|
♥♥ CONTEST CERPEN TTM♥♥ [TUTUP DAH ! THANKS GUYS!]
[Copy link]
|
|
Bagus semua2 kat sini.. penuh idea kreatif.
Aku tak dapat janji yg aku akan join cerpen ni ok? Lagipun aku tak boleh nak menulis buat masa ni..
Adik, sorry eh.. aku ni nama je otai TTM <pasan pulak ).. tp kali ni mungkin aku angkat bendera putih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #421 noneng's post
ala neng curik la sikit masa tu join sama, kita meriahkan lagi benang nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #406 fizura's post
topan durian tu kalau kena silat pulut dak botak sekali sure terpelantingnye hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #420 apikwaeh's post
apik... tQ kerana terhibur dan jatuh hati membacanya
kalo boleh... print le
bagi budak dua orang tu baca
sure gelak guling2 tak hengat! :lol
tak de la apik
keja kiter tak de sangkut-paut
langsung ngan publikasi @ penulisan....
:tq::tq: |
|
|
|
|
|
|
|
chekshu boleh tolong tukar avatar tu tak. sedih saya nengok nya tak sampai smpai. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #425 fizura's post
jap ye zura
now masih tak jumpa yg sesuai dijiwa raga
akan ditukarkan....
kekekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
Puteri Si Pokok Kelapa
Arakian tersebutlah kisah di sebuah negeri bernama Beringin Rendang. Sultan negeri itu, Tengku Mohd Nasir Ibnu Tengku Nasaruddin sudah tua dan inginkan sangat putera mahkota beliau, Tengku Asmawi Ibnu Tengku Mohd Nasir yang lebih gemar dipanggil mawi, untuk bernikah dan menaiki takhta menggantikan beliau. Namun putera mahkota ini tersangatlah degilnya. Sukanya hanya untuk memancing ikan. Sudah puas bondanya Tengku Marlia Menado memujuk namun apakan daya putera tunggal ini amat degil orangnya.
Suatu malam yang hening, Tengku Mawi duduk termenung di jendela menghadap ke tasik yang terdapat di dalam perkarangan istana. Semua warga negeri itu telah nyenyak tidur tinggal hanya Tengku Mawi seorang memikirkan cadangan kedua ayahanda dan bonda untuk menikahkan dia. Andai Tengku Mawi gagal mendapatkan calon isteri yang sesuai sepurnama dari sekarang, maka Tengku Mawi akan dinikahkan dengan sepupu beliau, Tengku Puteri Asyikin yang memang terkenal dengan buruk perangainya. Tengku Mawi amat takut jika dia dijodohkan dengan Puteri Asyikin kerana setahu Putera Mawi, Puteri Asyikin ini memang suka bertukar-tukar pasangan hatta pengawal peribadainya si mamat pendek itu pun menjadi teman penglipur bila sahaja dia inginkan. Ini membuatkan Tengku Mawi berasa loya bila memikirkan bahawa Tengku Asyikin yang gemar bermake-up itu sebagai isterinya. Memang la dari jauh nampak cantik tetapi bila dekat mukanya seperti ditempek sekilo tepung, dah rupa tepung gomal pun ye jugak.
Tengku Asmawi berkira-kira untuk keluar mengembara bagi mencari bakal isteri perempuan bukan betina seperti yang dilakukan oleh P Ramlee dalam cerita Musang Berjangggut. Mungkin dia akan berjumpa dengan perempuan untuk dijadikan isteri bukan betina-betina yang terdapat di dalam negeri nya. Semua betina-betina ini tidak malu, tidak bermaruah, tidak tahu menjaga kesopanan diri, bila ketawa berdekah-dekah. Tengku Mawi mahukan isteri seorang perempuan yang cantik manis, sedap dipandang mata, yang pandai masak. Tengku Mawi tahu, andai dia berkahwin dengan Puteri Asyikin, alamatnya tidak merasala lagi untuk dia makan ayam masak kicap kerana Tengku Puteri Asyikin lebih gemar makan makanan barat. Pendek kata ayam masak kicap takkan ada lagi di atas meja hidangan kerana pada Puteri Asyikin, kalau makan kicap nanti akan menghitamkan kulitnya yang putih gebu itu.
Sedang asyik Tengku Mawi melayan perasaan sambil menikmati hembusan bayu malam tiba-tiba beliau terdengar-dengar ada suara lembut yang memanggil beliau untuk ke luar ke taman. Seram sejuk dibuatnya. Selama ini dia tidak pernah mendengar suara selunak itu. Lemak merdu suara yang memanggil namanya itu. Namun Tengku mawi sedikit gusar, adakah mungkin pontianak yang memanggil beliau dan jika beliau keluar begitu juga dia akan ghaib terus dari istananya. Barulah dia teringat pesanan bondanya agar tidak merenung tasik itu sendirian pada sebelah malam. Gusar hati dia apa yang adad ditasik itu hingga bondantya berpesan sedemikian. Adakah sesuatu rahsia yang ingin disembunyikan darinya.
Tengku mawi keluar secara melompat dari tingkap untuk cepat sampai ke arah suara yang memanggilnya. Perasaan takut sudah hilang yang tinggal hanya perassan ingin tahu.
*Tengku, rapatlah lagi ke gigi tasik ini, janganlah takut, hamba tidak akan mengapa-apakan tengku, percayalah, saya juga hamba allah bukan hantu.* ujar sang suara.
*Macam mana beta tahu yang kamu ni manusia bukan hantu, rupa kamu pun beta tak nampak*
*Tengku pandanglah ke dalam tasik ini dan tengku akan nampak patik terapung-apung di atas tasik ini*
*Siapa kamu cepat keluar jangan kamu cuba main-mainkan beta* ujar tengku mawi samnil menjengah ke sana sini di sekitar tasik mencari punca arah suara tersebut.
*Tengku, patik tidak berdaya untuk melawan tengku, tidak perlulah tengku gusar, cubalah tengku pandang betul-betul di atas permukaan tasik ini, nescaya tengku akan berjumpa dengan patik*
*Tidak ada apa-apa pun di atas air tasik ini, hanya sebiji kelapa muda yang terapung-apung, kamu jangan main-mainkan beta, nanti beta baling kamu dengan kelapa ini* ujar tengku mawi seraya mengambil kelapa yang terapung tersebut.
*Terima kasih tengku kerana telah menyelamatkan patik. Sudah lama patik terapung-terapung di atas permukaan tasik, sejuk segala urat sarap patik tengku*
Tengku Mawi menjadi terkejut kerana kepala tersebut dapat berkata-kata dan dengan begitu juga dia telah mencampak kelapa tersebut ke dalam tasik semula dan berlari pulang ke kamar. Tengku Mawi berjanji pada dirinya untuk merahsiakan perkara ini dari pengetahuan semua orang. Beliau takut ditertawakan orang, mana mungkin kelapa boleh berkata-kata.
Malam itu Tengku Mawi gagal untuk melelapkan mata. Setiap kali dia cuba melelapkan mata, bayangan kelapa itu akan muncul. Ini membuatkan tengku mawi berasa curiga. Dia telah menelan pil tidur untuk membolehkan dia tidur. Selelas lima belas minit dia mengambil pil tidur, tengku mawi pun terlelap.
Di dalam tidurnya, tengku mawi telah bermimpi berjumpa dengan seorang gadis cantik, berkulit halus, muka bujur sirih, berambut panjang ikal mayang sedang meraut lidi kelapa. Tengku mawi terpesona dengan kecantikan gadis tersebut. Beliau pun menghampiri gadis itu secara perlahan-lahan kerana gusar gadis itu akan lari darinya.
*Assalamualaikum, wahai gadis cantik* sapa tengku mawi
*Wa?laikumsalam* jawab si gadis cantik dengan senyum simpulnya.
*Siapakah gerangan tuan hamba, kerana selama ini beta tidak pernah melihat tuan hamba di dalam negeri ini*
*Patik memang rakyat negeri ini, kelahiran patik sama dengan tengku dan selama ini patik sentiasa berada di sisi tengku, Cuma tengku sahaja yang tidak menyedari kehadiran patik*
*Tuanhamba jangan merepek, beta memang tidak kenal siapa awak, jangan cuba bermain teka teki, beta tidak suka, beta hanya suka memancing ikan*
*Kan benar, patik selalu menemani tengku, tengku kan selalu memancing di tasik di dalam taman, patikpun tinggal di tasik tersebut*
*Tuanhamba jangan merepek, mana ada rumah lain di taman beta, di situ hanya ada tasik*
*Tengku, benar, patik tinggal di tasik tersebut, tengku sahaja yang tidak pasti, baru tadi kita berkenalan tetapi tengku sudah meninggalkan patik semula di tasik tersebut* sebaik habis berkata-kata, gadis manis itu pun berubah menjadi kelapa muda sama seperti yang dicampak oleh tengku mawi ke dalam tasik tadi.
Tengku Mawi terjaga dari tidur, tekejut sungguh dengan mimpinya. Apakah tanda mimpi tersebut. Tak mungkin gadis manis tadi adalah kelapa yang sentiasa terapung-apung di dalam tasik tersebut. Memang dia pernah ingin membuang kelapa itu dari tasik tetapi di larang bondanya kerana kata bonda biarlah kelapa itu di situ, bukan mengganggu pun.
Tengku Mawi bertekad untuk bertanya perkara ini kepada bondanya ketika sarapan nanti.
Sepanjang malamm itu tengku mawi tidak dapat melelapkan matanya dan tidak sabar rasanya dia menanti pagi menjelma supaya boleh dia bersemuka dengan bondanya.
[ Last edited by redsentra at 8-12-2006 03:04 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sambungan
Rahsai Kelapa Di Dalam Tasik
Pagi itu ketika bersarapan, Tengku mawi telah menceritakan mimpinya kepada bonda dan ayahandanya. Namun tiada rika terkejut atau ingin ketawa di wajah kedua mereka. Tengku Mawi menjadi musykil.
*Kenapa bonda diam, ada apa kaitan kelapa di dalam tasik dan mimpi anakanda?*
*Anakanda, bonda rasa sudah sampai masanya bonda menceritakan perkara ini kepada anakanda, sudah lama perkara ini dirahsiakan kerana tidak mahu mengaibkan keluarga kita. Bonda dan ayahanda ingat semua ini tidak akan timbul lagi selepas anakanda bernika tetapi rupanya ada sebab kenapa anakanda menolak semua jodoh yang bonda dan ayahanda cadangkan. Perkara ini memang berkaitan dengan kelapa di dalam tasik*
Tengku Marlia mula menceritakan peristiwa yang berlaku 26 tahun yang lepas. Beliau dan Tengku Mohd Nasir tidak dikurniakan zuriat setelah berkahwin selama 10 tahun. Suatu hari mamak bendahara telah mencadangkan supaya berjumpa dengan seorang nenek kebayan yang boleh mengubati Tengku Marlia dan Tengku Mohd Nasir. Tengku Marlia dan Tengku Mohd Nasir telah berjumpa dengan nenek kebayan yang telah dicadangkan
Nenek kebayant telah memberikan syarat bahawa andai ditakdirkan lahir seorana putera maka putera tersebut haruslah dikahwinkan dengan kelapa yang akan diberikan kepada mereka untuk dibawa balik. Kelapa itu harus dibiarkan terapung di dalam tasik dan tidak sesekali dikeluarkan sehinggalah putera itu akan dijodohkan nanti. Oleh kerana itulah Tengku Mohd Nasir telah membina sebuah tasik di dalam taman untuk menempatkan kelapa tersebut.
Setelah Tengku Marlia dimandikan dengan tujuh jenis bunga berlainan warna dan diberi minum air jampi, nenek kebayan telah memetik sebiji kelapa dan dimandikan juga seperti mana yang dilakukan kepada tengku marlia tadi. Tengku Marlia dan Tengku Mohd Nasir ingat perkara ini tidaklah sesirius mana. Namun mereka tetap membuatkan tasik seperti yang diarahkan oleh nenek kebayan tadi. Setelah 26 tahun masa berlalu mereka telah melupai akan kewujudan kelapa di dalam tasik yang sentiasa muda dan tidak buruk.
Setelah selesai bercerita peristiwa 26 tahun lepas kepada putera mawi, Tengku Mohd Nasir telah mengarahkan pengawalnya Panglima Aidil untuk membawa kelapa yang terapung di atas tasik ke dalam istana.
Panglima Aidil pun keluar menuju ketasik untuk mengambil kelapa tersebut. Musykil sungguh beliau kerana selama ini tidak sesiapa pun dibenarkan menyentuh kelapa tersebut tetapi pagi ini diminta pula untuk membawa kelapa itu ke dalam istana. Apa istimewanya kelapa ini fikir panglima aidil. Namun perintah Tengku Mohd Nasir tetap dilakukan. Setelah menyerahkan kelapa tersebut kepada Tengku Mohd Nasir, panglima aidil berlalu ke luar.
Tengku mawi terkedu melihat kelapa yang terletak dihadapannya. Bagi merahsiakan perkara ini dari diketahui oleh orang lain, Tengku Marlia telah mengambik kelapa tersebut dan diletakkan di dalam kamar bersebelahan dengan kamar putera mawi. Arahan telah dikeluarkan kepada semua kakitangan istana bahawa bilik itu tiada siapa pun yang boleh masuk kecuali Tengku Mohd Nasir, Tengku Marlia dan Tengku Mawi sendiri.
***** |
|
|
|
|
|
|
|
Penjelmaan Puteri Marsha
Pada malam itu, tengku mawi sekali lagi mendengar namanya di seru seru dan kali ini dari kamar sebelah pulak. Tengku mawi telah masuk ke kamar tersebut melalui pintu berkembar yang terdapat di dalam biliknya untuk ke bilik sebelah. Ini semua bagi menutup pandangan orang dan cakap-cakap yang bukan-bukan nanti.
*Tengku Mawi, jika tengku mawi ingin melihat patik di dalam bentuk yang asal, tengku mawi perlu memandikan patik di bawah air terjun tujuh lapisan sungai*
*Air terjun bawah tujuh lapisan sungai?* terkejut tengku mawi mendengar kata-kata si kelapa itu.
*Benar tengku, di situlah baru patik akan pulih sediakala*
Tengku mawi pun telah memasukkan kelapa ke dalam beg dan membawa keluar istana menuju ke air terjun yang telah diceritakan oleh kelapa kepadanya. Sepanjang perjalanan Tengku Mawi berdiam diri kerana tidak tahu untuk berbicara dengan kelapa. Macam mana manusia nak berbicara dengan kelapa.
Sesampai ditempat yang telah ditetapkan, kelapa telah meminta Tengku Mawi meninggalkan dia di situ dan Tengku Mawi di minta menunggu di dalam kereta kerana dia tidak mahu Tengku Mawi melihat pertukaran beliau dari kelapa kepada manusia.
Setelah Tengku mawi meletakkan kelapa di dalam air beliau pun berlalu pergi. Tinggallah kelapa di dalam air.
Dari jauh tengku mawi terhidu bau yang amat harum semerbak dan dengan tidak semena-mena hujan gerimis pun turun. Angin berpuput lembut bukan ribut taufan. Secara tiba-tiba kawasan air terjun menjadi cerah bagai disiram cahaya mentari. Tengku mawi sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di air terjun tersebut. Beliau menyelinap masuk ke dalam kawan air terjun dan menyorok di dalam belukar.
Sungguh terpesona dia melihat seorang gadis cantik sama seperti di dalam mimpinya sedang bersiram sambil bernyanyi. Sungguh halus kulit nya dan sungguh merdu dan lunak suaranya membelah keheningan malam itu.
Tiba-tiba beberapa ekor semut merah telah menggigit bontot Putera Mawi dan dia melompat kerana terkejut. Ini adalah kerana tengku mawi telah terpijak sarang semut merah tersebut.
Si gadis terperanjat kerana dia maklum bahawa perlakuannya sebentar tadi diperhatian oleh tengku mawi kerana selepas menjerit tengku mawi telah pun berada di tepi air terjun itu dan terus terjun ke dalam air. Namun dia menjadi kelakar kerana melihat tengku mawi tergaru-garu untuk menghilang kan kesan gatal selepas digigit oleh semut-semut merah tadi. Terkekeh si gadis manis tadi mentertawakan tengku mawi.
Tengku Mawi menjadi malu apabila menyedari perlakuanya menggaru-garu bontot diperhatikan oleh si gadis tadi. Dengan berlagak macho dia pun menahan kegatalan tersebut dan menghampiri gadis tersebut.
*Kenapa kamu tertawakan saya* soalan tengku mawi sambil menahan rasa gatal tadi
*Patik ketawa kerana kelakuan putera mawi yang seperti beruk tergaru-garu itu*
*Kamu panggil beta beruk*
*Patik tidak panggil tuan putera beruk tapi perlakuan tersebut seperti beruk la tergaru-garu* sambil menyambung ketawanya.
*Siapa nama kamu wahai gadis, semalam kamu jugakkan yang datang ke dalam mimpi beta*
*Wahai tuan putera asmawi ibnu Tengku mohd nasir, patik bernama puteri marsha atau lebih tepat lagi puteri si pokok kalpak gelaran diberi*
*Puteri si pokok kelapa? Kenapa pelik benar bunyi gelaran kamu?*
*Gelaran ini diberikan oleh nenek patik yang telah mengubati bonda tuan putera dahulu. Semasa bonda tuan putera meminta bantuan nenek patik dahulu, patik baru sahaja dilahirkan dan kedua orang tua patik meninggal dunia. Nenek patik tidak mahu menyerahkan patik pada ahli keluarga yang lain maka dia telah mengubah bentuk fizikal patik menjadi buah kelapa dan apabila bonda dan ayahanda tuan putera berjumpanya, nenek patik telah menyerahkan patik kepada kedua orang tua tuan putera. Kedua orang tua tuan putera telah bersetuju untuk menjodohkan tuan putera dan patik*
Selepas menceritakan apa yang diketahuinya, Puteri marsha tertunduk malu. Putera mawi pula sudah jatuh hati dengan kecantikan puteri marsha sejak terjumpa di dalam mimpi. Tidak kira la, buah kelapa pun buah kelapa la.
*Oh! Adinda ku Puteri Marsha alias Puteri si pokok kelapa, beta berbesar hati menerima jodoh ini, sudikah adinda menerima jodoh ini*
*Patik menerima dengan rela hati* sambil menyelam ke dalam air untuk mengelak dari putera mawi melihat wajahnya yang telah merona merah menahan malu. Kerana selama ini dia yang memerhatikan putera mawi apabila malam menjelma tetapi sekarang wajahnya pula menjadi bahan renungan putera mawi.
*Adinda ooo adinda ku puteri marsha, timbul la, kakanda sudah sejuk berendam di dalam air ini, sakit badan ini terkena tempias ait terjun, marilah kita pulang ke istana supaya dapat kakanda kenalkan adinda kepada kedua ayah dan bonda kakanda*
Rupanya, puteri marsha telah menyelinap keluar dari kawasan air terjun dan siap berpakaian.
*Patik sudah berada di atas, tuan putera cepatlah naik*
Putera mawi menjadi heran, sejak bila pula puteri marsha boleh berada di atas sedangkan dia tidak melihatnya timbul dari menyelam. Dia cepat-cepat keluar dari air dan bergandingan dengan puteri marsha masuk ke dalam kereta untuk pulang ke istana.
Sesamapai di istana putera mawi pun memperkenalkan puteri marsha kepada ayahandanya Tengku Mohd Nasir dan bondany Tengku Marlia. Tengku Mohd Nasir telah menitahkan bendahara untuk mewarwarkan kepada penduduk Beringin Rendang akan tarikh perkahwinan putera mahkota, Tengku Asmawi dan Puteri Marsha dalam masa dua minggu. Majlis persandingan juga merupakan tarikh pertabalan Tengku Asmawi sebagai Sultan di negeri Beringin Rendang.
****THEY LIVE HAPPILY EVER AFTER****
Sekian cerita meraban dari saya |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhuh..... momod sowy dah jadi berjela-jela pulak
(terikut style che su) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #427 redsentra's post
Wowwww.....
kreatipnyer red.... suka kita baca.... :clap:
sambung lah lagi wahai tuan hamba...... hamba tidak sabar-sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by solara at 8-12-2006 03:05 PM
Wowwww.....
kreatipnyer red.... suka kita baca.... :clap:
sambung lah lagi wahai tuan hamba...... hamba tidak sabar-sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya.....
nak suh sambung???? mana leh nanti momod adik marah sebb panjang berjela :nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #429 redsentra's post
best
best
best
:clap::clap:
aku baca sambil tersneyum-senyum
cayalah red!!!!! :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by chekshu at 8-12-2006 03:17 PM
:tq::tq::hatdown::hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #429 redsentra's post
best....:love:..............:clap::clap::clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by redsentra at 8-12-2006 03:02 PM
Penjelmaan Puteri Marsha
Pada malam itu, tengku mawi sekali lagi mendengar namanya di seru seru dan kali ini dari kamar sebelah pulak. Tengku mawi telah masuk ke kamar tersebut melalui pintu be ...
Tak ku sangka redsentra ada bakat bab penglipurlara ... fuhhhhh 1st :love: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikgu_murni at 8-12-2006 03:55 PM
Tak ku sangka redsentra ada bakat bab penglipurlara ... fuhhhhh 1st :love:
:tq::tq::hatdown::hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
~ Biar pun tak terucap ~
(A)
" La kat sini dia rupenya..telefon x angkat, msg x jawab, ingatkan kene culik tadi".. idayu mengomel sendirian, dia mendekati marsha yg terbaring atas katil, " ooo tido rupenye"..dia mula mengejutkan marsha.."marsha..marsha bangun..bangunla" idayu mula panik bila tiade tindak balas dari marsha.." eh kenape ni?..x pernah ko mcm ni".. idayu menejutkan marsha sekali lagi.." la kenape ni marsha"..idayu menarik posisi tidur marsha kepada terlentang..marsha masih kaku di situ.."Ya allah..ya tuhan ku..ape dah jadi nie marsha ??" idayu terkejut melihat keadaan marsha yg pucat..di tangan kanannya kelihatan marsha memeluk sekeping gambar yg diletakkan didalam bingkai, idayu menarik gambra tersebut dari pelukan marsha.iadyu mengelengkan kepalanya..dia duduk memangku marsha sambil tangannya mendial no telephone kefli. " kefli..urgent ni ko dtng umah marsha sekarng..jgn bnyak tanya, aku xde mase nak cerita..ko dtng sekarng jugak"..talian dimatikan.."kenape la ko ni marsha..takkan hal kecik ni ko boleh hilang akal..bebel idayu sendirian, dlm sedar x sedar, marsha hanya melihat bayang2 idayu, tapi x mampu utk bersuare, kerana dia sendiri x tahu ape yg terrjadi padanya.
(B)
Marsha berdiri di tepi tingkap, cube mencari ketenangan dlm hati, tapi fikiranya x dapat menepis dari mengingati seseorng yg amat dia rindui, 1 name yg x pernah lekang dalam hatinya, saat itu juga dia terkenang saat manis mereka berdua. Hatinyya tiba2 menjadi sayu, dia x tahu sampai bila dia harus terkenangkan saat manis itu, sedangkan dia sendiri x pasti adakah si dia yg dirinduinya itu merasai ape yg dia rasekan selama ini.
" sudah - sudahla tu, jgn nak mengharap bulan jatuh ke riba siang - siang hari ni".. marsha tetkejut, terus dia menoleh utuk melihat gerangan siapekah yg bersuare itu. " ko ni dayu terkejut sia..bagila signal dulu klau dah msuk tu,nasib baik sia xde sakit jantung..klau x"..."ala klau xde sakit jantung pun ko dah mmg masuk hospital dah pun, sakit jantung konon" .. iadyu memerli. " ellleh"..marsha mencebik dan terus duduk atas katilnya.. " yela sia tahu sia salah"..marsha memujuk diri sendiri. "ha ha..ha..aku x ckp ape2 pun ye..tapi sendiri ade akal, dah besar, sendiri boleh pikir".. penuh bermakna ape yg dikatakan idayu membuatkan marsha tiba - tiba menjadi sedih, bertakung airmata di matanya. " sia x penah minta jadi mcm ni."..marsha x mahu idayu menyalahkan dirinya. Idayu mengeluh melihat keadaan marsha itu. " aku x marah ko marsha, tapi cube ko pikir, klau dia sayangkan ko dia x kan buat ko mcm ni, ni tidak dia sendiri x pernah ckp kat ko yg dia syang ko, ape lagi yg ko nak harap marsha".. Idayu cube memberi nasihat. " tapi dia ade bagi harapan kat sia dulu"..."itu dulu"..idayu mencelah. " look marsha sebenarnya aku ade rase yg dia pun ade perasaan kat ko, tapi aku tengok dia mcm x ambil berat pun ttg perasaan dia kat ko, klau dia nak dia cari, klau dia xde mase, dia sibuk dia diam..senyap mcm tu aje, sampai ko mkn hati mcm ni. Ko x kesian ke kat diri ko marsha?"..Idayu melabuhkan punggungnya di hadapan marsha, dia kehilangan kata - kata apabila melihat marsha bertambah sedih dgn ape yg dikatakan tadi, idayu merasa bersalah. " aku minta maaf ape yg aku ckpkan tadi . Marsha mengesat airmatanya, " sia x tahu nak buat ape lagi dayu..sia cume terlalu syngkan dia dan sampai skrng sia masih mengharap yg dia akan datang dan luahkan perassan dia pada sia".. Idayu menggeleng kepala. X mampu berkata - kata kerana dia x mahu kata - katanya itu menambahkan kesedihan di hati kawan nya itu.
(C)
"ish..termenung plak mamat ni".. nasir mencuit bahu mawi yg dari tadi termenung sprt memikirkan sesuatu. " ko pikir ape?, masalah besar pun ko x pikir mcm ni, klau ye pun ade msalah, bawak - bawakla cerita, takdela terperap je dlam kepala tu".. Nasir kawan baik mawi ingin berkongsi masalah dgnnya. " aku sebenarnya tngh pikirkan marsha ni. minggu depan kan kite kene pergi jakarta. aritu aku ade bagi tahu dia , tapi aku cakap x confirm lagi, tapi drpd lusa aritu aku call dia x angkat pun, msg pun x balas, ni aku tngh pikir ni..ape masalah dia agaknya ??".. "Ala..mungkin dia kat dlm studio kot tngh buat recording..takkanla ko x tahu"..nasir cube membuat andaian, tetapi mawi mwnggeleng kepala. " aku sebenarnya dah lama x contact dia..lagi - lagi mase tngh sibuk gosip aku aritu".. Mawi termenung lagi,berbagai soalan yg bermain di fikiranya, dia x tahu samada dia harus berfikir yg baik atau sebaliknya. " abis aritu ko langsung x call, x msg langsung dgn dia??" nasir terkejut dengan kata -kata mawi. " aku takut nak berdepan dgn dia..aku takut aku x dapat jawab soalan yg dia tanya kat aku nanti..jadi lebih baik aku diam diri".. " tapi dia ade cube call ko tak? " nasir bertanya lagi utk kepastian.Mawi hanya mengnganguk.."mesti banyak kali dia call ko kan?"..mawi mengeluh seperti menyesal atas perbuatan dia pada marsha dulu. " aku sebenarnya x paham, korang ni sebenarnya ape cerita?..nak kata tak bercinta..mustahil..tapi bile dah jadi mcm ni..ish entahla..aku x tahu ayat ape yg boleh aku ckp, pandai - pandaila ko mawi..jgn nanti melepas sudah..ape orng kata.."biar putih tulang jgn putih mata"..". Nasir meninggalkan mawi sendirian disitu, dia sendiri keliru dgn sikap kwnnya yg lebih suke mengambil jalan mudah dgn memdiamkan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhhh
berat punya kes ni
dua-dua berdiam diri
:pray: |
|
|
|
|
|
|
| |
|