CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skgerl

CERITA SERAM YANG PERNAH KORANG ALAMI ver 2.0

[Copy link]
Post time 24-1-2008 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by Ratu_Lybeau at 24-1-2008 11:01 AM

i ever heard the same kind of story.....tak tahu ler betul ke tidak....but nenek i pesan kalo pegi beach jangan suka kutip kutip barang then bawa balik....so....really not sure...kat sini musim ...

Ratu...nanti jadi JANGAN PANDANG BELAKANG....salah kutip.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2008 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 24-1-2008 11:12 AM


Izzana, teringat time kita kecik2 lepas balik mengaji main kat ur house corridor yg ada pokok bunga melur tu

Hehehe nasib baik tak balik mlm sangat kalau tak mau dia ikut kau balik...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 12:11 PM | Show all posts

Reply #421 Izzana's post

hahahahhahaha i dah tengok tak seram pon
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 04:07 PM | Show all posts
Originally posted by Ratu_Lybeau at 24-1-2008 11:12 AM

ha ha ha ....kalau tak betul takpe ler....but kan what i know Loyang tu pon keras jugak tempat dia kan....

tak jugak la....but I know, ada pasangan yg handal bab ngubat sakit2 pelik ni  tinggal situ dari hujung 40an sampai kampung tu kena pecah....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 02:41 PM | Show all posts
Berita Minggu 27 Januari 2008

NYARIS DIPERKOSA JIN

Pengalaman gerun yang hingga kini tidak dapat dilupakan oleh seorang jemaah umrah Singapura

Tahub 1999 adalah tahun yang sukar aku lupakan, kerana pada tahun tersebut berlaku suatu peristiwa yang mengerikan sewaktu aku mengerjakan ibadat umrah. Kumpulan kami seramai 25 orang, termasuk adik perempuanku dan suaminya serta biras-birasku.

Peristiwa tersebut masih segar dalam ingatanku walaupun ia telah lama berlalu. Rasanya, kalau boleh, seandainya aku diberi peluang lagi untuk mengerjakan umrah, aku tidak mahu transit atau singgah di kota BHR dan menginap di hotel MKHC itu.

Ceritanya begini : Sewaktu kami tiba di hotel tersebut, hari sudah senja. Kami ditempatkan satu bilik untuk dua orang. Aku diuntukkan sebilik dengan salah seorang birasku. Biras-birasku yang lain diuntukkan di bilik yang bersebelahan.

Setelah memberi salam dalam hati, aku membuka pintu bilik hotel yang diuntukkan kepada kami itu. Sebaik-baik saja melangkah masuk, aku sudah terasa ada sesuatu yang tidak kena pada bilik kami itu. Bagaimanapun aku diamkan saja perasaan tersebut kerana birasku seorang yang penakut.

Selepas solat fardhu maghrib, kami telah diajak ketua kumpulan kami untuk bersiar-siar dan melihat keindahan kota tersebut dan pulang semula ke hotel tidak lama kemudian.

Belum pun 10 minit di dalam bilik kami, biras-birasku yang berada di bilik sebelah mengetuk pintu bilik kami. Mereka berdua tidak mahu tidur di bilik yang diuntukkan kepada mereka itu. Alasan mereka, tidak sedap hati. Akhirnya kami berempat tidur sebilik.  Malam semakin larut. Ketiga-tiga birasku telah nyenyak dibuai mimpi, sedangkan aku tidak dapat melelapkan mata barang sejenak. Ini kerana setiap kali aku menutup mata, aku terasa seolah-olah ada sesuatu yang memandang ke arahku, meskipun lampu di bilik mandi dinyalakan.

Seluruh tubuhku menggeletar, lalu aku membaca ayat-ayat suci al-Quran sehingga masuk waktu subuh. Aku sengaja tidak menceritakan kejadian itu kepada biras-birasku.

Keesokan harinya, kami berangkat meninggalkan kota BHR untuk meneruskan perjalanan ke Tanah Suci. Sejak itu aku tidak putus-putus berdoa semoga dalam perjalanan pulang selepas mengerjakan umrah di Tanah Suci nanti, janganlah kami transit di kota BHR.

Bagaimanapun,  harapan aku itu tidak dipenuhi kerana kami terpaksa singgah dan bermalam di BHR juga untuk menukar kapal terbang sebelum pulang ke Singapura. Ya Allah ! Kami ditempatkan di hotel yang sama sekali lagi!

Kali ini setiap dua orang jemaah dalam kumpulan kami ditempatkan di dalam bilik yang lebih besar yang sebenarnya boleh memuatkan empat orang. Selepas solat maghrib dan makan malam di restoran di dalam hotel itu, aku dan biras-birasku bersiar-siar di sekitar ruang legar. Setelah penat melihat-lihat dari luar setiap dewan dan kemudahan yang disediakan di lantai ruang legar hotel, kami akhirnya naik ke bilik penginapan.

Birasku menyuruh aku membuka pintu bilik sementara beliau menunggu di belakangku.  Apabila pintu bilik dibuka, terasa malap sahaja cahayanya. Sekali lagi aku terasa lain macam. Aku hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu menakutkan biras-birasku yang penakut itu.

Selepas selesai solat isyak dan tidak berapa lama kemudian, birasku tidur dengan lena sekali kerana kepenatan. Aku pula membaca ayat-ayat suci al-Quran sambil berbaring dengan memiringkan tubuhku ke kanan. Baru sahaja aku hendak melelapkan mata, terasa pehaku ditolak dengar kasar.:re:

Ya Allah ! Rupa-rupanya ada makhluk hendak memperkosa aku. Rupanya hodoh sekali ! Kukunya panjang, matanya merah sekali dan lidahnya pula terjelir-jelir dengan air liurnya meleleh-leleh !

Aku cuba melawan makhluk jin itu dengan sekuat tenagaku sambil membaca kalimah-kalimah Allah. Aku tendang jin itu. Ia tercampak ke atas katil birasku.

Birasku yang sejak tadi tidur dengan lena tiba-tiba menjerit-jerit dengan tidak karuan.

"Ular ! Ular ! Ular !" pekiknya.

Aku berlari mendapatkannya. Mulutku masih terkomat-kamit membaca ayat-ayat suci.
Akhirnya birasku tersedar lalu berkata beliau bermimpi ada ular hitam di katilnya. Aku hanya diam sahaja kerana aku baru sahaja bertarung dengan jin atau syaitan sebentar tadi.

Aku bersyukur pada Yang Maha Esa kerana melindungi aku dari diperkosa oleh makhluk hodoh itu.

Kiriman:flower:
CEMPAKA SENJA:2cool:
Jelapang Road.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 10:27 AM | Show all posts

Reply #425 fatz's post

hurmmm....seramnya .....is it true story or just...a story...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2008 10:55 AM | Show all posts

Reply #426 Ratu_Lybeau's post

kemungkinan besar betul2 berlaku....pasal fatz pun selalu gak dengar cerita2 mcm ni...nak2 yg kat Riyadh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 03:54 PM | Show all posts
BERITA MINGGU 10 Feb 2008

KISAH SERAM

KETUKAN 'CIK PON' DI JENDELA RUMAH PADA SUATU MALAM


Cerita yang saya bentangkan ini benar-benar terjadi ke atas diri saya kira-kira setahun yang lalu. Saya pulang kerja biasanya pukul lima petang dan tiba di rumah kami di Estet Perumahan Tampines kira-kira 6 petang.

Suami saya, Mohammad Khalid, pula biasanya pulang ke rumah kira-kira 8 malam, dan kalau beliau berkerja 'overtime', kira-kira 12 tengah malam atau lebih. Kami belum lagi dikurniakan cahaya mata.

Kisah yang saya alami ini terjadi pada suatu hari Rabu malam ketika saya sedang sibuk memasak untuk hidangan makan malam kami suami-isteri. Suami saya ini semacam orangnya. Kalau makan, terutama makan malam, beliau gemar menjamu hidangan makanan yang baru dimasak atau 'freshly cooked meal'. Beliau tidak suka memakan lauk-pauk yang dimasak siang-siang lagi.

Awal sebelum ini, suami saya telah menelefon, memberitahu bahawa beliau akan pulang kira-kira 11 malam kerana ada suatu urusan syarikat yang belum beres di Lapangan Terbang Changi, tidak berapa jauh dari estet perumahan kami.

Pendekkan cerita, sedang saya sibuk memasak di dapur, saya terkejut kerana mendengar jendela depan rumah saya iaitu yang selari dengan korodor diketuk-ketuk. Saya fikir itu tentu suami saya pulang.
Sambil terus menggoreng sayur yang baru dituangkan ke dalam kuali, saya berteriak ke arah jendela: Tunggu kejap bang, I sedang goreng sayur kegemaran abang ni".

Saya jeling sejenak jam di dinding dapur rumah kami yang menunjukkan lukul 11.05 malam

Memang menjadi kebiasaan suami saya bila pulang malam akan mengetuk jendela depan. Beliau ada kunci rumah sendiri, tetapi kalau beliau balik malam dan saya sendirian di rumah, sudah menjadi amalan saya untuk mengunci pintu rumah dari dalam supaya tidak dapat dibuka oleh tetamu yang tidak diundang.

Sekali lagi jendela kaca depan itu diketuk. Kali ini lebih kencang. Sekali lagi pula saya teriak: "Sorry bang, kejap aje lagi. Sayur ini tidak boleh ditinggalkan, nanti hangus !".

Sekali lagi jendela itu diketuk, dan kali ketiga ini lebih kuat. Agaknyas suami saya marah, atau barangkali tidak tertahan-tahan untuk ke tandas membuang air kecil, hati saya tertanya-tanya sendiri.

Saya langsung matikan api dapur di bawah kuali itu lalu bergegas menuju ke ruang depan.
Saya tidak menuju ke pintu depan, tetapi sebaliknya ke jendela dan menyelak langsir jendela itu untuk melihat ke luar.

Astarghfirullah ! Tersentak habis saya....ternyata bukan wajah suami saya di luar jendela sana. ...tetapi saya melihat sosok wanita dengan rambut yang panjang mangurai...dengan matanya yang tajam tapi sayu kerana terkena lampu koridor yang redup.

Saya hampir nak pengsan apabila melihat Cik Pon itu tidak berdiri menyentuh tanah tetapi bahagian kakinya terapung-apung di udara dan mulutnya yang bertaring pula penuh dengan darah !!!

Entah untuk berapa lama saya terdiri tergamam di situ...seluruh tubuh saya menggigil ketakutan...saya tidak tahu nak buat apa.

Hendak baca ayat-ayat suci al-Quran terasa mulut saya terkancing rapat. Hendak memekik pun tidak terdaya rasanya.

Akhirnya,  saya tidak sedar entah bila dan macam mana Cik Pon itu beredar pergi.
Mujur beberapa saat kemudian, suami saya pun pulang. Saya menceritakan segalanya kepada beliau.

Malam itu, bukan saja saya tidak ada selera untuk makan malam, tidur pun tidak nyenyak sepanjang malam.

Sekarang, saya tidak takut lagi tingal di rumah, sebab suami saya telah mengaturkan orang untuk menemani saya di rumah setiap kali beliau bekerja 'overtime', iaitu ibu mentua saya.


Oleh SITI RASHIDAH
Street 81, Tampines.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2008 01:34 PM | Show all posts
Originally posted by fatz2 at 10-2-2008 03:54 PM
BERITA MINGGU 10 Feb 2008

KISAH SERAM

KETUKAN 'CIK PON' DI JENDELA RUMAH PADA SUATU MALAM

Cerita yang saya bentangkan ini benar-benar terjadi ke atas diri saya kira-kira setahun yang lal ...

Berdiri bulu roma bila baca this article kat berita minggu.  Teringat waktu my younger sis pregnant with her 2nd child, cik pon siar layar kat dlm rumah dia. Dari dapur terus melayang kluar pintu. Terkejut my sis.  Nasib baik tak terberanak kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by fatz2 at 10-2-2008 03:54 PM
BERITA MINGGU 10 Feb 2008

KISAH SERAM

KETUKAN 'CIK PON' DI JENDELA RUMAH PADA SUATU MALAM

Cerita yang saya bentangkan ini benar-benar terjadi ke atas diri saya kira-kira setahun yang lal ...

YA ALLAH.....kalau i pengsan terus kot.....
I pernah dapat an email from my brother about the same story....siap ada gamba...cik pon bertengeng kat pokok kat tampines...gamba dia quite clear......but i think i dah delete ..kalau tak boleh jugak update kat sini....
Dahsyat ler...but dalam email tu...ada kata ...ada seseorang memelihara cik pon tu...at the same block...im not sure how true though....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 06:25 PM | Show all posts
Aha.. I had one experience last week... Khamis malam Jumaat..( 1st day Chinese New Year)
Actually.. I was a bit sceptical about all this paranormal thingy...

Coincidence... we were listening to MISTERI JAM 12 while driving home from bbq at East Coast Park...
Ada satu hamba Allah ni bercerita pasal her experience nampak Cik Pon kat rumah dia..bla bla bla...
The way she described it...mcm susah nak percaya...!!! hmy3:

Bila sampai rumah... I terus gi dapur.. kemas2 lah apa yg patut...
Tiba2 mcam ada angin tiup dari luar tingkap dapur....
ada bau wangi pulak tu....

I pun dengan selamba ....cabut lari masuk bilik air...
cepat2 cuci muka...terus mandi...

I tak cakap apa2..until my other half tanya... Why u senyap jer?

I said.. "Nothing"..
The next morning... I turun bawah.. nak tengok... apa benda yg wangi tu..

















Ada kelopak2 bunga bertaburan dekat void deck...

kat situ memang ada satu pokok yg sedang berbunga...
bila angin tiup.. kelopak2 dia gugur la...

[ Last edited by  miezarra_27 at 12-2-2008 06:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 06:38 PM | Show all posts

Reply #430 Ratu_Lybeau's post

me too.. ever received this email...
tapi gambar Cik Pon tu mcam superimposed...Wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 06:36 AM | Show all posts
Originally posted by miezarra_27 at 12-2-2008 06:25 PM
Aha.. I had one experience last week... Khamis malam Jumaat..( 1st day Chinese New Year)
Actually.. I was a bit sceptical about all this paranormal thingy...

Coincidence... we were listening ...

wuahahahahhahaha





pandai betul buat lawak




jek
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by Ratu_Lybeau at 13-2-2008 06:36 AM

wuahahahahhahaha





pandai betul buat lawak




jek


actually... memang seram jugak la..cuma aksen brani jer...   
Apa tak nyer..baru balik dari beach malam2 buta.. dah tu malam Jumaat pulak..
bau wangi... Can u imagine that..????
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by miezarra_27 at 13-2-2008 08:58 AM


actually... memang seram jugak la..cuma aksen brani jer...   
Apa tak nyer..baru balik dari beach malam2 buta.. dah tu malam Jumaat pulak..
bau wangi... Can u imagine that..????

Mmg I can imagine how you feel卻ebab I ni QUEEN of penakut
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 09:57 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by Ratu_Lybeau at 13-2-2008 09:46 AM

Mmg I can imagine how you feel卻ebab I ni QUEEN of penakut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 10:22 PM | Show all posts

Reply #431 miezarra_27's post



Selalunya Bunga yang yang orang suka kaitkan dengan "Cik Pon" ini adalah Bunga Kemboja, Bunga Tanjung & Bunga Melor.

Pengalaman aku satu ketika dulu siang hari itu terbau wangi pada masa itu aku bersama seorang kawan kerja, kejadian ini berlaku kat tempat kerja seperti makhluk ghaib itu jalan depan kita berdua...kat situ hanya kita dua je dan kawan aku sempat cakap dia lagi melintas....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 10:27 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Ratu_Lybeau at 13-2-2008 09:46 AM

Mmg I can imagine how you feel卻ebab I ni QUEEN of penakut
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 10:36 AM | Show all posts

Balas #438 SQ154\ catat

ko cakap macam ni kan, aku tingat time aku peknen wani dulu..tgh tido time malam ah, aku sorang je dalam bilik, hb lum balik lagi..tgh sedap
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 11:37 AM | Show all posts

Reply #438 SQ154's post

hehehe.....i know...but...seriously....sampai naik penat ....annoying pon
tak tahu kalo next pregnancy camne....
but alhamdulilah....baby i selamat takde ape ape
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.056911 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list