CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] Konsert FMFA 2014, Bukit Jalil-Polis sahkan 6 mati, 3 kritikal overdose dadah!!

[Copy link]
Post time 16-3-2014 08:47 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 16-3-2014 06:42 PM
aku percaya ja kalau ada rakan2 budak2 ni kata budak2 tu decent kids.

orang2 melayu memang susa ...

tu lah. budak2 yang mampu dapat lah pegi party macam ni. yang kurang mampu boleh pegi jom heboh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2014 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa posted on 16-3-2014 12:14 AM
Yang terbeliak mata itu celaka sangat, mati dalam keadaan celaka.
ssdih la kau dik.

Ish..xbaik kau cakap camtu.pengakhiran kau masih belum tau!baik ko amik iktibar.doakan Dia masih dlm Islam masa mati tu.nauzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 09:02 PM | Show all posts
reenz013 posted on 16-3-2014 06:35 PM
dlm ilangnya mh370 konsert stil on,elok dibatalkn,melayu yg mati muda2 lg,elok sgt mati awal dr meny ...

kan? kalau alasan konsert dah dirancang sejak sebelum MH370, maka tak boleh batalkan. habis tu bila dah meninggal boleh pulak batalkan konsert?. kalau xde yg meninggal, tak semua tau ttg konsert ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 09:04 PM | Show all posts
moga cepat dibendung gejala gini.. kalo gini ler konon future nye.. mmg hancur..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia boleh buang status negara islam wokey.jgn memalukan islam tu sendiri. Esok tok jib boleh amik form kuar dari OIC.ini one of the reason ereb ereb lahanat dtg memenuhi mesia.keterbukaan pada hiburan hiburan bergini menjadi daya penarik despite status sebagai negara islam.di tempat diaorg all happen behind close door. Last edited by mrseller on 16-3-2014 09:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Perhimpunan aman tak boleh lepas....konsert gila2 boleh pulak dibenarkan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2014 09:15 PM | Show all posts
faraway1 posted on 15-3-2014 08:53 PM
kan, me selalu pegi summer konsert kat sini, ramai gila orang
sampai kekadang 80 K, tapi inspecti ...

huhu
kat msia tak ketat langsung pun
pakat tanya pakai mulut je
dulu2 saya pernah pergi beberapa buah konsert...
"ada bawak benda tajam? ada bwk benda yg tak dibenarkan?(kdg2 ada papan tanda kat entrance utk bgtau apa xleh dibawak)"
ada ke org nak mengaku ada?

pastu pakaikan gelang tu.
time sy pergi satu konsert tu..depa tanya "muslim?" kalau muslim ada tag lain, kalau nonmuslim tag lain. tag ni berbeza sbb if nk beli liquor kena pakai tag nonmuslim. tp kalau nak tipu ke.or nk suroh kwn nonmuslim belikan ke takde org tau.



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 09:16 PM | Show all posts
owh ini konsert yg buat i rasa jalanraya serasa bergegar last friday
driving ikut MEX highway nak ke Puchong..lalu bangunan IMU tarasa bedegup jantung lenmacam laju
jalan pon rasa gegar2..punya kuat muziknya..the music is too loud..tak tahu la cmne penduduk sekeliling punya reaksi

agaknya bila mereka dgr konser dibatalkan..depa buat kenduri kesyukuran mungkin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2014 09:19 PM | Show all posts
mati dikonsert sbb dadah?

maaf x smpati pun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2014 09:27 PM | Show all posts
HEBOH DI PERKATAKAN DI ALAM MAYA YANG KONSERT BUKIT JALIL MENGORBANKAN 6 REMAJA SETAKAT INI MENDAPAT RESTU DAN SOKONGAN KJ??????



"Great meeting with @Khairykj on #fmfa2014 with @rahulobs this is gonna be a good one @fmfasia@livescapeasia."

Sebelum ini kecoh satu negara kata Kementeria Pelancungan dan Kebudayaan yang bermenterikan Nazri Aziz memberikan izin dan merestui dan menyokong padu konsert yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil sehingga meragut 6 remaja kerana pengambilan dadah terlarang berlebihan sehingga pihak polis mengarahkan konsert di hentikan.

Iqbal Ameer adalah salah seorang Pengarah yang mendapat permit untuk konsert ini diadakan.

Mohon respon tegas dan pantas dari KJ dan Kementerian Belia Dan Sukan akan kicauan twitter akaun Iqbal Ameer ini demi pencerahan dan kebenaran.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2014 09:28 PM | Show all posts
Ambil iktibar kejadian di konsert liar

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
16 Mac 2014




Felixia Yap


"SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta mabuk tidak tentu arah," kata bekas model, Felixia Yeap hari ini berkenaan kejadian yang menimpa enam peserta konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang maut akibat mengambil dadah ketika menyertai konsert tersebut.

Menurutnya, perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka sendiri.

"Pada pandangan saya mereka ini seperti tiada haluan hidup.

"Secara jujurnya, walaupun susah untuk dipercayai, saya memang tidak minum walaupun dari dahulu lagi, atau terikut-ikut sekali dengan semua itu.

"...tetapi setakat melihat kehidupan orang di sekeliling saya seperti itu, sudah cukup membuatkan jiwa saya merasa kosong.

"Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini," katanya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya.

Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah Universiti di Utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di Konsert FMFA yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam linkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.

Dalam satu sidang media semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, ekoran hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2014 09:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
penguatkuasaan? tengok lah pemerintahnya sapa pulak... klu yg berkuasa sekarang ni... mmg yg ni la jadinya.... kerajaan sekular...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Cookeelaat posted on 16-3-2014 08:47 PM
tu lah. budak2 yang mampu dapat lah pegi party macam ni. yang kurang mampu boleh pegi jom heboh

Yg x mampu pegi buat keje part time kat 7e ke mn2 ke... Iss zmn aku dl mn la ada duit poket lebih dpt biasiswa negeri pon ciput jer... Lps tu pandai2 la nak idup keje part time kat kedai serbaneka ni... Sedih je nak cuti konvo pon kene   gilir2...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 09:53 PM | Show all posts
faraway1 posted on 15-3-2014 09:02 PM
not just metalica yang me sebut sebagai contoh, iron maiden tu semua, underground tu semua,
summe ...

metalica iron maiden tu pernah dengar..
yang artis2 yang datang konsert ni memang langsung tak pernah tahu kewujudannya...

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg mati majoriti islam..hadoi ampa ni..perempuan lak tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2014 10:02 PM | Show all posts
ke ade org khianat, ltk something dlm mknn ke minuman ke, pastu org dok offer amek la,minum free,mkn free..gitu speku ak yg sering membaca komik det.conan
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
makcik cleaner kata, jupe kondom bersepah lpas konsert tiap mlm... betul ke..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bizi ngan mh n jerebu n xhujan so mmg xtaw citer ni...kelulusan siapa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.101272 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list