|
sepah mmg le best![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Yann Tak Ralat Walau Disingkirkan
![](http://media.mit.net.my/photo/59/272009_yann.jpg)
KUALA LUMPUR, 7 FEB 2009: Selepas 3 kali berada pada kedudukan 3 tercorot, Rafizzam Yaacop, 33, atau Yann terpaksa mengaku kalah apabila disingkir keluar dari program realiti TV, Raja Lawak 3, malam tadi.
Peserta dari Johor yang merupakan salah seorang peserta wanita sulung program Raja Lawak musim ini, bagaimanapun akur dengan keputusan itu, selain sudah menjangkakan nasibnya.
"Saya tak berasa ralat langsung kerana sememangnya saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi. Saya sedar semua ini adalah bersandarkan undian peminat semata-mata, bukan kita sendiri tentukan.
"Apa yang saya tahu, setiap minggu apabila berada di atas pentas, saya perlu melakukan yang terbaik. Saya letak belakang semua keputusan undian. Apa yang penting saya lakukan yang terbaik," katanya kepada portal murai.com.my.
Yann berkata, dia tidak mempunyai perancangan yang besar selepas keluar dari program ini, selain berhasrat untuk meneruskan minatnya dalam bidang lakonan mahupun pengacaraan.
Tambah Yann, dia sedar persembahannya minggu ini yang bertemakan Zoom Malaysia atau Cuti-cuti Malaysia itu mempunyai banyak kekurangan untuk mencuri hati penonton berbanding 5 lagi persembahannya sebelum terutama ketika tema Azam Baru dan Tabiat Orang Malaysia.
Pengumumannya dibuat oleh juri tetap Raja Lawak 3, Zaibo, pada minggu keenam Gelanggang Raja Lawak 3 yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, saluran Astro Prima (Saluran 105), di sini, malam tadi.
Dua lagi peserta yang disenaraikan pada kedudukan 3 tercorot pada minggu ini ialah Jihan dan Am.
Yann yang pernah menyertai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan 10 tidak lama dulu berkata, dia berharap agar seorang lagi peserta perempuan, Nuur Jihan Musa, 26, atau Jihan yang masih tinggal akan dapat mendominasi pentas setiap minggu sekali gus bergelar juara wanita pertama pada penganjuran Raja Lawak musim ini.
"Saya tidak terkejut dan juga tidak mustahil sekiranya Jihan menang rancangan ini. Kerana apa yang saya lihat, setiap minggu dia menunjukkan prestasi yang sangat baik. Malah secara jujur, memang saya mengharapkan Jihan dapat menang. Biar dia buktikan bahawa perempuan juga hebat sebagai pelawak," katanya.
Minggu ke-6 Gelanggang Raja Lawak 3, disertai dengan 7 peserta yang turut mengundang pelawak terkemuka, Sabri Yunus sebagai juri undangan.
Semalam juga, turut menyaksikan kehebatan 2 kumpulan iaitu LNJ dan Sepah bersama tema lawak jenaka yang berikan. Bagaimanapun Mohd Amirullah Azmi, 21, atau Amir yang digelar sebagai peserta favourite, kurang menyengat berbanding persembahannya sebelum ini. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suke gaklaaa sepah....lawak gak!..better than yg lain... |
|
|
|
|
|
|
|
hiburan semata-mata...lynzzzz![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku x ske lgsg kat amir tuh..tp nape undian die tinggi je tiap2 minggu...
pelik btl la sape yg ske undi die...mke da la mcm pecah umah je..pastu lgsg x lawak..hampeh!!
ske sepah ngn jihan je...![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
no..jihan will be the next Rajalawak...go..go..Jihan |
|
|
|
|
|
|
|
tp jihan pun masih lum layak jadik juare...
baru skalik tol2 menonjol...ming lps
kene tgk minggu seterusnyer |
|
|
|
|
|
|
|
Kekuatan raja lawak ni pada JOZAN jer..
Peserta n pengkritik tak melepasi piawaian lagi..
Haha...! |
|
|
|
|
|
|
|
Kekuatan raja lawak ni pada JOZAN jer..
Peserta n pengkritik tak melepasi piawaian lagi..
Haha...! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #391 emyfiz's post
aku setuju...
ader jozan la aku still xsbr nk tgk lagi tiap mlm minggu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #394 alinorlina's post
|
|
|
|
|
|
|
rasanyer am terkeluar minggu ni... |
|
|
|
|
|
|
|
minggu ni ada live band... beshnyer!!! ada shah slam + along exist... johan + zizan mesti nyanyi gak hari ni... |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya kumpulan SEPAH nyanyi............ sorang tuhh dah macam ramli sarip dahhhh![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|