|
AKASIA: SOFFIYA [MULAI 21 SEPT 2011, ISNIN HINGGA KHAMIS, 7 MLM] - TV3
[Copy link]
|
|
[img] [/img]
SEDAR atau tidak, sudah hampir tiga tahun Siti Zaqyah Abdul Razak atau Tiz Zaqyah, 23, bergelar anak seni. Dalam tempoh itu juga, Tiz membuktikan dirinya mampu bersaing dalam dunia seni biarpun kadangkala ditenggelami dengan kehadiran bakat baru.
Walaupun sering dihimpit kontroversi, namanya tidak mudah hilang kerana bakat dimiliki dan bukan bersandar kepada rupa semata-mata.
Tiz terus diberi tanggungjawab oleh pengarah dan produser tempatan untuk menjayakan karya mereka.
Ternyata semua itu tidak pernah membuatkan dirinya alpa atau sombong.
Malah segala pujian demi pujian daripada peminat dikongsinya menerusi laman sosial Twitter.
Bagaimanapun, kerenah individu yang tidak bertang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mmm... masi shoot rupanya. Tiz pun otw ke set pagi ni. yay. |
|
|
|
|
|
|
|
Drama 'Soffiya': LPFM Tapis Adegan Tikam
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ Para pelakon utama drama Soffiya ketika majlis sidang media di Sri Pentas, TV3, Selasa. - Foto RICKY LAI
PETALING JAYA: Pengarah drama Joeza Rasidi terpaksa akur dengan keputusan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) yang telah memotong adegan tikam dalam drama Soffiya.
Biarpun begitu, pihak LPF hanya membenarkan untuk menggantikan adegan tikam 13 kali itu kepada tikam tiga kali dalam drama yang akan disiarkan di TV3 pada 21 September ini.
Ia akan keudara setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.
"Pihak LPFM hanya memotong babak Soffiya menikam bapanya 13 kali dan membenarkan kami menyiarkan babak tikaman itu sebanyak tiga kali sahaja. 
“Saya faham dengan kehendak mereka yang perlu menepati piawai kandungan program televisyen agar ia sesuai dengan penonton yang turut melibatkan kanak-kanak,” katanya kepada mStar Online.
Babak tersebut melibatkan Soffiya yang terpaksa membunuh dengan menikam bapanya yang merogol dan membuatkan hidupnya menderita.
Drama ini mengisahkan tentang Soffiya lakonan Tiz Zaqyah, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman (Hilal Azman) yang bekerja sebagai doktor dan ibunya, Aishah (Aisyah Atan), yang sering menghadapi masalah kesihatan.
Sulaiman kecewa apabila sering ditolak oleh Aishah untuk melakukan hubungan suami isteri. Akibat tidak dapat menahan nafsu, Sulaiman sanggup menodai anak sendiri. Sejak hari itu, Soffiya tidak dibenarkan bersekolah dan dikurung dalam rumah.
Drama Soffiya ini turut dilakonkan oleh Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli dan Halimatussadiah (Mak Wan).
Drama 28 episod ini masih menjalani penggambaran bermula bulan Ramadan lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
kredit: mstar online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
JALAN CITER menarik............. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 386# hijau88
Drama ni lebih berkesan drp. aksi rempit dan gangster yg ganas. But this one lagi seram dan semua yg menonton rasa nger,resahi dan takut. Good job Tiz and the crew. Suka gandingan Tiz dan Muiz. Boleh diteruskan utk next project. |
|
|
|
|
|
|
|
sepa rajin, sila tepek berita dari sinar harian tu kat cni k.  |
|
|
|
|
|
|
|
2.5 juta tu kira banyak ke?sorry...aku tak tau pasal rating ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah kpd team soffiya ... 2nd episode telah mencecah 2.5 juta!!
ruby23 Post at 24-9-2011 12:41 
serius ke? tp, setakat ni, baru terbaca kat 1 blog tu, and kat status TZ ngan twitter kpenq. kalu betul, congrats yaw. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Sinar Harian
Tiz Zaqyah cabar Joeza Rasidi
Bagaikan dihanyutkan di dalam lautan yang tiada penghujung, tergapai-gapai si gadis mencari arah tuju hidupnya. Nekad untuk bangkit semula daripada sejarah hitam yang menghancurkan impian dan masa depannya, si gadis enggan lagi menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah ke hadapan.
Begitulah kitaran nasib si gadis malang yang bernama Soffiya, lakonan hebat Tiz Zaqyah dalam drama bersiri terbaru Soffiya, selepas berakhirnya drama bersiri Kasih Alia di slot Akasia.
Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd, diarahkan oleh sutradara Joeza Rasidi dengan nukilan skrip oleh Eenaz Mokhtar dan Tommy CT Loh.
Menurut Joeza, peluang bekerjasama dengan aktres berbakat besar seperti Tiz memberi cabaran tersendiri kepadanya kerana umum mengetahui, Tiz begitu sinonim dengan watak Nur Aminah.
Justeru, apabila Tiz yang membawakan watak utama sebagai Soffiya, Joeza seboleh-bolehnya mahu penonton melihat kesedihan Tiz sebagai Soffiya, bukan Nur Aminah.
“Tiz sangat sinonim dengan drama Nur Kasih dan mempunyai ramai peminat setia sebagai Nur Aminah. Kadangkala saya dapat lihat, orang masih menyamakan Tiz dengan Nur Aminah.
“Tapi saya berbangga kerana Tiz seorang pelakon yang sangat berbakat dan mudah menerima serta memberi seperti apa yang saya mahukan. Justeru, saya berharap peminat akan dapat menerima lakonan Tiz kerana dia membawa watak yang sangat berlainan dari sebelum ini,” katanya.
Joeza berkata, cabaran lain untuk mengarahkan drama ini adalah untuk menyampaikan plot penceritaan yang sensitif seperti babak rogol dan bunuh supaya ia tidak kelihatan keterlaluan kepada penonton.
“Saya mahu memprovokasi dan menyogok penonton dengan penderitaan Soffiya tetapi saya tidak mahu tunjukkan secara terang-terangan kerana tidak mahu membawa contoh yang tidak baik.
“Drama ini lain daripada yang lain kerana ia menceritakan penderitaan Soffiya satu persatu dan bagaimana Sofiyya melalui sejarah hitam yang penuh konflik sehingga ditahan di pusat juvana,” katanya yang begitu bertuah dapat bekerjasama dengan pelakon lain yang sangat berbakat.
Tambahnya, sehingga kini baru 16 episod selesai menjalani penggambaran dan dijangka tamat dalam dua bulan lagi.
“Kami menjalani penggambaran di sekitar Shah Alam, Damansara, Kuang, Pangsun, dan sekitar Lembah Klang. Saya berharap penggambaran ini dapat diselesaikan mengikut jadual,” katanya.
Drama ini mengisahkan tentang Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan.
Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah, termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus menghantui Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri.
Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya sekali lagi diuji apabila cinta pertamanya merupakan menantu kepada anak tirinya sendiri. Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?
Selain Tiz turut menjayakan drama ini, Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan.
Drama bersiri Soffiya bersiaran bermula 21 September lalu, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
2.5 juta tu kira banyak ke?sorry...aku tak tau pasal rating ni...
orang_kampong Post at 24-9-2011 12:48 
kira ok la. |
|
|
|
|
|
|
|
amboiiii smpai kna tapis tu,hebat2!!!!
13 kali jd 3 kali je muahahahah
(kdg2 pelik ngan garispanduan lpf ni)
WATEVA!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
bru pas tgk 2 epi back2back kt tonton (lembab giler babas,sabo je teman)
arghhhh!!!!! klu aku jd yaya,aku tikam 33 kali trus muahahaha (sempat ke nk kira) 
tp lakonan tiz mmg giler superb la....
aku raser wat masa ni xde pelakon lain yg leh celen tiz ni |
|
|
|
|
|
|
|
amboiiii smpai kna tapis tu,hebat2!!!!
13 kali jd 3 kali je muahahahah
(kdg2 pelik ngan garispandu ...
kancil_hitam Post at 24-9-2011 13:17 
hebat... hebat... tpi nak jgk tgk kan 13 kali tikaman tu. tp, ye la, terlebih ganas dah tu, drama ni kan tontonon umum. ok la tu kan. kikikiki. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 397# kancil_hitam
Setuju. Garis panduan ikut suka suki je. Kalau cerita merepek tak pulak ditapis. Hmmm...betullah wateva..nanti org kata tak buat kerja pulak!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|