CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HUSSAINTAHIR

UMRAH IV, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 3-3-2009 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 3-3-2009 05:24 PM




Kenyangnya perut...sampai besok tak payah makan
Kowlooon betul Air Jus ma ...


Assalamualikum azie dan semua,

Baru sampai rumah azie. Terima kasih kerana lunch tadi dan buku yang bagus tu.
Terima kasih juga kepada hussain dan ayahjoe kerana sudi turut serta.

Kepada adikzarif, jngan kecik hati ye....  belum ada rezeki kita nak jumpa. Insya Allah  lain kali ibu belanja pulak.
  Itupun  hanya pagi tadi, kerana tempat kerja hussain dan  ayahjoe berhampiran,  lalu teringat untuk jemput mereka sama. Insya Allah lepas ayahjoe dan hussain balik dari umrah nanti kita aturkan lagi pertemuan seperti ini. Sebenarnya ibu pun teingin nak jumpa adikzarif.

[ Last edited by  Rosputih at 3-3-2009 06:01 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2009 05:53 PM | Show all posts

667 day from 12 february..makkah will be like this...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2009 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 3-3-2009 05:39 PM


Tanda seru tu !! nak letak kat mana ye ???
Kat dahi ke Husainn..

bg jer kat dahi..baru sedar kot..hehe

ramai jgk kt office nie nak gi haji n umrah lepas pencen

nak cuci tangan..kenapa kita bt kerja tak halal ke nak cuci tangan?

confuse
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2009 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 3-3-2009 05:53 PM


Assalamualikum azie dan semua,

Baru sampai rumah azie. Terima kasih kerana lunch tadi dan buku yang bagus tu.
Terima kasih juga kepada hussain dan ayahjoe kerana sudi turut serta.

Kepa ...

wsalam

sama-sama...

nanti saya, ayahjoe n ustaz balik umrah kita bt gathering blh jamu buah kurma...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2009 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 3-3-2009 05:40 PM


Marilah kita bersama sama membaca doa makan...
Alhamdulillah...

doa habis makan jer

doa baru nak makan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2009 05:59 PM | Show all posts
Originally posted by adikzarif at 3-3-2009 05:32 PM
kak azie, tak pe lah, tak ade rezeki,
sebagai ganti diri.. tangkap gambar sendiri
http://farm4.static.flickr.com/3572/3325518740_950238b587_b.jpg

tak best bg gambar pakai kopiah..

bglah gambar tak pakai kopiah..baru nampak baru balik umrah hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2009 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 3-3-2009 03:04 PM
kak ros, kak azie, hussain & ayahjoe... mintak maaf banyak2 tak dapat bersama tadi...
saya memang nak sangat join sama sambil bercerita kisah2 umrah/haji.  Tapi tadi saya dan rakan sekerja terpa ...


Tak pe..faham.
Jaga kesihatan tu Ustaz...
Tak lama lagi dah nak pi Umrah ni...lagi 20 hari kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 06:08 PM | Show all posts

Balas #370 HUSSAINTAHIR\ catat

Amboiii...relaxnya...
Sedapnya...luruskan badan...
Rindunya dengan suasana ni...
Agaknya lepas Waktu solat asar ke ??

Pi...buat Tawaf sunat...
Lepas Solat Subuh n Asar elok buat Tawaf sunat...
Bangun ayahjoe n Husain...
Pulunn...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2009 06:09 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 3-3-2009 03:04 PM
kak ros, kak azie, hussain & ayahjoe... mintak maaf banyak2 tak dapat bersama tadi...
saya memang nak sangat join sama sambil bercerita kisah2 umrah/haji.  Tapi tadi saya dan rakan sekerja terpa ...


Kakak ingatkan ustaz bawak kawan yang tak sihat, rupanya ustaz  sendiri yang tak sihat.  
Kakak doakan semoga kesihatan ustaz  pulih  sepenuhnya kerana  dah nak ke Jakarta dalam beberapa hari lagi, lepas tu nak berangkat mengerjakan umrah pulak akhir Mac nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 06:50 PM | Show all posts


saya konpius
mana pokok2 yg subur itu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 06:52 PM | Show all posts

Balas #379 HUSSAINTAHIR\ catat

hussein, ni gambar kawan2 ke
ct xpernah tgok parking underground tu.. fuh besooonya
lampu tu kalo rosak camne nak tukar eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2009 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by bintangct at 3-3-2009 06:52 PM
hussein, ni gambar kawan2 ke
ct xpernah tgok parking underground tu.. fuh besooonya
lampu tu kalo rosak camne nak tukar eh

gambar kawan2 hehe

saya pun tak pernah tgk heheh

kalau ct perasan..itu lampu kalimantang biasa..disusun selari..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 07:03 PM | Show all posts
sorry kak, salah gambar..

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 07:15 PM | Show all posts

Balas #357 adikzarif\ catat

blh minta contact number agency tu..berkenan gak yg 12 h awal ramadhan tu...ehtihad ni pasti singgah di dubai kan...blh jumpa hubby..dia pun blk kl naik airline ni sbb cheaper..dright flight dari abu dhabi ke kl
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 07:19 PM | Show all posts

Balas #350 HUSSAINTAHIR\ catat

agent tu kata sampai mlm then esok pagi lepas breakfast pi sight seing dulu lepas asar baru sambung semula flight..wah byk pengalaman tentang flight ni ..thankyou..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 07:27 PM | Show all posts

Reply #394 sunsuria's post

triways travel - 03-77266016
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2009 09:54 PM | Show all posts

Balas #393 adikzarif\ catat


haaaa banyaknya

camne diaorg jaga pokok2 ni
mutawif ada xplain tak
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 10:00 PM | Show all posts

Balas #392 HUSSAINTAHIR\ catat

yeee le
yg kat tengah2 tu yg pajang tu cam satu baris lampu je
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 10:18 PM | Show all posts
Jemputan Umrah  Husain & ayahjoe

20 Mac --02 April 2009                        Lagi 16 Hari


  Jemputan Umrah pikacun

24 Mac -- 05 April 2009                        Lagi 20 Hari


Jemputan Umrah Ustaz

23 Mac -- 05 April 2009                        Lagii 19 Hari


   Jemputan Umrah mimi

23 Mac -- 02 April  ( tak confirm lagi tarikh ..)


  Jemputan Umrah cenggitu

30 Mac-- 12 April 2009             Lagi 26 Hari
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 10:26 PM | Show all posts
Cerita Haji dan Umrah

Capal Yang Hilang -
Mina.
KAMI bersyukur kepada Allah kerana dapat menunaikan ibadat haji musim 2004/2005 dengan baik tanpa sebarang halangan yang besar.
Aku dan isteriku kali pertama menunaikan haji manakala kakak iparku untuk kali kedua.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan adalah kisah capalku yang dibeli lebih kurang seminggu sebelum bertolak.
Berwarna hijau dengan jalur oren di kiri dan kanan, ia buatan yang kukuh dengan tapak tebal dan tali ikatan velcro.

Sambil membeleknya di kedai aku berdoa di dalam hati agar Allah membenarkan aku memakai capal tersebut menunaikan ibadat hajiku dengan sempurna sehingga selamat balik ke Malaysia.

Setibanya aku di Madinah kasut kulit yang ku pakai dalam perjalanan ku simpan di dalam beg dan capal itu ku sarung untuk pergi sembahyang di Masjid Nabawi.

Sejak saat itu capal tersebut tidak pernah ku tukar dengan yang lain baik pergi sembahyang di masjid, bersiar-siar membeli belah mahupun keluar ziarah di tempat-tempat bersejarah.

Di masjid Nabawi dan Masjidil Haram ia di letakkan sama ada di petak-petak kasut di pintu masuk atau atas para-para kecil di dalam masjid. Tidak pernah ia di letakkan di sebelah semasa sembahyang atau dijinjing semasa melakukan tawaf atau saei.

Isteriku sendiri kehilangan kasutnya sekali di Masjidil Haram dan kakak iparku sehingga empat pasang di masjid dan di Padang Arafah.
Hairan juga kerana aku meletakkan capal ku di luar bilik atau khemah mahupun di masjid seperti mereka juga.

Mabit di Mina adalah waktu yang tidak dapat ku lupakan.
Khemah jemaah kami di tempatkan di sempadan bertanda Mina/Mudzalifah iaitu sejauh 3.8km dari jumrah.
Berjalan kaki mengambil masa lebih 30 minit untuk sampai ketempat melontar di jumrah.

Pada tengahari 12 Zulhijjah angin mula bertiup kencang.
Dinding khemah berterbangan menyebabkan debu dan pasir masuk ke dalam ke atas tempat tidur kami.
Lebih kurang pukul 3 petang hujan mula turun mencurah-curah.

Tanah gurun yang jarang ditimpa hujan tidak meresap air dengan cepat maka air berkumpul dengan banyak di sekeliling khemah.
Jalan di depan dan belakang perkemahan kami terus menjadi sungai yang deras mengalirkan air ke kawasan yang lebih rendah.

Sewaktu sibuk menjaga dinding khemah agar air hujan tidak masuk kedalam aku lupa mengenai capalku yang
di letakkan di luar khemah bersama selipar jemaah lain.

Hujan reda lebih sejam kemudian dan aku mula mencari capalku.
Puas ku cari di sekeliling khemah namun tidak ku temui.
Yang ada bertaburan hanya selipar2 jemaah lain yang kehilangan pasangannya, yang selebihnya hanyut dibawa arus air.

Aku nekad hendak mencari capalku lalu berjalan ke arah tanah rendah selepas menyarungkan selipar berlainan pasang
yang ku jumpa di tengah jalan.

Selepas berjalan lebih setengah km, di kawasan rendah tersebut ku lihat khemah jemaah lain tenggelam separas pinggang,
sampah sarap bertaburan namun capalku tidak ku temui.

Hampa dalam hatiku kerana aku amat sayang capalku itu. Mungkin tidak ada rezeki dengannya lagi.

Selepas ku ambil selipar2 sepadan yang terapung di dalam air untuk isteri dan kakak iparku , aku pun balik ke khemah.

Alangkah terperanjatnya aku bila sampai di sana kerana betul-betul di depan pintu kemah terletak dengan baik capalku yang hilang tadi. Walaupun ia kelihatan basah tetapi tidak kotor dan tidak rosak sikit pun.
Aku amat hairan kerana tiada orang lain dalam kemah tersebut yang mungkin telah mengambilnya.

Serta merta aku menadah tangan mengucap syukur kehadrat Allah SWT.
Sungguh terasa kebesaran Nya dan sungguh terasa kehadiran Nya rapat dengan ku waktu itu.
Sesungguhnya Dia mengabulkan doa hamba Nya dan sesungguhnya amat pemurah lagi amat mengasihani.
Ibadat haji ku selepas itu berjalan dengan baik dan selamat.

Sehingga hari ini capal itu masih berada dalam simpananku mengingatkan pada keajaiban dan kemurahan Allah di Tanah HaramNya.

Hisham - Kota Bharu

Teringat kat cerita Husain.
Satu hari hilang sampai 6 capal..

Astaghfirullahalanzim.
Allah nak uji keSabaran HUSAIN.


[ Last edited by  aziefa at 3-3-2009 10:27 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.075863 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list