|
Post Last Edit by srisaujana at 7-8-2009 11:04
6-Aug-2009 | Oleh: Razif Rosdi
Isma Kesal Bowling FC Kena Sabotaj!
![](http://i740.photobucket.com/albums/xx47/srisaujana5/isma.jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Bonie Shariff
KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2009: Bintang Akademi Fantasia 7 (AF7) Isma, kesal kerana ada pihak cuba mensabotaj aktiviti riadah berbentuk kejohanan bowling persahabatan yang dianjurkan untuk kelab peminat bintang AF yang akan berlangsung Ahad ini, 9 Ogos.
Mengikut perancangan penyanyi lagu Bisikan... Godaan itu akan menganjurkan pertandingan bowling persahabatan antara kelab-kelab peminat (FC) bintang AF di U-Bowl, One Utama, Damansara namun ada pihak telah menyebarkan e-mel mengatakan ia telah dibatalkan.
"Pembatalan itu tidak benar dan acara itu akan tetap berlangsung di lokasi terbabit mulai jam 9 pagi. Isma kesal kerana ada pihak yang tidak dikenali telah menghantar e-mel palsu mengatakan program ini dibatalkan. Malah, pihak tersebut dengan beraninya telah menyamar sebagai AJK FC Isma dan membatalkannya dengan pemilik kejohanan itu.
Isma terkejut sebab tiba-tiba saja Isma sendiri mendapat e-mel tentang berita palsu ini. Bukan Isma sorang saja yang dapat e-mel tersebut tetapi semua AJK FC yang terbabit. Semua itu hanyalah fitnah dan pertandingan ini tetap dijalankan seperti yang telah dicadangkan," tegas Isma kepada murai.com.my.
Mengulas lanjut mengenai suspek yang cuba buat hal itu Isma berkata dia tidak mengenali orang tersebut dan sama sekali tidak tahu sebab musabab orang tersebut melakukan sedemikian.
"Setakat ini, kami sedang mengesan siapakah orang yang cuba buat hal itu. Sekiranya orang tersebut tidak menghentikan perbuatan ini, kami tidak akan teragak-agak melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa kerana ia boleh menjejaskan nama baik penganjur," jelasnya.
Sementara itu, pertandingan itu bukan saja melibatkan FC bintang AF7 sahaja tetapi turut membabitkan FC Shawal, Saida dan Nubhan.
"Insya-Allah, mengikut perancangan Isma dan Tomok akan turun padang dan bermain bersama peminat. Rakan-rakan AF7 seperti Yazid, Obri, Zizi, Aishah dan Rubisa juga akan turun sama ke gelanggang.
"Selain bermesra dan bermain, kami juga akan mengadakan sesi perasmian kelab peminat Isma sendiri. Jadi datanglah beramai-ramai memberikan sokongan," ujarnya. |
|