UJIAN LISAN BAHASA MALAYSIA DARJAH ENAM
SOALAN
1. Apakah cerita dongeng rakyat yang anda paling suka?
Jawapan : SI LUNCAI DENGAN LABU-LABUNYA
Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Raja sangat marah dengannya kerana telah mempermain-mainkan raja dan para pembesar baginda.
Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan. Setelah semuanya siap, pesuruh raja pun mula mengayuh perahu ke tengah laut. Si Luncai dapat melihat dari celah-celah guni beberapa biji labu yang terdapat di dalam perahu itu. Si Luncai pun mendapat akal.
Berkatalah Si Luncai,"Kasihan aku melihat kamu semua teruk berkayuh. Mahukah kamu jika aku ajarkan sebuah lagu untuk menghilangkan penat kami itu?"
"Diamlah kamu. Sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut," kata salah seorang daripada mereka yang berkayuh itu.
Apabila Si Luncai mendengar kata-kata itu, dia mula menyanyi.
"Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!"
Mendengarkan nyanyian Si Luncai, peseuruh raja mula tertarik dan mula menyanyi, " Si Luncai terjun dengan labu-labunya. "
Beberapa pesuruh raja yang lain pula menjawab," Biarkan! Biarkan!"
Lagu itu dinyanyikan berulang kali hingga mereka menjadi leka. Melihatkan keadaan itu, Si Luncai pun keluar dari guni dan memasukkan beberapa biji labu ke dalam guni itu. Kemudian, dia pun terjun dari perahu itu dengan memegang dua biji labu sebagai pelampung hingga ke tepian.
Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja mencampakkan guni itu ke dalam laut lalu berpatah balik ke istana untuk memberitahu raja. Mereka tidak sedar yang Si Luncai telah berenang sampai ke pantai.
2. Siapakah yang selalu menceritakan kisah dongeng rakyat kepada anda?
Jawapan : Nenek sebelah mama
3. Cerita pengalaman anda atau kawan anda tentang pacat
Saya tak pernah la pulak kena gigit pacat, tapi my sister adalah kena. Ini cerita last month masa kami pegi kebun Gaharu my cousin kat Batang Kali. Kebun dia memamg best, sebab ada anak sungai yang mengalir, air itu actually datangnya dari kaki bukit Genting Higlands. Memang cool giler. Kami apa lagi mandi sakan la. Tengah sonok-sonok mandi suddenly air sungai tu jadi merah, kami pun pelik la. Semua pakat naik atas.
Tiba diatas my sister kata kakinya gatal, look at toe rupa-rupanya da berlubang. Menjerit dan nagis la dia sekuat hati. Kami bawa dia naik kepondok dan cuci kakinya. Masa tu ubat tak ada. So my cousin said, daun Gaharu boleh digunakan untuk memberhentikan darah dari mengalir keluar. Dia kunyah-kunyah daun tu dan tepek kat my sister punya toe. Macam nk pengsan juga la saya tengok darah tu. Nasib half hour dari kejadian itu darahnya stop. Alhamdulillah.
For your information dalam satu bulan tempat yang kena gigit pacat tu pon x baper nak recover. Bila ingat seriau sampai sekarang. Itulah kenangan cerita pacat bagi diri saya.
4. Adakah anda geli dengan pacat? Kenapa?
Jawapan: Sangat geli geleman sebab saya memang tak bole tengok benda yang kehitam-hitaman, lembik dan licin
5. Buatkan 10 soalan berdasarkan kisah di atas untuk ditujukan kepada pelajar kelas ini. (Tidak melebihi 2 soalan untuk seorang pelajar boleh ditujukan.)
1.tb
Apa pengajaran berguna dalam cerita diatas yang dapat anda simpulkan disini?
2.adalia
Setuju atau tidak cerita dongeng diatas macam mengarut sahaja?
3.ain0345
Adakah anda rasa lelaki dalam cerita dongeng diatas itu lurus bendul orangnya?
4.bini_cantik
Kalau awak jadi isteri lelaki tersebut adakah awak anak menyusukan bayi tersebut?
5.aikee04
Kalau awak jadi lelaki itu, apakah yang anda lakukan bila tertama kali melihat bayi itu?
6.mrs_dee
Kalau ada peluang berniaga, adakah anda ingin menternak pacat sebagai sumber rezeki?
7.fatehanaAdakah wajar lelaki itu menetak bayi itu diatas kebodohan dia sendiri?
8.chit_ana
Apa yang anda faham tentang pacat? Ceritakan.
9.ciksurie
Apakah anda ada cara untuk mengelak pacat dari menghisap tubuh kita?
10. kiesh
Apakah khasiat pacat yang anda ketahui?
35 markah
hantar sebelum 9:00 pagi 24/10/11
jawab soalan ditujukan sebelum 11:00 pagi 24/10/11
Hang Post at 21-10-2011 14:35 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)