Edited by znuyul at 20-8-2015 04:13 PM
Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi setiap rakyat negera Malaysia. Sepertimana tahun sebelumnya, sekolah saya juga mengadakan pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan semangat patriotik dikalangan murid-murid serta tidak kecuali guru-guru sekolah. Teringat saya ketika saya menyertai sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah. Pada pagi itu, saya merasa sangat bersemangat untuk ke sekolah kerana saya akan mendeklamasikan sajak yang saya reka khas sempena Hari Kemerdekaan. Tepat pukul 7.35 pagi, loceng dibunyikan dan kami semua diminta untuk berkumpul ditapak perhimpunan. Sebentar lagi majlis sambutan Hari Kemerdekaan akan dimulakan. Terdengar alunan suara merdu Ustaz Azhan membacakan doa pembuka majlis. Kemudian kami akan menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang dan lagu sekolah dengan penuh semangat. Selesai menyanyi, kami semua diberi bendera Malaysia dan Negeri Pahang setiap seorang. Kelihatan pasukan koir sekolah juga sudah bersedia diatas pentas untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil kami mengibar -kibarkan bendera yang ada ditangan kami. Terasa sangat bangga ketika itu kerana menjadi rakyat Malaysia. Usai lagu tamat, persembahan mendeklamasikan sajak patriotik pula mengambil tempat. Saya berjalan menuju ke pentas untukmembacakan sajak yang bertajuk "Demi cintaku, Malaysia”. Dengan penuh semangat, saya membaca sajak tersebut. Terdengar gamat tepukan dari rakan-rakandan guru-guru apabila saya mengakhiri sajak saya. Saya tersenyum puas sambil turundari pentas. Majlis diakhiri dengan ucapan dari Guru Besar dan penyampaian hadiah serta sijil.
Demicintaku, Malaysia Di tanah bertuah ini Begitu banyak titisan darah telah menitis Begitu banyak keringat telah dikerah Walaupun berbeza menjadi satu Melawan musuh-musuh penjajah
Ditanahbertuah ini Satu demi satu perwira tumbang ke bumi Semangat membara tak mungkin pudar Membawa hasrat hati Untuk mendapatkan sebuah kemerdekaan Berkorban apa sahaja Demi cintaku,Malaysia
|