Jom cuba resepi terung goreng crispy yang lazat ini, yang dipetik daripada All Recipes.
Bahan-bahan:
Terung panjang/bulat
2 biji telur
2 cawan serbuk roti
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara menyediakan:
1. Terung dipotong nipis-nipis.
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
3. Celup terung dalam aduan dan kemudian letakkan ke dalam serbuk roti sehingga rata.
4. Goreng dalam minyak yang sedang panas.
5. Angkat dan siap dihidang.
Siapa yang menggemari keju, anda patut cuba resepi ini kerana tidak ada apa yang lebih menyelerakan melainkan campuran makaroni bersama keju lazat.Jika anda membelinya di luar, pasti ada saja yang tidak menepati selera anda.
Jadi, apa kata anda cuba resepi yang dipetik daripada Simply Recipes, dan anda boleh letak sebanyak mana keju yang anda inginkan.
Bahan-bahan:
1 biji brokoli
Garam
2 cawan macaroni kering
4 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
3 cawan susu
½ sudu kecil sawi kering
1/8 sudu kecil buah pala
1 ½ sudu kecil lada hitam
¼ sudu kecil paprika
2 cawan keju cheddar yang dibahagi 1 ½ cawan dan ½ cawan
½ cawan keju parmesan
Cara menyediakan:
1. Panaskan 4 liter air bersama 2 sudu besar garam dalam satu periuk besar untuk pasta. Apabila air mendidih, masukkan macaroni dan biarkan seketika selama 2 minit.
2. Sementara menunggu pasta mendidih, rebus brokoli dan tambahkan sedikit garam dan biarkan selama 4 minit.
3. Kemudian panaskan susu. Selepas itu panaskan mangkuk ketuhar pada suhu 260 darjah selsius.
4. Cairkan 4 sudu besar mentega dengan suhu sederhana. Apabila mentega sudah cair, masukkan tepung gandum dan masakkan selama 1 hingga 2 minit.
AHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung beras (che mat campur 1 cawan tepung beras + 1 cawan tepung gandum)
3/4 cawan nasi sejuk*
1 cawan air*(*dikisar halus)
1/2 cawan air
1 camca besar gula
1 camca teh rata garam
1/2 cawan santan
BAHAN-BAHAN DISATUKAN :-)
1 camca teh rata instant yeast
1 camca besar gula
3 camca besar air suam
BAHAN-BAHAN KUAH DURIAN :-)
Beberapa ulas durian atau secukupnya
3 camca besar hirisan gula melaka*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
600 ml santan sederhana pekat
1/4 camca teh garam
1 camca besar rata tepung gandum*
1/3 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
Gula pasir secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK ADUNAN KUIH SERABAI :- Satukan instant yeast, gula dan air suam. Kacau rata dan biarkan 5 minit hingga bancuhan kelihatan berbuih2. Sementara itu, masukkan tepung ke dalam mangkuk besar, tambah nasi kisar, santan. garam dan gula. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast tadi dan juga1/2 cawan air. Kacau hingga semua sebati dan licin, Tutup permukaan mangkuk dengan kain bersih dan rehatkan 2 jam sehingga adunan naik. Sementara itu kita buat kuah durian...
UNTUK KUAH DURIAN :- Masukkan air gula merah ke dalam periuk bersama2 santan dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Masukkan durian dan tambah gula pasir secukupnya (yang ni ikut citarasa masing2lah yea nak manis atau kurang manis). Masak sekejap, perlahankan api dan tuang bancuhan tepung gandum dan garam. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
UNTUK KUIH SERABAI :- Panaskan acuan kuih serabai atas dapur, guna api kecil. Lenser dengan sedikit minyak makan pada setiap lubang acuan. Kemudian tuang sesenduk kecil adunan kuih serabai tadi pada setiap lubang acuan. Tutup permukaan acuan dan masak hingga permukaannya kelihatan berlubang2 dan kering. Perlahan2 angkat keluar kuih serabai (che mat gunakan pisau kecil untuk keluarkan kuih serabai dari acuan). Pastikan anda sapu sedikit minyak makan sebelum ditaruk adunan baru. Buat hingga siap..
UNTUK MENGHIDANG :- Susun kuih serabai dalam bekas, dan sediakan piring sesuai untuk menghidang. Kuah durian boleh kita masukkan dalam mangkuk berasingan dan hidangkan dengan kuih serabai tadi. Kalau kuih tak habis, boleh simpan dalam peti sejuk, tapi pastikan disimpan dalam bekas bertututp untuk mengelakkan kuih jadi kering.. Selamat mencuba!!
Bahan kisar
Kayu manis - 1 batang kecik
Bunga lawang - 3 kuntum
Bunga cengkih - 5 kuntum
Rempah biji - 3 sb
Jintan putih - 1 sb
Jintan manis - 2 sb
Cabai kering - segenggam
Bawang merah - 5 ulas
Bawang putih - 5 ulas
Bawang besar - 2 biji
Halia - 2 inci
semua bahan kisar goreng tanpa minyak sehingga wangi- api perlahan.
Kemudian kisar semua bahan ini.
Bahan2 :-
Daging - sekilo potong kecik
Kicap kipas udang - 1/2 botol
(Botol kecik)
Kerisik - 3 bungkus
Gula merah - seringgit ( masak dgn sedikit air tapis)
Cara2nya:-
-Goreng semua bahan kisar tanpa minyak sehingga wangi - api perlahan, kisar semua bahan ini.
-Kemudian masukkan bahan kisar bersama daging dan masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 - 2jam
-setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yg perap tadi, masukkan sedikit air.
-masak sehingga daging lembut, tambahkan lagi air untuk lembutkan daging.
-bila daging lembut, masukkan kerisik, garam , gula & air gula.
-masak sehingga kuat pekat berpalut di daging.
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* (ni ikut citarasa yek.. nak berapi, letak lebih laa cili tu)
kisar bahan bertanda *
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
santan dari sebiji kelapa
daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
gula melaka
garam
air asam jawa
.
Cara Memasak:
.
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
.
2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula. Tambah garam secukup rasa)
: kalau nak bau lebih menyelerakan, letak Daun Limau Purut
Labu di buang kulit..di buang biji dan di hiris nipis ( tak perlu rebus )
cara cara nya
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam
Gaul semua dan campur air bancuhan nya sederhana pekat
Bolehla celuk labu yg di hiris nipis tadi
Goreng seperti biasa
1 sudu petis udang ( kalau takde pun xpe ) cuma nanti x naik bau..
3-4 cm belacan yang telah di bakar
10-15 biji cili api..dikisar atau ditumbuk
3 sudu cili kering yang telah diblender
1 botol kicap kipas udang yag manis tu
3/4 botol sos cili (botol kecil jer)
3/4 bungkus gula biasa yang peket 1kg tu
Cara-cara
campurkan semua bahan-bahan dalam periuk..biarkan menggelegak dan kacau la sekali sekala..siap masak
api tu sedang2 jerla..biarkan sejuk dulu..kemudian barula dimakan dengan buahan2..jambu batu, jambu air, timun, mangga muda..dll
BAHAN KUAH
200 g ubi kentang*
300 g ubi keledek*(*rebus empuk dan lecek halus)
200 g kacang tanah, goreng, buang kulit dan kisar
70 g bawang besar*
20 g bawang putih*(*kisar halus)
50 g gula merah (mat guna gula melaka)
3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurang)
60 ml jus asam jawa
1/2 liter air
60 ml minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN LAIN
200 g timun, potong halus
200 g sengkuang, kupas dan potong halus
200 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap
5 biji telur, rebus keras, kupas dan goreng, belah 2 setiap biji
2 keping tauhu, goreng dan hiris
2 - 3 keping cucur udang, didadu*(*resipi dibawah)
BAHAN CUCUR UDANG
100 g tepung gandum
1/2 camca teh soda bikarbonate
1/2 camca teh baking powder (resipi asal tak letak)
125 - 130 ml air rebusan kepala udang yg dikisar
Garam secukup rasa
Beberapa ekor udang (jika suka)
CARA MEMBUATNYA
UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan keledek, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.
UNTUK CUCUR UDANG :- Bancuh semua bahan2 untuk cucur udang, kecuali "udang". Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas, 1 minit. Angkat dan letakkan 1 - 2 camca besar adunan cucur atas sudip tadi dan baringkan seekor udang atasnya. Masukkan dalam minyak panas, dan bila cucur kelihatan tembam, tanggalkan dari sudip. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan (kalau suka, boleh masukkan sedikit taugeh dan daun kuchai dalam adunan cucur udang). Gunakan api sederhana, kalau api kuat, nanti cucur hangus dan dalam tak masak. Buat hingga siap.
UNTUK PASEMBOR KODIANG :- Susun semua bahan rojak atas pinggan sesuai, kemudian tuang kuah secukupnya. Hidangkan segera...Mat rasa kan, resipi untuk kuah tu akan menghasilkan kuah yang agak banyak. Jadi boleh gandakan bahan2 rojak
2 keping fillet salmon
sedikit garam
sedikit lada hitam di tumbuk kasar
Lumurkan fillet salmon dengan sedikit garam
Taburkan lada hitam di kedua-dua belah ikan
Perap dalam peti ais paling kurang 3 jam supaya serap rasanya
1 sudu makan garlic butter
1 sudu besar olive oil
Panaskan grill, letakkan garlic butter dan olive oil (minyak zaiton)
Letakkan kepingan ikan di atasnya dan panggang
Balikkan ikan supaya rata masak di kedua-dua belah
Jangan masak lama sangat nanti isi ikan keras
SOS IKAN
1 kiub ikan bilis
sedikit lada hitam
sedikit daun parsley kering
sedikit oregano kering
Masak kiub ikan dengan air (angaran 1 1/2 cawan )
Bila airnya dan tinggal setengah
Masukkan sedikit minyak dari baki yang kita grill ikan tadi anggaran 1 sudu
Kemudian masukkan lada hitam, oregano dan parsley
Biar ia didih
BAHAN DI MAKAN BERSAMA
Baby carot
Bunga kubis
Broccoli
Masak air dan sedikit garam hingga didih
Celurkan sayur-sayuran di atas
angkat dan toskan
Siap untuk di hidangkan bersama grill salmon dan sos ikan
Bahan bahan
4 biji telur
1 ¼ cawan vegetable oil
1 cawan gula
2 sudu kecil vanilla extract
2 cawan all purpose flour
2 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 cawan carrot – parut
1 cawan walnut – cincang
Sedikit kismis
Cara cara
Panaskan oven 175C. Lenser 2 loyang bulat yang diletakkan baking paper bawah dan keliling.
Dalam mangkuk besar, putar telur, oil, gula dan vanilla extract.
Satukan tepung, baking soda, baking powder, garam dan serbuk kayu manis. Masukkan ke dalam adunan yang diputar tadi.
Masukkan karot. Kacau rata dan masukkan pula walnut dan kismis.
Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek tidak melekat di lidi yang dicucuk di tengah kek.
Biarkan sejuk di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan di atas wire rack.
Bolehlah dihiaskan dengan frosting sebelum dipotong dan dihidangkan.
Nota: untuk rujukan sendiri di masa depan, saya menggunakan 2 loyang saiz 9" dibakar pada suhu 160C selama 20 minit sahaja.
Frosting
Bahan bahan:
½ cawan butter – suhu bilik
8 oz cream cheese – suhu bilik (1 kotak Philadelphia atau 1 tube Tatura)
2 cawan gula icing
1 sudu kecil vanilla extract
Cara cara:
Di dalam mangkuk sederhana, satukan butter, cream cheese, gula dan vanilla. Putar sehingga sebati dan berkrim.
Sapu pada permukaan kek yang telah disejukkan sepenuhnya. Tabur dengan kepingan badam, jika suka.
Nota:
Bagi memastikan kek moist adalah dengan membakar hanya secukupnya tanpa perlu menunggu masa ditetapkan. Bila aroma wangi keluar dari oven, menunjukkan kek telah masak, boleh buka oven dan check dengan cake tester.
Jika belum masak, tutup oven dan bakar lagi beberapa minit. Lagi lama masa membakar, lagi hilang kelembapan. Jadi membakar seadanya kerana ianya bergantung kepada oven yang digunakan dan saiz loyang.
Kek boleh disimpan di dalam freezer selama 3 bulan dengan cara membalut dengan cling plastic wrap dan dibungkus pula dengan aluminium foil.
Jika kek diletak frosting, masukkan dulu kek di dalam freezer selama 1-2 jam sehingga frosting mengeras sebelum dibalut dengan cling wrap dan aluminium foil.
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia
Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan
Resepi Gulai Ikan Aya :
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
500 gram mee kuning
100 gram isi ayam/daging - potong kecil
2 biji telur - pukul rata
1 biji buah tomato - potong kasar
3-4 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang merah - hiris halus
1 sudu besar cili kisar - guna 2 jika suka pedas
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat
Garam
1 sudu besar gula - letak 1/2 sudu jer
Minyak
Bahan tabur:
1 biji cili merah - hiris
Daun bawang
Limau nipis
Bawang goreng
Cara cara:
Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam kecut sebelum dimasukkan 1 mangkuk air untuk memasakkan ayam.
Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan buah tomato serta gula. Masukkan sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati.
Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee.
Mee sedia dihidangkan dengan limau nipis, daun bawang dan cili merah hiris serta bawang goreng
2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Unsweetened Cocoa Powder
1 cawan Mayonis
1 1/4 cawan Gula Putih
3 biji telur Gred A
1 1/4 cawan Air Kopi (1 sudu teh Serbuk Kopi dilarutkan dgn 1 1/4 cawan air panas, sejukkan)
3/4 cawan Unsweetened Mini/Regular Chocolate Chips
1 1/4 suduteh Baking Soda
1/2 suduteh Baking Powder
1 suduteh Vanilla Extract
Baking pan 9x9 - 2 biji atau bundt pan
CARANYA:-
Preheat oven pada suhu 160°C.
Gris dan tepungkan baking pan, alas dengan baking paper, ketepikan.
Dalam mixing bowl, ayak bahan kering; tepung gandum, cocoa powder, baking soda dan baking powder.
Masukkan gula, mayonis, telur, air kopi dan vanilla.
Kacau hingga semua sebati tapi jangan overmix.
Masukkan pula chocolate chips dan dikaup balik sekejap saja.
Tuang dalam baking pan dan bakar selama 30 - 45 minit, terpulang pada suhu dan jenis oven, sehingga tiada cairan melekat pada toothpick kecuali cake crumb.
Sejukkan cake sepenuhnya sebelum dicoat dengan chocolate ganache.
GANACHE GLAZE:
1 cawan Whipping Cream
1 cawan Semi-Sweet atau Milk atau Dark Chocolate Chips (boleh dicampur-campur ikut citarasa)
2 sudubesar Unsalted Butter
CARANYA:-
Panaskan whipp cream dalam pot. Tutup api, alihkan pot dan tuang choc chips kedalam pot dan dikacau sekejap. Tutup pot dan biarkan selama 5 minit. Kemudian whisk ganache perlahan hingga semua chocolate cair dan smooth. Masukkan butter dan whisk lagi perlahan supaya sebati. Biarkan ganache sejuk sebelum digunakan. Drizzle keatas cake, biarkan sekejap sebelum sedia dihidangkan
*Cream putih itu creamcheese frosting lebihan dari yang diguna. Boleh juga jika mahu layerkan dengan chocolate frosting atau apa saja frosting kesukaan
*Bahan2
50pcs kulit popia
1 sdb tepung gandum ( bancuh guna air 4-5 sdb nk jadikan pelekat)
*Bahan Inti
1/2 biji kobis (hiris nipis)
3 batang lobak merah ( sagat)
4 biji tauhu ( goreng dan potong dadu)
1 biji bawang besar ( potong dadu )
Segenggam udang geragau (basuh n toskan)
Sedikit isi ayam ( jika suka )
Sedikit garam
*Caranya
Panaskan 1/2 senduk minyak. .tumiskan bawang dan udang geragau. . masukkan isi ayam.. bila isi ayam da empuk..masukkan semua sayuran.. tauhu dan sedikit garam. Kacau hingga agak layu.. tutup api...toskan untuk buang air dlm sayuran.. biarkan sejuk seketika. .
Ambil sekeping kulit popia. .masukkan inti.. gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan.. buat hingga siap. .Goreng guna api sederhana hingga betul2 garing.. toskan..
*Bahan Sira(sos popia)
25 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 cawan air
(Kisar bahan di atas hingga betul2 halus)
2-3 sdb sos cili
2 senduk gula pasir
1 1/2 senduk minyak masak
*Caranya
Panaskan minyak..tumis bahan kisar hingga betul2 masak..masukkan gula dan sos cili...masak guna api sederhana perlahan hingga likat dan agak pekat..bila dah nampak berbuih2..
masukkan popia dan kacau hingga rata. .. pastikan sambal menyaluti semua popia.. terus tutup api dan letak dlm talam.. pastikan popia tidak bertindih/ bertindan supaya popia tetap ranggup.. sejukkan di bawah atau di depan kipas..
- untuk kekalkan keranggupan, bleh juga tabur sedikit bawang goreng pada popia yg da siap disira.. nk letak bijan yg da disangan pun boleh
Sos popia juga bleh disimpan dlm bekas bertutup jika xnk sira, goreng popia hingga garing. toskan dan sapu jer sos pada popia
tabur bawang goreng
Bahan-bahan inti daging
Bawang merah - 3 biji di potong dadu
Bawang Putih - 6 ulas di cincang halus
Carrot - ½ batang di potong dadu
Daging kisar ramlee - 1 pack
Sos spageti Kimball - 1 tin
Serbuk oregano - 2 sudu
Garam -½ sudu
Gula - 1 sudu
Sos cili - 3 sudu
Cendawan - 1 tin di hiris
Lada hitam - 1 sudu Cara-cara masak inti daging
Rebus lasagna instant sheet sehingga boleh dilentur. (JANGAN sehingga masak) ATAU rendam dengan susu (5 - 10 minit sehingga lembut tp bukan pecah)
Tos dan susun diatas dulang. Jangan bertindih ya.
Tumis bawang merah, bawang putih, sehingga naik bau dan masukkan daging kisar. Masak sehingga air daging kering.
Masukkan sos spaghetti, masak sebentar.
Masukkan cendawan dan carrot.
Kemudian masukkan serbuk oregano.
Rasakan dengan garam dan gula. Ketepikan.
Bahan-bahan Sos Putih
Cheddar Cheese - 1 pack
Mentega -2 sudu
Tepung gandum - 2 sudu
Susu segar penuh krim - 2 cawan
Garam - ½ sudu
Cara-cara masak sos putih (White sauce)
Panaskan mentega sehingga cair.
Masukkan tepung gandum, masak sehingga kekuningan.
Masukkan susu segar penuh krim dan gaul rata.
Masukkan Cheddar cheese dan gaul hingga cheese cair dan sebati.
Masukkan sedikit garam. Masak sehingga sos likat.
Cara-cara buat lasagna
Sapukan loyang dengan mentega.
Letak lasagna sheet dilapisan paling bawah.
Disusuli dengan inti daging. Pastikan daging menutupi kepingan lasagna tau.
Layerkan inti daging dengan sos putih.
Taburkan mozarella cheese dan parmesan cheese.
Ulang langkah 2 - 4 hingga loyang penuh.
Bakar di dalam oven selama 40 minit, 160°.
Dah siap, boleh dimakan dengan sos putih juga.
Resepi : Pak Haji
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku
1 tin kacang pool - kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball
1 kg daging - dikisar
1 kg bawang merah - dikisar
2 labu bawang putih
1 sudu teh jintan manis - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil jintan putih - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil ketumbar - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 inc halia - dikisar
1 cawan air
Sedikit minyak atau planta untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk
Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool
Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
Rasakan garam dan gula secukup rasa
Bahan Dimakan Bersama
Lada hijau - dihiris
Bawang besar - di hiris dadu
Roti - di bakar dengan sedikit planta
Telur mata lembu
Limau nipis
Semua yg ade tanda * racik masok dalam mangkok
Masokkn air limau , sos ikan 2 sudu xde sos ikan gamti dengan sos tiram , gula 1 sudu , garam hujung sudu , secukup rasa .. Gaul semua last nk berbuka bru msokkn ikan bilis kalo msok awl nt lemau ..
3 ulas bawang putih
2 - 3 sudu cili kering kisar
Tumis 2 bahan ni sampai cili masak
3 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 - 2 sudu jus lemon
2 - 3 sudu madu
Garam gula secukup rasa
Bijan disangai
Tumis lada dan bawang putih sampai garing. Masukkan tomato sos, cili sos, lemon jus, madu, garam dan gula.
Kalau nak pedas lebihkan lada. Gula tu agak agak jek sebab Kita dah letak madu. Korang rasa dulu macam mana.
Bila sambal dah garing, masukkan ayam tadi. Gaul rata. Pastu tabur bijan.