CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azwana_alia

ii) we LOVE Hazama - juara AF9 yg lain ada?

   Close [Copy link]
Post time 6-6-2011 10:54 AM | Show all posts
morning uols.......

apesal ada citer pasal lagu tugasan baru tapi tajuk sume choy2 gitu, tifoo ajer kan noks pasal lagu joe/hattan - jari hantu ku....ini bukan maksud middle finger ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 10:54 AM | Show all posts
salam n morning uols

dah masuk umah banglo, tq mr presiden . Hepi for ama yg masuk final
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 10:55 AM | Show all posts
iols nk beklog page belakang sat. Br 2 hari iols tggalkan umah uols merempit berpuluh page (termasuk kt umah lama) cayalah uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2011 10:58 AM | Show all posts
morning uols.......

apesal ada citer pasal lagu tugasan baru tapi tajuk sume choy2 gitu, tifoo aj ...
alyssasarah Post at 6-6-2011 10:54



Mana uols dgr neh? Eh motip diary lgsung nan hadooo
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 11:02 AM | Show all posts
Mana uols dgr neh? Eh motip diary lgsung nan hadooo
azwana_alia Post at 6-6-2011 10:58


tuh kat depan ader forummer zalim tempek tuh.............choy hokay tajuk lagu sume
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 11:03 AM | Show all posts
alahai diari langsung off air lah noks...ingat nak skodeng nih.  deols gi jalan2 lagi ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2011 11:05 AM | Show all posts
morning uols
iols tumpang gembira ngan uols yg gigih berkuntum dpn umah kaca....syabassss uols
uols Ama dapat lagu apa tuk final nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 11:06 AM | Show all posts
iols nk beklog page belakang sat. Br 2 hari iols tggalkan umah uols merempit berpuluh page (termasuk ...
gossip Post at 6-6-2011 10:55



ai k.goss...
akak pegi bertapa kat mana?
lama benor x masuk umah ni....hihihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 11:09 AM | Show all posts
tuh kat depan ader forummer zalim tempek tuh.............choy hokay tajuk lagu sume
alyssasarah Post at 6-6-2011 11:02



kih3.....zalim benor tajuk lagu nya..
siap jari hantu bagai....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 11:17 AM | Show all posts
ai k.goss...
akak pegi bertapa kat mana?
lama benor x masuk umah ni....hihihihi
pinkala Post at 6-6-2011 11:06



pink kt umah xde tenet, akak mengharapkan ihsan tenet kt opis je la tu yg tertinggal jauh, ari ni gigih membeklog page belakang2
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 11:19 AM | Show all posts
alahai diari langsung off air lah noks...ingat nak skodeng nih.  deols gi jalan2 lagi ke
alyssasarah Post at 6-6-2011 11:03



hi alyssa, akak beklog kt belakang ada terperasan alyssa ckp uols dr selatan, kt belah mana tu ek, jgn2 kita sekapal x
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 11:21 AM | Show all posts
morning uols.......

apesal ada citer pasal lagu tugasan baru tapi tajuk sume choy2 gitu, tifoo aj ...
alyssasarah Post at 6-6-2011 10:54


hazabnya nama tajuk lagu tu , sapa la yg pedajalkan tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2011 11:22 AM | Show all posts
dah jumpa karatz yg terpekik terlolong tuh
alyssasarah Post at 5-6-2011 21:35



    felda nyehhh uols sanngup kuntum tepi pagar tu? oh my!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 11:32 AM | Show all posts
hi alyssa, akak beklog kt belakang ada terperasan alyssa ckp uols dr selatan, kt belah mana tu ...
gossip Post at 6-6-2011 11:19



   dekat kawasan astro
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 11:37 AM | Show all posts
felda nyehhh uols sanngup kuntum tepi pagar tu? oh my!!!!!!!!!!!!!!!!!
azwana_alia Post at 6-6-2011 11:22



   harus noks....iols tak kesah pon jah, iols dapat tempat first kelas lagi hokay...nun didepan sekali, siap tolak2 pagar tuh dengan budak kecik sebelah iols yg dok sebok usik kamera iols
Iols tak der kenalan bagai kat kawasan tuh, tapi cemana ader pulak geng2 gagah yg berkuntum pagi tuh dah zoom iols sapa  sure kefeldaan iols terserlah hari tuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 11:49 AM | Show all posts
dekat kawasan astro
alyssasarah Post at 6-6-2011 11:32


astro? kt dlm kl jugak la ek. Ingat kt jb td..heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 12:00 PM | Show all posts
Reply 396# gossip

kan iols cakap kawasan selatan lembah kelang
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:00 PM | Show all posts
meh layan article pasal konsert last sat
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:02 PM | Show all posts
murai.com.my

BH: Konsert Minggu 9 AF9, Sujud Syukur Yang Malang
Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Kalau anda rasa tajuk entry blog saya kali ini sangat 'kejam', begitulah 'kejam'nya proses penyingkiran Erul di konsert kesembilan ini. Ya benar, Akademi Fantasia ada banyak elemen drama, tetapi drama adalah lakonan, dan apa yang terjadi di atas pentas bukanlah sekadar lakonan!

Kalau anda fikir Erul 'menggagahkan' diri menerima keputusan itu, bayangkan diri anda yang berada di pentas, di samping ibu dan abang anda, menyangkakan anda berjaya ke final, tetapi kemudiannya diberitahu bahawa anda sebenarnya tersingkir.

Saya tidak menyalahkan Pak Nil dalam hal ini, kerana jika beliau diberitahu lebih awal tentang wujudnya tulisan 'biru' dan 'merah', pasti dia akan lebih berhati-hati ketika memberikan keputusan tersebut. Pak Nil sendiri dilihat tidak dapat menahan sebak sejurus dia mengumumkan Erul tersingkir.

Kalau di awal pengumuman diberitahu tentang tulisan biru dan merah ini, pastinya Erul tidak tergesa-gesa terus sujud syukur terduduk di pentas, di sisi ibu dan abangnya bila namanya diumumkan. Pastinya dia akan menunggu sehingga Pak Nil memberitahu namanya ditulis dengan marker biru atau merah!

Drama buruk itu tidak habis di situ. Selepas diumumkan tersingkir, ibu dan abang Erul masih lagi dibiarkan tercegat di atas stage seolah-olah menerima hukuman 'kekalahan' anak dan adik mereka. Berdirilah mereka di situ! Tidak cukup dengan itu, Erul pula terpaksa berdiri di penjuru, berhadapan dengan tempat duduk wartawan, pihak tenaga pengajar dan pihak pengkritik, menunggu dan menunggu sehingga seluruh keputusan diumumkan!

Tidak ada sifat sensitif langsungkah, wahai pihak orang di belakang tabir yang merancang semua ini? Sudah mati akal kah? Semurah itukah maruah orang demi rating? Atau ini kah fenomena yang anda mahu orang ingati tentang AF terakhir ini?

Keputusan untuk memilih hanya empat peserta akhir juga sangat kurang bijak! Kelima-lima mereka memang selayaknya ke final. Apa lagi yang mahu dicapai oleh pihak yang merancang ini? Entahlah, saya semakin tidak faham.

Lets move on! Saya masih lagi perlu mengulas tentang pesembahan konsert. Pengkritik jemputan minggu ini adalah diva negara, Dato' Siti Nurhaliza. Saya rasa dia adalah pengkritik jemputan terbaik sepanjang AF9. Dia memberikan pro dan kontra untuk setiap persembahan. Kritikan dari penyanyi nombor satu negara yang banyak memenangi pelbagai pertandingan ini saya rasa adalah paling penting dan berharga untuk para pelajar AF9. Dan saya sendiri bersetuju dengan kritikan beliau.

Lena (Badarsila)
Persembahan Lena agak bagus! Saya gembira dia tidak mengikut kata Hattan untuk melembutkan suara kerana itu bukannya Lena. Bila dia menyanyi begitu, tidak banyak rentak suara Dato' Siti menjadi ikutan. Mungkin dibeberapa tempat agak sedikit 'senggol senggolan' tetapi menggabungkan tarian gelek ala dangdut dengan irama tradisional, walaupun sedikit pelik tetapi amat menghiburkan. Saya amat bersetuju dengan Dato' Siti, vokal Lena amat melekat dan susah untuk kedengaran sumbang, dan saya juga bersetuju persembahan Lena sedikit selamat.

Erul (Nadi Ku)
Sekali lagi kritikan Dato' Siti amat tepat. Persembahan awal Erul terganggu dengan 'keinginan'nya untuk bermain keyboard. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk seseorang itu menyanyi sambil bermain alat muzik, apatah lagi jika alat muzik tersebut adalah piano atau keyboard. Bagusnya, Erul menyanyi dengan gayanya yang tersendiri dan ada masanya seperti ketika di korus, nyanyian Erul lebih bagus daripada penyanyi asal. Saya juga rasa sedikit ralat apabila Erul dibawa bertemu dengan ibunya sebelum dia membuat persembahan. Apabila anda rasa sedih dan menangis, ianya akan mengganggu vokal anda. Biar pun terkeluar, saya sangat suka dengan persembahan Erul, dan seribu kali saya katakan dia sepatutnya layak ke final!

Azri (Here Without You)
Sekali lagi saya sependapat dengan Dato' Siti. Vokal Azri sememangnya mantap dan dia membawakan kesedihan lagu tersebut dengan baik sekali. Cuma dia tidak membawa perwatakan lagu tersebut dalam perwatakan persembahannya. Macam kata Dato' Siti, pergerakan Azri agak 'lembik' dan tidak bermaya. Gayanya terlalu bersahaja. Masih terdengar sedikit bunyi suara asal menyanyi lagu ini, tetapi saya gembira kerana di bahagian verse, suara sebenar Azri berjaya dikeluarkan. Dia perlukan masa lagi untuk mencari identitinya yang sebenar. Saya pasti dia mampu melakukannya. Come on, Azri!

Hazama (Angin)
Seriously, pesembahan Hazama tidak pernah menghampakan. Benar, dia sangat beruntung kerana sering mendapat lagu genre yang diminatinya, tetapi dia tetap mencabar dirinya untuk menghasilkan persembahan yang cukup bagus, mantap dan dengan gayanya yang tersendiri. Pesanan Dato' Siti kepada Hazama, bila keluar nanti jangan meninggi diri dan menjadi 'poyo'. Saya yakin (dan amat berharap) Hazama tidak akan menjadi sebegitu kerana Hazama yang saya kenal adalah seorang yang sentiasa merendah diri dan menghormati orang lain.


Saya juga sangat suka dengan persembahan Fina dan Monoloque. Lagu Kanda Dinda tanpa nada tinggi memberikan saya nikmat sebenar suara Fina yang merdu. Tone Fina lebih refined and polished! Beliau juga nampak profesional membuat persembahan bersama Monoloque, cheeky dan tidak nampak janggal.

Saya menulis di sini melalui mengamatan saya ketika menonton konsert di Studio 1, melihat dan mendengar persembahan mereka secara live, dan kadangkala menonton kembali ulangannya. Saya suka dengan semua pelajar yang boleh menyanyi dengan baik. Saya sebenarnya tidak ambil kisah bila ada segelintir yang membuat andaian saya anti dengan Fina. Sebelum ini pun, ada sekelompok yang kata saya anti dengan Hazama. Andaian mereka tidak menjadi masalah pun kepada saya kerana saya tahu siapa diri saya sendiri. Kecuali bila ada yang pendek akal meninggalkan komen seperti di bawah dalam entry blog saya minggu lalu:

"kpd pihak d atas..jgn jd bias k...imuniti ni tok konsert last week tenaga pengajar da bg markah da..bodo ke pe..kte wartawan..tlg r wat research lu..xde telinga ke???fina layak la base on konsert last week...org nk jd wartawan ko pn nk jd wartawan
rozai_89 - 30-May-2011"

Pertama, saya sudah ulas tentang pemberian imuniti dalam entry blog saya sebelum ini. Kalau rozai_89 memilih untuk membaca hanya sebahagian daripadanya, siapa yang sebenarnya bodoh? Dan kalau awak pandai membaca, awak mesti tahu bahawa ini ialah blog entry dan saya penulis blog. saya bukan wartawan dan walaupun saya mempunyai ijazah serta kelayakan untuk menjadi wartawan, saya belum teringin untuk menjadi wartawan.

Saya ulang, ini adalah BLOG! Kalau awak tidak pandai membaca, silalah ke kelas dulu ya! Jika nak komen sebarangan, awak yang nampak tidak bijak. Saya sengaja memilih komen yang awak tinggalkan sebagai contoh komen orang yang tidak bijak! Dan seperti yang pernah saya tulis di blog ini dulu (mungkin awak mempunyai kesukaran membaca!) walaupun awak hanya menggunakan nama samaran dan orang lain tidak kenal siapa awak, awak tetap kenal diri sendiri dan awak sendiri akan tahu betapa ceteknya akal awak!

On a lighter note, jika anda peminat tegar AF9, anda tak mahu lepaskan konsert kenangan AFNIL pada 11 Jun 2011, 9 malam di Astro Ria. Anda akan ketawa terbahak-bahak dan anda akan menangis melihat kenangan-kenangan lalu. Inilah realiti satu keluar AF dan akan tahu jika anda adalah the true AF fans.

Jom buat ramalan tentang kedudukan empat finalis selepas konsert final nanti. Ini ramalan saya. Juara: Hazama; Naib Juara: Fina; Ketiga: Lena; Keempat: Azri. Bagaimana dengan ramalan anda? Wallahualam.

Wassalam.



Amin...amin...jore lah hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 12:04 PM | Show all posts
KK murai.com.my

KK: May The Best Student Win Dalam Final AF9

HANYA SATU MINGGU SAHAJA YANG TINGGAL! That's right! Cuma satu minggusaja sebelum kita mengetahui siapakah yang bakal menyandang gelaran Juara AF9! Malam ini hanya empat pelajar yang akan bertanding untuk mengejar impian menjuarai pertandingan nyanyian realiti yang termahsyur di tanahair.

Seperti yang dimaklumkan minggu lepas, Fina telah berjaya mendapat immuniti atau kekebalan dari penyingkiran dan terus akan mara ke peringkat akhir pada minggu ke-10, maka tidak perlu bertarung malam ini.

Pembuka tirai persembahan minggu ini adalah persembahan berkumpulan dari Erul, Lena, Azri dan Hazama. Suara Lena yang merupakan suara wanita tunggal dalam persembahan ini amat terang kedengaran. I must say, Lena's voice just gets better and better.

Sedap sekali saya mendengar suaranya untuk lagu Kalau Cinta. The boys did not stand out. Seolah-olah lagu ini khas untuk Lena dan pelajar-pelajar lelaki sekadar penyanyi latar pulak. Jangan melenting ye peminat-peminat Azri/Hazama/Erul. This is just an observation. Lena memang banyak meningkat kalau dibandingkan minggu-minggu awal AF9.

Persembahan pertama malam ini pula dimulakan oleh beliau. Lagu Dato' Siti Nurhaliza yang diberikan dan memang boleh jadi gabra Lena malam ni sebab
Dato' Siti pulak yang menjadi pengkritik jemputan! Lagu yang menjadi cabaran Lena - Badarsila. Suara Lena serak-serak basah, mungkin tidak begitu sesuai
bagi sesetengah pencinta irama sebegini, yang selalunya memerlukan suara yang lunak seperti Noraniza Idris dan Dato' Siti. Tapi saya suka sebab Lena tak cuba
jadi "klon Siti". Saya juga suka gerak tari Lena, walaupun Lena tidak begitu "va- va-voom".

Para pengkritik tetap malam ini tegas dengan Lena, dan saya rasa kata-kata Hattan agak kesat - "You wasted my time!" - He sounded very irritated.

Hattan merasakan nasihat dan tip yang diberikan sewaktu raptai sia-sia sahaja. Jelas kelihatan air mata yang hampir mengalir di muka Lena yang hampa. Ambik
iktibar, dik, bak pepatah Bahasa Inggeris - "What doesn't kill you makes you stronger".

Seterusnya kita punyai Erul yang memang popular. King of K-Pop di AF9 akan menyampaikan lagu Nadiku bertemankan keyboard di atas pentas (but was he really playing? Pak Nil tak habaq).

Rangkap-rangkap awal malangnya menonjolkan kelemahan vokal Erul. Surprisingly, he went off key here and there. Dah lama benda ni tak belaku pada Erul. Beliau bagai hilang fokus, tidak seperti minggu-minggu lalu. Mungkinkah emosi yang melanda sewaktu berpelukan dengan ibu dan abangnya di atas pentas sebelum membuat persembahan menganggu dan bukannya memberi perangsang?

Maybe it was the keyboard that pulled his focus? Hanya Erul saja yang tahu jawapannya. Ha ha Hattan panggil Erul "baby" - manjanya! Anyway, nasihat Siti memang tepat untuk Erul. That's why she's the best!

Ketiga malam ini adalah Azri. Malam ini Azri menyampaikan lagu Three Doors Down iaitu "Here Without You". Alamak, pada intro lagu Azri hampir jadi klon
Brad Arnold, penyanyi utama kumpulan tersebut. Rangkap kedua suara sebenar Azri muncul dan Alhamdulillah kekal hampir ke akhir lagu. However I wasn't blown away. Azri sebenarnya boleh mengkagumkan penonton di Studio 1 dan di rumah tetapi peluang tersebut terlepas...Bak kata Kak Ogy - "I needed to see more substance from you Azri!"

Azri, suaramu sebenarnya memang dah sedap, patutnya ada keyakinan diri untuk menyampaikan lagu ini tanpa meniru penyanyi asal...Hattan juga memberikan nasihat yang sama. Harap-harap minggu depan Azri berjaya membuat persembahan yang akan membuat para pengundi memilihnya. Apa- apapun imej Azri malam ni memang spot on!

Setakat ini tiga persembahan telah kita saksikan dan ketiga-tiganya belum bersedia bergelar juara AF9...Sayang sekali.

Tinggal Hazama je yang belum lagi membuat persembahan malam ini. Ala comelnyaaaaaaaa anak buah Hazama! Malam ni "Pak Lang" menyanyikan lagu Dewa 19 iaitu Angin. Hazama membuat persembahan bersama band iringan - that's fresh! Memang tak boleh dinafikan elemen yang paling sesuai bagi Hazama ialah pop-rock dan emo-rock. Keyakinan dirinya di atas pentas memang menyerlah, showmanship Hazama ketara macam pro, beliau benar- benar nampak bersedia menjuarai mana-mana pertandingan. Hazama is truly an entertainer tonight.

Atuk Baby @ Kertu @ Pak Nil memberi pesanan lagu-lagu beberapa pelajar AF9 kini berkumandang di radio rasmi AF, ERA...dan KK plak dan memberi pesanan
kepada anda, jangan lupa Konsert Kenangan AFNIL Sabtu depan...sediakan tisu beb! Gerenti anda akan menitiskan airmata...

Fina akhirnya membuat persembahan tapi kesalnya monitor banyak memberi feedback, agaknya mikrofon terlalu dekat dengan monitor. Saya tidak kagum
dengan persembahan duet ini yang saya anggap berterabur (ya saya tahu persembahan ini tidak memerlukan kritikan kerana bukannya dipertandingkan).
Persembahan Fina-Monoloque ini seolah-olah tangkap muat dan bukannya sesuatu yang perlu. Maaf, mungkin berjuta meminati persembahan tersebut, dan saya tak menyangkal pendapat mereka, ini cuma pendapat individu KK.

OK! Hampir tiba masa untuk kita mengetahui siapa yang tidak akan sampai bhajatnya ke finale AF9 nanti...berdebar hati mereka ye!

Pertunjukkan bonus malam ini pra-Menuju Puncak adalah Never Say Never yang nyanyian asalnya dari Justin Bieber, yang telah membuat persembahan baru-baru ini di Kuala Lumpur. Lagu asal ini juga memaparkan anak lelaki Will Smith dan Jada Pinkett iaitu Jaden Smith. Kalau nak tengok muzik videonya nah
copy-paste alamat ni di browser anda http://www.youtube.com/watch?v=_Z5- P9v3F8w

Ya maksud lagu ini amat kena dengan situasi empat pelajar yang bertarung untuk ke peringkat akhir minggu hadapan tapi sayang persembahan mereka
tidak membanggakan, bukannya seperti persembahan pembukaan malam ini.

Hujung lagu tersebut tiba-tiba menjadi medley dan masuk pula intro Menuju Puncak yang buat kali terakhir disampaikan oleh lima pelajar AF9.

Pak Nil muncul di atas pentas memberikan pesanan bahawa konsert akhir AF9 adalah pada Ahad depan dan bukannya Sabtu, serta Konsert Kenangan AFNIL akan disiarkan Sabtu depan pada 9 malam. Sekali lagi KK mengingatkan semua jangan lupa untuk menonton untuk mengimbas kembali keistimewaan sesuatu
yang magik yang telah mengubah dunia hiburan Malaysia serta menemani hidup kita selama 9 tahun, iaitu Akademi Fantasia.

OKlah, tak perlu KK mengulas gimik yang digunakan untuk menamakan mereka yang mara ke finale dan Erul, yang gagal mengaut AFUNDI yang cukup untuk ke
peringkat akhir. Cuma kesian pada Erul yang menyangka beliau berjaya ke finale hanya untuk diberitahu bahawa dakwat merah itu mengasingkan beliau dari
Hazama yang berjaya ke peringkat seterusnya.

Tapi Erul bersikap positif, I respect that. Dan KK yakin Erul akan terus berkecimpung dalam dunia hiburan walaupun tidak berjaya menjadi finalis.

Aduh. Mengeluh saya di ruang tamu bertemankan Astro b.Yond dan komputer riba. Ahad depan blog terakhir untuk AF. Asalnya dari pengkritik tetap tahun
2001 - 2003 ke blogger jemputan Murai khas untuk AF beberapa tahun lalu dan kembali tahun ini untuk tahun terakhir AF. Dan Sabtu depan KK kembali
bersama dengan Aznil dihadapan kamera dan akan muncul bersama bekas tenaga pengajar AF iaitu Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Adnan Abu Hassan untuk
Konsert Kenangan AFNIL di rangkaian Astro RIA 104.

Apakah yang telah disediakan Aznil dan Astro untuk menghiburkan anda? Yang itu KK tak boleh nak beritahu secara terperinci. Cukuplah kalau KK katakan
bahawa Konsert Kenangan AFNIL nanti akan dipenuhi dengan KEZUTAN dan TANGISAN.

Rugi kalau tak tonton. That's a promise.

OKlah. Kita jumpa Sabtu depan di Konsert Kenangan AFNIL melalui kaca TV dan keesokannya kita sama-sama menonton konsert finale Akademi Fantasia ke-9.

May the best student win.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050469 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list