|
Hurmm......... Hi cikgu..
lama dah x mengikuti kelas sailing cikgu nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ranked 8th in the PWA Racing World Tour..........
Name: | Amy Carter | Year of Birth: | 1987 | Height: | 168 cm | Weight: | 58 kg | Hometown: | Harrow | Sailing since: | 1995 | Disciplines: | Formula | Best Results: | 1st Girl FW Youth Worlds Garda 2003,
1st Girl FW Youth Worlds Largs 2002 ,
1st Girl Aloha (5th Overall) UKWA 2001 |
Fuhhh.........hebat ppuan ni............ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #451 itik_serati's post
|
|
|
|
|
|
|
Balas #456 lily_kama\ catat
............ |
|
|
|
|
|
|
|
15 November, 2008
Juara WMRT Dinobatkan Pada Kejohanan Piala Monsun
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kejohanan Piala Monsun 2008 di Pulau Duyong, Terengganu dari 3 hingga 7 Dis ini akan turut menjadi medan bagi perlumbaan pusingan akhir Jelajah Lumba Perahu Layar Dunia (WMRT), yang akan menentukan juara dunia.
Juara Piala Monsun dan WMRT tahun lepas Ian Williams, yang tiba di Terengganu sebagai pilihan pertama kejuaraan Piala Monsun, berkata beliau menaruh harapan untuk mengulangi kejayaan bergandanya itu pada tahun ini.
Bagaimanapun, untuk mencapai hasrat itu, ketua Team Bahrain Pindar dari Britain ini, yang menduduki tangga teratas WMRT setelah mengumpul 92 mata, perlu bekerja keras bagi mengetepikan cabaran pelayar yang menduduki tangga kedua Sebastien Col (88 mata) dan Mathiew Richards, yang meraih 77 mata.
Walaupun berdasarkan perkiraan perlumbaan ini akan menyaksikan persaingan sengit antara Col, yang mengetuai Team Avera Challenge, dan Williams, namun Richards, yang mengetuai French Match Racing Team bagi menjuarai pusingan WMRT di Bermuda dan Brazil baru-baru ini, turut berpeluang meraih kemenangan.
" Persaingan merebut gelaran juara WMRT masih terbuka luas, terutama antara dua pasukan teratas dan kami menjangka persaingan hebat akan berlaku pada kejohanan Piala Monsun ini," kata juara Piala Monsun 2005 dan penasihat perlumbaan Datuk Peter Gilmour.
Bagaimanapun, peminat sukan ini juga tidak boleh mengetepikan cabaran yang bakal diberi oleh pelayar muda dan sedang mencipta nama dalam perlumbaan berkenaan.
Mereka termasuk pelayar New Zealand Adam Minoprio, 23, dari Black Match Racing Team, yang kini menduduki tempat keempat dengan 53 mata dan Torvar Mirsky, 22, dari Austria, yang mengetuai Mirsky Racing Team dan menduduki tempat kelima, juga dengan 53 mata.
Perlumban pada tahun ini disertai 12 pasukan yang menurunkan pelayar handalan termasuk Ben Ainslie, yang dinobatkan sebagai Pelayar Terbaik Rolex ISAF 2008 di Madrid, Sepanyol minggu ini.
Daripada 12 pasukan yang akan menyertai perlumbaan ini, 10 telah menempah tempat masing-masing, manakala dua pasukan lagi akan dipilih daripada pusingan kelayakan Malaysia dan Asia yang akan berlangsung dari 24 hingga 29 Nov di tempat yang sama.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|