CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aily

UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 27-3-2010 06:47 PM | Show all posts
416# Mas916
Alhamdulillah... tahniah Mas...

Pada saya lebih elok kalau ke Mekah dulu.
Alasannya- tumpukan kepada ibadah di Mekah dulu dan lepaskan yg penting dulu. Tak payah fikir shopping lagi. Hari2 fikir ibadah, ibadah, ibadah. Bila dah selesai haji barulah boleh tumpu kepada shopping pulak. Madinah lebih santai macam pergi melancong. Kalau beli kurma pun beli kat madinah. Kalau ke madinah dulu, kalau kita beli kurma, takkan kita nak simpan sampai kita balik, kan? Kalau nak pos... mesti mahal punya. Saya dulu balik ikut madinah, naik flight tak timbang pun. Lepas tu boleh bawak air zam2 hand luggage lagi.

Tapi ini hanya pendapat saya dari pengalaman saya tentang lebih elok pergi haji ikut mekah dulu. Orang lain mungkin ada pengalaman yg lebih baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2010 08:38 PM | Show all posts
422# ustaz

terimakasih ustaz....

penah tanya kawan...dia kata kalau perempuan elok p penerbangan akhir. kita bole request ka minta penerbangan akhir?

lg satu saya konpius dah.....dulu penah p kursus masa nk g umrah...ustaz kata kita kena gunting rambut kita dulu baru bole gunting rambut kawan..tp td ustaz lain ckp kita bole gunting rambut kawan kita janji kawan kita tu dh selesai sa'e, wp masa tu kita belum tahalul.

yg mana 1 betoi ni...?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2010 02:10 PM | Show all posts
salam semua..
saya nak menyampaikan salam whoelse i...adik kite tuh dah selamat sampai di kota madinah.
whoelse kirim salam pada semua dan minta doakannye.
x sabar btol nak pergi
doakan saya jugak yer..:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2010 02:37 PM | Show all posts
424# freshoren

Waalaikumsalam,

Alhamdullillah, whoelse telah selamat menjejakkkan kaki ke bumi Madinah.

Kami semua di sini sentiasa mendoakan yang terbaik buat whoelse dan juga freshoren yang akan berangkat dalam beberapa hari lagi. Begitu juga doa kami  kepada bakal tetamu-tetamu Allah yang lain kerana destinasi perjalanan kalian semua adalah perjalanan mencari keredhaan Ilahi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2010 05:14 PM | Show all posts
assalamualaikum semua...

saya ada beberapa perkara nak tanya kat kawan2, yang memang mahir tentang masalah2 berkitan umrah ni. benda yang saya nak tanya berkaitan dengan masalah kewanitaan, yang ditanya oleh sedara saya yang sama2 nak pegi dengan saya nanti. tapi saya tak tau jawapannya.

1. apa ubat yang elok dimakan untuk melambatkan kedatangan haid, dan ada efek ke makan ubat tu. pastu camana cara nak makan.

2. apa yang perlu dilakukan kalau kita sedang dalam ihram umrah tu tiba2 datang haid, dan camana dengan umrah kita tu.

terima kasih atas jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2010 06:43 PM | Show all posts
Saya dulu haji tamattuk, tapi saya masuk Mekah dulu.
Pakai ihram dari Kelana Jaya lagi dan bermiqat dalam penerbangan semasa melalui qarnul manazil.
ustaz Post at 27-3-2010 18:36

sama ngan saya dulu, haji tamatuk gak..bertolak pada 17 Nov 09 ...pakai ihram di kelana jaya. ke mekah dulu. penerbangan akhir.
kemudian berada di madinah selama 9 hari sebelum bertolak balik ke  ms'ia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2010 07:15 PM | Show all posts
assalamualaikum semua...

saya ada beberapa perkara nak tanya kat kawan2, yang memang mahir tentang masalah2 berkitan umrah ni. benda yang saya nak tanya berkaitan dengan masalah kewanitaan, yang di ...
al-asil Post at 28-3-2010 17:14



Walaikumsalam..
Ini dari pengalaman saya...
Insyallah setiap kali saya pi Umrah..sebulan sebelum saya nak pi saya akan berjumpa doktor..
Saya akan tunjuk jadual pusingan haid saya..
Doktor selalunya akan memberi saya pil Norculut..
Dia akan beritau saya bila saya kena mula makan ..
Insyallah setakat ni memang berkesan..
Kalau lari pun cuma terbabas sehari dua dan tak mengganggu Ibadah saya..
Sekiranya tiba tiba periode keluar disaat kita beribadah Umrah..
Itulahsebabnya kita dinasihat untuk berniat "Umrah Bersyarat"
Maknanya sekiranya keluarnya haid semasa atau sebelum kita beribadah Umrah atau maka gugurlah
Ihram Umrahnya..
Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2010 07:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 28-3-2010 19:22

Di sertakan Untuk Makluman Bersama..

Resolusi Muzakarah Haji Ke 26
8 Mac, 2010  |  Written by Abu Anas Madani  


MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN
KALI KE-36. MUSIM HAJI 1431H.


KERTAS KERJA KELIMA.
TAJUK: PERMASALAHAN PILIHAN MUSIM HAJI 1430H.
1)        Umrah sunat yang fasad wajib diqada’. Manakala umrah sunat yang tidak dapat disempurnakan kerana ihsar tidak wajib diqada’.
2)        Tiga (3) keadaan niat ihram bersyarat bagi jemaah haji wanita:

Yang Dibolehkan:
2.1- Dalam keadaan tidak berhaid dia berniat ihram dengan menyertakan syarat; “Sekiranya aku kedatangan haid dan haidku berterusan sehingga tarikh pulang maka jadi halallah aku.”
2.2- Dalam keadaan berhaid dia berniat ihram dengan menyertakan syarat; “Jika haidku berterusan sehingga tarikh pulang maka jadi halallah aku.”

Yang Tidak Dibolehkan:
2.3- Dalam keadaan tidak berhaid dia berniat ihram kemudian ketika didatangi haid dia berkata; “Jika haidku berterusan sehingga tarikh pulang maka jadi halallah aku.”

3)        Ihram bersyarat tidak digalakkan bagi niat ihram haji
.
4)        Jemaah yang pergi ziarah ke tempat yang jarak jauh perjalanan dua marhalah (lebih kurang 91km) dan ke atas, hendaklah melakukan Tawaf Wada’.
5)        Jemaah yang memakai beg kolostomi dikategorikan sebagai orang yang mengalami masalah dharurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Wuduk yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadat termasuk menunaikan solat fardhu sehingga wuduk tersebut terbatal.
Walaubagaimanapun semasa di Tanah Suci dinasihatkan agar dia mengosongkan beg tersebut apabila hendak menunaikan solat di masjid atau tawaf, kerana dibimbangi jika terlalu banyak takungan ia menjadi berat dan berkemungkinan pecah atau tiris dalam masjid semasa tawaf atau solat.

KERTAS KERJA KEENAM.
TAJUK: HAID DAN PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA - DARI PERSPEKTIF PERUBATAN.
1)        Adalah  lebih baik bagi jemaah wanita yang tidak menghadapi sebarang masalah haid menghindari daripada mengambil pil menahan haid.
2)        Jika terdapat permasalahan haid hendaklah dirujuk kepada pakar sakit puan sebaik-baiknya tiga bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Sekian, Resolusi ini telah dibentangkan oleh Sahibus-Samahah Datuk Haji Hasan Ahmad, Pengerusi Jawatan Kuasa Penasihat Ibadat Haji, merangkap Mufti Pulau Pinang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2010 10:06 PM | Show all posts
assalamualaikum semua...

saya ada beberapa perkara nak tanya kat kawan2, yang memang mahir tentang masalah2 berkitan umrah ni. benda yang saya nak tanya berkaitan dengan masalah kewanitaan, yang di ...
al-asil Post at 28-3-2010 17:14



w/salam pada freshoren dan whoelse Allahamdullillah kami tumpang gembira bila ada forumer disini dah pun selamat sampai ke Tanah Suci utk menghambakan diri beribadah kpd Allah s.w.t.

Pada al-asil akak nak beri pendapat berkenaan soalan yg ditanya..kalau dah sampai kat tanah suci sekiranya ada masaalah berkaitan dgn haid, selain drpd berdoa kita boleh saja ke farmasi di sana dan beritahu ttg masaalah kedatangan haid dan beli ubat disana. Kekadang hormon wanita boleh berubah2 lebih2 lagi kalau keadaan tempat dan cuaca yg berbeza atau faktor umur.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 08:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by al-asil at 29-3-2010 09:02

assalamualaikum

terima kasih kepada sahabt2 yang tolong menjawab kemusykilan saya. kiranya ubat tahan haid tu kena makan sebulan sebelum pergi la yek.

tentang niat bersyarat tu, lafaz niat dia tu camne ye
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 08:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by JulietTheOrange at 29-3-2010 08:46
assalamualaikum semua...

saya ada beberapa perkara nak tanya kat kawan2, yang memang mahir tentang masalah2 berkitan umrah ni. benda yang saya nak tanya berkaitan dengan masalah kewanitaan, yang di ...
al-asil Post at 28-3-2010 17:14


nak citer sket pengalaman pasal haid nie..
ok..pusingan haid sy adelah sekitar 12hb setiap bulan
jadi bermula dr bln 12, sy dh jmpe doc
tetiap bln sy cerita pasal tarikh pusingan haid sy ni sbb tarikh sy pi umrah ialah 13hb mac
so awal bln 2 tu doc dh bagi ubat..
doc kate, kene makan 5 hari b4 umrah iaitu pada 8hb mac

so utk bln 2 tu sy tggu la haid sy
tggu punye tggu tak kuar2 jgk
akhirnya haid sy kuar pd 19hb. lewat 7 hari.
terkejut jgk sebab selama ni sy tak pnah ade masalah dgn kedatangan haid sy.
kalau lewat atau awal pun dalam 2 hari saje.
sy berdoa pada Allah moga haid sy takkan kuar selagi saya tak selesai mengerjakan umrah
jadinya saya tak makan pun pil yg doc bagi tu sbb dh yakin sgt haid sy xkan kuar pd 12hb
lgpun risau jgk, kenkawan kate pil tu tak bagus sgt utk org yg lum kawin cam sy ni

mase kat Mekah, iaitu 15hb perut dh rase sengal dan pinggang dah sakit
kebiasaannya, kalau dah ada tanda begitu, tak lama lg 'adik angkat' akan kuar
sejak tu sy dh mula risau..sy minum air zamzam berniat tahanlah dulu haid ni smbil berdoa dgn Allah
so setiap kali berihram, sy akan niat bersyarat jd kalau sy kuar haid pun, sy takkan dikenakan dam dan takkan tergantung gitu ajer sepanjang idup sy
alhamdulillah, sy berjaya kerjakan 2x umrah wlpn dalam sengal2 perut n sakit pinggang

syukur tuhan telah makbulkan doa sy dan sy dpt beribadat kat mekah sepuas2nya
tp sedih...pd kamis malam (18hb) haid sy kuar
kebetulan jumaat esoknya dah nak meninggalkan mekah
sedihnya tak terkata sbb tak dapat buat tawaf wida'
hanya baca doa selamat tinggal di pintu masjid aje
nasib baik dpt nampak kaabah wlpn sipi2
masa baca doa tu hanya Allah saje yg tau prasaan sedih kat dlm ati ni
berjurai2 air mata keluar..org tgk pun sy tak peduli asalkan sy dpt lepaskan prasaan cinta rindu dendam kat kaabah nnt bile dh balik mesia

tp sy bersyukur sbb sy xperlu makan ubat utk tahan haid sy
Alhamdulillah..tuhan dah kabulkan doa sy wlpn agak sedih tak dpt buat tawaf wida'
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 08:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by JulietTheOrange at 29-3-2010 08:46



nak citer sket pengalaman pasal haid nie..
ok..pusingan haid sy adelah sekitar 12hb setiap bulan
jadi bermula dr bln 12, sy dh jmpe doc
...
JulietTheOrange Post at 29-3-2010 08:45


terima kasih sangat2 atas perkongsian pengalaman. cuma nak tanya jugak, ubat norcolut tu buleh beli kat farmasi je ke, atau kena pegi klinik jugak ke.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 10:27 AM | Show all posts
salam semua..

ibu rosputih n kak jelly bee..terima kasih..
acik azie..saya ade juga ambil pil penahan haid tapi bukan norculot..lain ker?doktor yg bagi lepas saya bgtau ape masalah saya.
al asil n oren..akak nye kitaran haid mmg x menetu sejak zaman sekolah dulu..kadang2 pernah setahun 2 kali jer..
so bila nak pegi ni,bulan 2 hari tu jumpa doktor.so doc bagi pil perancang-T NORDETTE.kalo selepas akak ambil ubat tu akak dtg haid,makan hari kedua.dan kalo x datang sebelum 25hb,akak kene start makan 25hb 3 ni..jadi memnadangkan akak nye jadual tunda ke 3hb,jumpa doc semula n doc suruh makan 30.maknenye esok la..

tapi,jumpa sorang lagi doc kat kampung semalam,die kate jangan makan dulu.makan bile kite dah sampai madinah sebab masa tu hormon kite dah sesuai dengan keadaan cuaca kat sana..kalo start makan sekarang,bile dah smpi sane nanti badan terkejut,x mustahil boleh dtg haid..

aduhhh...sekarang tgh berdebar.tgh pening fikir yg mana satu nak ikut ada cadangan dan pendapat x kawan2 kat sini.saya btol2 tgh berbelah bagi skarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 03:49 PM | Show all posts
salam semua..

ibu rosputih n kak jelly bee..terima kasih..
acik azie..saya ade juga ambil pil penahan haid tapi bukan norculot..lain ker?doktor yg bagi lepas saya bgtau ape masalah  ...
freshoren Post at 29-3-2010 10:27


Salam freshoren...problem juga masaalah haid u nie. Apa2 pun kita berdoa aje pada Allah s.w.t semoga beri yang terbaik utk kita supaya dapat beribadat dgn lancar. Lagi satu, kena ikut kata hati..tengok macamana keadaan badan kita, sekiranya badan u rasa lain macam sikit ala2 nak peyiod u boleh ambil ubat. Kalau tak ada sign apa2 buat tak tau aje lah....

Niat umrah bersyarat pada yg belum dtg haid :

Bismillahirrahmannirrahim sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram denganya sekiranya datang keuzuran haid ku maka halalkan aku seperti orang yang halal.

Last 2 month my friend pegi umrah pun ada masaalah peyiod nie. sebelum berangkat mmg peyiod dia dah penghujung tapi bila sampai madina tak abis2 lagi. Lalu dia pergi ke Farmasi cari ubat utk hentikan peyiod Allahamdulillah berhenti pulak. Tu sebab kekadang perubahan cuaca pun boleh membuatkan hormon seseorang berubah. Macam pengalaman akak jugak le ari tu kalau nak di ikutkan lambat lagi. Tapi apa2 pun Allah maha mengetahui...Subhanallah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 05:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 25-3-2010 13:56



Assalamualaikum...
Jus manggo Mekah memang kow..kow..loon..pekat..sedap..
Tak boleh lawan...
Selalu jugak beli Jus Manggo KARIM kat Bin dawood..
...
aziefa Post at 25-3-2010 13:54



assalamualaikum

kak zie.. sedapnya air manggo ni... utk hanni xde ke?
teringat pulak ais krim kat Mekah.. Ya Allah sedapnya..
isshh mengimbau balik kenangan kat Tanah Suci..
Tiap kali balik dr masjidil haram.. mesti singgah kat shopping mall anak ustaz Daud Che Ngah tu...(Bin dawood)..
kadang air, kadang beli burger.. kadang tu belik cucur (ermm x tau apa nama makanan tu, tapi mmg cucur@jemput2 kat sini).. tapi slalunya beli aiskrim la....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 05:14 PM | Show all posts
lg satu saya konpius dah.....dulu penah p kursus masa nk g umrah...ustaz kata kita kena gunting rambut kita dulu baru bole gunting rambut kawan..tp td ustaz lain ckp kita bole gunting rambut kawan kita janji kawan kita tu dh selesai sa'e, wp masa tu kita belum tahalul.

yg mana 1 betoi ni...?


x der sapa nk jawap soklan saya ka?:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2010 05:17 PM | Show all posts
405# al-asil

buat al-asil n freshoren.. bersabarlah ye. Ni semua dugaan Allah.
Insyallah ada rahmat disebalik segala kelewatan ini..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 05:44 PM | Show all posts
lg satu saya konpius dah.....dulu penah p kursus masa nk g umrah...ustaz kata kita kena gunting rambut kita dulu baru bole gunting rambut kawan..tp td ustaz lain ckp kita bole gunting rambut kawan kit ...
Mas916 Post at 29-3-2010 17:14


Salam mas916, dulu2 masa pegi kursus kalau tak silap akak ustaz kata sebaik2nya kita bertahalul utk diri sendiri dulu baru buat utk kawan. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2010 08:00 AM | Show all posts
Salam semua teman teman yang dirahmati Allah swt

Alhamdulillah syukur saya selamat tiba pada 12.45 tengahari semalam. Saya tidak berapa sihat, demam serta mengalami selsema serta batuk jadi tidak dapat bercerita panjang hari ni, mungkin esok jika keadaan mengizinkan saya kembali.

Untuk teman teman yang akan berangkat ke Madinah dan Makkah dalam masa terdekat keadaan cuaca sudah mula panas terik, jadi bawa sunglasses juga ubatan2 untuk bekalan.

Sekeping gambar untuk tatapan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2010 08:16 AM | Show all posts
Juga sekiranya teman2 ingin membeli kurma, jubah & lain2, belilah di Madinah sebab di Makkah harga sedikit mahal dan tak banyak pilihan. Seperti kurma Ajwa di Madinah yang bagus boleh dapat dalam RM60 keatas tapi di Makkah yang tak berapa fresh pun dalam RM80 keatas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.342936 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list