|
UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
yes bro...
anything i can help?
HUSSAINTAHIR Post at 28-10-2009 15:02
I will col you tonite...mintak ur email please. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
Baru selesai menghadiri Majlis Solat Hajat utk meraikan bakal2 Haji & Hajjah dari Bank Muamalat. Tahun ni insyaAllah dlm 7 org warga kerja Bank ini yg bakal menjadi Duyuffur Rahman.... |
|
|
|
|
|
|
|
384# ayahjoe
Assalamualaikum ayahjoe..
Dah semakin hampir hari nak berangkat ke Mekah..
Mesti perasaan tu agak lain..
acikjie kat sini pun sentiasa mengikuti perkembangan mengenai Haji..
Kalau ada saudara yg nak pergi Haji......
Kitalah yg sibuk..sibuk nak hantar ke Kompleks Haji Kelana Jaya..
Insyallah..4 November ni Persatuan acikjoe ada buat Kenduri Doa Selamat untuk
meraikan kawan ( 4 Pasangan suami isteri ug nak pi Haji )..
Insyallah..Nak tumpang seronok dgn para Tetamu Allah tu..
Subhanallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 28-10-2009 19:07
Aramal uruskan kiriman dari Tanah Suci
Mohamad Yusoff Abd. Ghani (kiri) berbincang dengan salah seorang kakitangannya yang akan mengendalikan perkhidmatan bagasi di Mekah dan Madinah pada musim haji kali ini.
Oleh ZUARIDA MOHYIN
"PERGI satu beg, balik berbeg-beg," begitulah senario yang sering berlaku terhadap jemaah haji negara apabila pulang ke tanah air selepas menunaikan ibadat rukun Islam kelima itu.
Biarpun berapa banyak buah tangan dan cenderahati yang mampu dibawa pulang, namun perkara itu pastinya bukan menjadi matlamat utama setiap yang bergelar haji dan hajah yang ingin mendapatkan haji yang mabrur.
Bagaimanapun, sememangnya lumrah orang bertandang ke tempat orang, lebih-lebih lagi tempat yang dikunjungi itu begitu bermakna dan bersejarah serta berkemungkinan dikunjungi sekali seumur hidup sahaja iaitu Kota Mekah dan Madinah.
Pastinya, buah tangan dari sana seperti kurma, air zamzam, sejadah dan jubah, menjadi barangan kemestian atau dicari-cari dan akan digendung dibawa pulang ke kampung halaman.
Bagaimanapun, ada ketikanya harapan menggunung segelintir jemaah haji itu terpaksa dipendamkan kerana dibatasi faktor usia, tenaga dan masa.
Lantaran itu, Aramal Services Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera yang mengendalikan perkhidmatan bagasi haji dan logistik diberi kepercayaan oleh Tabung Haji Travel & Services, mengendali dan menguruskan perkhidmatan menghantar pulang barangan para jemaah haji dengan murah, mudah dan terus ke rumah.
Perkhidmatan itu, selain memudahkan para jemaah, ia juga secara tidak langsung membantu mereka menumpukan sepenuh masa, tenaga dan fikiran untuk beribadat.
Kesemua urusan penghantaran kini boleh diuruskan oleh Aramal Services dan mereka akan dikenakan bayaran yang berpatutan.
Ketua Operasi Aramal Services Sdn. Bhd., Mohamad Yusoff Abd. Ghani berkata, kesemua petugas Aramal dari Malaysia dan juga warga Arab Saudi adalah mereka yang berpengalaman luas dalam urusan pengendalian bagasi haji.
Tanggungjawab sosial
"Tujuan kami menyediakan kemudahan ini bukanlah bermatlamat mencari keuntungan semata-mata tetapi ia lebih kepada satu tanggungjawab sosial kepada jemaah haji negara ini," katanya.
Kata Mohamad Yusoff, pihaknya menggunakan satu sistem yang mana para jemaah hanya perlu menuliskan nama, alamat dan nombor telefon pada borang yang disediakan. Ini kerana mereka menyedari ada di kalangan jemaah yang sudah berusia serta agak terbatas penggunaan pancaindera mereka.
Jadi dengan hanya menulis tiga butiran ini, proses penghantaran mampu dilakukan dengan selamat dan sempurna.
"Kaedah ini diyakini memudahkan jemaah membuat penghantaran, mempercepatkan proses di kaunter serta selamat sampai ke destinasi yang dialamatkan.
"Malah sekiranya berlaku kehilangan, pihak kami memberi jaminan akan membayar pampasan," jelas Mohamad Yusoff ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Mengulas lanjut berkaitan perkhidmatan ini, kata Mohamad Yusoff, kaunter-kaunter kendalian Aramal Services akan dibuka di lobi-lobi hotel tempat tinggal jemaah sebagaimana ditentukan oleh Lembaga Tabung Haji (LTH).
Jelas beliau, caj perkhidmatan adalah mengikut berat barangan yang dihantar.
Caj bagi setiap satu kilogram (kg) bersamaan RM15 bagi serahan di Semenanjung Malaysia
dan sedikit perbezaaan bagi serahan di Sabah dan Sarawak.
"Jemaah juga boleh mendapatkan air zamzam. Air ini tidaklah dijual cuma kami mengenakan caj pengurusan termasuk pembungkusan dan penghantaran antara harga RM120 (Semenanjung Malaysia) dan RM140 ke Sabah dan Sarawak bagi botol seberat 10 liter.
"Pihak kami turut menyediakan kotak yang boleh dibeli di kaunter-kaunter Aramal Services oleh jemaah. Harganya mengikut saiz dan kami akan menguruskan pembungkusan secara percuma," katanya.
Beliau turut menjemput syarikat yang mengendalikan urusan haji atau orang perseorangan yang berminat bekerjasama atau mendapatkan perkhidmatan, menghubunginya di talian 0563925835, 0556739250 (Shamsudin) dan 0556739061 (Shariff) atau lawati laman web www.aramal.com.my
"Aramal Services juga akan menguruskan urusan percukaian dengan pihak kastam secara percuma. Seandainya ada sebarang cukai yang perlu dibayar, cukai tersebut akan dituntut daripada jemaah atau penerima sebelum bagasi diserahkan di Malaysia," katanya.
Tempoh penghantaran adalah kira-kira 10 hari dari tarikh serahan.
Biarpun had minimum penghantaran bagasi adalah 10 kg hinggalah maksimum 50 kg.
Namun barangan perhiasan yang diperbuat daripada emas, permata atau intan, kaca, wang tunai dan barang-barang yang dilarang import oleh kerajaan Malaysia atau dilarang eksport dari Arab Saudi adalah tidak dibenarkan. |
|
|
|
|
|
|
|
I will col you tonite...mintak ur email please.
ayahjoe Post at 28-10-2009 17:31
[email protected]
ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
357# sunsuria3 [/b)
Assalamualaikum, Mmg betul suria, akak pun dpt ayat ni semasa di mekah 5 tahun dulu drpd seorang ustazah. Masa 2 beliau adalah salah seorg pekerja tbg haji yg membimbing jemaah2 hj wanita. Akak dan family telah amalkan ayat ini sejak pulang ke tanah air smpai sekarang.
Buat hussin, terima kasih atas advise travel agency 2. Insyaallah dgn izin Allah s.w.t akak, suami dan anak lelaki akak akan berangkat ke tanah suci pd 22 december dgn visa ziarah. Doakan kami ye... |
|
|
|
|
|
|
|
388# jellybee
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Seronoknya nak pi Umrah akhir Tahun ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
388# jellybee
aha bestnya gi umrah lepas musim haji katanya lengang ya...saya tgk gak pakej lepas musim haji mostly mahal2 belaka....
baru ni saya pi gak toilet kat depan masjidil haram tu...mak ai jauhnya kebawah...dah tu panas sb 2 level below underground tu....berwap masuk dlm tu..orang punya ramai..berlaku rebut merebut tempat ambil wuduk..bilik toilet pun orang dok ketuk2 soh cepat sbb belakng berderet2 lagi..lepas tu ada kawan bg tau masuk je kat hilton tu dkt food court dia cukup selesa..waktu saya masuk sorang je..tempta wuduk pun ada gak..kat luar ada guard jaga..mula ingat mcm kat malaysia kena bayar duit.alamak aku tak bawa satu sen pun ni..sib baik tak minta just jadi guard aja..he he |
|
|
|
|
|
|
|
tadi bersembang dgn kawan, adik dia pun bakal pi haji dgn swasta bayar rm30k...fuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tabung Haji ambil langkah elak jemaah haji sesat di Mekah
28/10/2009 4:20pm
MEKAH 28 Okt — Tabung Haji akan meletakkan tanda arah di kawasan strategik di kota Mekah bagi mengelakkan jemaah haji daripada tersesat jalan ketika hendak pulang ke tempat penginapan masing-masing terutamanya setelah melakukan ibadah di Masjidil Haram.
Timbalan ketua rombongan haji Malaysia Datuk Kamaruddin Ali berkata papan tanda arah itu akan diletakkan di tempat yang strategik dan senang untuk dilihat oleh jemaah haji terutamanya yang telah berusia.
"Cara itu akan memudahkan seseorang jemaah untuk menuju semula ke maktab (tempat penginapan) masing-masing setelah selesai bersolat atau melakukan ibadah lain di Masjidil Haram,” katanya kepada pemberita selepas berjalan kaki bersama petugas tabung haji melawat ke beberapa maktab yang akan menempatkan para jemaah haji Malaysia di kota suci Mekah.
Seramai 26,000 jemaah haji Malaysia akan memasuki kota Mekah secara berperingkat mulai lewat malam ini dan kesemua mereka di jangka tiba di Mekah pada 21 November depan iaitu lima hari sebelum wukuf di Padang Arafah.
Mengenai lawatan itu, Kamaruddin yang juga Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji berkata ia bertujuan mendedahkan kepada petugas Tabung Haji terutamanya yang baru bertugas tentang lokasi kesemua 10 maktab Tabung Haji di Mekah bagi memudahkan usaha menghantar pulang jemaah haji yang tersesat ke maktab masing-masing. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rosputih at 29-10-2009 08:55
UTUSAN MALAYSIA
29 OKTOBER 2009
BICARA AGAMA
ARKIB : 28/10/2
Haji sempurnakan Islam Muslim
Oleh WAN NAJMIAH WAN MOHAMAD ALI
Pendahuluan
Ibadat haji adalah satu kefarduan ke atas setiap individu Muslimyang mukalaf dan berkemampuan. Sempurnanya Islam seseorang Muslim hanya apabila mereka telah menunaikan rukun Islam yang kelima, menunaikan haji di Baitullah.
Sememangnya setiap umat Islam yang memenuhi syarat hendaklah menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Junjungan besar Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan kita melalui sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang memiliki bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitul Haram, tetapi tidak menunaikan hajinya maka kematiannya pasti sebagai seorang Yahudi atau Nasrani". (riwayat At-Tirmizi)
Kaifiat melangkah ke Baitullah
Alangkah baiknya jika fardu haji ini dapat kita tunaikan dalam keadaan tubuh badan yang sihat dan cergas. Kesihatan kita pasti sentiasa berubah, lazimnya uzur apabila usia semakin meningkat dan dibejati oleh pelbagai penyakit serta permasalahan lain.
Oleh itu, apabila berkemampuan menunaikannya, kita tidak perlu menunggu sehingga usia tua lantaran maut tidak memilih usia seseorang. Alangkah sedihnya mereka yang meninggal dunia dalam keadaan kaya-raya, mewah dan berupaya menunaikan haji tetapi tidak sempat menunaikan haji tanpa sebarang uzur syarie.
Tuntutan haji merupakan satu perintah yang mesti ditunaikan apabila cukup kemampuan. Jangan pula ada yang tidak mahu menunaikannya dengan alasan "belum sampai seru" sedangkan seruan Allah dan rasul sentiasa disampaikan kepada kita.
Malangnya kesedaran untuk menyempurnakan rukun Islam kelima ini dilihat seperti bermusim. Kesedaran hanya akan timbul bila musim hajitiba saban tahun. Pastinya ramai yang menanam azam untuk membuka akaun dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) apabila terdengar radio memainkan nasyid tanda tibanya bulan haji.
Bagaimanapun tidak ramai yang berjaya menyempurnakan azam tersebut. Semangat untuk menjadi tetamu Allah bagaikan melayang apabila mendengar teman yang telah mendaftar terpaksa menunggu 10 tahun lagi untuk menunaikan ibadat haji.
Ingatlah! Kejayaan sesuatu misi itu bermula dengan langkah pertama. Dalam konteks ini, membuka akaun dan berdaftar dengan LTH adalahlangkah permulaan anda.
Fadilat menunaikan haji
Fadilat menunaikan haji amat banyak. Antaranya sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW dari Abu Hurairah yang bermaksud:
l"Sesiapa yang menunaikan haji ke Baitullah sedang dia tidak mengeluarkan kata-kata keji dan melakukan perbuatan yang kurang sopan juga tidak membuat fasiq (caci memaki) maka dia akan terlepas dari dosa-dosanya sebagaimana anak-anak kecil yang baru lahir dari perut ibunya".
"Tiap-tiap muslim yang keluar dari rumahnya menuju jihad fisabillah, kemudian jatuh dari kenderaan dan dipijak oleh binatang atau mati dengan apa cara sekali pun, maka ia dikira mati syahid. Dan tiap-tiap muslim yang keluar dari rumahnya dengan niat mengerjakan haji ke Baitullah kemudian ia mati sebelum menyempurnakan hajatnya, maka Allah mewajibkan untuknya syurga".
Abu Al-Laith As-Samarkan di meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah b. Ibad r.a berkata: Kami di Mina bersama Nabi Muhammad SAW tiba-tiba datang rombongan dari Yaman, lalu mereka berkata, "Beritakan kepada kami fadilat haji ya Rasulullah". Jawab nabi SAW: "Baiklah, tiap-tiap orang yang keluar dari rumahnya dengan niat haji atau umrah, maka tiap langkahnya gugurlah dosa-dosanya dari badannya sebagaimana gugurnya daun kering dari pohon. Maka apabila telah sampai ke Madinah dan memberi salam lalu berjabat tangan kepada ku, dijabat tangan oleh malaikat. Maka apabila telah sampai di Zulhulaifah lalu mandi sunat ihram maka Allah SWT menyucikan dari semua dosanya. Kemudian jika ia memakai pakaian baru untuk ihram, Allah membaharui baginya kebajikan dan bila mengucapkan Labbai kallahumma labbaik langsung dijawab olehAllah SWT (Asma' kalaamaka wanzur ilaik) yakni aku mendengar kata-katamu dan melihat padamu, maka apabila telah sampai di Mekah dan Tawaf serta Saie di antara Safa dan Marwah maka Allah SWT menuang baginya kebaikan. Lalu ketika wukuf di Arafah dan gemuruh suara berdoa.
Maka Allah SWT membanggakan kepada malaikat dan berfirman yang bermaksud: Wahai malaikat dan penduduk langit, tidakkah kamu melihat hambaku yang datang dari seluruh pelosok alam yang jauh dalam keadaan yang terurai dan berdebu. Mereka telah mengorbankan harta dan benda, maka demi kemuliaan dan kemurahanku, aku akan memaafkan orang-orang yang berdosa dan melepaskan mereka dari dosa sebagaimana anak kecil yang baru lahir dari perut ibunya. Demikian pula apabila telah melontar jamrah dan mencukur rambut lalu Tawaf Ifadah iaitu ziarah. Maka ada seruan dari Arasy, kembalilah, kamu sudah diampunkan semua dosa-dosamu dan perbaharuilah amal perbuatanmu".
Nabi Muhammad SAW sendiri pernah berdoa: "Ya Allah, ampunilah bagi orang-orang yang melakukan ibadat haji dan bagi orang yang dimintakan ampun oleh orang yang berhaji".
Kelebihan menziarah Haramain
Allah telah menetapkan bahawa sesuatu itu ada yang melebihi yang lainnya. Di samping Allah SWT menjadikan kelebihan di antara sesama manusia, Dialah juga yang menetapkan kelebihan yang tertentu pada tempat tertentu.
Allah SWT melimpahkan berkatnya terhadap Mekah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawarrah dari segala tempat yang lain di dunia ini seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Sekali sembahyang di masjidku (Masjid Madinah) lebih baik daripada 1,000 kali sembahyang di tempatlain kecuali di Masjidil Haram".
Kita lebih bercita-cita melawat tempat-tempat lain berbanding Mekah al-Mukarramah. Kita cukup selesa mengunjungi rumah-rumah manusia berbanding rumah-rumah Allah SWT. Wang dan harta yang kita kumpulkan kita habiskan bagi melancong di atas muka bumi Allah sedangkan Baitullah dan tanah haram Allah tidak dikunjungi. Adakah ini tandanya kita mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan beradab sopan dengan Allah?
Kita tidak boleh terus mengambil sikap suka bertangguh dalam melakukan kebaikan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan kalau Allah mengkehendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu) tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumba lah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal saleh).Kepada Allah jua tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (al-Maidah: 48)
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati." (riwayat Baihaqi)
Umat Islam hari ini banyak ketinggalan dalam segala hal kerana suka bertangguh.
Kita sering menangguhkan pelaksanaan perintah-perintah Allah untuk memastikan kesempurnaan pelaksanaannya hingga akhirnya kita langsung tidak melaksanakannya. Kita masih terus memohon penangguhan ajal di hadapan Allah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya (kalau tidak) maka ia (pada saat ini) akan merayu dengan katanya:"Wahai tuhanku! Alangkah baiknya kalau engkau lambatkan ajal matiku kesuatu masa sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang-orang soleh". (al-Munafiqun: 10)
Penutup
Sebagai umat Islam yang baik, mulakan langkah pertama dengan menabung di LTH dan segera berdaftar untuk menjadi tetamu Allah. Disamping itu, berusaha dan berdoalah agar dipanjangkan umur dan dikurniakan rezeki menjadi tetamu Allah kepada sebaik-baik tempat di muka bumi ini iaitu Baitullah, Tanah Suci Mekah.
lWAN NAJMIAH WAN MOHAMAD ALI ialah Penolong Pengarah Haji (1), Bahagian Haji di Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Jabatan Perdana Menteri |
|
|
|
|
|
|
|
Tabung Haji ambil langkah elak jemaah haji sesat di Mekah
28/10/2009 4:20pm
MEKAH 28 Okt — Tabung Haji akan meletakkan tanda arah di kawasan strategik di kota Mekah bagi mengelakkan jemaah haji d ...
HUSSAINTAHIR Post at 29-10-2009 08:40
Assalamualaikum..
Teringat Jemaah Haji yang tua tersesat sampai ke Hotel Penginapan kami..
Musim Haji Tahun 1999..
Perasan masa balik dari Solat Zuhor nak makan tengahari..
Kesian dia..bila dia nampak kami Jemaah Malaysia ..dia terus aje ikut..
Lepas tu dok minta tolong hantar ke Maktab...MANGGIS..
Ajak makan tengahari bersama kami dulu..
Lepas tu ada Jemaah lelaki dari Pakej kami tolong hantar Jemaah berkenaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Husain..
Ustaz Rahman kirim salam..
Baca tak kat web dia...dah tukar address dah..
Seronok baca perjalanan dia bertugas dh Tabung Haji.. |
|
|
|
|
|
|
|
393# Rosputih
"Tiap-tiap muslim yang keluar dari rumahnya menuju jihad fisabillah, kemudian jatuh dari kenderaan dan dipijak oleh binatang atau mati dengan apa cara sekali pun, maka ia dikira mati syahid. Dan tiap-tiap muslim yang keluar dari rumahnya dengan niat mengerjakan haji ke Baitullah kemudian ia mati sebelum menyempurnakan hajatnya, maka Allah mewajibkan untuknya syurga".
Dan tiap-tiap muslim yang keluar dari rumahnya dengan niat mengerjakanhaji ke Baitullah kemudian ia mati sebelum menyempurnakan hajatnya,maka Allah mewajibkan untuknya syurga"
Assalamualaikum Kak Ros..
Rasanya serupa juga yang nak mengerjakan Umrah..
Mudah mudahan..Allah memberi yang terbaik untuk mereka..
Insan Insan yang terpilih..
Allahuakbar... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum..
Teringat Jemaah Haji yang tua tersesat sampai ke Hotel Penginapan kami..
Musim Haji Tahun 1999..
Perasan masa balik dari Solat Zuhor nak makan tengahari..
Kesian dia..bila ...
aziefa Post at 29-10-2009 10:46
Salam
Azie, akak pun ada pengalaman ni. Lepas kami habis buat Umrah lebih kurang pukul 2 pagi masa kat dataran Haram terjumpa seorang jemaah wanita umur lebih kurang baya ibu akak dalam 60 tahun. Dia tanya kami dari maktab mana, kami pulak tanya dia nak kemana he he, kata dia nak ambil selipar kat Babul Salam tapi tak tau selipar tu diletak dimana sebab kawan lain yang letakkan. Dia jugak tak tau jalan balik maktab. Ada seorang kawan lagi tengah tunggu kat depan dataran keletihan masa ni kesian sangat tengok. Akak tanya ada bawak duit tak (sebab kami tak bawak duit he he), dia kata ada jadi akak dan suami suruh dia lupakan selipar dia dan suruh beli yang baru.
Kami pun tak tau maktab jemaah ni letak dimana jadi kami plan nak hantar dorang kat ibupejabat tabung haji saja. Nasib baik terjumpa 2 orang jemaah lain yang berdekatan maktab dengan jemaah ni jadi kami suruh jemaah ni ikut mereka. Sebenarnya mereka baru sampai dan baru saja selesai umrah pertama tapi terpisah dengan kumpulannya.
Masa kat Madinah pun sama. Ternampak seorang jemaah lelaki lebih kurang umur 60 tahun ++ tengah menangis kat deretan kedai makan yg keluar je dari Masjid Nabawi. Dia terpisah dari kumpulan dia nasib baik dia pakai beg sangkut jadi senang orang tolong. |
|
|
|
|
|
|
|
Husain..
Ustaz Rahman kirim salam..
Baca tak kat web dia...dah tukar address dah..
Seronok baca perjalanan dia bertugas dh Tabung Haji..
aziefa Post at 29-10-2009 10:47
wsalam
baca almakki.com.my
seronok tgk persiapan TH travel..
dah haji yg ke 10 bt ustaz rahman...
murah rezeki..dah balik msia pun still dpt jd mutawif thts...
lutfi pun dh balik makkah duduk kt nearby al-maala... |
|
|
|
|
|
|
|
wsalam
baca almakki.com.my
seronok tgk persiapan TH travel..
dah haji yg ke 10 bt ustaz rahman...
murah rezeki..dah balik msia pun still dpt jd mutawif thts...
lutfi pun dh balik makk ...
HUSSAINTAHIR Post at 29-10-2009 12:17
Masyallah kali yang ke 10..
Rezeki yang Allah beri kepada dia..
Beruntungnya..
Alhamdulillah... |
|
|
|
|
|
|
|
397# aily
Kalau kita rajin menolong orang..
Allah akan membalasnya balik..
Mempermudahkan dan menyenangkan kita dalam beribadah disana.. |
|
|
|
|
|
|
|
396# aziefa
Waalaikumsalam azie,
Ye... azie
Mudah-mudahan mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Izinkan saya berkongsi sedikit ilmu kurniaan Illahi yg telah saya perolehi sewaktu mengikut kursus Haji bersiri anjuran Rayhar Travel dgn Masjid Al-Falah USJ9 tempoh hari. InsyaAllah...apa yg akan saya paparkan adalah maklumat drpd Muzakarah Haji ke25 1430 Hijrah. Ini merupakan hasil tulisan Ybhg Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yg merujuk kepada pengertian setiap ibadah dan aktiviti yg kita lakukan sewaktu menegrjakan haji ataupun umrah. Kupasa beliau adlah berdasarkan huraian Imam al-Ghazali.
Ihram & Talbiah
Merujuk kepada kita menyahut seruan Allah utk datang mengunjungi Rumah Nya. Hendaklah kita berasa bimbang sekiranya kita tidak layak. Maka didalam jiwa kita hendaklah kita menanamkan rasa berharap akan rahmat Allah agar kita diterima menjadi Duyuffur Rahman. Perasaan rendah diri perlu kita semaikan disini kerana Allah penentu kepada status kita bukan kedudukan kita di dunia yg jadi kayu ukuran........insyaAllah.
Melihat Kaabah
Apabila kita melihat Kaabah hendaklah kita mengingati akan kemuliaan dan kebesaran Rumah tersebut. Hati kita juga perlu penuh pengharapan utk melihat Allah di akhirat kelak.
To be continued... |
|
|
|
|
|
|
| |
|