|
Originally posted by migdal_bavel at 4-8-2008 05:33
maaf thessailly n laen2, ak belum jawab lg soalan korang...
Yang menjadi perbahasan ialah sama ada kami menerima Islam dan Muhammad ataupun tidak
lima rukun Islam adalah syarat utama yang membezakan seseorang itu islam atau tidak
jika keesaan Allah diterima, tetapi tidak menerima dan mempercayai Muhammad SAW itu nabi dan pesuruhNya
secara jelas , tidak menerima Islam.
Islam itu jelas dan objektif.
konsep tauhid / ketuhanan juga jelas
tiada dolak dalik.
bukan seperti agama kristian kini,
menurutnya, tuhan itu triniti
dalam 1 badan ada 3 badan lain
yang digabungkan jadi 1 badan
bukankah mengelirukan ?
dan masih banyak misteri yang tidak dapat dijawab oleh paderi / rabai sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
haku ingin ucapkan terima kasih kat migdal_bavel sbb tolong jelaskan pasal yahudi and israel kat sini
cuma thread nih kena ajar tatasusila berposting kat forum lah
epic multiposting siot |
|
|
|
|
|
|
|
halo halo
pemendapan berlaku
shalom
salam
aman
pemendapan berlaku
pemendapan berlaku
ober ober
wan tu tri |
|
|
|
|
|
|
|
pemendapan berlaku
halo halo |
|
|
|
|
|
|
|
kabare, budakjawa...ko bebetul ada kapal sendiri ke? kira, pemilik kapal lah ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 31-7-2008 04:20 PM
apa yg Islam tawarkan kpd umat Yahudi? adakah tradisi Yahudi masih boleh diamalkan jika seseorg yahudi itu memeluk Islam?
Al-Hujuraat : 13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
[ Last edited by Nazrulism at 7-8-2008 05:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Nazrulism at 7-8-2008 06:44
Al-Hujuraat : 13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal- ... bukan yang lebih keturunan atau bangsanya
yang tertulis dalam torah taurat talmud tu lain pulak
bangsa yahudi / negara Israel ni umat terpilih dan mereka mengagungkan bangsa mereka
Islam cuma melihat kepada ketakwaan pada Allah ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thessailly at 6-8-2008 13:52
kabare, budakjawa...ko bebetul ada kapal sendiri ke? kira, pemilik kapal lah ni?
waras ...
kapal ismet ulam raja adalah
kilang kilang dan factory factory ... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm, rasanya jawapan yg akak dan budak jawa bagi tak meyakinkan ak lagi...
ak nak penjelasan yg benar tentang yahudi di sisi islam
plz do honestly answer mi Q whether Jews and Christians are da People of da Book or not (before & after Muhammed's lifetime)?
da satu lagi, ak seorang Yahudi yang membaca TaNa''CH dalam Ibrani, bukan orang Kristian yg membaca Bible dalam bahasa Inggeris/Chinese/Malay/Indonesian etc yer |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #412 migdal_bavel\ catat
Pada aku.. orang Yahudi dan Nasrani tetap Ahli kitab (orang-orang yang telah menerima perintah menjalankan syari'at)
..Katakanlah: Hai ahli-ahli kitab (Yahudi dan Nasrani). Tidaklah kamu semua mengikuti kebaikan sedikitpun, sehingga kamu semua menjalankan Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepadamu semua dari Tuhanmu. (Al-Ma'idah : 68)
TETAPI.. menjalankan kitab Taurat dan Injil itu tentu tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sesuai dengan hakikatnya, kecuali terlebih dahulu perlu dibersihkan dan dimurnikan dari pemalsuan dan pencampuran tangan manusia.
Tujuan Rasul-rasul diturunkan adalah untuk membetulkan semula Akidah yang terpesong akibat perselisihan manusia ... sbg contoh;
Isa al-masih diutuskan untuk membetulkan semula Akidah seperti yang dibawa oleh Musa a.s yang telah rosak, Begitu juga tugas Rasul terakhir untuk membaiki dan menyempurnakan Akidah bagi seluruh umat manusia.
Umat yang bebas dari penyelewengan akidah (termasuk umat awal Musa dan Isa) sangat sesuai dengan Firman Allah s.w.t. dlm Surah Al-Baqarah : 62.
..Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani) dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Dan telitilah Surah Al-Maidah ayat 15;
..Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Shalom Migdal. Akak ni bukanlah pakar dlm agama. Bahasa Arab pun tak tahu.
Jadi tak mampulah akak menghuraikan/menjelaskan dgn terperinci. Sebaik2nya kalau Migdal nak tahu mengenai Islam dan Yahudi/ ahli kitab dr perspektif Islam, carilah yg benar2 arif. Sebaik2nya secara peribadi face to face. Di alam maya, kita hanya boleh berkongsi ilmu yg terhad. Apa2 pun, akak tahu dan tidak sama sekali memaksa Migdal utk menerima
apa yg akak mdan kawan2 yg lain sampaikan. Yg penting bg kami.... menyampaikan. Hidayah adalah milik Allah.
Migdal, antara sifat wajib bg Rasul yg kami imani ialah menyampaikan (tabligh). Manakala sifat yg berlawanannya ialah menyembunyikan. jadi kami dilarang sama sekali menyembunyikan perkara2 yg baik yg sepatutnya disampaikan.
Jadi, pd akak apa yg kami muslims sampaikan di sini, di alam maya ini adalah apa yg sebenar2nya dlm kandungan Al Quran.
Wokeh, mengenai pertanyaan/kemusykilan Migdal mengenai kedudukan ahli kitab (dan tentunya Migdal lebih nak ketahui kedudukan Yahudi), spt yg dah diterangkan sebelum ni. Mengenai Yahudi byk terdpt dlm surah Baqarah.
Mengenai ahli kitab, byk khilaf di kalangan ulamak. Bahkan di kalangan sahabat2 di zaman Rasulullah saw pun ada yg berlainan pendapat. Ada yg kata, ahli kitab sebelum Muhammad dilantik sebagai rasul dan dgn syarat mereka mengikuti kitab Taurat/Injil yg asli yg belum diubah. Sesetengah ulamak berpendapat, kitab2 taurat/Injil tlh diubah sejak dulu lagi
sebelum kedatangan Nabi baru. Dlm kes ini, Injil tlh diubah selepas ketiadaan Nabi Isa manakala Taurat diubah sebelum kedatangan Nabi Muammad lagi. Dan kemungkinan pengubahan yg dibuat berperingkat2 mengikut situasi. Adapun tujuan Nabi Muhammad saw diturunkan adalah utk membetulkan kesilapan2 yg dibuat ini.
Pada akak pulak.... walau apa pun pandangan terhadap ahli kitab iaitu samada mereka masih ahli kitab atau tidak selepas kedatangan Nabi Muhammad saw, tak penting. Yg penting mereka hendaklah mentaati syariat baru yg dibawa.
Dlm erti kata lain, menjadi muslim dan mengimani Muhammad saw sebagai rasul terakhir dan Al Quran sebagai kitab pedoman.
Wallahualam.
[ Last edited by HOTlips at 11-8-2008 01:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #413 Nazrulism's post
terima kasih Nazrulism sebab tolong menjawab.
ak bukan nak memandai mandai dalam mentafsirkan ayat2 al-Qur'an tapi, ak rasa, tidak adil jika mengatakan kami bukanlah ahli kitab yang menyembah Allah yang sama dengan kamu sembah.
umat Yahudi, sejak zaman Rasulullah kamu pun tidak menerima beliau sebagai nabi, lihatlah bani Quraizah, Bani Nadir, Bani Qainuqa dan beberapa suku Yahudi yang lainnya.
walaupun memanglah terdapat Yahudi yang memeluk Islam dan bertaraf Sahabat pula, tapi secara keseluruhannya, mereka tetap menentang Muhammad.
dan ayat2 al-Qur'an banyak memanggil mereka (umat Yahudi di Madinah) sebagai ahli Kitab secara keseluruhannya sama ada yg beriman dgn Muhammad atau tidak.
Adalah tidak adil jika mengatakan bahawa kami bukanlah ahli Kitab dengan mengatakan bahawa kitab kami kini dengan kitab leluhur di zaman Rasulullah kamu adalah berlainan dan telah diubah (menurut budak_jawa) dengan hanya berhujahkan kitab Bible orang Kristiani yang mempunyai pelbagai versi terjemahan sehingga ke hari ini.
di manakah buktinya kitab kami telah diubah dalam waktu 1400 tahun? Umat Yahudi hanya membaca TaNa''CH dalam Ibrani, dan tiada terjemahan Arab pun semasa zaman Rasulullah kamu. Ingat, beliau sendiri menyuruh penulisnya, Zaid ben Tsabit untuk mempelajari Suryani dan Ibrani untuk berurusan dengan umat Yahudi.
kepada budak jawa (maaf kalau terkasar bahasa), sebelum melulu mendakwa kitab yahudi di zaman Rasulullah kamu adalah berbeza dengan kitab yahudi yang kini, tahukah kamu tentang Muktamar Sanhedrin, tentang penetapan kitab2 TaNa''CH dan ulama2 Yahudi yg muktabar yg hidup sezaman dgn Rasulullah kamu?
adalah mustahil kitab umat Yahudi di tanah arab berbeza (kononnya masih kekal sempurna) jika dibandingkan dengan kitab umat Yahudi di tempat lain (kononnya telah terpesong dan diubah) sebab mereka akan menghantar wakil untuk ke Sanhedrin di Parsi jika terdapat persidangan.
Muktamar Sanhedrin di Yavneh semasa 90 Masihi (hampir 500 tahun sebelum zaman Rasulullah) telah menetapkan kitab2 dalam TaNa''CH (yang sama dengan kitab2 OT orang Kristiani) yg sebanyak 24 buah itu dan segala ayat2nya adalah sama sahaja, dari zaman Muktamar di Yavneh sehinggalah ke hari ini.
yang berubah itu adalah versi2 terjemahan orang2 Kristiani (sepertimana yg budak_jawa beritahu) dan hal ini kena tanya mereka lah. Umat Yahudi tak membaca terjemahan tapi kami membaca kitab yang bertulisan Ibrani dan Suryani sahaja dan kami tiada kaitan dalam kepelbagaian versi terjemahan mereka.
Ada sorg member ak yg muslim, dia kata kitab2 orang Yahudi terubah bila mana Rasulullah datang kepada umat Yahudi di mana, orang2 Yahudi telah memadam nama Ahmad itu dan mengubah-ubah ayat serta maksud (kami tak baca terjemahan!macam mana nak ubah maksud!) yang berkaitan dengan Muhammad.
mustahil kalau ayat2 Ibrani itu diubah-ubah sebab umat Yahudi hidup di merata-rata tempat di dunia ini. Kalau terdapat perubahan kitab dalam kalangan Yahudi di Tanah Arab, bagaimana boleh kesemua Yahudi bersepakat untuk itu. Mesti ada yg tak setuju sebab hanya wakil ulama sahaja yg bersidang di Sanhedrin. Bagaimana dengan kitab yang terbuku sedia ada? hujah ini sangat melucukan.
di zaman Rasulullah kamu dilahirkan, kitab Talmud baru sahaja terbuku secara lengkapnya dan tiada lagi proses redaksi yang konon-kononnya ditambah-tambah apabila berjumpa dengan umat Islam demi memburukkan umat Islam. Dengan kata lain, TaNa''CH dan Talmud adalah kekal sedia ada, dalam keadaan yang asal sama ada di zaman Rasulullah kamu ataupun di zaman kami sekarang ini.
Di zaman Rasulullah kamu juga, semasa mereka menghadapi tentangan quraisy, melakukan hijrah, berhadapan dengan suku2 Yahudi di Madinah, membuka semula kota Mekah etc etc etc, umat Yahudi menyaksikan kewibawaan2 era Rabbi Savoraim (ulama yang membukukan Mishnah dan Gemarah) yakni murid2 Ravina I dan Ravina II serta Rav Ashi, Zecher Tzaddiqim Livrochem (Semoga Ingatan Para Siddiqin Ini Diberkati) yang kisah2 mereka kami hayati juga sama seperti kamu menghayati sirah nabi kamu.
jadi, ak agak tidak yakin jika kamu kata kitab2 Yahudi sebenarnya masih seperti yg asal (menurut Islam) dan kesucian ini kekal sehinggalah di zaman Rasulullah kamu, ia mengalami perubahan demi perubahan sehingga ke hari ini disebabkan kedengkian Yahudi.
ak boleh terima jika orang Muslim mempersoalkan ketulenan kitab2 itu di zaman Ma'aser Bavli (Penawanan Babilon) ke atas umat Yahudi di mana, kitab2 umat Yahudi kesemuanya dibakar oleh mereka termasuklah Taurat.
Dan hanya Ezra HaSofer (Uzair Si Penulis Wahyu), iaitu nabi terakhir umat Yahudi yang juga dikenali dgn nama Mal'achi, dialah yang mengingati kesemuanya dan menulis kembali kitab2 Taurat dan yg lainnya.
Jika Ezra itu tidak telus (Chas ve Chalillah-Semoga Dijauhkan Allah), maka benarlah kitab2 ini telah terpesong tapi ia terpesong telah sekian lama lagi (587 SM). Ataupun Ezra itu benar, tapi ulama yang bersidang di babilon itulah yang memesongkannya (Chas ve Chalillah-Semoga Dijauhkan Allah) dan proses ini berlaku pada zaman kesemua Yahudi berada di Babilon lagi. Hanya Allah yang tahu.
yang penting, semasa kedatangan zakaria, yahya dan isa, kitab2 dalam TaNa''CH telah tersedia ada seperti hari ini cuma belum dikumpulkan sebagai TaNa''CH. Jika ia telah terpesong, maka pemesongan itu berlaku beratus-ratus tahun sebelum itu dan jika benarlah zakaria, yahya dan isa adalah utusan dari Allah, maka Allah telah mengutuskan mereka untuk membetulkan kitab2 kami.
berkenaan dgn ayat yg ak tanya akak hotlips tentang ahli kitab, ak rasa lebih baik kita baca bahagian yg lengkap secara keseluruhannya.
ayat di bawah jelas mengatakan bahawa umat Yahudi dan Kristian, sama ada menerima Muhammad atau tidak, mereka adalah sememangnya ahli Kitab biarpun kitab telah terpesong menurut Islam.
[110] Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.
[111] Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.
[112] Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya) dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).
[113] (Bagaimanapun) ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang tetap (berpegang kepada kebenaran) mereka membaca ayat-ayat Allah pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).
[114] Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.
[115] Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya) dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.
[ Last edited by migdal_bavel at 11-8-2008 03:23 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #413 Nazrulism's post
2 kali pula
[ Last edited by migdal_bavel at 11-8-2008 03:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #415 HOTlips's post
Salaam kak
Akak ni bukanlah pakar dlm agama. Bahasa Arab pun tak tahu. Jadi tak mampulah akak menghuraikan/menjelaskan dgn terperinci.
bagaimanapun terima kasih sbb tlg jawab juga ...sama2 la kita belajar
Sebaik2nya kalau Migdal nak tahu mengenai Islam dan Yahudi/ ahli kitab dr perspektif Islam, carilah yg benar2 arif. Sebaik2nya secara peribadi face to face. Di alam maya, kita hanya boleh berkongsi ilmu yg terhad. Apa2 pun, akak tahu dan tidak sama sekali memaksa Migdal utk menerima
apa yg akak mdan kawan2 yg lain sampaikan. Yg penting bg kami.... menyampaikan. Hidayah adalah milik Allah.
ak pun ad kawan yg mberi kefahaman pasal Islam tapi tu dulu la, masa skolah menengah...
Mengenai ahli kitab, byk khilaf di kalangan ulamak. Bahkan di kalangan sahabat2 di zaman Rasulullah saw pun ada yg berlainan pendapat. Ada yg kata, ahli kitab sebelum Muhammad dilantik sebagai rasul dan dgn syarat mereka mengikuti kitab Taurat/Injil yg asli yg belum diubah.
yg ni ak kurang setuju. Akak bacalah my reply to Nazrulism
Sesetengah ulamak berpendapat, kitab2 taurat/Injil tlh diubah sejak dulu lagi
sebelum kedatangan Nabi baru. Dlm kes ini, Injil tlh diubah selepas ketiadaan Nabi Isa manakala Taurat diubah sebelum kedatangan Nabi Muammad lagi. Dan kemungkinan pengubahan yg dibuat berperingkat2 mengikut situasi. Adapun tujuan Nabi Muhammad saw diturunkan adalah utk membetulkan kesilapan2 yg dibuat ini.
yea, ak setuju dgn yg ni
Pada akak pulak.... walau apa pun pandangan terhadap ahli kitab iaitu samada mereka masih ahli kitab atau tidak selepas kedatangan Nabi Muhammad saw, tak penting. Yg penting mereka hendaklah mentaati syariat baru yg dibawa.
Dlm erti kata lain, menjadi muslim dan mengimani Muhammad saw sebagai rasul terakhir dan Al Quran sebagai kitab pedoman.
Wallahualam.
sebenarnya, niat ak sendiri yg tak baik utk ketahui kedudukan ahli Kitab tu sebab ak rasa, Ahli Kitab adalah suatu kedudukan yang dimuliakan Islam...
dan sejak ak mula2 ternampak ayat al-Baqarah:62--:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani) dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ak rasa Yahudi diterima oleh Islam jika taat beriman pada Allah, beriman pada Yom Hadin dan beramal soleh, maka tak perlulah memeluk Islam lagi.
Jika Islam itu benar, maka di akhirat kelak akanku tuntut hak ayat al-Baqarah:62 dan ayat2 yg serupa dengannya kelak di hadapan Allah.
tapi tafsiran berkenaan ayat di atas berbeza beza. ada yg kata ia hanya merujuk kpd mereka yg menerima Muhammad juga, ada yg kata ia teraplikasi kepada mereka yg hidup semasa musa dan nabi2 yahudi yg lain (mcm nazrulism bagitahu). tapi kawan baik ak ckp, ia adalah utk sekalian yahudi yg ikhlas beriman kepada Allah di samping menjalankan syariat yg sedia ada.
ak terlalu sayangkan Judaism dan tradisi Yahudi. sebab itulah ak buka persoalan Kedudukan Yahudi di Sisi Islam di board M&M
http://eforum2.cari.com.my/viewt ... =%2Bmigdal%5C_bavel
tapi sayang, tak semua persoalan dijawab
dan antara soalan yg ditanya ialah bolehkah org yahudi yg memeluk islam itu mengamalkan tradisi yahudinya, di mana tradisi yahudi adalah bererti syariat agama yahudi seperti mengkuduskan shabbat, menyambut rosh hashanah dan perayaan2 yahudi yg lain, memakai kippah, talllit, tefillin etc etc
adakah boleh melakukan semua itu?
dan akak ad juga bertanya tentang Uzair. Uzair tu adalah Ezra HaSofer dan ak sendiri bertanyakan soalan mengapa al-Qur'an mengatakan kami mengatakan Ezra sebagai anak Allah sedangkan dia di sisi kami hanyalah Nabi yang Terakhir
kami kononnya menyembah dia sebagai anak Allah dalam erti fizikal, sebab ben Elohim/Anak Allah adalah hebrew idiom yang bermaksud Kekasih Allah sebenarnya dan banyak lagi nabi2 lain dianggap sebagai Anak Allah terlebih dahulu dari Ezra
tapi dalam dakwaan al-Qur'an, ia seolah-olah menyamakan dakwaan Anak Allah itu dengan dakwaan Kristianiti terhadap Jesus. Ini adalah suatu tuduhan yang tidak berasas.
jika kami terlebih dahulu menyembah Ezra sebagai Anak Allah, maka sudah tentulah Rabbi2 yang menentang hebat penganut Kristianiti yang menyembah Jesus sebagai Anak Allah itu akan dihentam semula oleh pengikut Kristianiti sebagai dua kali lima saja.
tidak ad tercatat dlm sejarah yahudi mana2 kultus atau ajaran atau mazhab Yahudi yg menerima Ezra sebagai Anak Allah yg fizikal sepertimana Jesus kepada Kristianiti. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #416 migdal_bavel\ catat
Muktamar Sanhedrin di Yavneh semasa 90 Masihi (hampir 500 tahun sebelum zaman Rasulullah) telah menetapkan kitab2 dalam TaNa''CH (yang sama dengan kitab2 OT orang Kristiani) yg sebanyak 24 buah itu dan segala ayat2nya adalah sama sahaja, dari zaman Muktamar di Yavneh sehinggalah ke hari ini.
Pada tahun 90 masehi - Penetapan kitab2 dalam TaNa"CH (spt OT kristian)
Orang-orang kristian mengambil bulat-bulat Taurat versi ulama yahudi.. berdasarkan alasan - Isa (jesus) datang untuk menyempurnakan perintah dalam Taurat.
di zaman Rasulullah kamu dilahirkan, kitab Talmud baru sahaja terbuku secara lengkapnya dan tiada lagi proses redaksi yang konon-kononnya ditambah-tambah apabila berjumpa dengan umat Islam demi memburukkan umat Islam. Dengan kata lain, TaNa''CH dan Talmud adalah kekal sedia ada, dalam keadaan yang asal sama ada di zaman Rasulullah kamu ataupun di zaman kami sekarang ini.
Pembukuan kitab Talmud (penerapan fahaman kebangsaan- ayat2 Rabi yahudi) sekitar tahun 570 masehi.
Penyerapan faham kebangsaan telah bermula lebih awal.. dengan harapan penyelamat akhir juga berbangsa yahudi. Dengan ini mereka telah membina penghalang untuk menerima orang lain sebagai rasul. Dengan itu mereka menolak kerasulan Muhammad s.a.w walaupun secara terang-terang Taurat merujuk kepada baginda. Ulama yahudi telah menafikan yang Haq dan yang benar(Kerasulan Muhammad s.a.w dan Al-Quran).
tapi ulama yang bersidang di babilon itulah yang memesongkannya (Chas ve Chalillah-Semoga Dijauhkan Allah) dan proses ini berlaku pada zaman kesemua Yahudi berada di Babilon lagi.
Persidangan di Babylon - sekitar 500 tahun sebelum masehi.
Sumber Taurat dari hafalan Ezra (hafalan orang yahudi terhad)- kerana yahudi telah kehilangan Taurat (terbakar)
Kebarangkalian berlaku pengubahan dan permansuhan atau tertinggal sebahagian kandungan Taurat adalah tinggi kerana Persidangan hanya bergantung kepada hafalan ulama yahudi - yang termaklum sebelumnya ulama tidak menghafal keseluruhan isi Taurat dan lagi, ketika itu pengetahuan Taurat hanya dalam lingkungan ulama yahudi sahaja.
yang penting, semasa kedatangan zakaria, yahya dan isa, kitab2 dalam TaNa''CH telah tersedia ada seperti hari ini cuma belum dikumpulkan sebagai TaNa''CH. Jika ia telah terpesong, maka pemesongan itu berlaku beratus-ratus tahun sebelum itu dan jika benarlah zakaria, yahya dan isa adalah utusan dari Allah, maka Allah telah mengutuskan mereka untuk membetulkan kitab2 kami.
Kedatangan Zakaria, Yahya dan Isa - sekitar 30-90 sebelum Masehi.
Semasa kedatangan Rasul2 ini.. Taurat masih belum dibukukan - masih bergantung kepada ingatan ulama dan catitan yang terhad. Jadi Rasul2 ini tidak dapat mempastikan apa yang ada dalam ingatan dan hafalan ulama yahudi dan Isa pula turut membawa wahyu yang baru dan menyatakan kedatangannya untuk mengukuhkan kandungan Taurat.
Jadi.. keseluruhan proses yang mengambil masa melebihi 1000 tahun untuk di dokumentasikan (pembukuan) pada tahun 90 masehi tidak dapat tertolak berlakunya perubahan kepada Taurat.. kerana itu terdapat kandungan yang berbunyi; Maka Firman Allah: "Bahawasanya manusia ini telah menjadi bagaikan seorang kita, sebab diketahuinya baik dan jahat" dan ayat yang berbunyi "maka bersesallah Tuhan sebab telah dijadikan manusia diatas bumi, maka ia itu mendukacitakan hatinya".
Apakah patut menurut akal fikiran kita bahawa 2 ayat diatas benar-benar firman Allah... patutkah benda ciptaan menyamai pencipta atau manusia menyamai taraf dengan tuhan. Serta patutkah tuhan ada sifat menyesal dan merasa salah @ silap melakukan sesuatu kemudian bersedih dan berdukacita ?. Disamping itu banyak pula fitnah-fitnah yang dikaitkan dengan Rasul2 seperti Ibrahim, Luth, Harun, Daud dan Sulaiman.
Untuk pengetahuan Saudara... Kami sedar seperti apa yang telah di ingatkan dalam Al-Quran;
"Apakah kamu semua menaruh harapan yang besar bahawa mereka (yahudi) itu akan beriman padamu, padahal sebahagian dari mereka itu mendengar firman Allah kemudian mereka mengubahnya sesudah mereka mengerti dan merekapun mengetahui mana yang sebenarnya ?" (Al-Baqarah : 75)
[ Last edited by Nazrulism at 12-8-2008 08:59 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
thanks guys...byk info yg kita dpt baca mengenai judaism dan Islam nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
miqdal, selain drp darah yahudi, awak ni campur darah apa lagi??? |
|
|
|
|
|
|
|
ak rasa Yahudi diterima oleh Islam jika taat beriman pada Allah, beriman pada Yom Hadin dan beramal soleh, maka tak perlulah memeluk Islam lagi.
Jika Islam itu benar, maka di akhirat kelak akanku tuntut hak ayat al-Baqarah:62 dan ayat2 yg serupa dengannya kelak di hadapan Allah.
Migdal, pd pandangan akak, ni dr hati akak yg tulus ikhlas. Setelah membaca postings migdal apa yg akak nampak lah... migdal berada di dlm keresahan, kekeliruan. Sedari kecil diperkenalkan dan mempelajari agama Yahudi. Akak salute pengetahuan Migdal dlm agama Migdal. Seawal usia 19 thn, bukan calang2 org yg mempunyai ilmu sebegini.
Alangkah bagusnya kalau ramai anak muslim sebegini. Mendalamai agama serta mengamalkan Islam itu. Jadi, tidaklah menghairankan kenapa sukar sekali utk menerima Islam. Namun akak yakin di hati kecil Migdal ada terselit walaupun sekelumit, rasa kebenaran Islam? Benarkan? Namun kasih dan syg terhadap agama yg dianuti serta tlh menjadi amalan dan darah daging membuatkan migdal serba salah. Keliru is the correct word if i must say!
Migdal, mohonlah kpd Allah spy diberikan hidayah dan petunjuk jln kebenaran. Akak simpati dan terasa kasih kpd migdal sebagai insan setelah byk membaca posting migdal. Akak doakan agar Migdal menemui kebahagiaan dan kebenaran yg sebenar2nya!
Migdal, dakwah mengenai Islam tlh lama disebarkan dan disampaikan. Allah memberi akal utk kita menimbangkan mana yg betul dan salah. Allah tlh sampaikan risalahNya melalu KekasihNya yg merupakan rasul akhir zaman. Sebagai penyuluh sekelian alam. Andai kata di "sana" baru nak tuntut hak Baqarah:62, memang boleh, namun akak takut sudah terlewat.
Apa kata, migdal kaji Al Quran. Apakah ia perkataan Allah atau sebaliknya? Kiranya BENAR perkataanNya, mahukah Migdal menerima Islam?
Ayat Baqarah:62 itu ada as sebab nuzulnya. Kena cari kitab tafsir mengenai sebab2 sesuatu ayat diturunkan. Begitu juga dgn ayat2 yg Migdal petik mengenai Yahudi. Ada sebab/sejarah penurunannya.
Mungkin ada yg sudi menenerangkan. Akak ada buku tafsir tu tp x begitu pandai nak menerangkan takut tersalah dlm menyampaikan. Namun,InsyaAllah akan akak cuba usahakan setakat termampu.
tapi tafsiran berkenaan ayat di atas berbeza beza. ada yg kata ia hanya merujuk kpd mereka yg menerima Muhammad juga, ada yg kata ia teraplikasi kepada mereka yg hidup semasa musa dan nabi2 yahudi yg lain (mcm nazrulism bagitahu). tapi kawan baik ak ckp, ia adalah utk sekalian yahudi yg ikhlas beriman kepada Allah di samping menjalankan syariat yg sedia ada.
ak terlalu sayangkan Judaism dan tradisi Yahudi. sebab itulah ak buka persoalan Kedudukan Yahudi di Sisi Islam di board M&M
Secara umumnya, yg boleh akak katakan setelah kedatangan Muhammad sebagai rasul, agama Yahudi dan Nasara TERMANSUH! Maknanya mana2 yg hidup sebelum kerasulan Muhammad saw SAHAJA, adalah org2 yg tidak berdukacita. errr... migdal faham tak maksud ni?
Mengenai link yg migdal beri tu, dulu akak pun ikut tp syg terberhentibegitu shj. Akak rasa mereka pun menunggu input dr migdal. Why don't ufollow up that thread? |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih semua yang berkongsi ilmu
Migdal ... hang sihat kaa ?
kudoakan semoga semuanya sihat walafiat .. amin |
|
|
|
|
|
|
| |
|