CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: baldu_biru

Anak angkat - Ibu susuan

[Copy link]
Post time 28-12-2010 09:37 AM | Show all posts
Reen..saba ye..
Ini pun percubaan ayu yang kedua..kalau tak menjadi jugak ayu Redha. Kita dah berusaha. Bak kata sorang pakar laktasi, usaha kita yang macam-macam untuk kuarkan susu pun dah ada pahalanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2010 09:41 AM | Show all posts
pasal period tu ayu pun sama. ayu mula ambik ubat n injection masa umo dia seminggu sampai skrg lum berhenti lagi ambik ubat. Injection ayu dah ambik sekali lagi masa umo dia 07 bulan. Badan dah macam di pam-pam ni. Period tunggang langgang tapi ayu redha je..ayu tak kisah ape nak jadi ngan ayu. Yang penting ayu akan berusaha apa cara sekalipun untuk kuarkan susu. Selagi umonya lum 2 tahun ayu akan usha lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 02:36 PM | Show all posts
ayu....byk lagi masa ayu tu......leh try lagi..........caiyok2....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 02:01 PM | Show all posts
salam kepada semua ibu2.
saya pun ada ambil baby boy.. mmg hajat nk susukan.. tp baru sekali kenyang.. sbb baru sekali cukup susu tu.. duk pam n duk kumpul2 lah.. kdg2 bersemangat nk pam.. kdg2 layu gak semangat ni.. tp bile baca post kawan2 kat sini.. saya py semangat naik balik.. saya amik injection dan amik motilium.. now dah masuk bulan ke2 amik.. anak tknak direct.. nangis je.. so sy guna cara ke dua.. pam.. tp kena kumpul lahh.. jadi saya berazam nk jadi macam baldu.. dgn cara mengepam jugak blh jadi ibu susu. ok itu pengenalan pasal saya sket..
saya cuma concern kt sini pasal zazreen.. reen amik anak perempuan kan.. so kalo reen susukan anak reen pun.. anak tu mmg dah sah2 batas aurat sesama perempuan dgn reen.. kalo reen berniat nk susukan supaya die muhrim dgn walidnya. itu dah salah. sbb yang akan menjadikan anak itu muhrim dgn suami adalah bile anak tu disusukan oleh adik beradik suami reen atau anak2 sedara die. kalo reen yang susukan anak reen, die akan jadi muhrim dgn reen dan adik beradik reen serta kaum kerabat reen shaja.
sbb tu, kalo anak tu lelaki.. si ibu digalakkan susukan anaknya supaya jadi muhrim dgn si ibu, sbb nk jaga aurat bile anak tu dewasa nanti. tp kalo dgn si bapa, kan mereka sah2 lelaki.. so aurat mereka dah termaktub. cuma kalo nk jadikan die muhrim dgn bapa nya. sma jga kena carik adik beradik atau anak sedara suami kita.
saya cakp ni hasil pengalaman. sblm saya amik anak saya ni, saya dah tanya dulu kawan saya yang merupakan tok kadhi.. mungkin kalian blh dptkan penjelasan lbh lanjut dr org2 yang arif.
wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 06:03 PM | Show all posts
hermmm... xmncelah skit dkt sini...tnntg ank susuan..klu ank cukup 3x kenyang dn mnjadi ank susuan kpd isteri..ini bermakna secara auto nyer ank itu dah jd mahram kepada ayah angkatnye(xbatal air sembahyang)..ini saya tnya pada org yg pakar..kecuali klu ambil ank angkat lelaki,si ibu harus mnyusukn ank trsebut demi batas2 aurat dgn siibu bila bayi bekenaan sudah dewasa..klu reen brjaya mnyusukn ank bermakna ank itu xbatal air sembahyang dgn walidnya..sy xbrjaya mnyusukan ank tp ank sy adik ipar sy yg mnyusu..alhamdulillah dia dah jd mahram dgn suami sy...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 09:13 PM | Show all posts
reen
thanks for the support...kadang dia pon balik dh penat,saya plak bz dgn bb...sblm dia sibuk nk minum dari botol,saya bagi breast dulu...nk biasakan...cuma nk try motillium pulak lepas ni....

kancil
yeke? asal saya igt,bila dh jadi anak susuan,tak kira lelaki atau perempuan dah kira halal,rupanya lain ye...saya amik bb boy,mmg harap dpt susukan dia utk batasan aurat...

zana
saya ada terbaca,kat internet juga,utk anak susuan 5x kenyang (maaflah kalau silap)...dan dikira anak susuan sblm bb start makan selain dari susu....klu salah harap maaf ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2010 08:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by RUZANA at 30-12-2010 08:27

Reply 406# bungazaleha


    oh..mmg ada kata 5 ada kata 3..ikut syarat 3x kenyang sudah memadai..klu nk bg lebih pun xapa...lagi baik..ank sy nie wlu dh cukup 3X kenyang...adik ipar sy still perah simpan utk dia..bila blik kg sy bg anak sy mnyusu...wlupun bkn direct feeding la...dah besr pelik tgk nipple kaler lain...

Soalan
Apakah syarat-syarat menjadi adik beradik susuan?
Jawapan
Syaratnya hendaklah menyusukan sampai 3 kali kenyang tetapi untuk mengambil Ihtiat mengikut pendapat yang kuat ialah 5 kali menyusu hingga kenyang
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 10:24 AM | Show all posts
zana
ic..hehe....takpelah kan,sama2lah kita berusaha...janji bb dpt menyusu dgn kita...
cabaran tu menjadikan kita lebih berusaha,dan mudah2an dipermudahkan Allah....

pada semua yg masih berusaha,keep it going....)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2010 11:08 AM | Show all posts
Caiyoookkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 11:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by zazreen^80 at 3-1-2011 12:35
salam kepada semua ibu2.
saya pun ada ambil baby boy.. mmg hajat nk susukan.. tp baru sekali kenyan ...
kancil_comel Post at 29-12-2010 14:01




Ibu Susu & Status Anak Angkat

a. Sekiranya seorang wanita menjadi ibu susu kepada seorang bayi perempuan, apakah bentuk hubungan yang terjalin antara bayi perempuan tersebut dengan wanita tersebut, suami wanita tersebut dan antara bayi perempuan tersebut dengan anak-anak wanita tersebut. Bagaimana dengan batasan aurat di antara mereka?
b. Status anak susuan berbeza daripada anak angkat. Bagaimana batasan aurat seorang anak angkat lelaki/perempuan dengan keluarga angkatnya? Sekiranya seseorang itu tidak mengetahui tentang statusnya sebagai anak angkat, dia berada dalam sesebuah keluarga seperti biasa sehinggalah diberitahu ketika dia sudah dewasa. Setelah mengetahui status sebenar, apakah tindakan yang perlu dilakukan dari sudut keterbatasan aurat?
c. Bolehkan suami kepada wanita susuan menjadi wali pernikahan kepada anak susuan?
d. Sekiranya berlaku kesilapan teknikal seperti tertukar bayi ketika penyerahan bayi oleh pihak hospital, tanpa disedari oleh ibu bapa itu, bagaimanakah kedudukan anak tersebut?


Jawapan

a) Bayi perempuan tersebut akan diiktiraf dalam Islam sebagai anak susuan dan mahram kepada wanita itu, dan wanita itu pula akan diiktiraf dalam Islam sebagai ibu susu kepadanya. Hasil dari itu akan terhasil ikatan pengharaman kahwin secara kekal (buat selama-lamanya) di antara suami susu dan anaknya.Susuan bagi bukan bayi tidak akan menghasilkan ikatan mahram kekal ini, demikian menurut Majoriti mazhab. Syarat untuk sabit hubungan mahram melalui susuan itu adalah susu  ibu itu mesti sampai ke perut bayi samada melalui mulut dan hidung, manakala jika melalui telinga, suntikan dan dubur maka ia tidak di kira. (Rujuk  Al-Muhazzab, 2/156; Tabyin al-Haqaiq, 2/185 ; Al-Ikhtiyar, 3/120 ; Syarh Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah, Dr As-Sartowi, ms 104).


Apabila sabit mahram susuan, maka haram kumpulan berikut haram berkahwin secara kekal dengan bayi perempuan itu (Rujuk Bidayatul Mujtahid, 2/33):-
  • i- Suami wanita susuan kerana ia di anggap ayah kepada bayi itu.
  • ii- Ayah serta datuk kepada ibu susunya.
  • iii- Anak-anak lelaki kepada ibu susunya.
  • iv- Cucu-cucu lelaki ibu susunya.


b) Batasan aurat adalah seperti adik beradik kandung.


Dalil bagi kedudukan di atas adalah dari firman Allah :
Ertinya  :"(Antara yang haram kahwin adalah) Ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan adik-beradik susuan kamu" (An-Nisa : 23)
Dalil ini mengharamkan kahwin kepada seluruh usul dan adik beradik. Juga Nabi SAW bersabda ertinya :"Apa yang jadi haram disebabkan susuan adalah seperti apa yang diharamkan kerana keturunan"


Islam tidak menggalakkan konsep anak angkat tanpa sebarang ikatan yang diiktiraf Islam, ia jauh berbeza dengan anak susuan, anak angkat adalah dikira sebagai orang asing di dalam rumah, maka semua batasan aurat perlu di jaga sebagaimana wanita di luar rumah. Ia adalah satu fenomena yang tidak sihat menurut Islam.


Dan jika seseorang hanya tahu statusnya sebagai anak angkat hanya ketika ia telah dewasa, maka bermula dari ia sedar..semua batasan aurat mesti dijaga sebagaimana yang di tuntut oleh islam kepada lelaki dan perempuan yang bukan Mahram.


c) Bapa susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak susuannya.


d) Adapun andaian tertukar bayi ketika di hospital atau klinik adalah amat jarang berlaku. Dan jika ia benar-benar tertukar dan di luar pengetahuan ibu bapa. Maka anak pada hemat saya akan menjadi anak susuan , ia adalah kerana sudah pasti anak itu akan menyusu dengan si ibu tadi, dan dengan hanya 3 kali kenyang hasil dari penyusuannya, sabitlah status anak susuan. Manakala hubungan lain yang tidak diketahui, maka adalah dimaafkan. Sebagaimana hadith : " Diangkat tanggungan dari seseorang manusia kerana tiga perkara : Tidur sehingga bangun, Bayi sehingga baligh dan gila sehingga sedar". Maka bab tiada pengetahuan yang shohih dalam hal ini juga termasuk dalam hal di atas. Dan ia akan kekal demikian sehinggalah maklumat  yang sebenar dapat diketahui


Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 09:55 AM | Show all posts
salam reen
terima kasih atas info..baru ku tau ayah susuan tak blh jadi wali....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 10:08 AM | Show all posts
info utk kite yg masih musykil.......sama2 kite share k......
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 10:09 AM | Show all posts
credit to baldu biru.....dia yg bagi info ni kat reen..........thanks baldu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 06:40 PM | Show all posts
Ibu Susu & Status Anak Angkat

a. Sekiranya seorang wanita menjadi ibu susu kepada seorang ...
zazreen^80 Post at 3/1/2011 11:37



    bagus reen tepek kat sini...mana yg musykil22..meh baca..hermm Qairina dh jd ank saudara susuan suami sy..sbb menyusu 3 kali kenyang dgn adik kandung suami...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 12:42 PM | Show all posts
suami kita juga akan halal aurat dgn anak susuan kita, cuma harta pusaka n wali nikah suami kita tak bolah walikan n tak bleh pusakakan harta kecuali kita nak beri atau hadiah harta kita kdp anak susuan kita.

Hukum anak angkat susuan tak sama dgn anak angkat yg tak disusu. Anak susuan dah jadi darah daging kita buat selamanya dgn ada beberapa pengkhususan ttg harta n wali tu. Anak angkat tanpa disusukan sama hukum dgn ajnabi lain iaitu haram aurat dgn suami kita. Harap kita semua faham kenapa kita berusaha bersungguh2 nak susukan anak angkat kita iaitu untuk membezakan antara HANYA anak angkat KEPADA anak susuan. Besar bezanya. Sebab tu sorang ustaz ni cakap jgn sesekali sebuat anak susuan sebagai anak angkat kerana masyarakat kita ramai yg silap faham antara angkat tanpa susuan dgn anak angkat susuan. Cakap je anak kandung cuma bila dah besar kena perincikan taraf anak kpd anak sndiri. Senangnya buat perumpamaan Nabi kita Muhammad juga punya ibu susuan iaitu Halimatus Sa'diah yg Nabi anggap n layan seperti ibu kandung baginda sndiri sehingga ke akhir hayat baginda. Bagi saya Nabi Muhammad adalah contoh terbaik bagi penjelasan status anak susuan, terserlah kemuliaan anak susuan n ianya diiktiraf mulia oleh Islam. Sekadar pandangan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 12:45 PM | Show all posts
bagus reen tepek kat sini...mana yg musykil22..meh baca..hermm Qairina dh jd ank ...
RUZANA Post at 4-1-2011 18:40



   Tahniah Ruzana. Saya juga dah berusaha beri susu angkat saya kpd anak saudara suami tp Allah tak izinkan. Sekarang saya pregnant 4 bulan lebih, breast sakit2 tapi tiada susu keluar walaupaun setiap hari saya urut. Saya redha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 01:44 PM | Show all posts
yup...tul tu anna...thanks ttg penjelasan anna...ade jugak antara kite yg masih samar2 ttg batas aurat ni sumer.........

reen x dpt susukan anak reen....walaupun dah 3X reen try mkn ubat........masa pun semakin suntuk.......perkiraan umur anak 2 thn kena ikut bulan hijrah........

x pe la...reen redha ngan ketentuan yg Allah dah bg pd reen.........
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 05:43 PM | Show all posts
anak dah umur berapa reen? tak ada kesan langsung ke ubat tu? saya sebelum ni banyak kali ambil motilium dari Pusrawi tapi tak dak kesan, tukar ke hospital an-nur jgk takdak kesan. saya stop dulu, hilangkan stress. lepas tu saya ambil motilum balik tp tak jadi jgk, then amnil cuba maxalon pulak - menjadi, susu bengkak n kuar titik2 tp kesan maxalon amat teruk n tiba2 pulak mengandung, so kena stop. Saya urut susu jgk reen n minum air longan kering. Saya rasa kita tak boleh stress, ini pengalaman saya la. Apa pun kita serahkan kpd Allah yg Maha Tahu apa yg terbaik utk kita.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 08:45 AM | Show all posts
klu ikutkan thn hijrah 23 rabiulakhir 1432H = 28 Mac 2011 genap la 2 thn..........masa mula2 reen amik injection n motilium.....mmg x de kesan........then amik domperidone...pun sama.......last month amik maxalon (longan kering, soya bean, berurut n pump) just kluar sikit sgt.....likat je.....langsung x bertitik pun........yup mmg x leh stress.....bila stress mmg x kluar........
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 04:17 PM | Show all posts
reen
gitu eh...ni tgh pikior nk amik injection atau motilium....la ni breast kurang sket sakit, time pam je sakit...kadang bila penat,tetdo smpai miss nk ngepam...

tapi,klu amik injction ada pro and cons kan,ada yg kata susu kuar cepat,ada yg kata akan effect period dan hormon,so nk usahakan yg terbaik kena hadap la dua2 eh....)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.129842 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list