sahabat dan tidak bercanggah dengan ijmak, maka sambutan maulidurRasul buknalah amalan yang dicela sepertimana kaedah Imam Syafie?.

Rasulullah pernah menjawab soalan mengenai puasa hari Isnin, baginda menjawab:
"Demikian adalah hari kelahiranku" H.R Muslim.
Amalan maulidurRasul yang disertai dengan Bacaan alquran,selawat keatas Nabi, menyebut sifat Allah, memohon doa kepada Allah, memberi makan pada orang ramai dan sebaigainya dari amalan baik ianya bukanlah amalan baru yang dicela oleh islam.

Maka saya menyatakan :
Selepas ini tak usah nak tanya soalan bodoh kau tuh lagi wahai Wahhabi!!

Mungkin kerana kebodohan ko tuh membuatkan aku menjawab dengan bernas soalan ko tuh walaupun soalan yg berbentuk zahirnya mcm tak tahu tapi batinnya bertujuan mengkafirkan umat islam.

Semoga Allah merahmati kita dan meletakkan kita dibawah umat Nabi Muhammad yang mencintai baginda.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 21-9-2006 01:21 AM
penggunaan akal...walaupun ada perintah allah supaya kita menggunakan akal utk mengenalinya..namun
bukan semua org boleh menggunakan akalnya utk mengenali allah taala...lain org lain tahap pemikirannya
apa yg diwajibkan kpd kita umat islam adalah beriman kpd allah melalui firman2nya berdasarkan al-quran dan hadis samaada ianya blh diterima oleh akal ataupun tidak boleh diterima akal


Maaf, tuan berkata-kata seperti tuan tidak belajar tauhid sifat 20. Perbezaan hukum aqal (yang berasaskan Al Quran)
dan hukum adat pun nampak macam tuan tidak jelas. Saya akui ilmu saya rendah dari tuan, tapi ini bab asas
ie hukum aqal dan hukum adat, macam alif ba ta kena at least faham dulu sebelum melangkah ke topik seterusnya.
Kalau tidak pemahaman topik lain akan jadi haru biru dan menyeleweng.

Satu lagi kalau belajar dari guru yang memang anti ilmu sifat 20 ini. Sudah pasti dia tidak fahamkan konsep sifat 20,
dengan itu apa yang diajarkannya juga tentulah bias kearah menunjukkan yang negatif dan yang belajar pun
dapati susah dan tak faham. Saya tak tahu siapa guru tuan, mungkin syeikh yang hebat dari pusat pengajian tuan
dahulu. Saya cadangkan tuan belajar kembali ilmu sifat 20 ini dari seorang guru yang mursyid (kena dengan level tuan)
untuk mendapat penjelasan. Inilah nasihat saya yang dhoif ini.

Ini yang saya takut kalau pelajar belajar cara 3-serangkai ini dahulu. Bila dia orang belajar
tauhid sifat 20, mereka nampak tauhid sifat 20 ini sebagai satu cara yang SALAH dan tidak tepat.
Dan mereka tidak beriman dengan apa yang diajarkan oleh tauhid sifat 20 itu , yang asalnya dari Quran dan
hadith jua malah belajar mereka untuk tujuan akademik semata2. Maka terlepaslah peluang mereka
untuk mendapat KEYAKINAN aqidah Islam yang sebenar - nauzubillah.

Tuan semestinya tidak setuju dengan pandangan saya di atas, tetapi saya katakan juga kerana ramai
pembaca mungkin perlu membaca kata-kata sebegini. Aquulu qauli haa za astaghfirullahal 'azim.

Saya yakin cara belajar tauhid sifat 20 ini adalah  MENGIKUT QURAN DAN SUNNAH jua, kerana
dalil-dalil naqli yang digunakan dalam perbincangan2nya dan juga pandangan baik saya kepada jumhur ulama2
zaman silam termasuk Hujjatul Islam - Al Imam Al Ghazali dan lain-lain.  Saya belum habis belajar lagi (baru setakat
mukholafatuhu lil hawadith), jadi tak mampulah saya utk berbincang lebih mendalam dalam soal ini dngn
tuan. Melalui forum sebegini tambah memayahkan.

Zaman dahulu penyerangan aqidah hanya berlaku bila orang mengajak secara lisan. Sekarang terlalu banyak
serangan aqidah dari media massa, internet, dan lain-lain. Ianya sudah mencerobohi setiap ceruk rumah seluruh
dunia hatta orang2 yang beriman sekalipun. Sewajarnya manusia Islam memperkemaskan dirinya secukupnya
untuk menghadapi serangan2 ini.

Allah jualah pemberi hidayah.

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 22-9-2006 10:17 AM


Maaf, tuan berkata-kata seperti tuan tidak belajar tauhid sifat 20. Perbezaan hukum aqal (yang berasaskan Al Quran)
dan hukum adat pun nampak macam tuan tidak jelas. Saya akui ilmu saya renda ...



Belajar ilmu tauhid  utk tujuan AKADEMIK demi mendapat segulung sijil itu adalah TAKTIK HALUS yg diperkenalkan oleh Yahudi dan musuh Islam.

Bila NIAT sudah terpesong, cahaya KEBENARAN akan hilang, Allah SWT tidak akan REDHA.

MEmang benar, bila belajar sifat 20 metod Asyaari itu, perbezaan hukum akal dan hukum adat diperjelaskan dan saya kira semua orang boleh memahaminya, ia bukan perkara yang susah kerana AKAL itu ciptaan Tuhan, Kebenaran itu dari Tuhan, jika Tuhan berkehendak, sesiapapun boleh diberi kefahaman.

Belajarlah dengan guru yang MURSYID, yg mementingkan REDHA TUhan dari mengejar SIJIL dan mendapat nama sebagai scholar tersohor.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 08:45 AM | Show all posts
Ada satu blog yg MENARIK mengenai iktikad ASWj, silalah layari :

AHLULSUNNAH WAL JAMAAH BLOG

[ Last edited by  serihartatie at 26-9-2006 08:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 08:51 AM | Show all posts
Saya C & P sikit untuk PROMOSI info ini kepada forumner


Saya akan mulakan perbincangan entri ini dengan tajuk "Bahaya Wahabi". Memandangkan kaum Wahabi banyak merujuk kepada "ulama" mereka terutamanya Ibnu Taimiyah atau nama lengkapnya Ahmad Taqiyuddin Abu Abbas bin Syihabuddin Abdul Mahasin Abdul Halim bin Syeikh Majduddin Abil Barakat Adussalam bin Abi Muhammad Abdillah bin Abi Qasim Al Khadar bin Muhammad bin Al Khadar bin Ali bin Abdillah.

Asal perkataan Taimiyah adalah daripada datuknya yang bernama Muhammad bin Al Kadar yang pergi haji melalui jalan Taima'. Setelah dia kembali dari haji didapati isterinya melhirkan seorang anak perempuan yang kemudian diberi nama Taimiyah dan keturunannya dinamakan Ibnu Taimiyah.

Ibnu Taimiyah ini dikatakan lahir di desa Haran, Palestin pada 10 Rabiul Awal 661H. Daerah Haran ini terkenal sebagai daerah Kristian Shabiin dan dikenali dengan daerah orang yang bijak, ahli falsafah dan selalu mempermainkan akal. Desa ini didiami oleh suku Kurdi bukannya Arab. Ibnu Taimiyah adalah seorang Kurdi dan bukannya orang Arab.


FATWA PERTAMA IBNU TAIMIYAH YANG BERTENTANGAN DENGAN FATWA AHLUSSSUNNAH WAL JAMAAH:

1. Tuhan duduk di atas Arasy sebagaimana Ibnu Taimiyah duduk.

Ibnu Taimiyah menfatwakan bahawa Tuhan duduk bersela di atas Arasy serupa duduk berselanya Ibnu Taimiyah sendiri. Faham ini beberapa kali diulangnya di tas mimbar masjid Bani Umaiyah di Damsyik , Syria dan di Mesir.

Ia mengemukakan dalil ayat Quran yang diertikannya semuanya saja, dan sebagai yang tersurat sahaja tanpa memperhatikan yang tersirat dari ayat-ayat itu.

Jadi, Ibnu Taimiyah boleh digolongkan kepada kaum Zahirriyah iaitu "kaum Zahir" yang mengertikan Quran dan Hadis secara zahirnya sahaja.

Misalnya firman Tuhan:

"Ar Rahman bersela di tas Arasy."
(Surah Taha:5)

Dan firman-Nya:

"Kemudian Ia duduk bersela di atas Arasy,"
(Surah Al A'raf:54)

Dan ayat-ayat Quran serupa dengannya, yang tersebut dalam 7 buah surah dalam Quran iaitu pada surah:

Yunus:3
Ar Raad:2
Al Furqan: 59
As Sajadah: 4
Al Hadid:4

Ibnu Taimiyah mengertikan maksud "istawa" yang ada dalam Quran dengan maksud "duduk bersela serupa duduknya."

Fatwa dan iktiqad Ibnu Taimiyah yang semacam ini ditolak oleh Ahlussunnah wal Jamaah, bukan sahaja ditolak dengan lisan dan tulisan tetapi juga sampai dibawa ke muka pengadilan dan akhirnya dihukum sampai mati dalam penjara.

Kaum Ahlussunnah wal Jamaah , baik kaum Salaf dan Khalaf, tidak mentafsirkan maksud "istawa" dalam ayat-ayat itu dengan "duduk bersela serupa duduknya manusia," - tidak,tidak!


seterusnya sila layari website tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2006 09:16 AM | Show all posts
Dah jelas kerja-kerja wahabi yang cuba berselindung dalam ASWJ. Awas lah !
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 04:31 PM | Show all posts
Subuh hari Jumaat tanggal 15 Ramadhan 1425H, kembalilah seorang ulama besar yang ilmunya tetap bersinar dan insya-Allah akan terus cemerlang melalui karangan dan murid-murid asuhannya.

Hari ini 15 Ramadhan 1427H, adalah haul ke-2 pemergian almarhum Habib Muhammad bin 慉lawi bin 慉bbas bin 慉bdul 慉ziz al-Maliki al-Hasani al-Makki rhm.




Beliau adalah merupakan ulama besar dan pembela Ahlus Sunnah wal Jama`ah daripada serangan pentaksub ajaran Wahhabi.

Beliau dididik dari kecil dengan asuhan agama, telah menghafal al-Quran ketika usianya 7 tahun dan hafal 揳l-Muwattha`
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 05:10 PM | Show all posts
HATI-HATI ULAMA SALAFI - WAHHABI

Antara orang kuat salafi-wahhabi ialah:-

1. Nasir Albani (geng salafi-wahhabi namakan dia "Nasiruddin");
2. Abdul Rahman Abdul Khaliq;
3. Muhammad Khalil Harras;
4. Abdul Aziz bin Baz (Mufti Saudi);
5. Abu Bakar al-Jazairi;
6. Hamd at-Tuwayjiri;
7. Muhammad Salih al-Uthaymin;
8. Muhammad Jamil Zaynu;
9. Salih Ali Fawzan.

Di Malaysia:-

1. Dr. Asri Zainal Abidin;
2. Rasul Dahri;
3. Hafiz Firdaus (mufti pilot kita);
4. Abdullah al-Qari bin Haji Salih (tapi tokoh ini tak menentu pegangannya);
5. Dr. Abdullah Yasin (khadam kedutaan Saudi yang anti mawlid);
6. Tuan Hassan Tuan Lah (mufti cyber kita);




Tapi mereka sudah tentu tidak mengaku berfaham Wahhabi, mereka lebih senang dengan nama salaf walaupun mereka hidup jauh dari zaman salaf. Ciri-ciri utama mereka ialah senang menyalahkan orang lain, suka membid`ahkan orang serta menyesatkan orang. Panutan utama mereka ialah Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Hazmin, Syaukani, Syed Quthub, Syed Sabiq dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

http://bahrusshofa.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 05:27 PM | Show all posts
Imran N. Hosein 2

Dalam kesimpulan bukunya "The Caliphate - The Hejaz and Saudi- Wahhabi Nation State",
mukasurat 93 -94 dia menulis, antara lain:-



The destruction of the Caliphate of Islam was the result of a diabolical conspiracy hatched by the British and the Zionist Jews.
The Saudis and the so-called salafi Wahhabis acted as willing accomplices in that crime against Islam.....

We also recognize, as this booklet has made clear, that it is impossible, and will remain impossible, to restore the Caliphate so long as the Hejaz remains under the control of Saudi-Wahhabi alliance.
Power cannot be restored without the liberation of the Haramain and the Hajj from the control of those who participated in the destruction of the Caliphate.
The liberation of the Haramain and the Hajj will be possible when the Saudi-Wahhabi alliance breaks down.
There are indications that the alliance is already under great pressure and can fall apart.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053487 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list