|
16 Oktober, 2008
Larian Ulangtahun Ke-10 Sukan Komanwel 16 Nov Ini
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (FTAAA) akan menganjurkan larian amal 16 Nov ini bagi meraikan ulang tahun KE-10 penganjuran Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.
Bekas pengerusi Sukom Ninety Eight Bhd (Sukom'98), Jen (B) Tan Sri Hashim Ali berkata acara di Taman Tasik Perdana itu bertujuan untuk memperingati kejayaan penganjuran dan pencapaian atlet Malaysia pada sukan kedua terbesar dunia itu.
"Kejayaan itu merupakan saat yang indah apabila penganjurannya berjalan dengan lancar walaupun ketika itu negara berhadapan dengan krisis ekonomi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya beliau berharap orang ramai akan menyertai acara itu, terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dalam Sukan Komenwel.
Walaupun tidak menawarkan sebarang hadiah kepada para pemenang, penganjur dijangka akan membawa kehadiran atlet-atlet negara yang berjaya memenangi pingat pada Sukan Komanwel 1998, untuk memeriahkan acara larian.
Pada sukan itu, Malaysia berjaya mencapai kedudukan terbaik sepanjang penyertaannya apabila menduduki tempat keempat daripada 70 negara bertanding, dengan pencapaian 10 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa.
Orang ramai yang berminat menyertai larian itu boleh melayari laman web www.sukom98.org bagi mendapatkan borang penyertaan, dan tarikh tutup ialah pada 10 Nov.
-- BERNAMA
************************************************************************************************
insyaallah saya akan participate - larian amal kat tasik perdana memang best -
mesti dapat jumpa kawan2 runners - ramai member pacesetters join ni -
neo dan hai tak nak masuk ke -- nanti boleh lari sama kat sana -
would be so much fun --
*teringat commonwealth games 1998 - tak silap masa tu krisis air yang teruk kat kl
especially yang tinggal kat oug dan jalan kelang lama... teruk sangat masa tu kena catu -
|
|
|
|
|
|
|
|
x pasti la pi ke idak lagi...
kalo tak event yg clash lih la join ni... |
|
|
|
|
|
|
|
karam xlarat nk lari2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #404 karambunai's post
renang... lari...
same thing..
kalau karam boleh renang cow cow
mesti boleh lari cow cow juga - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 22-10-2008 06:43 AM
kalau neo pergi - cakap ye -
btw saya mungkin pergi camping + trekking
kat Taman Negara 1st november -
nak pergi tempat orang asli juga ni -
mesti best -
orait no problem....
aritu pi mizuno pun letih jer.......run for funrendang dan ketupat banyak lagi kat perot... huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
ku baca perlumbaan larian ni yg hanya disertai oleh airlines staffs: http://www.malaysiaairlinesblog.com/?p=317 nampaknye macam sgt susah nak menang.. tu airlines staffs yg sertai cukup fit ke? running so long takut mereka tak cukup energy |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mohanjah at 23-10-2008 11:18 PM
ku baca perlumbaan larian ni yg hanya disertai oleh airlines staffs: http://www.malaysiaairlinesblog.com/?p=317 nampaknye macam sgt susah nak menang.. tu airlines staffs yg sertai cukup fit ke? ; ...
i am sure ada juga staff airlines yang fit...
mungkin tak semua -- saya pernah masuk fun run
MAS few years back - sebab ada kawan kerja MAS -
interesting - lari kat KLIA lak tu... best juga - |
|
|
|
|
|
|
|
my friends in eco challenge pahang -
Cabaran ala komando
Oleh ABD. HALIM HADI
PENCAPAIAN terbaik selama dua hari berturut-turut menobatkan Salomon Suunto sebagai juara lumba lasak Taman Negara Eco-Challenge 2008 (TNEC) sejauh 170 kilometer (km) dari Cameron Highlands ke Kuala Lipis, Pahang, hujung minggu lalu.
LALUAN perlumbaan TNEC dipenuhi pemandangan
alam semula jadi yang menarik.
Walaupun tiba sebagai pasukan kedua iaitu 20 minit di belakang pasukan VAT-69 D (Polis Diraja Malaysia) pada pusingan terakhir, pungutan mata terkumpul masih kuat untuk melonjakkan pasukan itu kepada kedudukan teratas menewaskan 13 pasukan lain.
Hakikatnya, laluan mengejar juara TNEC pada tahun ini tidak 'semudah' memegang trofi kemenangannya kerana cabaran lumba merentasi Banjaran Titiwangsa dan berakit itu diakui antara yang paling sukar pernah dianjurkan di dalam negara.
Apatah lagi setiap pasukan berdepan saingan sengit daripada empat pasukan VAT 69 (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta pasukan Bomba dan Penyelamat yang sudah biasa dengan latihan lasak.
Anggota Salomon Suunto yang diketuai oleh Mohd. Puzi Dollah bersama ahli pasukannya, Heidilee Mohd, Yusop Tungkop dan Guianus Salagan juga ialah antara peserta yang terpaksa menghirup air sungai dan mengalami dehidrasi kronik sepanjang pertandingan.
"Kunci utama kejayaan kami adalah semangat berpasukan yang tinggi dan menghargai setiap cabaran sepanjang pertandingan," ujar Mohd. Puzi ketika ditemui selepas perlumbaan tamat di Jeti Kuala Medang, Pahang.
Katanya, sesengit manapun saingan yang dihadapi, mereka pasti bertarung bermatian-matian untuk menyapu bersih setiap pusingan yang dipertandingkan.
"Cuma kami tidak berada di posisi paling hadapan ketika cabaran berakit kerana berlepas sebagai pasukan kelapan," katanya.
Perlumbaan 1
Aktiviti: Berlari/Jarak: 64 km
Perlumbaan pusingan 1 TNEC dilepaskan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bermula dari Tanah Rata, Cameron Highlands ke Kampung Orang Asli Relong.
Cabaran menawan puncak Gunung Berembun setinggi 1,840 meter itu turut dirasai penulis yang menyertai kategori media terutama ketika mendaki dan menuruni cerun curam dan licin.
Sementara itu, ujian lima pasukan media tidak kurang hebatnya apabila beberapa peserta disengat tebuan ketika melalui checkpoint pertama, berhampiran Air Terjun Robinson.
Walaupun memenangi pusingan itu, nasib Salomon Suuntoo sebelum itu nyaris berkubur kerana salah seorang ahli, Guianus Salagan, 42, dikejarkan ke hospital selepas mengalami dehidrasi.
Guianus berkata, akibat berlari secara berterusan dan kekurangan bekalan air, dia hampir pengsan kira-kira 20 km sebelum perlumbaan tamat.
"Selepas menerima rawatan dan mendapatkan nasihat doktor saya bertekad untuk meneruskan perlumbaan," kata Guianus.
Bagaimanapun, beliau bukanlah satu-satunya peserta yang menerima rawatan malah beberapa ahli dari pasukan PDRM dan ATM juga tidak terkecuali.
Perlumbaan melalui Kampung Panggen, Kuala Boh, PKK Menson, Rantau hingga ke Kampung Relong itu harus ditamatkan secara berkumpulan tidak melebihi masa kelayakan selama 12 jam.
Perlumbaan 2
Aktiviti: Berlari / Jarak: 63 km
Selepas merehatkan badan di perkampungan orang asli Kampung Relong, pusingan kedua diteruskan pada pukul 8.15 pagi keesokan harinya.
Pusingan itu adalah kemuncak cabaran TNEC di mana peserta terpaksa merentasi beberapa buah gunung (Banjaran Titiwangsa), melalui Kampung Lemoi, Brelet, Kenderong, Talut dan Rakoh serta menyeberangi beberapa sungai sebelum tiba di Pos Betau.
Menjelang malam, Salomon Suunto sekali lagi menjadi pasukan pertama tiba di garisan penamat, diikuti oleh ATM Sungai Udang dan VAD 69 D. Mereka merupakan tiga pasukan yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam tempoh masa kelayakan selama 10 jam.
Atlet dualthlon negara, Heidilee Mohd. berkata, strategi kumpulan yang mengehadkan masa rehat kepada 25 minit sahaja sepanjang perlumbaan membuahkan kemenangan kepada Salomon Suunto.
''Kami berjaya memotong satu demi satu pasukan kerana yakin pergerakan peserta lain mula perlahan selepas dua jam pertama," ujarnya.
Sementara itu, kebanyakan peserta tidak bersetuju dengan pengumuman jarak 63 km oleh penganjur. Ekoran itu, ramai yang tidak dapat menamatkan perlumbaan mengikut masa yang ditetapkan.
''Kami jangka dapat menamatkan perlumbaan dalam masa enam jam tetapi masa yang diperlukan sebenarnya lebih daripada lapan jam.
''Kesukaran laluan pusingan kedua ini lebih kurang tiga kali ganda berbanding pusingan pertama. Jarak laluan sekurang-kurangnya mencecah 80 km,"rungut seorang peserta.
Pasukan paling akhir tiba pada pusingan kedua itu adalah pada pukul 3.30 pagi, itu pun selepas operasi menyelamat dilakukan.
Perlumbaan 3
Aktiviti: Berakit + Berlari / Jarak : 43 km
Peringkat akhir adalah cabaran berakit sejauh 29 km dari jeti Sungai Pos Betau ke jeti Kuala Medang yang disambung dengan larian sejauh 14 km ke garisan penamat.
Sarjan Jasmi Sarael dari pasukan ATM Sungai Udang berkata, walaupun biasa dengan ujian ketenteraan yang lasak, cabaran di dalam perlumbaan nyata sekali berbeza.
"Di sini kita perlu mengambil kira semua faktor seperti beban yang dibawa, mengawal kelajuan dan peka kepada tanda-tanda arah," katanya.
Bagaimanapun, penat lelah yang dipertaruhkan nyata berbaloi apabila mereka muncul pemenang kedua NTEC.
Edisi kedua TNEC dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang (MTPNP) dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Temerloh Outdoor Sport Management & Service (TOSMS).
***********************************************************************************
tahniah guainus and the team - he is like - jack of all trades - memang seorang athlete yang berkebolehan tinggi-
kakak dia Hasni Salagan - my kakak angkat - tinggal kat tamparuli - dulu mereka berdua ni - jadi
juara towerthon KL tower -- great challenge - juga climbathon - gunung kinabalu - few times -
puzi pun memang bagus juga - saya kenal depa berdua- yang lagi sorang tu - yusof just acquaintance -l
budak sabah juga tu.. sorang lagi tu pernah dengar nama-
tapi eco challenge ni memang best dan mencabar - bab rakit tu... memang lasak - team ATM tu memang
kuat juga.. selalu pun jasmi sokmo menang untuk ATM kalau ada eco challenge or larian gunung -
seronok baca pengalaman depa -- eco challenge kat muar pun best - tapi tak ada rakit kami
guna kayak aje - 30km kayaking sungai muar - |
|
|
|
|
|
|
|
Pelari muda harum nama Malaysia
MURUGAN buktikan kehebatan dengan muncul juara dalam acara
6km terbuka lelaki pada Perlumbaan Malakoff Kuala Lumpur 2008 semalam.
DUA pelari muda, Murugan Kumar dan Shah Rezha Abdul Samad memberi kejayaan 1-2 mengharumkan nama Malaysia pada Perlumbaan Malakoff Kuala Lumpur 2008 semalam.
Murugan, 17, dan Shah Rezha, 18, masing-masing muncul juara dan naib juara bagi acara enam kilometer kategori terbuka lelaki.
Sementara itu, trio Kenya, Robert Kosgei, Hilary Lagat dan Kipsang David Kipkoeach muncul tiga pelari terpantas dalam acara 12km terbuka lelaki.
Bagi kategori 6km wanita terbuka pula dimenangi Supermani Govindan, manakala tempat kedua dan ketiga pula masing-masing menjadi milik Iwata Takatoshi dan Ong Chin.
Hadiah keseluruhan bernilai RM19,200 diberikan kepada pemenang selain medal dan sijil.
Lima peserta yang menamatkan larian dengan masa terpantas dalam setiap kategori acara 12km menerima baucer bernilai RM1,000, RM800, RM600, RM400 dan RM200.
Manakala tiga pemenang utama bagi kategori lelaki dan wanita acara 6km pula menerima baucer bernilai RM300, RM200 dan RM100 beserta trofi.
"Sambutan peserta dalam perlumbaan ini amat menakjubkan dan kejayaan pelari muda negara dalam acara 6km adalah satu tanda positif bahawa terdapat bakat baru yang perlu diberi pendedahan," kata wakil Korporat Malakoff, Endie Tofil Md. Tuffile.
Perlumbaan Malakof Kuala Lumpur 2008 adalah sebahagian pembangunan sukan dari program tanggungjawab sosiol korporat Malakoff Corporation Berhad.
Larian ini diadakan bagi memberi dorongan dan memberi kesedaran mengenai gaya hidup sihat di kalangan warga tempatan, sekali gus mampu menjadi tarikan kepada industri pelancongan Kuala Lumpur dan memberi peluang kepada bakat muda untuk menimba pengalaman.
Larian yang julung kali diadakan ini ditaja oleh Malakoff Corporation Berhad dan dianjurkan oleh Kelab Olahraga Malaysia dengan kerjasama PowerBar, Sprint Highway, Nivea, New Balance, Cool Rhino dan Quick Release Adventures. |
|
|
|
|
|
|
|
sebuah group larian buat larian kat zoo.
Teringin nak join, register jer. aku pun takde clash event lain, nak jugak join. seronok apa?燵/font] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #414 neo-painkillerz\ catat
lari2 tgk haiwan ke... mcm menarik... xjadi lari lak nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #415 karambunai's post
lagi laju lari.. sebab depa kejar kita.. --
btw ronnie see tu kawan saya - dulu budak penang
dia pindah KL .. kerja kat KL
kami sokmo lari kat KLCC ... baik sangat dia tu -
a good runner - |
|
|
|
|
|
|
|
20 Januari, 2009
Marathon KL 2009 Tarik Penyertaan Terbesar
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Marathon KL Standard Chartered KL, yang julung kali diadakan pada 28 Jun depan, dijangka menarik 12,500 pelari, sekaligus menjadi penyertaan terbesar di Malaysia.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata dengan hadiah wang tunai RM300,000 dan jaminan hadiah wang tunai bagi atlet Malaysia terbaik, sasaran itu boleh dicapai.
"Perlumbaan antarabangsa seperti Marathon KL Standard Chartered akan membentuk rakyat Malaysia yang aktif, sihat dan bertenaga, selain memupuk semangat untuk cemerlang di kalangan atlet profesional dan rakyat biasa, daripada yang tua hinggalah yang muda," katanya, sambil menambah penyertaan pada marathon itu adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira umur.
Sementara itu, Pengarah Urusan Octagon Asia, penganjur marathon itu, Ivan Brixi berkata Dataran Merdeka akan menjadi tempat permulaan dan garisan penamat.
Katanya laluannya akan ditentukan kemudian, tetapi mendedahkan bahawa para peserta akan berlari melepasi beberapa mercu tanda pelancongan terkenal di Kuala Lumpur dan kawasan sekelilingnya.
"Matlamat Octagon adalah untuk menjadikan Marathon KL Standard Chartered sebagai yang terbaik di rantau ini dan akhirnya mencapai pengiktirafan perak dan emas daripada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF)," katanya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia Berhad Julian Wyner berkata Marathon KL merupakan antara satu daripada lapan siri marathon yang ditaja oleh bank itu di seluruh dunia.
"Kami sangat teruja untuk menambah Kuala Lumpur sebagai antara siri marathon Standard Chartered. Di semua lapan negara di mana kami menaja acara marathon, setiap satu mewujudkan keceriaan di kalangan komuniti marathon global.
Kami tahu Marathon KL tidak terkecuali," katanya.
Marathon itu disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan dan diiktiraf Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), IAAF serta Persatuan Marathon dan Perlumbaan Jarak Jauh Antarabangsa (AIMS).
-- BERNAMA
*********************************************************************************
kalau ramai2 masuk... just for fun and health.. mesti best -
mana neo.. boleh la masuk.. macam last year -
this time buat june pulak.. - kalau saya ada kat kl masa tu
mesti masuk.. - tak sure ada ke tidak sebab masa ni summer
holiday -
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #407 neo-painkillerz\ catat
eh lari gan swim byk beza... kalu swim penat2 leh minum air kolam (sesapa yg nk le.. karam xpenah buat lagik).... ko nyer otot kaki mesti berketul2 sbb selalu running kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #408 mohanjah\ catat
aik yg keje gan mas semua lembik2 ker? xbaek taw.... mesti ada yg mmg jenis running2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #416 dexa\ catat
owh ye ke.. penah jog together2 la ni.. karam jenis kurang sikit nak lari2 ni... sbb karam kalau jog ni gerenti laju... erk... acah jer.. mesti kena tinggal... |
|
|
|
|
|
|
| |
|