|
pesal plak chot yg kuar
sepatutnyer 3-3 grup dpt masuk final
walo aku kompem sepah akn juare...mmg layak
tp aku nk lnj & chot pun ke final
tp ape kn daye...si amir plak yg masuk final:@ |
|
|
|
|
|
|
|
tahun ni juara dpt hadiah apa ek??? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila tengok Mime (lakonan berasaskan bacaan Jozan) bolehla cakap memang susah kalau jadi stand up comedian lebih - lebih lagi kalau kena buat skrip sendiri. Kalau ikut skrip orang lain senang sket. Tu yang Am tu lebih kelako bila buat Mime ataupun memang bakat dia slapstick gamaknya.erm ingatkan Ebby Yus pun jadi juri tapi tak do la pulak.
[ Last edited by tdpp2006 at 21-2-2009 10:44 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Am, Chot Akhirnya Ucap Selamat Tinggal
![](http://media.mit.net.my/photo/59/2202009_chotam(a).jpg)
KUALA LUMPUR, 21 FEB 2009: Selepas terselamat tanpa sebarang penyingkiran minggu lepas, kumpulan duo Chot dan peserta solo, Am, akhirnya terpaksa melangkah keluar daripada program lawak paling popular, Raja Lawak 3 yang ke udara di Astro Prima (Saluran 105) malam tadi.
Chot yang dianggotai dua sahabat baik, Hazmeer Hassan, 19, dan Shaiful Bakri, 19, dari Negeri Sembilan hanya meraih undian SMS sebanyak 14.82 peratus iaitu kedua terendah berbanding 6 peserta lain. Mereka muncul dengan watak ayam dan itik bagi mengikut kehendak tema minggu ini iaitu "Aku adalah..."
Manakala Am atau nama sebenarnya, Aman Shah Azmi, 25, mendapat undian tercorot iaitu 12.55 peratus SMS. Am gagal meraih ketawa penonton dengan karektornya sebagai sebuah tangga.
Am ketika ditemui oleh murai.com.my berkata, meskipun tersingkir, dia tetap berterima kasih dengan segala pengalaman sepanjang beraksi dalam Raja Lawak 3, apatah lagi berjaya bertahan sehingga minggu ke-8.
鈥淲alaupun saya terkeluar, saya tetap menganggapnya sebagai penyingkiran bermaruah. Lagipun, bukannya senang untuk sampai ke minggu ke-8 dan saya tak pernah menjangka untuk sampai ke tahap ini," kata Am.
Sementara itu, anggota Chot pula berkata, kelemahan dari segi pengisian lawak serta penghayatan yang kurang menyebabkan mereka turut terkeluar pada minggu ini.
"Sejak dari awal persembahan lagi, peratusan kami sudah rendah. Kami sudah pun buat apa yang termampu dan menjangkakan penyingkiran ini akan berlaku kepada kami minggu ini," kata Aman yang langsung tidak menunjukkan wajah hampa.
Pengumuman itu dibuat oleh 2 juri tetap Raja Lawak 3, Shamsul Ghau Ghau dan Zaibo. Seorang lagi juri tetap adalah Fauziah Nawi manakala pengarah filem Antoo Fighter, Azizi Chunk juga duduk di meja pengadil malam tadi. Program Gelanggang Raja Lawak 3 itu dipancarkan secara langsung dari Studio 1, Pusat Penyiaran Asia (ABC).
Antara persembahan yang melucukan adalah Jihan beraksi sebagai 'hujan' dan kumpulan Sepah pula sebagai 'kapur' . Semua peserta juga diberikan kejutan iaitu perlu mempersembahkan lawak bisu atau silent comedy (mime) secara spontan.
Dalam segmen ini, Am walaupun tersingkir, telah menunjukkan lakonan bisu terbaik dan mendapat pujian Zaibo dan Fauziah Nawi. |
|
|
|
|
|
|
|
si amir tu xkuar pulak..menyampah lak :@ |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img27.imageshack.us/img27/2852/minggu8.jpg)
tata am + chot... ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 beta_easy\ catat
jozan ni lawak gak arr....
aku tak tau nak jawap secara absolute....tetapi mereka memang menyumbang pada rancangan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
jozan membantu gak la dlm RL3.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal..
peratus kejayaan raja lawak tu kredit kat JOZAN tu la....
klu Azwan Ali la jadi host.. ermmm... syok sendiri ler jawabnya... huhuhu....
AMir pernah wat injection masa mula RL3.. tapi last2 hampeh.....
bodo alang jek haku tgk... ( sowie kat fanatik die k.. )
kesimpulannya... so far host la yng mengebestkan RL3 neh...
Zaibo pun ada peranan gak tuh... sket2 ar.. huhuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
untuk season 3 ni.. yang aku rasa memberi sumbangan pd RL3 ialah
(mengikut susunan)
1 - Zizan - 40%
2 - Sepah - 33%
3 - Adlin Aman Ramli (seminggu je time die jadi pengkritik jemputan tu) - 10%
4 - Johan - 10%
5 - Amir (hanya untuk 2 minggu yang first SAHAJA) - 5%
6 - Zaibo (hampir semua komen die aku setuju) - 2%
yang lain x payah ade pon xpe |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Lawak: Peserta terlemah Amir terselamat, Am dan Chot tersingkir
![](http://www1.mstar.com.my/archives/2009/2/22/mstar_hiburan/amir11.jpg)
Amir terselamat, meskipun dilihat tidak layak memandangkan prestasinya yang langsung tidak memberangsangkan
EPISOD kelapan musim ketiga Raja Lawak minggu lepas membawa tajuk 'Bebas' dan peserta diberi pilihan membawa apa saja watak kecuali manusia. Episod yang dibimbing oleh Azizi Chunk, pengarah Antoo Fighter memberi kebebasan kepada pelajar untuk mengasah lagi bakat mereka di minggu-minggu terakhir, yang masih belum lagi menyerlahsepenuhnya.
Bimbingan yang diberi Aziz kurang dimanfaatkan sebaik mungkin kerana pesertamasih tidak dapat menangkap biji butir pelajaran yang diberi. Kalau hendak diharapkan idea memang seorang, dua saja peserta yang nampak bakat lawak semulajadi mereka.
Yang lain tu harapkan belas ihsan pengundi di luar sana untuk membantu mereka kekal di dalam pusingan Raja Lawak seterusnya.
Oleh kerana di pusingan ketujuh tiada penyingkiran yang berlaku maka di episod minggu lepas, yang ke udara pada jam 9 malam di Astro Prima, dua peserta diumumkan terkeluar dari Raja Lawak iaitu peserta solo Am dan peserta berkumpulan Chot.
Kalau diikutkan, peserta solo Amir yang berasal dari Kelantan yang lebih layak meninggalkan Gelanggang Raja Lawak berbanding dengan Chot.
Pilihan yang dibuat oleh penyokong Raja Lawak di sana tidak adil memandangkan prestasi Amir yang langsung tidak memberangsangkan.
Peserta berbadan kecil yang selalu mendapat 'pujian' simpati dari juri tetap Fauziah Nawi dan kadangkala Zaibo, seharusnya terkeluar minggu lepas.
Amir sememangnya tidak layak ke pusingan akhir bersama kumpulan LNJ, Sepah dan peserta solo wanita Jihan.
Sungguh memalukan melihat Amir yang terkial-kial melontarkan ideanya yang tidak lucu, lawak yang tidak menjadi bersama loghat Kelantannya yang pekat sekali.
Secara tidak sedar, martabat Raja Lawak musim ini menurun dan menjadi seperti gelanggang 'amatur' di mana lawak tadikapun boleh di kategorikan sebagai lucu.
Hairan sungguh kenapa tidak ada pemantauan dibuat untuk memastikan hanya yang terbaik saja layak ke pusingan seterusnya.
Apa yang terjadi saban minggu, Amir dibiarkan saja menjadi 'tukang karut' selama 2 minit. Kasihan melihat kegigihan Amir meneruskan perjuangannya di gelanggang Raja Lawak walau ramai sependapat mengatakan Amir antara peserta yang paling lemah, kurang berbakat dan tidak kreatif.
Jangan kerana susuknya yang kecil dan latar belakangnya sebagai penoreh getah memberi dia keistimewaan untuk berada terus di RajaLawak kerana ini sungguh tidak adil pada yang lain.
Sungguhpun Jihan adalah harapan pelawak wnaita tapi beliau juga mempunyai banyak kelemahan. Walaupun susunan cerita agak menarik, ianya kurang lucu.
Dari segi mutu persembahan dan kepuasan dari penonton, hanya dua peserta saja yang benar-benar berbakat dan boleh diasah - LNJ danSepah.
Yang lain, sekadar meramaikan peserta Raja Lawak musim ini. Nak kata mneyerikan pun tidak boleh kerana lawak mereka tidak meninggalkan kesan.
Memang benar, bakat yang ada perlu diasah tapi masalahnya peserta musim ini, bakat yang mereka ada tidak sebesar mana, jadi pembelajaran di Gelanggang Raja Lawak mungkin tidak akan meninggalkan kesan apa-apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 wizardLy_boy's post
wahh... very the analisis peratus...
tapi kan zizan n johan neh kena berganding gak baru mantop gitew...
Jozan 73.41 %
sepah 22.17 %
zaibo 3.21 %
shamsul 1.01%
lain2 0.20%
huhuhu..... bleh??![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku sokong kalo r.lwk3 best mmg sbb hostnyer
tujuan utame aku mmg nk tgk kombinasi johan zizan=jozan jek kat r.lwk3 ni...
jozan besh
aku bg 90% = jozan
6%=sepah
2%=chot
2%=lnj |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 realmatrix's post
awat johan 10%
jauhnya ngan zizan....![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pengkritik tetap pompuan RL3... Enot vs Ibu Pojiah
enot n ibu msing ada sumtin wrong....
Enot --- copy paste komen orang but cool.. takpun cakap.. "memang best.." @ komen seciput.....
Ibu Pojiah ----- kekadang over, emosional n moody...
so mane yg korang leh layannnnnnnnnnnnn???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|