Anzalna Selamat Bergelar Isteri Hanif Zaki[size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 10:12 AM
[size=0.75em]Anzalna anggun memakai persalinan berwarna putih.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]KUALA KUMPUR: Pelakon Anzalna Nasir bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohd Hanif Mohamad Zaki, 27, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.20 pagi tadi. [size=0.98em]Majlis pernikahan tersebut diadakan secara sederhana dengan dihadiri saudara dan rakan-rakan terdekat di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, pada Ahad. [size=0.98em]Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Anzalna iaitu Prof Madya Dr Mohd Nasir Ibrahim disaksikan Pendaftar Perkahwinan Cerai Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah. [size=0.98em]Anzalna menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dengan memberi sebanyak sembilan dulang hantaran.
[size=0.98em]Manakala, pengantin lelaki membalas dengan tujuh dulang hantaran. [size=0.98em]Majlis perkahwinan tersebut disiarkan secara langsung dan eksklusif di stesen televsyen TV3. [size=0.98em]Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 27 Februari ini di Hotel Grand Hyatt.
|