|
Welcome back Muaz
Tp rs sian plk kt zhafran ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ala tetap nak sokong muaz
sedihhh |
|
|
|
|
|
|
|
muaz blh welcome back tp...jgn la pisahkan zhafran...![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
muaz is back ![](static/image/smiley/onion/punish.gif) ![](static/image/smiley/onion/stress.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
I think muaz is meant to be with azalea |
|
|
|
|
|
|
|
Tenkiu semua yg membaca dan memberi komen, kaka sgt hargai![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
Bab 32
Azalea menyemak survey yang sudah siap dan memberi komen pada pelajarnya. Rata rata dia berpuas hati dengan kerja mereka. Nasib baik dia dapat kumpulan yang rajin dan boleh bekerjasama. Ramai juga pelajar jurusan komunikasi yang gila glamor dan kaki bangkang. Buat pensyarah pening dan naik angin!
“ Nelly, bagi satu borang survey. Biar saya tolong temuduga jiran jiran di sini”
Nelly senyum lebar “ Terimakasih Puan. Ringan sikit kerja kita orang. Puan nak survey pemilik homestay atau bukan pemilik?”
“ Bukan pemilik.” Setahunya Budin ada kedai runcit dan stesen minyak. Mengikut cerita Mak Yan dan Pak Ali, Budin orang berada di Kampung Api Api. Tanpa lengah Azalea mengambil borang dan bergerak ke arah rumah batu yang mengadap jalan raya. Ada debaran di dada nya yang tak dapat di jelaskan. Aku ni berharap sangat kah yang lelaki itu Muaz? Oh.. tidak! Bukan mendatangkan apa apa faedah bagi aku pun. Azalea terbayang wajah ibubapa Muaz. Tentu nya kenduri kambing golek 10 hari 10 malam kalau anak kesayangan di temui.
“ Apasal kau nampak nervous?” soal Kerina. Dia mempercepatkan langkah agar bersaing dengan Azalea. Macam nak ke medan perang kawan aku ni.
“ Nervous ke? Aku risau juga kalau klon Muaz tu mengamuk. Cara Mak Yan cerita macam dia tak berapa betul”
“ Kau ingat dia akan mengamuk ke? Kalau macam tu aku takut nak pergi. Tak pasal pasal aku tak sempat nikah nanti”
“ Keri, kau tak payah ikut. Aku pun tak nak apa apa jadi kat kau. Don’t worry, I can handle it myself” Azalea menepuk bahu Kerina. Kerina nampak serba salah, takut memang takut. Tapi kalau tak ikut, tak dapat lah cerita secara “live”. Cerita versi Azalea nanti tentu kena edit.
“ Ah, dah nak sampai pun. Let’s go!” putus Kerina. Dari luar, rumah Budin kelihatan cantik dan moden berbanding rumah rumah lain di situ.
“ Bismillahirrohmanirrohim” Ucap Azalea. Dia menarik nafas dan mengetuk pintu depan. Tak lama kemudian pintu di buka oleh seorang wanita separuh baya. Gelang tangan bersusun dan rantai leher mas pukal tebal macam tali ikat kerbau!
“ Cari siapa?” Nada suaranya keras. Sesuai dengan riak muka nya yang sombong. Macamlah kita datang nak minta derma, desis Azalea dalam hati.
“ Assalamualaikum Puan. Saya Azalea pensyarah dari Universiti Putra dan ini kawan saya Kerina. Saya di tugaskan oleh Datuk Saberi Sapian untuk buat survey tentang homestay di sini. Boleh saya temubual Puan dan suami Puan?” Orang bajet hebat ni kena sebut nama Datuk Tan Sri baru nak layan kita.
“ Jemputlah masuk. Suami saya tengah solat. Saya Salmi. Panggil Kak Sal.“ Betul pun tekaan Azalea. Wanita bergincu merah itu menghadiahkan senyuman manis. Dia dan Kerina melangkah masuk ke ruang tamu yang di penuhi perabut gaya Itali. Perhiasan kristal di setiap sudut bukan main berkilauan lagi. Dia tercari cari kelibat Mat tapi hampa.
“Ha … itu dia suami saya Tuan Haji Shahbudin. “ Lelaki berbadan gempal itu menaikkan kening pada isterinya seolah bertanya siapa gerangan tetamu mereka. Azalea bangun dari sofa empuk dan memperkenalkan diri mereka dan memberi kad nama.
|
|
|
|
|
|
|
|
“ Apa khabar Tuan Haji? Maaf lah kami menganggu. Kami datang untuk tanya pendapat Tuan Haji pasal kegiatan pelancongan seperti homestay”
“ Panggil saja Pakcik Budin, tak payah ber tuan haji. “ Budin melabuh duduk di sofa dan mengenakan cermin mata.
“ Kita tak buat homestay, tak suka lah orang luar keluar masuk rumah. Mana nak tahu orang tu jahat atau baik? Silap silap dapat penyamun. Rumah ni banyak barang mahal, takut pecah atau hilang. Barang ni semua bukan senang nak cari, banyak yang kita beli obersee.” Salmi bersuara panjang lebar sambil tangannya yang bergelang tebal menunjuk perhiasan dalam ruang tamu.
“ Saya faham kenapa Kak Sal tak buat homestay. Ya lah, rumah cantik macam ni susah juga nak jaga kan?” Azalea mengambil hati isteri orang kaya kampung.
“ Betul! Orang gaji pun Kak Sal tak percaya, apa lagi nak bagi orang yang kita tak kenal duduk sini. Lagipun duit kita dah cukup”
“Sal, buat lah air untuk budak budak ni” Budin memotong cakap isterinya. Si Salmi ni dah mula “over”. Riak dan takbur tak ingat Tuhan.
“ Mana si Mat? Keluar merayau lah tu. Humphh.. tak boleh harap!” dengus Salmi
“ Tak payah susah susah, kita dah minum” pintas Kerina.
“ Kamu ni Sal, takkan Mat nak buat air untuk tetamu? Lagipun Abang suruh Mat ke kedai. Hari ni stok sampai dari gudang” Azalea dan Kerina bertukar pandang. Kecewa uols. Tak dapat lah nak tengok Mat.
“Hmm… Azalea nak tanya apa lagi pasal homestay? Rumah Pakcik ni bukan homestay tapi Pakcik sokong jiran jiran yang buat homestay. Ramai orang luar datang ke sini, baru hidup kampung ni. Kalau tak sunyi sepi saja.”
“ Tapi ada juga pelancong yang kurang ajar. Buat bising sampai tengah malam, pakai baju tak cukup kain, tayang kaki tayang dada. Yang tu saya tak suka. “ Salmi mencelah. Azalea mencatit semua poin di kertas survey. Dia terus bertanya beberapa soalan lain walaupun hatinya tergaru garu nak buka topik tentang klon Muaz.
“ Pakcik Budin dengan Kak Sal tinggal berdua saja di rumah ni?”
“ Anak kami seorang saja. Bila dah kahwin dia ikut suami dia ke KL.”
“ Mat tu siapa pula, Pakcik?”
“ Entah siapa Pakcik ni pergi kutip. Dah lah kepala tak betul. Buat perabih beras saja” omel Salmi dengan mulut terjuih.
“ Sal! Tak baik cakap macam tu. Sejak Mat duduk dengan kita lah rezeki kita bertambah. Maaf ya, Azalea , Kerina. Sebenarnya Mat tu anak angkat Pakcik tapi bukanlah budak kecil lagi. Pakcik dah tua, mana nak larat jaga anak kecil. Mat tu dah besar panjang orangnya. Senang sikit kerja pakcik bila dia ada, banyak benda dia tolong buat.”
“ Macam mana Pakcik jumpa dia?”
" Satu hari tu, Pakcik pergi memancing naik bot dengan kawan kawan ke Pulau Tapai. Memancing tu hobi Pakcik. Kita orang terjumpa lelaki terdampar di pantai. Ingatkan dah arwah rupanya masih hidup. Pakcik pun bawa lah dia balik. Dia dah hilang ingatan, yang dia ingat nama dia Mat. Mykad pun dah hilang.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah muaz mengingati azalea? |
|
|
|
|
|
|
|
Seolah di seru, lelaki bernama Mat menjenguk dari pintu dapur. Nafas Azalea terhenti. Memang sebijik rupa Muaz! Cuma bukanlah klon 100%…. Ini versi hero kampung. Spontan dia mencuit tangan Kerina.
“ Ha.. itu dia anak kesayangan Abang dah balik. Mat, apa jenguk jenguk tu? Tak pernah tengok perempuan? “ Mata Salmi mencerlung.
“ Mat… mari ke depan jumpa tetamu. Sal , kering dah tekak abang dengan tetamu kita. Pergilah buat air” Budin mula naik geram dengan Salmi yang celupar. Depan tetamu pun nak melaser saja kerjanya. Kasihan Mat! Salmi bingkas bangun dengan muka merah.
Langkah Mat perlahan dan sedikit canggung. Mungkin ada kecederaan di kakinya, teka Azalea.
“ Mat, duduk lah” Budin menepuk kerusi di sebelahnya. “ Ini Azalea dan Kerina dari Kuala Lumpur”
Azalea senyum segaris dan mengangguk. “ Apa khabar Mat?”. Mata Mat tidak berkelip memandangnya.
“ Mat sihat. Tadi Mat makan KFC di pekan. Pakcik Aman belanja. Sedappp!” Matanya bercahaya kegirangan sambil menunjukkan ibu jari. Senyum lebarnya menampakkan gigi depan yang sudah rongak. Lagak nya macam kanak kanak riang walaupun tuturkata nya sempurna.
Azalea rasa sayu sekali. Tubir matanya bertakung. Makin lama berdepan dengan Mat, dia makin yakin yang Mat =Muaz. Macam mana reaksi Datuk Zaki dan Datin Sakinah nanti kalau bertemu Mat? Harap mereka dapat menerima Mat seadanya. Lagipun tentu ada rawatan psikiatri yang boleh pulihkan lelaki ini.
“ Sedap ya? Nanti kita bawa Mat makan di sana lagi, nak?” Kerina mempelawa.
“ Nak. Tapi bukan hari ini lah. Mat kenyang lagi “ Mat masih memerhati Azalea yang terkedu tak terkata.
“ Okay, Mat. Malam ini Mak Yan nak bakar satay. Mat datang makan di rumah Mak Yan”
Senyuman Mat makin lebar. “ Boleh tak Abah? Mat suka Mak Yan. Dia pandai masak, dia baik. Tak macam mak kita, masak tak sedap.”
Jujur nya kau Mat. Azalea tersengih. Mata mereka bertembung. Mat menegakkan duduk tiba tiba.
“ Mat pernah jumpa kakak.. Kakak ni” Jari telunjuknya di tuju arah Azalea. Teruja sungguh gayanya.
“ Iya kah, Mat? Muka sama kot” Budin mengusap belakang Mat, cuba menenangkan anak angkatnya. Risau juga kalau angin pus pus Mat datang depan tetamu.
“ Taaakkk, sumpah Mat kenal dia. Ini lah kawan Mat, nama dia Yah. Yeay yeay! Mat dah jumpa Yah!”
|
|
|
|
|
|
|
|
amboi.... cepatnya komen
jawapan ada di bawah![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian kat mat ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian mat... ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
harap azalea cepat beritau datuk datin soh amek mat dari mak sal... |
|
|
|
|
|
|
|
semakin takut dgn hubungan lea n zhafran.... ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
che yah dan che mamat dah kembaliiiii.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa jadi pada muaz? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
hilang ingatan kah? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
mula2 tengok tajuk macam x best, tapi bila baca, terus jatuh cinta.....
Thanks kak Juna....sila sambung lg....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu...sian muaz
Huhu...sian zhafran
Kaka...nak lagi! ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yes!
muaz is back!
#teammuaz
sambung kakkkkk pleaseeee |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|