CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kirawang

USAHAWAN UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL

 Close [Copy link]
Post time 29-10-2008 04:59 PM | Show all posts

Balas #419 kirawang\ catat

gomo kelate gomo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2008 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 29-10-2008 12:15 PM


dah lah tu, kelate sama kelate dok leh bergomo...


ok bos, roger..
mintak maaf la ye mod semua..

[ Last edited by  leukoplast at 29-10-2008 05:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 12:42 AM | Show all posts
keyrol, awak kat kb ker, esok saya nak submit fund baru kat pbank taw, kalau kebetulan nak gi deknuh meh lintas jalan ke hayaki saya banjer kopi kaww
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 06:46 AM | Show all posts
tak dok rezeki sungguh mu kerul.....

mu duk KL pulok.

ok dah tu kerul bo bo la balohnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 10:50 AM | Show all posts

Reply #423 ctredzuan's post

sori la kak ct, ambo duk kl doh..
xdok rezki sungguh, xpo la smula2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 03:50 PM | Show all posts
tok berani date ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2008 04:37 PM | Show all posts
Cik CT, smlm akak hantar email, dah chk?. Kalau ada apa2 kemusykilan, jgn segan2 bertanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2008 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad79 at 30-10-2008 06:46 AM
tak dok rezeki sungguh mu kerul.....

mu duk KL pulok.

ok dah tu kerul bo bo la balohnya.....



ahmad, mu tak register FMUTM convention ke hari ini kat Berjaya Time Square....?

Muka muka bumiputera masih lagi ketinggalan dari segi kuantiti dalam industri ini...

Tuanku Yacob penat bagi ucapan tadi..korang ni bukan nak attend....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2008 05:16 PM | Show all posts
Top Production Flyer dahpon keluar untuk September...

http://www.publicmutual.com.my/d ... o_Flyer_Oct2008.pdf

Sales figure drop pasal cut off date sampai 25 hb kan....
Lps tu staff sibuk nak cuti raya.....

U all perhatikan muka muka yang buat sales consistent, muka muka sama je.
Termasuk muka GAM korang yang macho....

muka tauke, abe lat, ahmad, bila nak masuk ni..
Muka jel lagi lah payoh, tak buat full time...
Btw, jel jadi muslimah pediam, sejak dapat hidayah bermimpi maut ye.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 05:17 PM | Show all posts
Sis pergi pasar tadi......tgk sayor2 dr plantation dah segar bugar harini.  Pekebun plantation pun dah bertenaga semula. Agaknya dah ada baja cap valuecap.
Moga2 baja baru cap VALUECAP ni baik punya...... boleh segar berkekalan. Janganlah besok layu pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2008 05:26 PM | Show all posts
July...

?t=1225358430

August...








kalau U all rasa malas nak buat sales, RUGI..

Peluang peluang tersebut direbut oleh kami..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2008 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by frapamocha at 30-10-2008 05:17 PM
Sis pergi pasar tadi......tgk sayor2 dr plantation dah segar bugar harini.  Pekebun plantation pun dah bertenaga semula. Agaknya dah ada baja cap valuecap.
Moga2 baja baru cap VALUECAP ni baik ...



Tengah nak berbuah sis....




http://chart22.shareinvestor.com/charts_static/MY/200.X/200.X.bursamalaysia.home.1D.1min.delay15.png
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 10:42 PM | Show all posts
dah kena dah.....dah nak start kew tiew...jaga2 korang semua....aku dah kena dah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2008 09:08 AM | Show all posts
Nilai aset bersih saham amanah hilang RM21b
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Nilai aset bersih (NAB) industri saham amanah antara Januari dan September turun 12 peratus atau RM21 bilion, kepada RM148 bilion daripada RM169 bilion yang dicatatkan pada akhir tahun lepas.

Bagaimanapun, peratusan NAB itu dari segi permodalan pasaran telah meningkat kerana kemerosotan harga saham yang dipegang oleh pengurus dana tidak seteruk pasaran keseluruhannya.

Menjelang akhir tahun, portfolio NAB yang dipegang oleh industri itu akan mencatatkan kira-kira 20 peratus daripada permodalan keseluruhan Bursa Malaysia Securities, kata Presiden Persekutuan Pengurus Saham Amanah Malaysia, Tunku Datuk Ya'acob Tunku Abdullah.

Katanya, portfolio NAB yang dipegang oleh industri itu meningkat kepada 19.31 peratus daripada permodalan pasaran bursa tempatan sehingga 30 September 2008 berbanding 15.32 peratus sehingga 31 Disember 2007.

Ya'acob tidak menjangka agihan permodalan pasaran industri itu akan menurun kerana lebih banyak skim saham amanah akan dilancar pada masa depan dan juga kerana industri itu diuruskan secara profesional.

Walaupun jualan dicatatkan perlahan, katanya, industri itu dengan aktif telah melancarkan dana baru, dengan pelancaran 56 dana baru sehingga ini bagi tahun ini, yang meningkatkan bilangan dana di dalam pasaran kepada 551, termasuk 144 dana berasaskan Islam.

"Saya tidak menjangka berlaku penurunan bilangan pelancaran dana baru. Bilangan dana yang dilancarkan tidak akan berbeza daripada yang dilancarkan dahulu tetapi langganan dana itu kemungkinan menerima kesan," katanya.

Walaupun saham amanah murah, orang ramai takut untuk melabur disebabkan pasaran yang turun naik, katanya.

Selain itu, beliau berkata, dana sedia ada dijangka meningkat daripada segi aliran bersih apabila para pelabur cuba mengurangkan pelaburan masing-masing.

Katanya, lebih banyak pelabur kini melabur dalam dana sedia ada berbanding masa lampau apabila keutamaan diberi terhadap dana baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2008 09:53 AM | Show all posts
Langkah menyiapkan diri sebelum bersara


SAMA ada anda bercadang untuk bersara pada usia 55 atau lebih awal lagi, apa yang penting ialah melengkapkan diri anda dengan perancangan kewangan yang dapat menjamin kehidupan memuaskan serta bebas daripada bebanan hutang setelah bersara.

Bagaimana untuk menyiapkan diri untuk bersara? Tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini kerana ia banyak bergantung kepada gaya hidup yang diinginkan, tahap kesihatan dan juga situasi unik seseorang itu selepas bersara. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk menyiapkan diri anda daripada segi kewangan sebelum bersara:

l Tetapkan keperluan kewangan anda



Secara amnya, keperluan perbelanjaan seorang pesara dianggarkan dalam lingkungan 75 peratus hingga 80 peratus keperluannya ketika masih bekerja. Berdasarkan keperluan ini, anda perlu membuat penyelarasan sesuai dengan mengambil kira situasi unik anda seperti kos pendidikan anak dan bayaran pinjaman perumahan untuk menganggarkan perbelanjaan bulanan yang perlu ditampung.

Jika anda berhajat untuk mengembara, bercuti, ataupun mempunyai hobi lain yang membabitkan wang, anda perlu mengambil kira kos ini ketika membuat perancangan persaraan anda.

l Menilai status semasa

Anda perlu memberi perhatian kepada portfolio pelaburan yang merangkumi simpanan tambahan serta pendapatan anda. Senaraikan juga semua komitmen kewangan yang perlu dijelaskan. Sekiranya anda masih bekerja, anggarkan jumlah wang KWSP atau pencen yang bakal anda terima.

l Mengira wang yang diperlukan

Setelah selesai mengumpulkan semua maklumat di atas, anda boleh mendapatkan nasihat daripada perancang kewangan ataupun mana-mana laman web yang menyiarkan artikel mengenai perancangan persaraan yang boleh anda contohi dalam usaha untuk menyiapkan diri dari segi kewangan sebelum bersara. Ini penting untuk menilai sama ada wang anda sekarang mencukupi atau tidak untuk memenuhi keperluan persaraan kelak.

Jika jawapannya tidak, sekurang-kurangnya, anda boleh mengira berapa banyak lagi wang yang diperlukan. Sebagai contoh, keperluan tahunan Ali ialah RM50,000 (kira-kira kurang RM4,000 sebulan). Dia menganggarkan bahawa wang simpanan persaraannya akan menjana pulangan sebanyak tujuh peratus setahun. Justeru, Ali memerlukan sekurang-kurangnya RM714,286 (RM50,000/0.07) dalam simpanannya untuk menampung perbelanjaan persaraannya.

l Berdisiplin dalam merancang kewangan

Elakkan daripada membuat pengeluaran wang simpanan persaraan sewenang-wenangnya dan pastikan ia mencukupi untuk menampung perbelanjaan sehingga akhir hayat anda.

Setelah menetapkan jumlah wang yang diperlukan, langkah seterusnya ialah untuk memberikan komitmen penuh kepada jumlah yang hendak disimpan dan menguruskan portfolio pelaburan anda dengan cara yang sepatutnya.

Akhir kata, berbelanjalah mengikut keperluan dan cuba maksimumkan simpanan anda untuk waktu persaraan.

Artikel ini ditulis oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC) dan Ooi Kok Hwa, pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk menjalankan urusan nasihat pelaburan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini ialah untuk tujuan pendidikan semata-mata dan mencerminkan keadaan pasaran pada sesuatu masa tertentu yang mungkin berlalu dan menyebabkan artikel ini tidak lagi relevan. Artikel ini tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk nasihat perundangan atau mana-mana nasihat profesional yang lain.

Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untuk mendapatkan tip pelaburan bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2008 09:00 PM | Show all posts
kenapa kau bermuram sky.................

sabar,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 09:40 PM | Show all posts
takde ape boss
saje je buat sorakan emosi

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2008 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by skywalker107 at 31-10-2008 09:40 PM
takde ape boss
saje je buat sorakan emosi




mINGGU ni concentrate dengan sales sebanyak mungkin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2008 01:57 PM | Show all posts
iklan jap..

Sapa nak tengok baby Rayyan dah kena botak...

Gambar satu hari sebelom U all datang masa open house last week, masih berambut......





Gambat terbaru, bersempena menyambut birthday ke 5 bulan...











[ Last edited by  kirawang at 1-11-2008 02:06 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.080994 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list