UJIAN DAN PENILAIAN KO-KURIKULUM
Bermula dari tahun 2001 pelajar-pelajar yang mengikuti Ko-Kurikulum PSSGM Negeri Melaka akan dinilai mengikut tiga kategori seperti berikut:
1. Penglibatan, Kedatangan & Disiplin ( 10% ) i. Kehadiran dan ketepatan masa. ii. Disiplin dalam gelanggang. iii. Minat dan kesungguhan.
2. Ujian Teori dan Kefahaman ( 30% ) i. Sejarah dan pengetahuan am tentang PSSGM ii. Pengetahuan am mengenai PESAKA iii. Perkembangan Seni Silat semasa. iv. Kepimpinan & kefahaman tentang konsep silat.
3.Ujian Amali / Praktikal ( 60% ) i. Kepantasan & kecergasan jasmani. ii. Kebolehan bertindak ketika terdesak. iii. Daya ingatan terhadap pelajaran. iv. Kebolehan menggayakan gerak silat.
4.Kehadiran Kehadiran para pelajar mestilah melebihi 80% daripada masa pertemuan yang telah ditetapkan dalam jadual latihan.
5.Sijil Setiap pelajar yang berjaya akan diberikan satu sijil penyertaan ko-kurikulum beserta dengan gred yang mereka perolehi. Setiap pesilat berhak untuk menerima sijil penyertaan Ko-Kurikulum PSSGM sekiranya layak. |