Post time 10-4-2020 11:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
shahreen replied at 10-4-2020 02:41 AM
Bukan 1 kementerian sis, ni total gov staff yg apply to go overseas. Banyak kementerian bkn 1 je
kan cuti sekolah..org gomen ni kaya2..bercuti time cuti sekolah je,time semua pakej rege yahudi..iols klau nak bercuti pun time bukan cuti sekolah..jimaaaatttt banyak
Post time 10-4-2020 11:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kancilkering replied at 10-4-2020 08:53 AM
what do you expect from dewi remaja hero remaja punya output
accept for jering and tilla deme p ...
accept ke except ni haha..tilla dpt award ape?membodohkan diri sepanjang ms ke?smpi laki pun la ni ikut level kebodoha dia rakam video ank berak?stupid much
Post time 10-4-2020 11:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
evlinne replied at 10-4-2020 01:50 PM
Yg balik dari nuyork tu celaka yach. Sgt celaka
Dah la buat entry post kat fb tulisan gedik2 kono ...
Yg ni mmg aku meluat.
Memang sejenis manusia selfish.
Ank pn dia sanggup tinggal masa org sibuk kalut virus. Eh lepas tu batak pulak nk beri tahu seluruh alam kebodohan dia.
Post time 11-4-2020 12:11 AMFrom the mobile phone|Show all posts
amyza82 replied at 10-4-2020 11:59 PM
Yg ni mmg aku meluat.
Memang sejenis manusia selfish.
Ank pn dia sanggup tinggal masa org sibuk ...
kan..mula2 aku baca ingat dia lelaki tau sebb dia kata partner ekhwan so aku ingat dia laki2 la..yela mcm travel sama mmber tggal anak2.dan family..phtu plan duk homestay like mcm bukan seorang ibu yg sedih2 tggl anak. perenggan last2 br tau dia tu isteri dan seorang ibu. aku like what?? selfish nya dahla holiday time covid mengganas then tggal anak2 lagi. ko kuarantin 14 hari kt homestay lagi lepas blik oversea semua tu dah rancang..sanggupnya kan tggal anak2 ko kt penjaga yg maybe mak bapak ko..memang ptt kena hencap. boleh lagi crita layan movie then gedik2 crash kat hero. aman2 je kan life ko. orang lain penat bg makan minum anak ko
Post time 11-4-2020 12:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by LolaLombing at 11-4-2020 12:37 AM
supermum replied at 10-4-2020 11:27 PM
Apa fb pompuan tu? Aku just jumpa org copy paste. Takde credit penulis asal
I sempat bc original post..nama perempuan tu apatah..i syak dia g honeymoon tu yg excited kot gamaknya . Lepas tu cri original post dah x jumpa sbb x ingat namanya.
Post time 11-4-2020 01:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Terbaca status kwn yg pernah further study Di Scotland Tempat depa ni shooting. Kata tu kwn .. Peliknya.. Buat apa shooting situ. Dah la jauh hujung dunia.. Pastu takde apa yg special pun kat situ.
Iolls stay kat Scotland ni, belajar sini. Kat sini memang dah getting worst untuk case covid 19. Population Scotland (5juta) ni lagi sikit dari Malaysia (31juta), tapi kes yang meninggal dah lebih 500 orang. Semua ni sebab kedegilan dan kesombongan mat salleh ni sendiri. Yang muda-muda ni tak hairan langsung dengan virus ni. Bagi diorang, diorang punya antibody kuat untuk lawan virus without realising that they can pass to their parents yang dah tua.
Post time 13-4-2020 12:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by munchkin at 13-4-2020 01:49 PM
Ini ke insider story tu. Masuk ICU intubated lagi. Insider apanya.
Saya Terkilan Kenapa Produksi Tak Balik Seawal Mungkin? – Isteri Jurukamera Dakwa Suami Sudah Demam Lebih SemingguDi Scotland!
Isteri kepada jurukamera drama Demi, Nurshazreen Zulkifli meluahkan rasa terkilan terhadap pihak produksi yang tidak bertindak untuk pulang lebih awal selepas mengetahui keadaan kru yang mengalami demam ketika penggambaran dijalankan.
Nurshazreen turut memberitahu suaminya demam hampir seminggu dan maklum mengenai keadaan Ambia yang demam sejak berada Scotland lagi.
Malah, Nurshazreen mendakwa suaminya tidak pernah mengalami demam seteruk itu.
“Saya tahu yang dia demam. Dia ada ’voice call’ saya setiap hari. Sebelum demam, dia ada maklumkan hampir semua kru terbabit demam secara ‘on off‘.
“Cuma saya terkilan kenapa masih tak ambil keputusan balik seawal mungkin. Kenapa masih berada di sana dan teruskan penggambaran? Seingat saya ada dalam hampir seminggu lebih dia demam di sana.
“Dia bukan demam biasa sebab dia hingga tak larat nak bangun. Dia tidak pernah demam seteruk itu. Saya pun sudah beri amaran dia mengenai simptom Covid-19 itu sudah ada pada mereka,” katanya.
Nurshazreen turut dimaklumkan, selain demam suaminya juga turut mengalami muntah. Ada yang maklumkan baru-baru ini yang mana suaminya mengalami muntah sepanjang dia demam,” katanya.
Ditanya sama ada pihak produksi ada menghubunginya, Nurshazreen berkata, penerbit iaitu Datin Mahfuzah Zakkiah tampil menghulurkan bantuan.
“Jurusolek dan pengurus produksi ada bertanya mengenai keadaan semasa suami. Datin pula ada memberikan sumbangan peribadi,” katanya.
Perkembangan terkini, Ambia Ahmad, 48, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh (HSB) akibat jangkitan Covid-19 mula sedarkan diri, semalam.
Ambia dibawa ke HSB sebaik tiba di tanah air selepas pulang dari menjalani penggambaran drama berkenaan di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu.
Isterinya, Nurshazreen Zulkefli, 32, ketika dihubungi berkata, keadaan kesihatan suaminya stabil namun paru-paru masih lemah.
“Suami baru sedarkan diri semalam dan tiub dicabut. Tapi, hari ini terpaksa dipasang semula kerana paru-paru masih lemah.
“Kali terakhir saya berjumpa suami pada 8 Mac iaitu sehari sebelum mereka bertolak ke Scotland,” katanya kepada Harian Metro.
Ambia mempunyai dua anak berusia empat dan dua tahun.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan lima kru,dua pelakon dan ibu kepada pelakon disahkan positif Covid-19.
Kesemua mereka seramai 18 orang yang tiba di tanah air pada 31 Mac lalu diarahkan menjalani kuarantin diri di tempat masing-masing tanpa membabitkan orang lain atau ahli keluarga.
Mereka berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum peningkatan kes Covid-19 kes dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Pelakon yang membintangi drama itu terdiri daripada Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.