CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Raja Lawak 3 [ Juara SEPAH ]

[Copy link]
Post time 16-2-2009 03:56 PM | Show all posts
aku mau sepah lnj and chot ...

amir boleh blah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2009 09:05 PM | Show all posts
lawak chot ni bole terima gak kadang2 lg la ms diorang wat lawak2 tuit tuit.... dahla cute jek budak 2 org tu....jgn la kuar lg....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 10:13 PM | Show all posts

Reply #422 alinorlina's post

tol tu..aku sukung...
lawak diorg leh diterime lagik
arap jgn la kuar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 10:16 PM | Show all posts
Originally posted by myariesa at 15-2-2009 07:46 PM
pojiah tu emo la bg krtikikan..puji amir xmau2


itulah...heran gak naper dia beria sangat support si amir tu..
padahal takde la besh mana pun..nampak 'bias' kat situ....

pape pun..sepah memang mantops....sore sorg tu sebijik cam ramli sarip...cayalahhhhhhhhhh

jozan plak mmg kreatif la derang..nyanyi sambil mengacara...mmg besh la..sempoi jek.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by ugLy_priNcEss at 16-2-2009 10:16 PM


itulah...heran gak naper dia beria sangat support si amir tu..
padahal takde la besh mana pun..nampak 'bias' kat situ....

pape pun..sepah memang mantops....sore sorg tu sebijik  ...



sokong2...:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 10:34 AM | Show all posts
lawak sepah paling best time musical comedy ni....cuma, depa acting mat pet mcm sebiji pernah jadik....hehehe...ntah2 memang kot...huhuhu

shuaib nyanyi ok apa...pastu si jep lak sebijik cam ramli sirap...mamat menyanyi lidah jawa sungguh!...best arrr dia org punya lawak....aku paling minat dgn jap...dia sempoi sgt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2009 10:58 AM | Show all posts

Reply #426 greydove's post

shuib penah gi odisen af 3 kali... asik tak lepas so fed up tros...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2009 11:35 AM | Show all posts
Sepah hampir pasti ke final Raja Lawak



Sewajarnya pusingan ketujuh Raja Lawak milik Sepah meskipun undian SMS di permulaan rancangan berpihak kepada kumpulan LNJ.

SETELAH menunjukkan prestasi yang tidak begitu memberangsangkan hampir saban minggu, tiba-tiba saja Gelanggang Raja Lawak minggu ketujuh minggu lepas terasa kehangatannya.

Antara sebab utama, mungkin kerana tugasan yang diberi oleh juri jemputan, Salih Yaacob iaitu 'komedi muzikal' lebih menepati selera kesemua peserta. Juga tip dan bimbingan yang diberi oleh Salih dapat meresap ke dalam minda setiap peserta.

Rata-rata kesemua peserta dapat membawa tema yang diberikan, cuma keberkesanan dan idea lawak yang dilontarkan itu saja yang berbeza penerimaannya.

Tip berharga yang diberikan oleh pelawak atau juri jemputan Salih Yaakob nampaknya dimanaafatkan dengan baik kerana peserta dilihat lebih bertenaga dan beraksi seperti yang diharapkan.

Antara yang paling ketara menampakkan kesempurnaan lawak ialah kumpulan trio 'Sepah.'

Kumpulan yang terdiri daripada Shahmira Muhamad, Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Mohd Noor Murad yang berusia 23 tahun ini jelas berjaya memikat hati penonton dan para juri. Lawak spontan, bersahaja dan idea lawak yang menjadi membuat penonton tidak kering gusi dengan persembahan Sepah.


Pengumumkan yang disampaikan oleh Fauziah Nawi menjadi satu 'pentas drama' pula apabila juri yang dikenali dengan panggilan 'Ibu' itu mendendangkan lagu bernada hampa.

Sewajarnya pusingan ketujuh Raja Lawak milik Sepah meskipun undian SMS di permulaan rancangan berpihak kepada kumpulan LNJ.

Keriuhan di studio Jumaat berjaya menggamatkan suasana. Sudah lama benar tidak mendengar hiruk piruk begitu. Seolah-olah semua sepakat menabalkan 'Sepah' sebagai juara baru?

LNJ ternyata masih lemah dan fokus tema juga agak meleret dan 'pick up line' juga agak lambat sehingga timbul sedikit kebosanan.

Hanya setelah masa hampir tamat, barulah LNJ mengundang hilaian ketawa dari penonton.

Peserta paling muda, Amir masih tidak berubah. Lawak yang 'dipaksa-paksa' dan 'slapstick' gagal memancing undi sehingga juri juga terpaksa akur yang Amir jauh ketinggalan.

Walaupun semua berharap agar Amir dan peserta wanita, Jihan akan sampai ke garisan penamat, namun melihat kepada persembahan mereka yang lemah pada setiap minggu, rasanya laluan mereka tidak semudah yang dijangka.


Tiga peserta yang berada di kedudukan tercorot adalah LNJ, Chot dan Am. LNJ memperolehi peratusan undian sebanyak 14.36%, diikuti dengan Chot sebanyak 13.43%.

Kumpulan Chot, yang terdiri dari dua anak muda, tidak mengecewakan tetapi lawak 'predictable' (sudah dijangka) mereka membuat penonton sedikit kecewa.

Pilihan pengkritik untuk minggu ketujuh ialah Sepah, diikuti Amir dan Chot.

Seperti pilihan pengkritik, para pengundi SMS juga memilih Sepah mendahului peserta lain. Kumpulan ini memperolehi peratusan undian tertinggi iaitu sebanyak 22.79%.

Sepah sememangnya hebat dan sering saja mendapat sorakkan gemuruh daripada penonton kerana memberi persembahan yang menghiburkan dengan nyanyian yang sedap didengar dan ada nasihat.

Tiga peserta yang berada di kedudukan tercorot adalah LNJ, Chot dan Am. LNJ memperolehi peratusan undian sebanyak 14.36%, diikuti dengan Chot sebanyak 13.43%.

Namun semua peserta terselamat apabila Jozan mengumumkan tiada penyingkiran, sekaligus menyelamatkan Am yang berada di tangga terbawah dengan hanya memperoleh peratusan undian sebanyak 12.98%.

Pengumumkan yang disampaikan oleh Fauziah Nawi menjadi satu 'pentas drama' pula apabila juri yang dikenali dengan panggilan 'Ibu' itu mendendangkan lagu bernada hampa.

Kehangatan suasana sekali lagi terasa apabila para peserta dan penonton bersorak bersama 'Ibu'.

Oleh kerana tiada penyingkiran, maka Gelanggang Raja Lawak masih kekal enam (6) peserta.

Minggu ini difahamkan akan ada dua penyingkiran. Apapun, Sepah sudah hampir pasti menempah tempatnya di pusingan final nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2009 03:32 PM | Show all posts
kesian aku takde Astro...
Aku pernah tengok sekali GRL3 nih,

pada aku Sepah memang best giler, idea spontan jek, masa tu yg sessi Alien... perghhh geli usus aku kerja ketawa jek...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 05:51 PM | Show all posts
aku pun suka jep sepah....ntahlah ...cam jatuh hati lak..
ko dah kawen ke jep???/
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 09:05 AM | Show all posts
sepah paling meryerlah .. yang lain hampeh sikit ....

nasib baik jozan dan juri menyediakan hiburan kepada semua ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 09:10 AM | Show all posts
pada aku sepah menyerlah dari minggu pertama lagi.

pasal lawak kasar dan lucah .. pasa aku dia orang ni patut kekalkan identiti ni ...
Lawak utk orang dewasa sahaja .. tapi lawak lucah mesti yang kaw-kaw dan kelakar le ..
Ini boleh membezakan mereka dari pelawak-pelawak yang ada sekarang kat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 08:31 PM | Show all posts

Balas #431 mdmee\ catat

hahah ......mmg tapi juri pun bosan gak
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 03:33 AM | Show all posts
apa task minggu ni.....aku tak tgok diari.....sapa juri jemputan?????
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 02:25 PM | Show all posts
minggu ni tema "sy adalah...."
kene imagine nk jadik bende
mungkin ader extra prsmbhn...wat body language kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by greydove at 17-2-2009 10:34 AM
lawak sepah paling best time musical comedy ni....cuma, depa acting mat pet mcm sebiji pernah jadik....hehehe...ntah2 memang kot...huhuhu

shuaib nyanyi ok apa...pastu si jep lak sebijik cam ra ...


aku suka gak si jep ni..... korang perasan tak? cara lawak dia mcm ala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2009 11:51 PM | Show all posts
owhh..kenapa la amir tu tak kuar2???
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 01:27 AM | Show all posts
im soriiiiiiiiii...........


strategi terhebat amer adelah target odiens lawak die: remaje, budak2...

sah2 die dah wat survey, adult/pakcik makcik x brape layan raja lawak...or x bodoh nk ngabeskan duit g afundi..

sah2 yg afundi die adelah ore klate, budak2 yg layan komik/katon, ngan remaje...

sah2 die pedulik hape kalu xde sorg pon dlm studio/samsol GG x paham lawak die psl katon/anime mcm dragonball td, janji lagi ramai budak2 kt umah paham lawak die...

make tidakla menghairankan kalu die masok final...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 08:27 AM | Show all posts
uwekkkk.. si Amir ni x kuar2 lagi ..bosan tul..   kompom dpt undi dr negara kelantan ni

dan AM mmg patut kuar lah mlm td..  dari dulu x penah best pun ..

SEPAH mmg kompom jore lah ...  klu amir jore x tau lah  :@

:@ :@






im soriiiiiiiiii.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 12:57 PM | Show all posts
sepah...memang best...part lawak..silence comedy...hehee...
aku x leh tgk atau dgr lawak amir..sebab aku x paham camner dia berlawak..aku blur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.056770 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list