CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: edi_affandi

ETIKA EMAS ESTET:Ar-Rahnu.PROGRAM PEMILIKAN DAN PENYIMPANAN EMAS 999.9(24K)

[Copy link]
Post time 10-10-2008 11:29 AM | Show all posts
ko tengok iklan Etika Emas ke....????

kalo simpan sendiri pun bleh...dapat sebulan 100 jer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2008 11:56 PM | Show all posts
Salam Edi..

Tumpang tanya..

Kalau kita beli gold bar dari etika ni untuk simpan sendiri, adakah masih kena sign apa-apa kontrak dengan etika emas ?
Kalau tak sign kontrak etika emas, adakah kita masih dapat diskaun berjadual RM100 setiap bulan untuk 6 bulan ?
Penjualan semula tidak semestinya kepada etika emas kan ?

Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 12:02 PM | Show all posts
Masa terbaik untuk beli emas ni.
UZAR dah pun keluarkan kenyataan pasal jual beli emas ni. kat cni http://www.zaharuddin.net/index. ... d=764&Itemid=72
Semoga umat Islam dapat memanfaatkannya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 04:29 PM | Show all posts

Reply #423 zhue's post

panas2 lagi statement UZAR tu..dia ada ada masuk thread ni kot...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by zhue at 22-10-2008 12:02 PM
Masa terbaik untuk beli emas ni.
UZAR dah pun keluarkan kenyataan pasal jual beli emas ni. kat cni http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=764&Itemid=72
Semoga umat  ...


thanks

ada satu point yg menarik dari uzar ni

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)  


public bank confirm pakai konvensional so paham-paham jer lar. maybank tak pasti.
tak tau pulak yg syariah menetapkan bank mesti memiliki emas fizikal namun difikirkan ada hikmahnya iaitu untuk mengelakkan spekulasi terhadap
harga emas. bukan itu saja, sapa yang main gold spot online pun kena check balik hukum berkaitan transaksi yg dijalankan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 01:07 PM | Show all posts
100g dpt rm300 je?  kalau amek 300g dpt la dlm 900 gitu.. utang bank dlm 500 tuk 5 thn.. hmmm untung ke tak ni?...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2008 01:08 PM | Show all posts
aku nak dtg dgr briefing emas ni kat mana, bile?
aku duk ampang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 05:43 PM | Show all posts
PROGRAM PEMILIKAN DAN PENYIMPANAN EMAS 999.9 PAMP S.A,24K

Pada program ke-2:Beli Dan Simpanan di Bank(Ar-Rahnu)
                        Bank yang terlibat:1.Bank Rakyat
                                              2.Agro

Sebelum ini setiap pembelian 100g(seketul),syarikat akan tambah 200g(2ketul) dan ketiga2nya dimasukkan dalam skim ar-rahnu dan sijildikeluarkan ketiga2 ketul atas nama pembeli tersebut.

Sekarang kita hanya buat penambahan seketul sahaja,iaitu 1+1.
Hal ini disebabkan perubahan harga oleh bank rakyat.Sebelum ini bankrakyat akan keluarkan nilai cagaran emas mengikut harga yang etikajual.iaitu saya ambil contoh harga pada khamis,9/10/08;
Pengiraan sebelum ini berdasarkan hari khamis,9/10/08:-

Harga etika ketika tidak termasuk 5% brokerage fee(RM 117.13/g)               
Harga Bank Rakyat juga(RM1171.13/g)

Mengikut program asal 1+2,

Dalam program ini,sebenarnya anda membeli 3 ketul emas dari etikadengan bayaran seketul menggunakan duit sendiri dan lagi 2 daripadanilai cagaran yang bank rakyat berikan.
Anda berikan RM 11,713.00 anda akan dapat 100g
dan etika + 2 ketul emas dan simpan di bank bersama 100g anda.
300g emas anda dicagarkan dan dikeluarkan nilai sebanyak 65%,

65% x 300g x RM117.13/g = RM22,840.35(wang cagaran dikeluarkan oleh bank rakyat)

RM22,840.35 anda perlu berikan kepada etika kerana anda belum jelaskan pembayaran untuk 2 ketul emas.

Anda perlu membayar RM 23,426.00 kerana harga untuk 2 ketul = RM11,713x 2 = RM 23,426.00.Ini pun masih belum cukup lagi RM 585.65.Ini etikatanggung..

Setelah 6 bulan,nilai cagaran tersebutsebanyak RM22,840.35 dibayar olehetika bersama upah simpan sekali.Disebabkan etika yang membayar nilaicagarn tersebut,maka 2 ketul emas lagi adalah hak milik etika.
       
INI PROGRAM SEBELUM INI

SEKARANG HARGA BANK RAKYAT DAN ETIKA TIDAK SAMA.
Pembelian dengan etika RM 11,713.00 + 5% (brokeerange fee)= RM12,299.00
Harga emas bank rakyat berikan untuk cagaran = RM9,909.00

Kalau kita apply harga2 ini pada program sebelum ini,maka etika mengalami kerugian bagi setiap simpanan di ar-rahnu.
Contoh pengiraan:
Anda beli RM12,299.00,dapat seketul.

Ketika di simpan:
65% x 300g x RM99.09/g( harga bank rakyat terbaru ) = RM19,322.55 (wang cagaran dikeluarkan oleh bank rakyat)

Etika terpakssa menanggung kerugian besar sebanyak, RM12,299(2 ketul)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2008 05:43 PM | Show all posts
a'kum..

minta maaf kerana dah lama tak jenguk threat ini,sejak kebelakangan iniagak sibuk dengan pertanyaan daripada ahli2 forumer.Anyway i ucapkanribuan terima kasih kepada mereka yang sudi berkerjasama dengan sayadan juga pihak etika.Begitu juga kepada mereka yang telah banyakmemberi pendapat2 yang bernas.
Walaupun kita tahu sekarang hibah dah turun kepada RM200 sebulan,tetapisaya amat bersyukur kerana demi keutuhan syarikat kita terpaksamengikut peredaran dan juga masalah ekonomi negara.Penurun hibah iniadalah sama dengan bank2 yang memberi pinjaman contohnya pinjaman rumahdimana apabila berlakunya krisis ekonomi,pihak bank akan naikkanBLR,betul?sama macam bank rakyat yang telah kurangkan pinjamanbercagar,jadi pihak etika terpaksa mengurangkan seketul emas dan hibahRM200.Walau bagaimana pun,apabila pihak bank naikkan semula jumlahpinjaman bercagar,maka kita juga akan kembali kepada programasal.Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 05:44 PM | Show all posts
a'kum.

harga untuk hari ini:
999.9 RM102.42
916 RM94.33
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 12:58 PM | Show all posts
a'kum..

harga untuk hari ini 6/11/08
999.9    RM106.12
916       RM 97.28
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 05:33 PM | Show all posts
a'kum..

thanx a lot pada semua yang beri komen.Actually,walaupun turun kepadaRM200.actually u still make profit around 18-24% per anum compareothers investment yang selamat la.Di samping u all lock duit dalambentuk aset yang sentiasa naik valuenya.
Sebenarnya u tak boleh salahkan etika kalu hibah diturunkan.Kita bukansengaja nak turunkannya,ini semua disebabkan menurunan nilai cagarandari bank rakyat.Samalah kalau loan rumah dimana BLRnya tidak menentu.
Walau bagaimanapun,tepuk dada tanya selera.Pada saya kalau u all bolehfahami etika dan conceptnya,program etika adalah di antara yangterbaik.Seperti saya kata tadi,di samping menunggu kenaikan hargaemas,u boleh make profit 18-24% pe anum.
Terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 05:34 PM | Show all posts
a'kum..

harga untuk hari ini:
999.9   RM104.03
916      RM95.36
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 12:18 PM | Show all posts
a'kum..

dah lama tak masuk thread.sorry..
Actually kita ada good news la dimana hibah telah di naikkan semulakepada 1g = RM1.50. Maksudnya di sini diskaun berjadual kepadapembelian untuk simpanan sendiri adalah RM150.00 per 100g. Untuksimpanan ar-rahnu, RM300 per 100g.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 11:06 AM | Show all posts
a'kum..

harga emas untuk hari ini:
999.9  RM 116.98
916     RM107.23
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 11:23 PM | Show all posts
salam,

aku nak tanya sikit... cammana company (etika) wat profit ek...


sori kalau dah terangkan sebelum ni...aku tak sempat nak belek 1 satu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2008 11:09 AM | Show all posts
a'kum...

harga emas untuk harini 16/12/08
999.9 RM117.82
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 11:11 AM | Show all posts
a'kum dan selamat pagi, terima kasih kerana memberi sokongan kepada etika emas. Suka citanya dimaklumkan, kita telah mempromosikan produk baru iaitu emas 999.9 dalam bentuk wafer seberat 100g,50g dan 20g. Sebarang bentuk pertanyaan sila hubungi saya.Terima kaish.

minimum pembelian adalah 20g mengikut harga semasa.Diskaun berjadual yang akan dapat
20g = RM60
50g = RM150
100g=RM300

mereka yang berminat sila hubungi saya.Bermula esok saya akan ke penang sehingga hujung tahun ni.Mereka yang di bahagian utara khususnya penang boleh hubungi saya.Kami sedang mengadakan promosi sepanjang bulan ini di tapak pesta sg nibong.

EDI AFFANDI 012-2374347

[ Last edited by  edi_affandi at 16-12-2008 11:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 12:16 AM | Show all posts
kalo time susah emas ni xde nilai pon..yg bernilai ialah makanan. hahahaha. kalo ada emas, x makan minum...mampos la woi. kalo nak makan,nego le sehabis dgn penjual makanan...xyah la cakap ini emas 916 ke,999 ke...dia cuma kata ...kalo ko nak makan kanglong ni...atau telor kemuruk ni...bagi je harga yg dia dictate...kalo tak setuju...melingkup la dgn emas berkarat korg tu. hahaha so camno tu???

islam ada penyelesaiannya. islam x suruh pon kita menumpuk harta kita. sbb tu islam suruh sedekah,kuar zakat dan seumpamanya. so that ekonomi sesama kita stabil dan relatifnya sama rata. kalo x sama rata..melingkup la harta kita kena curi. heheh. xcaya tgk la keadaan di US,india dsbnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2009 09:39 PM | Show all posts
Simpan emas lebih untung


INI ADALAH PETIKAN DARIPADA BERITA MINGGU BERTARIKH 4/1/09 (AHAD)

Etika Emas tawar skim simpanan emas yang menjanjikan pulangan tunai setiap bulan

MEMBELI emas untuk penyimpanan kedengaran sedikit janggal kerana ramai beranggapan logam kuning keemasan itu lebih terserlah kemewahan dan ketinggian mutunya apabila dipamerkan sebagai perhiasan diri.

Bagaimanapun, kemelut ekonomi yang melanda dunia menyebabkan ramai mula sedar mengenai kepentingan membeli emas untuk dijadikan aset pelaburan.

Pemangkin terhadap minat serta trend yang semakin berkembang itu adalah fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini.

Mengapa melabur emas? Jawapannya sangat mudah. Melabur emas bukan sekadar mendapatkan keuntungan ke atas modal tapi juga melindungi nilai aset daripada inflasi dan deflasi.

Presiden Etika Emas Estet Berhad, Mohd Amin Supian, berkata emas adalah logam berharga yang sentiasa disebut di dalam Tamadun Islam dan peradaban dunia.

Perkataan emas atau 'gold' berasal daripada perkataan Indo-Eropah iaitu kuning yang merujuk kepada logam yang menonjol sifatnya.

"Seistimewa rupa dan nilainya, emas juga bersifat kekal. Selain melambangkan ketulenan, bernilai tinggi, kedaulatan dan simbol status, emas juga menjadi lambang kemewahan kepada individu atau sesebuah negara yang memilikinya," katanya.

Pada 2003, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pernah melihat kebaikan dinar emas sebagai mata wang seragam dan tetap nilai seperti diperkenalkan ketika zaman Rasulullah SAW.

"Sayangnya ketika itu idea Tun Dr Mahathir agak sukar untuk diterima, dipandang remeh serta dilihat sebagai saingan dan seakan hendak meniru euro dolar Eropah," katanya.


MOHD AMIN menunjukkan jonkong emas pelbagai saiz yang dijual untuk skim pelaburan di Etika Emas.
Bertitik tolak daripada kesedaran mengenai kepentingan menyimpan emas, Mohd Amin dan kumpulannya mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual emas fizikal 24 karat dengan kualiti 999.9 atau 99.9% tulen.

Sebagai jaminan, setiap pelanggan yang membeli dan menyimpan emas di Etika Emas ditawarkan emas fizikal iaitu emas sebenar yang boleh dilihat, dipegang dan disimpan sebelum dicagarkan di skim Ar-Rahnu ditawarkan Bank Rakyat.

Selain itu, Etika Emas yang ditubuhkan dua tahun lalu itu juga turut menawarkan khidmat perundingan kepada pelanggan mengenai cara mengurus aset emas dengan bijak selain koperasi bagi menguruskan sendiri skim pajak gadai emas berlandaskan Syariah atau Ar-Rahnu dengan kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Kata Mohd Amin, selepas mengetahui kehebatan penyimpanan emas, dia melakukan banyak penyelidikan dan pembacaan malah turut berkongsi pengetahuan mengenai penyimpanan emas daripada rakan-rakan yang sudah lama membeli dan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan.

"Perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang sudah siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan kerana pembelian jongkong emas membolehkan kita mendapat keuntungan bersih.

"Emas yang dibeli dalam bentuk barangan kemas atau syiling emas dijual pada kadar 40 peratus tinggi daripada jongkong emas iaitu membabitkan kos buruh. Justeru, jika anda berminat untuk menyimpan emas, jongkong emas lebih digalakkan kerana untung bersih yang dimiliki jika ia dijual lebih tinggi," katanya.

Seperti dikatakan Mohd Amin, menyimpan jongkong emas sebagai aset pelaburan juga menggunakan kaedah yang sama seperti jual beli saham dan jual beli mata wang (tidak dibenarkan Bank Negara Malaysia).

Katanya, pemilik emas mempunyai pilihan sama ada menyimpan sendiri emas milik mereka atau menyimpannya di peti simpanan bank. Jika mereka inginkan wang di saat memerlukan, simpanan emas fizikal berkenaan boleh dijual tapi nilainya akan susut antara 15 hingga 30 peratus daripada harga pasaran.

"Sebagai alternatif, mereka boleh mendapatkan pinjaman atau modal pusingan pada kadar 50 hingga 65 peratus dengan mencagarkan emas yang dimiliki di pajak gadai konvensional atau pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.

"Emas yang dicagar boleh ditebus atau diambil kembali dengan menunjukkan surat pajakan, kad pengenalan, membayar jumlah prinsipal pinjaman dan upah simpan (Ar-Rahnu) atau faedah (pajak gadai konvensional)," katanya.

Bagaimanapun, bagi melunaskan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai seorang Muslim, Mohd Amin menyimpan impian menjadikan penubuhan Etika Emas sebagai sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada orang ramai dan umat Islam khususnya.

"Koperasi Etika Emas ditubuhkan bagi membantu orang ramai mendapatkan manfaat daripada program simpanan dan pembelian emas yang dijalankan, seterusnya kita ingin melihat pajak gadai Islam Ar-Rahnu dibuka di seluruh negara.

"Etika Emas juga ingin melihat pemilikan emas di kalangan golongan muda kerana kami sedar pemilikan emas walaupun di dalam jumlah yang sedikit sebenarnya dapat membantu perkembangan tamadun dan ummah melalui kadar zakat 2.5 peratus setahun yang dikenakan," katanya.

Katanya, nilai emas yang tidak menyusut menyebabkan simpanan jongkong emas mendatangkan keuntungan terutama ketika gelora ekonomi melanda dan Mohd Amin juga menyarankan orang ramai supaya membuat simpanan emas fizikal sebagai jaminan masa depan.

"Nilai emas tidak menyusut tapi jika anda perhatikan nilai mata wang mudah mengalami kejatuhan. Tidak keterlaluan dikatakan, di saat negara bergolak mata wang tidak menjanjikan jaminan kesenangan atau pengaruh.

"Jadikan sayap juruterbang yang diperbuat daripada emas sebagai contoh, jika mereka terhempas dan masih selamat, pin emas itu akan menjadi penyelamat kerana nilai emas dijamin nilainya walau di kalangan Orang Asli," katanya.

Selepas dua tahun ditubuhkan, Etika Emas kini berbangga kerana mempunyai 2,600 pelanggan yang membeli dan menyimpan emas fizikal melalui program ditawarkan dan 600,000 keping dinar emas terjual dengan jumlah simpanan emas fizikal sebanyak 1.6 tan.

"Tahun ini kami mensasarkan lebih ramai penyimpan emas termasuk perseorangan daripada luar negara dengan pertambahan simpanan emas lebih daripada 45 tan. Tapi kami akan pastikan simpanan emas dibuat di dalam negara bertujuan untuk meningkatkan simpanan emas di dalam negara," katanya.

Berbeza antara pembelian emas dari Etika Emas dan kedai emas biasa adalah setiap hadiah (pengurangan harga) diberikan di dalam bentuk tunai setiap bulan iaitu pada kadar 30 peratus daripada 100 gram emas yang dibeli selama enam bulan.

"Selain program pembelian satu jongkong emas, kami juga menawarkan program dua iaitu beli satu dan dipinjamkan satu jongkong daripada Etika Emas ke dalam akaun simpanan untuk menggalakkan mereka membuat tambahan simpanan emas apabila tempoh gadaian pertama tamat.

"Tapi jika harga emas dunia meningkat, mereka boleh membuat pilihan sama ada hendak menjual atau terus menyimpan jongkong emas yang dimiliki bergantung kepada keperluan," katanya.

Info



Jongkong emas dijual Etika Emas adalah di dalam kiraan berat 20 kg, 50 kg, 100 kg, 500 kg, 1 kg dan paling berat adalah 12.5 kg.


Nilai berat setiap jongkong berkenaan dibuat berdasarkan harga pasaran antarabangsa dan boleh di rujuk melalui laman web www.kitco.com atau www.wgc.com.


Pasaran London menawarkan penjualan segera dan penjualan akan datang untuk emas. Ia ditetapkan oleh Geng Lima yang mewakili pengedar emas serta bank terpengaruh dunia. Geng Lima terdiri daripada ketuanya, N M Rothschild, Societte General, Hongkong Shanghai Bank (HSBC), Scotia Mocatta dan Deutsche Bank.


Nilai jual Kijang emas yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (31 Disember 2008) adalah RM3,200 untuk berat 31.10 g (1oz), RM1,630 (15.55 g) dan RM830 (7.775 g).


Pelaburan emas terbahagi kepada empat iaitu pelaburan barang kemas, syiling emas, jongkong emas dan dinar emas.



Fakta


Ahli kimia tidak pernah berjaya menghasilkan emas tiruan kerana sifat logam berkenaan sukar ditiru.


Sifat emas tulen adalah lembut paling boleh ditempa dan dibentuk.


Emas asli boleh disahkan tulen melalui dua cara mudah iaitu apabila digigit, ia meninggalkan kesan lekuk gigi, kedua apabila dibakar atau dicairkan, ia tidak berubah warna.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.286197 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list