Jika sebelum ini nyanyian pelakon Fattah Amin dikritik sebagai sumbang malah ada menjauhi bidang nyanyian, tetapi kali ini nampaknya berbeza.
Percubaan Fattah tampil dengan single terbaharu berjudul Lelaki Terakhir nampaknya membuahkan hasil apabila mendapat sambutan luar biasa pendengar.
Lebih istimewa apabila lagu tersebut ketika ini sedang berada di carta trending di YouTube dan sudah pun mendapat lebih 50,000 tontonan dalam tempoh dua hari.
Kejayaan itu juga membuatkan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, terharu kerana Lelaki Terakhir merupakan lagu sangat bermakna yang menggambarkan dugaan percintaan penuh cabaran.
“Ia satu pencapaian bermakna bagi saya dan memang langsung tak sangka ia dapat sambutan baik pendengar sampai trending di YouTube.
“Lagu ini sangat bermakna bagi saya kerana ia menggambarkan perjalanan cinta yang penuh cabaran.
“Tetapi jika disertai dengan kesetiaan dan doa, cinta itu akan terus kekal hingga ke akhir hayat," katanya.
Bercakap mengenai penghasilan lagu tersebut, Fattah memberitahu bukan mudah menyiapkan Lelaki Terakhir namun sokongan ramai membuatkan dia bersemangat menyelesaikan rakaman.
Malah aktor itu berharap pendengar akan tersentuh dan mendapat inspirasi setiap kali mendengar lagu berkenaan.
“Perjalanan menghasilkan lagu ini bukan mudah tetapi sokongan peminat yang memberikan dorongan membuatkan saya bersemangat terus berkarya.
“Saya berharap lagu ini dapat memberi inspirasi dan menyentuh hati pendengar,” ujarnya.
Lelaki Terakhir adalah ciptaan komposer dan penerbit Mel Ramlan manakala lirik adalah daripada Fattah sendiri.
Lagu tersebut turut dipilih menjadi runut bunyi drama bersiri lakonan Fattah berjudul Keluarga Itu yang akan ditayangkan bermula 28 Februari ini di TV3.
Sementara itu, menerusi ruang komen di YouTube, ramai turut memuji vokal Fattah semakin baik berbanding sebelum ini kurang memuaskan.
Ramai percaya dengan teknik dan latihan yang betul, Fattah mampu pergi jauh dalam bidang nyanyian.
Malah ramai tidak terkejut sekiranya Lelaki Terakhir bakal berentap di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) tahun depan.
“Saya dah play 30 kali! Confirm lagu ini juara AJL tahun depan!
“Fattah boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian tapi perlu usaha lebih lagi. Syabas Fattah!
“Semoga Fattah menjadi 'Lelaki Terakhir' untuk seorang wanita yang menghormati dan menyayangi seikhlas hati kerana Allah SWT,” antara komen netizen.
Sumber: mStar
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 23-2-2025 04:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Apoo? AJL ni patutnya tukar ke AJP je lah kalau bamtah pun nak di sumbat dalam anugerah tu... AJP : Anugerah Juara Pondan, biar pondan2 gersang terkinja2 melihat heols sambil kumat kamit dubur memasing. Choi!
Biar pondan2 buruk berupa hanjeng laut yang kuat berangan lalu red karpet tu pakai kelambu mendonia.
Post time 23-2-2025 05:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Incanto replied at 23-2-2025 05:00 PM
beza betul suara heols cakap dgn nyanyi
gudluck lah masuk AJL
Wahh..bukan ke skrg tgh trend lagu lagu ala ala berckp kelambu je...no more lagu jerit jerit tinggi melangit..
For sure lagu ni dpt tempat ..
Fatah buat good decision keluarkan lagu ni di kala netizenn x mau dah dengar lagu jerit jerit...
Ini plus point kat keledek keledek..nanti masa ajl pakai hitam semua ye ala ala mcm mourning / berkabung ..
Harap yuna, Pynn Jamal, amir jahari pun buat lagu utk masuk ajl gak..takkan nak biarkan Fatah menang mudah kan...