|
Merong Mahawangsa kutip RM500k/Epik Melayu Wajah Inggeris_post 138_ms6
[Copy link]
|
|
wow... tinggi rating tu pa cit.
~ Mmg ada niat nak gi tengok sambil menikmati sabsidi har ...
Bolayan Post at 18-3-2011 16:57
Sebab pak cik suka aksi2 bergasak...naik semangat pak cik...lagi pun hero dia tu hansem..bukan hansem macam Sakai_Hensem kita tu..boleh plak bertutur didalam Bahasa Melayu.
Cita cintan cintun, leleh leleh, nyanyi2 macam Puteri Gunung Ledang tu pak cik tak tengok pun..
pi la tengok..masa satu panggung ngan Pak cik tu...ada kaum cina sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak kita tengok filem HMM dengan fikiran terbuka? ianya amat tidak sempurna, tetapi ianya satu filem yg menggambarkan satu usaha untuk cuba sesuatu yang baru. KRU always experimenting something new. trying different genre, approach, etc etc. trying to bring malaysia's film to a new level. mungkin usaha kali ini kurang berjaya, siapa tahu di masa hadapan mungkin lebih baik. and this sort of thing could give other film producers more challenges and be more competitive. kudos to KRU for their effort. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam yusri kru cakap dah capai 3.3 juta
sayang_mulut Post at 18-3-2011 09:45
tu baru kat malaysia je.. belum lagi kat luar negara. dgr citer nak tayang 72 buah negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tgk cerita2 KRU buat... dia more kepada ala2 hollywood, superhero, cgi, fantasi.... kira agak berlainan ngan produksi2 lain di malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
sekurang2nya mereka cuba kluar dari genre filem melayu..
asik duk citer seram, citer lawak ngan citer jiwang je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 424# shahx
dorang dah lame balik modal dah... semalam yusri cakap dalm sinar |
|
|
|
|
|
|
|
Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa
oleh : Dato' Profesor Dr. Siti Hawa Hj Salleh
Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu tradisional dan tertulis dengan mematuhi struktur penulisan pensejarahan tradisional seperti yang dapat dikesan pada penulisan Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Sulalat al - Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Banjar dan pelbagai hasil penulisan sejarah tradisional Melayu yang lain.
Hikayat ini mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.
Penulisan hikayat ini menggemblengkan ketiga-tiga unsur tempatan, unsur Hindu dan Islam dan ternyata cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama Islam. Pengarangnya, seorang pujangga istana Kedah, amat setia pada struktur pensejarahan tradisional Melayu kerana memulakan ceritanya dengan mengemukaka asal usul rajanya, peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir (semasa penyalinan terakhir dilaksanakan), kisah pengislaman dan beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri Kedah mengikut penilaian dan kacamata masyarakat sezaman.
Walaupun tidak semua hasil penulisan sejarah tradisional ditulis berdasarkan ciri-ciri penulisan sejarah tetapi hanya sebahagian daripada ciri-ciri tersebut, Hikayat Merong Mahawangsa tertulis dengan berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan konsep sejarah masyarakat zaman silam.
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China. Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri. Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.
Pengarang tidak menyebut langsung perkaitan antara negeri Kedah dengan negeri Perak dan Patani tetapi menggambarkan wujudnya pertalian yang erat antara negeri Kedah dengan negeri Siam. Pengarang menceritakan bagaimana bermulanya tradisi penghantaran bunga emas dan bunga perak oleh negeri Kedah kepada Siam bila Raja Seri Mahawangsa (Raja Kedah yang ketiga) mendapat berita kekanda sulungnya Raja Siam mendapat putera. Terus raja Kedah memerintahkan supaya tradisi menghantar bunga emas itu diteruskan hingga ke akhir zaman setiap kali mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah puteranya, Raja Seri Maha Inderawangsa menentang perintahnya dan berkahwin dengan puteri bangsa gergasi. Perkahwinan inilah yang melahirkan Raja Bersiung, raja yang paling terkenal dalam hikayat ini. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih terkenal sebagai Raja Bersiung menjadi seorang Raja yang zalim terhadap rakyatnya sendiri dan tersingkir dari takhta. Baginda diganti oleh puteranya yang bergelar Raja Phra Ong Mahaputisat yang digantikan pula oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa.
Dalam zaman pemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsalah, negeri Kedah menerima Islam yang dibawa oleh Syeikh Abdullah. Baginda merupakan raja Kedah pertama memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Mudzaffar (sic Muzaffar) Syah. Setelah selesai meletakkan asas keislaman di negeri itu, Syeikh Abdullah pulang ke Baghdad. Sultan Mudzaffal Syah diganti oleh puteranya bergelar Sultan Mu'azzam Syah. Hikayat diakhiri dengan jurai keturunan raja-raja yang memerintah Kedah hingga ke Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, raja yang memerintah semasa hikayat ini disalin kali terakhir.
Jelas kelihatan bahawa hikayat ini dikarang selepas ketibaan Islam dan pengarang banyak memberi perhatian kepada peristiwa-peristiwa tertentu yang menyerlahkan asal-usul rajanya, pertalian dengan Siam yang menceritakan mengikut kebijaksanaan pengarang untuk menjaga kedaulatan raja dan negerinya, kisah kedatangan Islam yang sengaja dikemukakan berbeza dengan kedatangan Islam ke Pasai dalam Hikayat Raja Pasai dan kedatangan Islam ke Melaka dalam Sulalat al Salatin (Sejarah Melayu) dan lain-lain peristiwa. Ini membuktikan bahawa hikayat ini dikarang secara sedar oleh pengarangnya dengan tujuan mengagungkan kedaulatan raja dan negerinya.
Sources : http://www.mykedah2.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 19-3-2011 12:22
Sejarah Kemasukan Islam Di Kedah Dan Perkembangannya
Peperangan Seri Rama Dan Andanum
Ketika Islam menyerang India lebih kurang dalam tahun 1000 sebuah kerajaan Hindu di pantai Koromandel bernama Chola mempunyai angkatan laut yang kuat. Perhubungan antara Srivijaya dan Chola dikira boleh tahan tetapi Chola tidak senang dengan undang-undang dan peraturan yang dikenakan oleh Srivijaya ke atas kapal-kapal asing dan dengan monopoli-monopoli ekonomi yang dipegang oleh Srivijaya di Nusantara. Serangan-serangan orang Islam di Utara India dan rancaknya saudagar-saudagar Islam : Arab dan Iran serta Melayu di Lautan India merimaskan Rajendra Chola.
Dengan itu pada 1025, Raja Rajendra Chola menyerang Srivijaya dan menyebut bahawa Kedah yang menjadi sebuah dari pusat-pusat penting empayar itu dimusnahkan dengan teruknya.
Dalam bahasa Tamil yang digunakan oleh Rajendra Chola, Kedah disebut sebagai " Kadaram ". Sebuah inskripsi di dalam sebuah kuil di Tanjor berbunyi :
" Beta Rajendra menghantar beratus-ratus kapal ke lautan bergelora telah berjaya menawan Sang Rama Bijaya Tungga Warman iaitu Raja Negeri Kadaram sekali dengan gajah-gajah angkatan perangnya yang sangat hebat. Beta telah merampas harta-harta yang amat banyak kepunyaaan raja itu yang dikumpulnya dengan jujur sejak beberapa lama. "
(Paul Wheatley, 1961 : 199-200)
Seterusnya inskripsi Tanjor mendaftarkan nama negeri-negeri dalam Empayar Srivijaya yang dimusnahkan oleh Rajendra Chola Diantara negeri-negeri yang dapat dikenali ialah Pannai (Pane di Sumatera), Malayur (Jambi), Legor, Phanrang di Champa; Trang, Chaiyya di Thailand, Lamuri (Acheh), Pulau Nikobar dan Kadaram (Kedah).
Kedah telah disebut-sebut oleh Rajendra sebagai negeri yang paling hebat membuat tindak balas dan kita sedari ini terjadi kerana Kedah mempunyai paling ramai penduduk Islam. Dari serangan Chola, Kedah menjadi padang jarak, padang tekukur.
" Sebermula maka tersebutlah perkataan Pulau Langkapuri (Langkawi) itu selama peninggal Perang Seri Rama dan Andanum jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-siapa duduk ".
Beginilah gambaran peperangan antara Raja Chola dan Kedah yang terdaya dicatatkan oleh Hikayat Merong Mahawangsa.
Raja Kedah yang pertama sebelum Islam menjadi agama rasmi
Lebih kurang dalam tahun 1000 Masihi Syi'ah di Iran memulakan gerakan memburu orang-orang Ahli's Sunnah Wal Jamaah dari bumi Iran. Kedudukan orang-orang Ahli's Sunnah amat pincang dan terdesak sekali. Mereka terpaksa berhijrah besar-besaran ke tempat-tempat yang tidak diganggu gugat oleh Syi'ah.
Sebahagian dari orang-orang Ahli's Sunnah Iran sampai di Nusantara dan pada masa inilah Merong Mahawangsa atau Maha Raja Durbar Raja sampai di Kedah. Bumi Kedah dibakar oleh Chola masih berasap.
Hikayat Merong Mahawangsa menyebut bahawa Raja Kedah yang pertama ialah Merong Mahawangsa. Baginda menjadi duta Maharaja Rom untuk membawa Putera Raja Rom berkahwin dengan Puteri Maharaja China.
Dalam pelayaran, angkatan Merong Mahawangsa telah diserang oleh burung garuda di laut berhampiran Pulau Langkapuri. Angkatan Merong Mahawangsa yang " penuh laut " telah binasa melainkan kapal Merong Mahawangsa sendiri. Baginda terpaksa mendarat di pantai berhampiran kaki Gunung Jerai. Di situ baginda dirajakan oleh penduduk tempatan.
Negeri Rom yang dimaksudkan ialah wilayah Empayar Parsi atau Iran, satu masanya sebahagian dari wilayah Empayar Rom Timur. Kawasan ini sudah pun menerima Islam sejak zaman Khulafa-ur Rasyidin. Kepada orang-orang Arab bekas wilayah Empayar Rom di Utara Iran ini ialah " Rom ". Di kawasan inilah orang-orang Iran dan orang-orang Turki silih berganti menegakkan beberapa buah kerajaan Islam yang kuat.
Burung Garuda ialah kenderaan Dewa Wisnu dan menjadi satu dari lambang-lambang agama Hindu. Angkatan Merong Mahawangsa tidak dapat dielakkan dari diserang oleh angkatan perang Hindu. Dalam KM 11 dan 12, serangan-serangan angkatan Hindu ke atas angkatan Islam di Laut India adalah fenomena biasa.
Merong Mahawangsa dikatakan telah berkahwin dengan seorang gadis Orang Laut dari suku Gergasi dan menggalakkan rakyatnya bercampur darah diantara kaum. Amalan ini bukanlah amalan orang beragama Hindu.
Butiran dari " Al-Tarikh Salasilah "
Mengikut " Al-Tarikh Salasilah ", Raja Kedah yang pertama ialah Maharaja Durbar raja yang berasal dari " Negeri Gumarun di dalam Tanah Parsi (Bandar Abbas Iran) ". Baginda ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang lebih kuat. Gumarun ini ialah sebuah pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian sekarang. Dan kawasan ini telah memeluk Islam sejak zaman Khulafa-ur Rasyidin lagi.
Raja Kedah yang pertama telah memperkenalkan " Nobat " di istananya. Orkestra ini berasal dari istana Khalifah Harun al-Rashid di Baghdad. Alat-alat muziknya yang dikumpul bercorak Hindu dan Peribumi. Bagaimanapun, nobat adalah pakaian khalifah-khalifah Islam di Baghdad. Jadi Raja Kedah yang pertama, mengikut dua-dua buku ini ialah orang yang sudah kenal dengan kebesaran agama Islam dan ajaran-ajaran Nabi Muhammad S.A.W. walaupun tidak tercatat mereka memeluk Islam.
Maharaja Durbar membina istananya " Kota Langkasuka " di Sok, enam puluh batu ke timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan Kedah dan Langkasuka.
Merong Mahawangsa pula mendirikan istananya di timur Gunung Jerai di tempat yang tidak dapat dipastikan tetapi amat berhampiran dengan Kuala Merbok iaitu tapak permulaan jalan menuju ke Langkasuka di Pantai Timur.
Dari persamaan ini dan persamaan-persamaan lain lagi boleh dikatakan bahawa Merong Mahawangsa dan Maharaja Durbar Raja itu raja yang sama.
Merong Mahawangsa lebih popular disebut orang sebagai raja yang pertama kerana hikayatnya lebih awal dan lebih meluas dibaca anak negeri. " Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah " ditulis oleh Muhammad Hassan hanya dalam tahun 1928.
Perasmian Agama Islam mengikut " Merong Mahawangsa "
Hikayat Merong Mahawangsa menceritakan bagaimana Islam diperkenalkan di Kedah. Kononnya seorang Wali Allah bernama Syeikh Abdullah di Baghdad mempunyai seorang murid yang bernama Syeikh Abdullah al -Yamani. Melalui pertolongan gurunya, Syeikh Abdullah al-Yamani dapat bersahabat dengan iblis (Jin).
Syeikh Abdullah diberi sebatang tongkat yang dapat menghilangkan dirinya dari penglihatan manusia apabila memegang tongkat itu. Iblis membawa Syeikh Abdullah terbang ke Kedah mengunjungi Raja Phra Ong Mahawangsa di istananya di Bukit Meriam. Di istana itu iblis mengharingkan minuman keras yang akan diminum oleh raja. Tuan Syeikh memarahi iblis kerana berkelakuan demikian dan timbullah satu pertengkaran kecil. Iblis bertindak merebut kembali tongkat saktinya dari Syeikh Abdullah dan Raja Kedah pun terlihatlah tubuh badan Syeikh Abdullah al-Yamani berdiri di hadapannya.
Syeikh Abdullah menerang satu persatu apa yang terjadi dan sejak itu Raja Phra Ong terus memeluk Islam, bertaubat tidak mahu minum arak lagi, dan mengubah nama baginda menjadi Sultan Muzaffal Syah.
|
|
|
|
|
|
|
|
blom tgk lg criter neh, tp best tk mcm Queen of Langkasuka? naper erk kt Thailand lg byk produce pilem2 epic dr kt mesia neh? |
|
|
|
|
|
|
|
blom tgk lg criter neh, tp best tk mcm Queen of Langkasuka? naper erk kt Thailand lg byk produce pil ...
dutchy Post at 19-3-2011 16:52
weh lamo x nampak dutchy g mana? |
|
|
|
|
|
|
|
blom tgk lg criter neh, tp best tk mcm Queen of Langkasuka? naper erk kt Thailand lg byk produce pil ...
dutchy Post at 19-3-2011 15:52
industri hiburan Thailand memang lebih produktif. mungkin faktor market size. Penonton malaysia dah lah sikit, diskaun bukan melayu separuh, diskaun lagi melayu yang tak tengok citer melayu, you get the idea.... |
|
|
|
|
|
|
|
siam banyak buat pelem sejarah ; bang rajan, king naresuan, queen of langkasuka, suriyothai, etc etc |
|
|
|
|
|
|
|
depa ada akademi felem diraja... |
|
|
|
|
|
|
|
dont get me wrong, i love kru, infact mmg fan dari zaman sek rendah lagik.. but this movie is to muc ...
nuryakmal Post at 17-3-2011 11:51
ok....agak2 ko sape yg sesuai mengarah sekiranya bukan si yusri yg mengarah? cer citer2. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 427# sayang_mulut
ye lah ben pon dgr semlm.... filem ni di marketkn ke 72 buah negara ke gitu lar kn? betolkn kalo silap.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sayang_mulut
ye lah ben pon dgr semlm.... filem ni di marketkn ke 72 buah negara ke gitu la ...
benkiut Post at 19-3-2011 21:36
hi ahben...... kinda miss you too..... |
|
|
|
|
|
|
|
singapore ada produce filem epic tak?...
Oo mesti takde sebab derang punya sejarah mula selepas LKY memerintah... heheh.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|