CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 13-2-2008 07:29 PM | Show all posts

Reply #400 wmhafiz's post

cheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 08:17 PM | Show all posts
walopun green jersey 'tertanggal' dari badannya, anuar finished 6th in today's stage...kire ok what!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 03:57 AM | Show all posts
Loddo kembali menyengat

Oleh HANIZA HASSAN
[table=300][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]Alberto Loddo dari pasukanTinkoff Credit System mengangkat tangan setelah berjaya menjuaraiperingkat kelima dari Johor Bahru ke Bandar Penawar di Kota Tinggi,semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 03:59 AM | Show all posts
Lumba basikal di Litar Sepang

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 04:02 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by amazed at 14-2-2008 03:59 AM
Lumba basikal di Litar Sepang

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 06:26 AM | Show all posts
Serpa bukti kemampuan peringkat ke-6


Jose Serpa dari pasukanSerramenti PVC mengangkat tangan selepas berjaya tiba di garisanpenamat mengalahkan 141 peserta LTdL peringkat ke-6 yang berakhir diKuala Rompin semalam.


ROMPIN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2008 05:10 AM | Show all posts
emenangan dramatik Usov

Oleh MN NORZASRUDIN




USOV (dua dari kiri) bergambar dengan pemenang lain selepas tamat
peringkat ketujuh LTdL 2008 semalam.





PENYUDAH dramatik berlaku pada peringkat ketujuh Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2008 semalam.

Insiden kemalangan yang membabitkan lapan pelumba kira-kira limameter sebelum sampai ke garisan penamat telah mencetuskan suasanategang di kalangan pelumba.

Insiden malang itu turut membabitkan dua pelumba Malaysia , Mohd.Rauf Nur Misbah dan Mohd. Zamri Saleh manakala Anuar Manan dari pasukanbenua negara, LeTua Cycling Team bernasib baik sekali gus berjayamenamatkan saingan di tempat ke-12.

Pelumba Argentina, Mauro Abel Richeze dari pasukan CSFGroup-Navigare telah didenda kerana didapati bersalah menjadi puncakepada insiden kemalangan itu.

Richeze dilihat cuba menghalang dan menyiku jaguh pecut dunia,Alberto Loddo dari pasukan Tinkoff Credit Systems ketika sedangberasak-asak menuju ke garisan penamat.

Danilo Hondo dari pasukan Serramenti PCV turut menerima nasib malangapabila lebih awal tersungkur ketika dia cuba mengelak daripadamelanggar Loddo.

Bagaimanapun, kemalangan itu membawa tuah kepada pelumba Belarus,Alexandre Usov dari pasukan AG2R La Mondiale untuk memenangi perlumbaandari Kuala Rompin ke Kuantan sejauh 126.6km itu.

Usov mencatat masa 2 jam 52 minit 56 saat untuk menewaskan MizanHassan Maleki dari pasukan Islamic Azad Universiti dan pelumba MeitanHompo-GDR, Takashi Miyazawa.

"Sudah tentu kemalangan yang membabitkan Loddo dan Hondo ini agakmengecewakan tetapi ia membuka ruang kepada saya memenangi perlumbaanhari ini (semalam).

"Sebenarnya saya tidak tahu apa yang berlaku kerana ketikakemalangan itu terjadi, fokus saya cuma mahu berada pada kedudukan yangterbaik," katanya.


Alberto Loddo dari pasukan TinkoffCredit Systems
(baju kuning) dan Danilo Hondo dari pasukan Serramenti
PVC (baju biru) terjatuh ketika berlakunya pelanggaran
50 meter darigarisan penamat semasa perlumbaan peringkat
ketujuh Le Tour de Langkawi(LTDL) 2008 dari Kuala Rompin
ke Kuantan sejauh 126.60 kilometer disini, semalam.

Selain kemenangan kontroversi Usov, perlumbaan semalam turutmenyaksikan pertukaran jersi kuning (keseluruhan individu) yang sebelumini kebal menjadi milik Matthieu Sprick dari Perancis.

Buat pertama kalinya selepas enam peringkat, pelumba dari pasukanBouygues Porsche itu terpaksa menyerahkan jersi kuning kepada pencabarterdekat, Mitchell Docker dari pasukan Drapac Porsche.

Begitupun kedudukan Docker yang mengumpul catatan masa keseluruhan26'36:10s masih belum selamat kerana dia cuma memiliki kelebihanbeberapa saat di hadapan 18 pencabar lain.

Manakala jersi hijau (raja pecut) semakin hampir menjadi milikpelumba Bouygues Telecon, Aurlien Clerc selepas mengumpul keseluruhan77 mata, 21 mata di hadapan pelumba pecut negara, Anuar.

Perebutan jersi putih (pelumba terbaik Asia) pula menyaksikanpersaingan sengit antara empat pelumba iaitu Park Sung Baek (SeoulCycling Team), Shinichi Fukushima (Meitan-Hampo-GDR), Hidenori Noderadan Tomoya Kano (Skil-Shimano).

Hari ini, persaingan dijangka sengit apabila pelumba meneruskankayuhan dari Temerloh ke Bukit Fraser yang meliputi laluan pendakiansukar sejauh 127km.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 05:11 AM | Show all posts
Anuar belum mahu mengalah

JAGUH pecut negara, Anuar Manan dari pasukan LeTua Cycling Team tetap yakin untuk memenangi gelaran raja pecut (jersi hijau) pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2008.

Pelumba basikal berusia 22 tahun kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu masih menaruh harapan meskipun ketika ini ketinggalan 21 mata di belakang Aurlien Clerc dari pasukan Bouygues Telecom.

Anuar, 22, berkata dia belum mengaku kalah dan akan bekerja lebih keras untuk merampas kembali jersi hijau yang dimenanginya pada dua peringkat sebelum ini.

"Saya yakin dengan kemampuan diri dan ini adalah satu kelebihan kepada saya untuk merampas kembali jersi hijau itu meskipun sudah ketinggalan di belakang Clerk.

"Saya akan bekerja keras dan melakukan yang terbaik untuk memastikan gelaran itu menjadi milik saya pada tahun ini.

"Strategi esok (hari ini) adalah menempatkan diri dalam kelompok besar pelumba supaya tidak ketinggalan di belakang kerana laluan ke Bukit Fraser agak sempit.

"Hari ini (semalam) saya berasa sedikit kecewa apabila gagal menamatkan perlumbaan pada kedudukan yang lebih baik kerana berlaku kemalangan beberapa meter sebelum ke garisan penamat," kata Anuar.

Pada peringkat ketiga Isnin lalu, Anuar mencipta sejarah menjadi pelumba pertama yang berjaya menyarung jersi hijau sejak perlumbaan berstatus Hors Clasee ini dianjurkan pada tahun 1996.

Anuar berjaya mempertahankan gelaran itu buat hari kedua pada peringkat keempat sebelum menyerahkannya kepada pelumba Bouygues Telecom, Aurlien Clerc.

Menyedari peluangnya untuk merampas kembali jersi hijau itu semakin sukar, Anuar mengatur strategi yang lebih mantap bagi mengutip lebih banyak mata pada perlumbaan peringkat ketujuh dari Kuala Rompin ke Kuantan (126.60km) semalam.

Tetapi lima mata yang di dikutip pada zon pecut pertama di Merchang (24.3km) belum cukup untuk menggugat kedudukan pencabar terdekatnya itu.

"Hari ini (semalam) saya berjaya mengutip lima mata di zon pecut pertama tetapi pada zon pecut kedua di Kg Tanjung (44.2km) dan ketiga di Pekan (79.7km).

Anuar berkata, laluannya telah dihalang ketika menuju ke garisan penamat zon pecut kedua manakala lima kilometer sebelum zon pecut ketiga, empat pelumba sudah membuat pecahan.

Tahun lalu, Anuar tidak dapat meneruskan perlumbaan selepas terkandas di peringkat kesembilan dari Shah Alam ke Genting Highlands.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2008 03:44 AM | Show all posts
Savini dinobat Raja Bukit

Oleh SAYED HESHAM IDRIS

BUKIT FRASER - Pelumba CSF Group Navigare dari Itali, Filippo Savini menawan Bukit Fraser pada Peringkat Kelapan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Temerloh sekali gus menyarung jersi polkadot (merah) untuk dinobat sebagai Raja Bukit, semalam.

Perlumbaan sejauh 127 kilometer itu turut menyaksikan dua jersi bertukar tangan iaitu jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan dan jersi biru bagi pelumba terbaik Asia.

Savini berseorangan menuju garisan penamat dengan masa 3 jam 12 minit 32 saat, 15 saat mengatasi Ruslan Ivanov dari pasukan Serramenti PVC yang mencatat 3:12.47s di tempat kedua.

Dua lagi rakan sepasukan Ivanov, Jose Serpa Perez dan Carlos Jos Ochoa masing-masing ketiga dan keempat dengan mencatat masa 3:12.47s dan 3:13.15s.

Kejayaan Ivanov di tempat kedua membolehkan dia merampas jersi kuning selaku pelumba pendahulu keseluruhan, mengetepikan pemegang jersi sebelum ini, Matthieu Sprick dari Bouygues Telecom yang menduduki tempat kelapan.

Saingan bagi pendahulu kategori Asia turut bertukar tangan apabila jersi biru menjadi milik Shinichi Fukushima dari pasukan Meitan Hompo, merampas dari pelumba sebelum ini park Sung Baek dari pasukan Seoul Cycling.

Namun, jersi hijau bagi juara pecut kekal milik Aurelien Clerc dari Bouygues Telecom apabila mengumpul 83 mata keseluruhan selepas tamat perlumbaan, semalam sekali gus menafikan saingan pelumba sensasi tempatan, Anuar Manan yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 60 mata.

Sementara itu, Savinni berkata, pecutan pada tiga kilometer terakhir membantunya mencatat kemenangan selesa pada perlumbaan pertama kali diadakan ke puncak Bukit Fraser yang menggantikan laluan pendakian ke Genting Highlands.

"Saya berdepan tiga pelumba Serramenti PVC sentiasa mengekori selepas melakukan break-away. Saya memilih jarak yang sesuai untuk memecahkan diri dari kelompok pelumba Serramenti menuju ke garisan penamat tanpa mampu dikejar lagi," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 01:02 PM | Show all posts
jgn lupa, a good performance by yong li.... :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 01:33 PM | Show all posts
2008/02/17

Cycling / le  Tour de langkawi: Ivanov gets into history books

By : Arnaz M. Khairul

[table][tr][td]
Ruslan Ivanov celebrates taking the yellow jersey  
of the  Le Tour de Langkawi yesterday.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 12:09 AM | Show all posts
anuar manan antara perlumba negara yg menyinar pada ltdl pada kali ini, tak lupa juga kredit kepada perlumba2 negara yang lain...

sepanjang ltdl yg bermula sejak 9 hari lalu hingga melabuh tirai di dataran merdeka petang tadi...
percapaian perlumba negara agak meningkat daripada musim lepas...

walaubagaimanapun jurang pasukan negara dengan jepun dan korea masih luas...
pihak yg bertggungjawab perlu memberi fokus kepada jurang yg ada ini agar pasukan malaysia akan menjadi gergasi bg acara lumba basikal ini...

penyertaan anuar manan pada tahun ini memberi impak yg agak baik untuk negara apabila status ltdl untuk masa depan dilihat samar2apabila dikatakan tidak membantu pembangunan atlit berbasikal negara akhirnya berjaya menangkis tgaapan negatif tersebut..kerjayaan menakluki jersi hijau pada 2 peringkat memberi sinar pada sukan lumba basikal negara...
anuar manan agak berpotesi untuk menjadi jaguh lumba basikal dunia jika diasuh dengan lebih baik dan diberi pendedahan dieropah memandangkan usianya yg sudah 23 thun masih belum terlewat untuk dia  menyinar...sepanjang dia memakai jersi hijau pasukan  Bouygues Telecom, berjaya menyekat kemaraan dirinya supaya perlumba mereka iaitu clerc merampasnya... ini dapat dilihat perebutan jersi hijau ini hanya melibatkan mereka berdua sahaja...clerc berjaya memenanginya kerana bantuan pasukannya yg lebuh berpengalaman membezakan dia dengan anuar manan yg terpaksa berttindak seorang tanpa diberi bantuan oleh perlumba negara yg lain kerna kekurangan pengalaman mungkin
apa2 pun tahniah untuk anuar manan
diharap ada pasukan eropah yg membuka mata melihat aksi anak muda dari kuala ibai ini agar dapat membawanya bersaing dipentas yg lebih tinggi lagi


tahniah untuk semua
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 03:06 AM | Show all posts
Originally posted by bushido_ump at 18-2-2008 12:09 AM
anuar manan antara perlumba negara yg menyinar pada ltdl pada kali ini, tak lupa juga kredit kepada perlumba2 negara yang lain...

sepanjang ltdl yg bermula sejak 9 hari lalu hingga melabuh tir ...


Aku teruskan tgk LTDL thun nie sbb nak tgk anuar manan ler. Dgn takde race ke genting...cam hambar jer rasa. Tapi anuar dpt no 2 dlm point jersey pun dah kira mantap ler. Tak pernah dibuat mana2 pelumba negara.

Cuma betullah... team Letua nie cam tak konsisten jer yg lain. Sian kat anuar kena tumpang blakang pelumba2 lain. Camner dia nak wat strategi cam dia buat kat Jelajah Malaysia dlu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 05:57 AM | Show all posts
Serramenti PVC, Ivanov ungguli LTDL 2008


Juara keseluruhan, RuslanIvanov daripada pasukan Serramenti PVC muncul juara keseluruhanperlumbaan Le Tour de Langkawi sambil diperhatikan oleh Menteri Beliadan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dataran Merdeka, KualaLumpur, semalam.

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 02:44 PM | Show all posts
                  SIC - Kencana Petroleum Criterium Race 2008              
                       Date: 2nd March 2008
Venue: Sepang International Circuit
Website: http://www.malaysiangp.com.my

Categories:

1. Men Open - 5.54km x 12 laps
2. Junior Open - 5.54km x 8 laps
3. Women Open - 5.54km x 6 laps
4. Veteran Open - 5.54km x 4 laps

Beside cash prize for all categories, 100 F1 tickets will be given to top winners.


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 06:11 PM | Show all posts

Reply #415 neo-painkillerz's post

wahhhhhhh best ni  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2008 06:11 PM | Show all posts
Monday February 18, 2008


Cycling: Youngster upstages veteran

By LIM TEIK HUAT

PETALING JAYA: Young cyclist Azizul Hasni Awang stole the show from his more illustrious Malaysian teammate Josiah Ng with a new national record in the 200m sprint in the fourth round of the UCI Track World Cup in Copenhagen, Denmark on Sunday.

The 19-year-old bettered Josiah's previous national record of 10.386 by the slimmest margin of 0.001 of a second in qualifying to make the top 16 of the knockout round.

Azizul's impressive effort of 10.385 saw him emerging 10th fastest while Josiah failed to advance to the top 16. The 2004 Olympic finalist registered 10.590 and was placed 24th out of 51 cyclists who took part in the 200m sprint.

Josiah had set the previous national mark during the opening round of the World Cup in Sydney last November.

Azizul went on to beat Australian national team rider Mark French in the second round to qualify for the quarter-finals, where he was tipped by Mickael Bourgain, who rode for Cofidis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 06:13 PM | Show all posts
Monday February 18, 2008


Cycling: High-riding Rizal sets another record-breaking feat


By LIM TEIK HUAT


KUALA LUMPUR: Rizal Tisin, Malaysia抯 1km time trial cyclist, delivereda cracking performance with a new national record en route to animpressive seventh place finish in the final leg of the UCI Track WorldCup in Copenhagen, Denmark on Saturday.


Rizal stopped the clock at 1:03.649 to better his previous nationalrecord of 1:03.781 set in finishing sixth in the opening leg in Sydneyin December.


                       
Rizal: Finished seventh in the 1km time trial at the World Cup.


It was the third national record set by Rizal in aperiod of four rewarding months, which also saw him bagging his firstSEA Games gold in Korat.


Rizal first erased the previous national record of 1:05.223 belongingto Azizul Hasni Awang when he won the gold in 1:04.979 during theSultan Azlan Shah Track Asia Cup in Cheras in November before loweringit further in Sydney.


Rizal was the 2006 Asian keirin champion but switched to the 1km timetrial early this year and he claimed bronze in the Asian Championshipsin Bangkok in September.  


The 1km time trial event is unfortunately not an Olympic event thistime but the 24-year-old抯 continued rise as a cyclist to be reckonedat world level augurs well for the challenge ahead of the Track WorldChampionships in Manchester next month.
Frenchman Francois Pervis registered a world leading time of 1:02.084 to claim the gold in the field of 26 cyclists.


Ukrainian Yevgen Bolibrukh had the silver at 1:02.234 while China抯 Li Wen Hao grabbed the bronze with 1:02.984.  
Rizal抯 performance provided the only bright spark for Malaysia afterJosiah Ng failed to advance to the second round in the men抯 keirinevent.


The 2004 Olympic finalist had finished second in his first round heatwon by Edgar Ross of Britain and was later eliminated after failing towin the reperchage.


Josiah抯 best performance of the season was making the top six final in the opening leg in Sydney.


Chris Hoy, the former 1km time trial Olympic champion, continued withhis phenomenal form by winning the keirin gold for Britain, his thirdsuccess in four outings.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:46 PM | Show all posts
Pahang cari pelumba wanita

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY


PERSATUAN Lumba Basikal Negeri Pahang mahu melahirkan lebih ramai pelumba wanita bagi mewakili negeri dalam mana-mana kejohanan yang diadakan seluruh negara.

Menurut Penyelaras Sukan Majlis Sukan Pahang (MSP) bagi acara lumba basikal, Aris Abadi Mat Resid, Pahang masih kekurangan atlet lumba basikal di kalangan wanita walaupun potensi untuk menyerlah dalam acara tersebut sangat cerah.

"Setakat ini di Pahang hanya mempunyai lapan pelumba wanita daripada 33 elumba yang ada manakala tenaga jurulatih pula hanya dua orang dan kedua-duanya merupakan bekas pelumba negara iaitu Khairul Fazli dan Zalina Mohd. Salleh.

"Atas sebab itu maka kita mahu melahirkan lebih ramai atlet wanita kerana peluang untuk mereka yang berbakat amat cerah jika diasuh dengan betul, tambahan pula persaingan di kalangan wanita dalam sukan lumba basikal ini tidak ramai. Pahang pula banyak melahirkan atlet lumba basikal yang hebat termasuklah Anuar Manan yang menyertai Kejohanan Lumba Basikal Le Tour De Langkawi (LTDL) baru-baru ini, " katanya.

Selain itu katanya, Pahang juga masih kekurangan dari segi kemudahan serta peralatan selain peruntukan bagi memudahkan menyertai mana-mana kejohanan lumba basikal yang diadakan.

"Sebenarnya bukan di Pahang sahaja tetapi termasuk di Terengganu dan Kelantan tidak mempunyai kemudahan asas untuk pelumba mereka berlatih. Sebelum ini kami terpaksa ke Kuala Lumpur dan Perak jika mahu mengadakan latihan tetapi sampai bila?

"Dari segi peralatan pula kita sudah jauh ketinggalan dengan pelumba dari negara luar di mana semua kelengkapan termasuk basikal yang digunakan mereka adalah daripada yang terbaik dan berkualiti sedangkan peralatan kita tidak mencapai taraf tersebut," ujarnya.

Katanya, walaupun mendapat perhatian sepenuhnya daripada pihak Majlis Sukan Negara (MSN) termasuk Majlis Sukan Pahang (MSP) yang bertanggungjawab menjaga keperluan persatuan selain memberi bantuan peruntukan namun ia masih belum mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan kejohanan lumba basikal yang dianggap tinggi.

"Kita perlukan penaja bagi membolehkan pelumba kita menyertai sebarang kejohanan walaupun MSN dan MSP sentiasa membantu kita tetapi ia masih tidak mencukupi sebab kos untuk menyertai sesuatu kejohanan tinggi yang merangkumi penginapan, peralatan sehinggalah makan minum pelumba dan jurulatih," katanya.

Aris berkata, bagi meningkatkan kualiti sukan lumba basikal dan melahirkan lebih ramai atlet berpotensi besar di Pahang, beliau berharap badan kerajaan mahupun badan bulan kerajaan (NGO) mampu tampil memberi kerjasama kepada persatuan dalam usaha mencapai sasaran melahirkan lebih ramai pelumba wanita.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 12:07 PM | Show all posts

Reply #415 neo-painkillerz's post

perrghhhh...aku dah pun register...bila lagi nak merasa kayuh kat litar F1 ni...kalah menang..soal no 100..apa yang penting penyertaan...kalau sambutan menggalakkan..tentu pihak penganjur akan mengadakan lagi race ini utk tahun depan...Apalagi..ayuh sumer kengkwn yg ada kat forum nih..kita support sukan berbasikal kat Malaysia ini dgn menyertai beramai2..JOmm jumpa di sanaaaaaaaaa...!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.086057 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list