|
semalam tgk game final india vs malaysia kt stadium..
malaysia kalah 1-3 dgn india..byk peluang tpi sume xberjaya.,
at least malaysia dpt best keeper..
tahniah malaysia sebb berjaya ke final... |
|
|
|
|
|
|
|
siapa ada senarai pemain hoki kelab negeri sembian? |
|
|
|
|
|
|
|
Tengku Tajuddin sedia rebut tempat
Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
TAJUDDIN (kiri) sudah bersedia untuk disenaraikan
kembali dalam skuad negara.
TENGKU Ahmad Tajuddin sudah bersedia untuk merebut tempatnya dalam skuad hoki negara menjelang Kejohanan Piala Asia di Kuantan pada 9 hingga 16 Mei depan.
Selepas lebih 11 bulan berehat ekoran kecederaan, pemain yang berasal dari Kangar, Perlis itu kini sudah cergas sepenuhnya dan kembali menjalani lati- han di bawah kendalian jurulatih, Tai Beng Hai.
Terkilan kerana tidak dapat beraksi pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh baru- baru ini, Tajuddin yang pernah beraksi bersama kelab Hilversum HC Amsterdam dalam Liga Belanda tahun lalu, optimis dengan peluangnya untuk mempertajamkan lagi jentera serangan skuad negara.
"Sudah pasti saya mahu beraksi pada Piala Asia di Kuantan nanti dan membantu pasukan negara memenangi slot ke Piala Dunia di New Delhi tahun depan," kata Tajuddin kepada Kosmo! semalam.
"Saya tidak beraksi dengan skuad negara hampir setahun kerana menyertai kelab di Belanda dan selepas itu, nasib saya terus malang apabila mengalami kecederaan tulang kering.
"Jadi, saya rasa peluang untuk merampas kembali tempat dalam skuad adalah sesuatu yang bukan mudah kerana penyerang lain yang bermain di Ipoh baru-baru ini juga beraksi dengan baik. Begitupun saya akan berusaha keras untuk memikat hati jurulatih," katanya lagi.
Jentera serangan skuad negara yang muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah buat kali ketiga baru-baru ini digalas Chua Boon Huat, Ismail Abu, S. Selvaraju, Azlan Misron dan Hafifi Hafiz.
Begitupun, ketika ini Tajuddin hanya mahu memberi tumpuan kepada usaha mengembalikan semula kecergasannya dan juga ketajamannya di depan pintu gol.
"Memang bukan mudah untuk mencari semula rentak selepas berehat lama tetapi masa sudah semakin suntuk, Piala Asia akan bermula awal bulan depan.
"Oleh itu, saya hanya mahu mengembalikan semula tahap kecergasan saya dan cuba memperkemaskan lagi sentuhan di depan pintu gol. Saya rasa itu semua tiada masalah," katanya.
Skuad negara diundi dalam Kumpulan A bersama Korea Selatan, Jepun dan Oman manakala juara bertahan, India pula dalam Kumpulan B dengan Pakistan, Bangladesh dan China.
"Bermain di tempat sendiri adalah satu kelebihan buat kita, tapi itu bukan jaminan yang kita boleh menang dengan mudah.
"Saya akui ia satu kelebihan yang perlu kita gunakan sebaik mungkin. Walaupun misi ini bukan mudah tetapi saya rasa semuanya tidak mustahil dilaksa- nakan," ujarnya lagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia belasah Bangladesh
ISMAIL ABU (kanan) dicabar dua pemain Bangladesh pada
perlawanan Kumpulan A Piala Asia di Kuantan semalam.
SKUAD hoki negara menang bergaya.
Semalam mereka membelasah Bangladesh 7-1 pada perlawanan peringkat Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Asia edisi kelapan di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan.
Skuad bimbingan Tai Beng Hai itu bermula garang dan meledakkan jaringan pembukaan seawal minit keempat menerusi gerakan padang Mohd. Shahrun Nabil Abdullah sebelum Azlan Misron meledak gol kedua pada minit ke-13.
Sokongan padu penyokong tuan rumah nyata merangsang semangat juang pemain negara yang terus melancarkan ancaman berbahaya ke kubu lawan.
Hasilnya, mereka memperoleh gol ketiga melalui jaringan padang Chua Boon Huat pada minit ke-15.
Lima minit kemudian gawang pelawat terus dirobek menerusi jaringan Mohd. Amin Rahim hasil daripada pukulan sudut penalti.
Gol sagu hati Bangladesh diperoleh pada minit ke-28 yang disempurnakan oleh Md. Zahidul Islam menerusi pukulan sudut penalti.
Derita pasukan lawan terus dirasai apabila Malaysia menambah jaringan pada minit ke-39 menerusi jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil.
Tuan rumah yang berada dalam kedudukan selesa kemudiannya melengkapkan cabaran dengan menambah dua lagi gol menerusi Tengku Ahmad Tajuddin dan Ismail Abu pada minit ke-43 dan 50 sebelum wisel penamat dibunyikan.
Jurulatih, Tai Beng Hai yang berpuas hati dengan persembahan anak didiknya menganggap perlawanan berkenaan telah menepati sasaran yang ditetapkan.
Mengenai pertemuan dengan Jepun esok katanya, pasukan negara akan bermain sebaik mungkin untuk mencapai tiga mata penuh walaupun skuad negara hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke perlawanan separuh akhir.
Terdahulu, Korea Selatan turut berjaya memungut tiga mata penuh selepas menewaskan Jepun 3-2.
Korea Selatan membuka jaringan menerusi Jin Kyung-min pada minit ke-12 sebelum Jepun menyamakan kedudukan minit ke-20 melalui Kei Kawakami hasil daripada pukulan sudut penalti.
Korea Selatan kemudiannya bangkit dengan jaringan kedua dan ketiga pada minit ke-22 dan 35 menerusi Lee Nam-yong.
Jepun yang ketinggalan dua gol, merapatkan jurang pemisah dengan jaringan daripada pukulan sudut penalti yang disempurnakan Mizawa Takayasu pada minit ke-53.
|
|
|
|
|
|
|
|
ptg ni lwn japan.... seri pun da memadai |
|
|
|
|
|
|
|
MALAYSIA – JAPAN牋4 - 1
Malaysia needs to draw this match whereas Japan has to win to qualify for the semi-finals.
The match started with both teams probing each other but in the 4th min. it was an adventurous move by Malaysians nr. 23 Abdul Jalil Tengku Ahmad, who worked this way into the semi- circle on the left beating the Japanese defenders and scoring Malaysias first goal, much to the delight of the crowd.
Right after this the Japanese motivated by their captain nr. 12 Kazuhiro, and started to open up attacks in the Malaysian half but the Malaysian captain Madzli defended very well with Kelvinder, Md Sukri and Jiwa Mohan supporting very well, keeping the Japanese attacks at bay.
Towards the end of the half with Malaysia still going on the offensive a beautiful move from the right by Kelvinder who worked this way into the D avoiding the Japanese defenders but positioning himself very well for a superb reverse hit beating the Japanese goal keeper for Malaysia’s second goal.
The Japanese came roaring back in search of a goal but Kumar goal keeper from Malaysia palmed out a pc attempt by Japans nr. 5 Manabu Hatakeyama in the very last minute of the first half.
Malaysia leads by 2 goals.
In the second half Japan pressured Malaysia and they managed a goal scored by nr. 13 Ryuji Furusato and that goal lifted the spirits of the Japanese. They played more aggressively moving into attacks with Malaysia doing very well defending. But Malaysia did not just sit back it went out in search for more goals. They were rewarded with a super effort by nr. 3 Chua Boon Huat who picked up a pass on the right moved into the stricking circle and took his time hitting a powerful shot high beating the Japanese goal keeper completely.
The score now was 3 for Malaysia and 1 to Japan. Japan went all out taking the fight to the Malaysians. But Malaysia with Salvaraju getting into the act by a suberbe reverse hit to score Malaysia’s 4th goal and killing what ever aspirations the Japanese had.
It was a very exhausting match for both the teams giving their all. It was a case of never give up.
Syabas to Malaysia for qualifying for the semi-final. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Datang beramai-ramai memberi sokongan kepada team Malaysia di Semifinal menentang Pakistan di Stadium Hoki Wisma Belia di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.... Malaysia Bole.. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia mahu tunjuk taring pada separuh akhir Hoki Asia VIII
Oleh ZULKIFLI MANZOR
KUANTAN |
|
|
|
|
|
|
|
Pakistan vs Malaysia Preview
Pakistan is going to face host Malaysia on 14 May 2009 in the second semi final of Asia Cup Hockey 2009. Pakistan reached the semi final as Pool B champion with 4 points, while Malaysia made it to the last four as Pool A runners up with 7 points. Considering Pakistan’s past record in world hockey, you might pick them up as favorite for the semi final match. However, I would like to remind you about Malaysia’s recent performance on the field. They recently reached the final of Sultan Azlan Shah Cup hockey tournament where they were beaten by champion India. In fact, Malaysia’s performance so far in Asia Cup 2009 has been pretty much impressive. |
|
|
|
|
|
|
|
KOREA 5 – 1 CHINA
The first semi-final started rather cautiously by both teams trying to assert their authority in the mid field. However China managed to hold off China’s attacks through a central defender nr. 32 Hu Hui Ren, the Koreans were gaining control through the efforts of nr. 6, Lee Nam Yong, working tirelessly in the midfield but the Chinese were using young 19year old Na Yu Bo very effectively outrunning the Korean defense.
In the 11th minute China earned a pc, it was well executed, the flick was supports to have been taken by Hu Hui Ren, 32. But he made a pass to his left and Na Yu Bo, nr 20 flicked towards goal it was deflected into goal for China’s first goal. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1st half mas 1 pak 1...mesia x dapa 1 pnlti corner pun sampai habis 1 half..keeper mesia best |
|
|
|
|
|
|
|
defend mesia mcm longgar sikit..kenapa megat xde..suka haku ngan dia tu... |
|
|
|
|
|
|
|
dapat no.3 jadilah.. ayuh kalahkan china.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakistan memang hebat malam tadi jika dibandingkan dgn Malaysia. Serangan lebih banyak dari Pakistan di sebelah sayap kanan berkali-kali hinggalah membuahkan gol2 kemenangan buat Pakistan. Malang buat Malaysia bila jentera serangan tidak menjadi malam dan tiada gerakan-gerakan yg boleh membahayakan defend Pakistan. Mungkin Malaysia perlu memperbaiki lagi jentera serangan dan memang layak pakistan menang pun. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni yang payah eh tv percuma malaysia... bila tak dapat masuk final dah taknak buat live. pingat gangsa pon penting juga ni patutnya buat la live. tuan rumah main tu.
kedudukan separuh masa pertama
Malaysia 2-1 china
nak tau live update pegi website http://www.stick2hockey.com/View ... Page=MatchList.aspx
kat commentary klik game bronze |
|
|
|
|
|
|
|
china menang penalti.. tamatttt |
|
|
|
|
|
|
|
penalti time maghrib... malaysia ni susah betul nak menang game time maghrib ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|