|
~★~★~ DAHOLICS 2nd TOWER : GERAK GEMPUR AFUNDI DAUS ~★~★~
[Copy link]
|
|
motipppp momod perasan ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
uols kenal ngan TT ke noks |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fuhhyoOoO at 4-4-2010 11:47
Norman: Nad Patut Tersingkir
Pengetua AF8, Norman Abdul Halim ketika ditanya tentang peserta manakah yang patut tersingkir daripada konsert minggu ketiga jika diukur daripada kualiti persembahan pada malam tersebut, mengakui Nad merupakan peserta yang menjadi pilihannya.
Nad atau nama sebenarnya Nadia Emilia Roselan menurut Norman, tidak memberikan persembahan yang baik atau menonjolkan kemampuan sebenarnya.
" ada konsert minggu pertama, kedua dan ketiga persembahan Nad sangat mengecewakan. Dia tidak menonjolkan keupayaannya yang sebenar. Malah semalam saya hadir untuk menyaksikan sesi 'rehearsal' dan dia menyanyikan lagu "Bulan Cinta" jauh lebih baik daripada malam ini. Mungkin kerana dia gugup atau ada sebab-sebab lain," jelas Norman berterus-terang.
Walau bagaimanapun Norman menafikan dakwaan yang dilemparkan oleh Adlin, yang mengatakan para peserta AF8 seperti tidak berada di dalam sebuah pertandingan kerana bersikap terlalu relaks.
"Kesemua peserta menunjukkan daya bersaing serta komitmen yang tinggi. Cuma pada malam ini saya lihat Nad yang paling tidak menonjol," ujar Norman.
Ketika ditanya tentang peserta yang paling meningkat prestasinya, Norman tidak ragu-ragu memberitahu bahawa Daus adalah peserta pilihannya. Katanya peserta yang berasal dari Kuching, Sarawak itu mudah mendengar kata serta mempraktikkan apa yang diajar kepadanya.![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
" ada mulanya saya anggap Daus tak patut berada di dalam AF8. Tetapi setelah beberapa minggu, saya lihat dia sebagai pelajar yang paling cepat 'menangkap' apa yang diajar. Malah dia tahu apa yang kita nak serta mempraktikkan apa yang diajar oleh tenaga pengajar," ulas Norman.
Sementara itu, mengenai peserta yang paling menonjol pula, Norman mengakui Maulana dilihat sebagai peserta yang paling menyerlah semasa konsert ketiga. Katanya Maulana berusaha memberikan persembahan terbaik buat para penonton dan dia berjaya melakukannya.
"Maulana selalu berusaha keras. Malah lihat sahaja tali yang diikat pada kakinya. Itu semua adalah usahanya sendiri dan saya mahu pelajar lain mencontohinya," ujar Norman yang mengakui kurang berpuas hati dengan segelintir peserta yang membuat persembahan pada malam tersebut.
Peserta Paling Meningkat Prestasinya
Adlin Aman Ramlie - Maulana & Farina
Juliza Adlizan - Tiada peserta pilihan
Aznil Hj Nawawi - Nad
Peserta Paling Menonjol
Adlin Aman Ramlie - Maulana
Juliza Adlizan - Alif & Maulana
Aznil Hj Nawawi - Anum
Peserta Patut Tersingkir
Adlin Aman Ramlie - 3/4 peserta patut terkeluar
Juliza Adlizan - Nad
Aznil Hj Nawawi - Nad
kedit to gua.com |
|
|
|
|
|
|
|
aisehhhhhh...abang aku minat gilerr dgan nAd nih![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|