|
[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4
[Copy link]
|
|
1) Angan-angan
Ija menyimpan angan-angan untuk menjadi penyanyi popular.
2) Andaian
Orang ramai akan terus membuat andaian jika tidak dijelaskan perkara yang sebenar secepat mungkin.
3) Angau
Lagu 'Kerja Gila' oleh Amy Search menggambarkan perasaan seorang lelaki yang sedang angau.
4) Anjuran
Kempen 'Mari Membaca' anjuran syarikat penerbitan Bukubaru mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
5) Andalusia
Novel terbaru hasil karya Puteri Sara mengambil latar zaman kegemilangan kerajaan Andalusia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
holaaa....
keyword hari ni
1) Bayang - bayang
2) Bulan purnama
3) Bunga Citra Lestari
4) Bolot
5) Banjaran
** 1 keyword 1 ayat
** keyword valid selagi keyword baru belum UP
|
|
|
|
|
|
|
|
ANGAN ANGAN
Berangan-angan itu tidak salah tetapi janganlah menjadi seperti Mat Jenin.
ANDAIAN
Andaian Cinta adalah tajuk lagu Haiza Dangdut
ANGAU
Janganlah dikacau orang yang tengah angau bercinta, kelak nanti sakit hati
ANJURAN
Kursus Perjawatan itu adalah anjuran Kementerian Pelajaran
ANDALUSIA
Salah satu lagu popular Dato M.Nasir adalah Andalusia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Bayang - bayang
Orang politik tertentu dapat disimpulkan bagai anjing dengan bayang-bayang iaitu orang yang tidak cukup dengan harta yang sedia ada.
2) Bulan purnama
Bulan purnama sama ertinya dengan istilah bulan mengambang penuh.
3) Bunga Citra Lestari
Bunga Citra Lestari adalah seorang artis terkenal dari Indonesia.
4) Bolot
Semua harta peninggalan ibubapa nampaknya abang sulung sorang sahaja yang bolot.
5) Banjaran
Banjaran Titiwangsa adalah yang terpanjang di Malaysia menganjur dari selatan Thailand hingga ke Tampin, Negeri Sembilan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1. Anak kecil itu pertama kali melihat bayang-bayang sendiri
2. Bulan purnama selalu terjadi di tanggal atau malam ke-15 bulan hijriah
3. Bunga Citra Lestari adalah artis, penyanyi dan model cantik dari negara Indonesia
4. Bila nak meninggal, semua mengaku ada hak atas harta sampai sanggup buat akuan bersumpah palsu semata-mata nak bolot harta
5. Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Bayang - bayang
Dunia ini umpama bayang-bayang, semakin dikejar semakin ia menjauh.
2) Bulan purnama
Gadis itu sangat cantik bagai bulan purnama penuh hingga ramai lelaki di kampung tersebut terpesona dengan kecantikannya.
3) Bunga Citra Lestari
Wanita Terbahagia merupakan antara lagu popular Bunga Citr Lestari
4) Bolot
Semua harta pusaka telah dibolot oleh Azman sahaja sehingga kan adik beradiknya tidak puas hati.
5) Banjaran
Banjaran Titiwangsa merupakan banjaran yang terbesar di Malaysia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Bayang-bayang
Ketika berlakunya fenomena istiwa' a'zam, ketepatan arah kiblat boleh ditentukan dengan melihat arah bayang-bayang objek lurus yang ditegakkan.
2) Bulan purnama
Nasha bersendirian di tepi pantai menikmati keindahan bulan purnama.
3) Bunga Citra Lestari
Wajah isteri beliau mirip penyanyi dari Indonesia, Bunga Citra Lestari.
4) Bolot
Hasil latihan yang bersungguh-sungguh, semua hadiah utama pertandingan badminton di daerah ini berjaya Awie bolot.
5) Banjaran
Gunung Korbu merupakan puncak tertinggi di banjaran Titiwangsa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Bayang - bayang
3 Mar 2021 — Bandung: Hari tanpa BAYANG-BAYANG berlaku di daerah Majalengka di Jawa Barat, menarik minat penduduknya untuk bereksperimen.
2) Bulan purnama
Apabila BULAN PURNAMA, malam hari diterangi cahaya yang penuh romantis.
3) Bunga Citra Lestari
BUNGA CITRA LESTARI dikenali sebagai artis yang selalu berpakaian seksi.
4) Bolot
Rezeki yang kita dapat, sebaik baiknya dikongsi bersama, janganlah diBOLOT semuanya.
5) Banjaran
BANJARAN Titiwangsa merupakan banjaran paling panjang di Semenanjung Malaysia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1. Bayang-bayang
Album Bayang-Bayang merupakan album yang dihasilkan oleh Azlina Aziz pada tahun 1983.
2. Bulan purnama
Bulan purnama atau bulan penuh merupakan fasa bulan yang berlaku apabila bulan berada di sebelah bumi yang bertentangan dengan Matahari.
3. Bunga Citra Lestari
Bunga Citra Lestari membesarkan anaknya Noah dengan penuh kasih sayang walaupun tanpa kehadiran suami di sisi.
4. Bolot
Kumpulan Tiro berjaya membolot gelaran juara Maharajalawak Mega tahun 2021 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,00.00.
5. Banjaran
Dari jendela kamar tidurku ini dapat dilihat keindahan dan kehijauan Banjaran Titiwangsa yang bertindak sebagai tulang belakang Semenanjung Malaysia yang memisahkan pantai barat dengan pantai timur Semenanjung. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BAYANG BAYANG
org yg salah saja takut dgn bayang bayangnya sendiri
BULAN PURNAMA
setiap kali bulan purnama ,ramai yg hadir untuk melihatnya
BUNGA CINTA LESTARI
isteri kepada arwah asraf adalah bunga cinta lestari,wanita yg berasal dr indonesia
BOLOT
selepas ibunya meninggal dunia,azim membolot semua harta yg ditinggalkan tanpa berkongsi dgn adik beradik yg lain
BANJARAN
Banjaran yang terpanjang di Malaysia ini menganjur dari selatan Thailand ke Negeri Sembilan, di mana Tampin merupakan titik penghujung banjaran itu secara geografi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1. BAYANG-BAYANG - Orang tamak selalu rugi, ibarat anjing dengan bayang-bayang. 2. BULAN PURNAMA - Berjalan-jalan di tepi pantai bersama pasangan di bawah limpahan cahaya bulan purnama merupakan suatu perkara yang romantis. 3. BUNGA CINTA LESTARI - Bunga Cinta Lestari merupakan salah seorang artis Indonesia yang amat dikenali di Malaysia. 4. BOLOT - “Kita bolot sampai habis”, Sazali melaungkan kata-kata semangat kepada pasukannya. 5. BANDAR - Berbanding bandar, saya lebih suka tinggal di kampung yang aman damai dan jauh dari hiruk-pikuk manusia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramai masih hidup di dalam bayang-bayang khayalan tidak berpijak di bumi nyata
Bulan purnama biasanya terjadi di antara hari ke-14 dan 15 dalam kalender lunar
Bunga Citra Lestari penyanyi berasal dari Indonesia
Ada segelintir manusia tamakkan harta pusaka hingga sanggup membolot bahagian adik beradik lain
Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BAYANG BAYANG
adik nampak bayang-bayang hitam diluar tingkap
BULAN PURNAMA
Bulan purnama atau bulan penuh merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan berada di sebelah Bumi yang bertentangan dengan Matahari.
BUNGA CINTA LESTARI
Bunga Citra Lestari pernah menjadi juri Maharaja Lawak Mega
BOLOT
Rahim telah membolot semua harta peninggalan arwah ayahnya.
BANJARAN
Banjaran Himalaya antara yang terkenal kerana terletaknya puncak tertinggi dunia, Gunung Everest.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Bayang - bayangBayang-bayang kenangan masa lalu sentiasa menganggu perasaan
2) Bulan purnama
Bulan pernama terlindung awal gelap kerana musim hujan
3) Bunga Citra Lestari
Pelakun Bunga Citra Lestari menghabiskan cuti awal tahun di Bali
4) Bolot
Jangan ada niat nak bolot harga anak yatim
5) Banjaran
Banjaran Titiwangsa merupakan salah satu banjaran yang tertinggi di Malaysia
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
holaaaa...
keyword hari ini
1) Cendekiawan
2) Celoreng
3) Cukai
4) Curam
5) Corong
** 1 keyword 1 ayat
** keyword valid selagi belum ada keyword baru
|
|
|
|
|
|
|
|
1. Cendekiawan
Pendita Zaaba ialah tokoh ilmuan yang begitu dikenali dan merupakan salah seorang cendekiawan terulung Malaysia.
2. Celoreng
Fabrik bercorak celoreng rasmi pasukan keselamatan Malaysia didapati dijual secara terbuka di beberapa premis di ibu kota.
3. Cukai
Cukai pendapatan haruslah dikemaskini dan dihantar ke LHDN sebelum Mei pada setiap tahun.
4. Curam
Tangga di tepi kantin sekolah itu agak curam.
5. Corong
Lagu Kumpulan Masdo sering dimainkan di corong-corong radio. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Cendekiawan
Pendeta Za'ba merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan hampir 40 tahun aktif dalam kegiatan penulisan dan penterjemahan.
2) Celoreng
Pasangan pengantin itu yang bertugas sebagai askar , memilih untuk memakai pakaian seragam celoreng askar pada hari persandingan mereka.
3) Cukai
Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan cukai ke atas pendapatan yang diterima dari luar negara kepada pembayar cukai pemastautin bagi memastikan kelancaran pelaksanaan langkah cukai berkenaan
4) Curam
Kumpulan pendaki itu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika mendaki bukit yang curam
5) Corong
Lagu terbaru Kelentang Kelentong daripada penyanyi Hael Husaini semakin kerap diputarkan di corong radio. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Cendekiawan
Idea dan cadangan bernas dari cendekiawan yang ada semoga dapat memulihkan kembali ekonomi negara.
2) Celoreng
Pakaian celoreng mudah didapati di kebanyakan kedai-kedai yang diusahakan peniaga kecil.
3) Cukai
Cukai pendapatan individu merupakan salah satu sumber pendapatan negara.
4) Curam
Sepanjang perjalanan melalui tebing curam ke arah Cemeron Highlands membuatkan hati tidak keruan.
5) Corong
Emak membeli corong plastik untuk memudahkannya mengisi air ke dalam botol. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Cendekiawan
Seminar tersebut menghimpunkan para cendekiawan dari pelbagai latar belakang akademik.
2) Celoreng
Aina membelikan pakaian bercorak celoreng untuk anak bongsunya.
3) Cukai
Diana tidak pernah cuai untuk membayar cukai pendapatan.
4) Curam
Cerun bukit yang curam menyukarkan usaha menyelamatkan mangsa kemalangan tersebut.
5) Corong
Lagu terbaru nyanyian Ezad Lazim sering kedengaran dimainkan di corong radio tempatan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Cendekiawan
CENDEKIAWAN ialah orang atau golongan yang cerdik, bijak pandai dan terpelajar.
2) Celoreng
Pakaian bercorak CELORENG sering kali dikaitkan dengan seragam tentera.
3) Cukai
Ramai rakyat yang culas untuk membayar CUKAI pendapatan setiap tahun.
4) Curam
Jalan meniju ke Cameron Highland agak menggerunkan kerana cerunnya sangat CURAM.
5) Corong
Ada pendengar kerap menelefon ke DJ radio semata mata teringin mendengar suara mereka di CORONG radio. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|