|
saya akan ke sabah 25hb-28hb march nie....25hb sampai kt KK airport kul 1pm....balik lak depart kul &7am ke penang...so last day mmg xelh buat pa la...just check out hotel terus ke airport ja....
nak minta tolong nie...sapa2 yg dh penah pergi tu..boleh tolong propose travel itinerary utk 3 hari nie...
saya plan...25hb round2 KK, 26hb g kundasang , 27hb g pulau, 28hb balik penang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #438 uda's post
off topik gak..
uda.
tu la dah lama tak masuk sini. geng2 lama tu tah mana hilang. kino sebok dengan fotografi sekarang ni. soc entah mana diam membisu. eskrem ada gak kabar2nya. uda pon tak dengar kabar. ehehhe
kuih cincin? ehheheh kat sini ada je kuih cincin. nenek masih di kuching lagi.
luka hati tak terubat. ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
matbug,
Mai I tolong beri cadangan.
25/3 - Hari per1.
- After check-in dan solat. Kalau nak lunch. U keluar dari lobby hotel tu, pusing ke kiri, (kanan ke stesen bus, kk times square). terus jalan. U akan sampai di bangunan yang orang panggil api-api (warna hijau). Di bangunan ni ada beberapa restoren,either yang menghadap promenade or yang menghadapt asia city. Kalau kuat, jalan lagi, terus , after Marina Court, lintas jalan and u akan sampai ke City Plaza. Dibawah (LG) ada foodcourt. Disini ada gerai mamak, pizza hut, and beberapa gerai nasi melayu. Ada satu gerai tu, ban...yak sangat lauk-lauknya (tapi stail masakan sabahlah). For me, oklah.
Kalau ni U tak selera, U lintas jalan besar(sebelah kanan, if menghadap city plaza) ke Asia city. Disini ada restoren sri sempelang dan sri keningau. Lauk-lauk disini sedap juga.
Lepas lunch, u boleh ronda-ronda city plaza ni or plaza wawasan dan depan tu ialah pasar filipina. Jangan beli dulu. survey harga dulu sebab malam nanti nak gi pasar malam. Harga barangan dipasar filipina ni lebih mahal (2x or 3x ganda) dr pasar malam.
Depan City plaza tu, namanya sinsuran. Kat situ ada kedai Jamilah wholesales. Kedai dia di row yang 2nd or 3rd. Barangan crystals dan mutiara disini adalah murah dr pasar filipina. Ramai orang semenanjung beli disini.
Bila dah habis survey, u boleh gi ke belakang pasar filipina tu - ada banyak gerai-gerai jual makanan seperti sotong, ikan bakar. Tapi I tak advice makan disini sebab nampak kurang bersih. kata my friend, dia orang tak basuh ikan tu, dia orang celup dalam air,terus bakar. Sebab tu manis agaknya. Tapi ramai orang semnenajung dan tourist makan disini. Di pasar sebelah pasar filipina ni sebelah kanan (if menghadapnya) ada jual ikan bilis, kering dan semua seafood kering. Sebelah kiri dia pula jual empelang dan kuih cincin. empelang satu paket RM5, dan kalau 2 dapatlah RM9.00. Kena tawar tau.
Kalau nak dinner malam, depan hotel tu (sebelah kanan- distesen bas tu) ada gerai-gerai jual makanan.
Aktiviti malam hari :
- U boleh ke pasar malam dibelakang Le Meriden. Harga barang-barang mutiara dan crystals disini adalah lebih murah daripada pasar filipina. Ukurlah segala gerai disini. Mesti pandai tawar tau. Tawar separuh drp harga (at least).
Dah penat, pastu balik baru tiddur.Zz..Zz..Zz..
26/3 - 2nd day.
On the way balik, u bolehlah singgah di tamparuli. Tenguk jambatan gantung dia. Sebelah kanan jalan. Kena u-turn.
Tenguk beach kot on the way to salut tapi melencung sikitlah ke karambunai.
Balik dari salut -Jangan terus tidur. Since u ada kereta,Singah di Kg. Air. , Pergi ke pasar malam disini. Harga murah juga disini. Belanja lagi. Then baru balik ke hotel dan Zz...Zz...
27/3 - 3rd day
Jauh tau nak berjalan ke Jeselton Point. Adalah dalam 1+ km kot. Dia atas lagi drp pasar filipina.Berjalan ditengah panas pulak tu.
- Luch : boleh diJeselton Point (tapi mahal sikit) or ditempat-tempat yang I cadangkan di 1st day.
Aktiviti yang boleh dibuat : ukur kedai-kedai lagilah. Samada di City Plaza, KK Plaza or wawasan square. Saje-sajelah nak cuci mata. Ada satu kedai jual mutiara dan crystals di KK Plaza.Ground floor - murah juga harganya compared to pasar filipina. Kalau tak, duduk aje di jeselton point sambil tanguk bot-bot lalu and orang naik ke jeti.
Lagi satu boleh pergi ke Tg Aru tenguk beach. Tapi kena naik teksilah. harga dalam RM10 (flat rate untuk bandar).
Di area Tang Dynasty hotel takda kedai yang best - hanya ada giant, Parkson, beberapa gerai/kedai jual handicrafts dan ada foodcourt diluar. Tapi makanan kat foodcourt ni tak berapa enak.
Wah dah banyak tulis ni. Penatlah pulak. Nanti kalau I ingat apa-apa lagi, I akan tambah.
Enjoy ur trip. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #445 uda\ catat
terlupa lak nak tanya.....salut n tang dynasty jauh x?brapa jam prjalanan ek?
kawan yg rekemen kt sini seafood murah compare tempat lain...betul ka?
saya plan nk p malam 26/3 tu tp takut xsempat lak....kete sewa sehari ja...
kalau 27hb malam saya nk p salut...ada public transport tak g sana?teksi mesti ada kan..tp brapa dia org charge?
TQ ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak ke kundasang saya cdgkan bertolak jam 6 pg.. baru la sempat tgk puncak kinabalu.. kalau lewat kabusssss.. |
|
|
|
|
|
|
|
matbug,
Salut tu ja......uh dari hotel. Dia terletak di sepanggar iaitu jalan ke pelabuhan. Nak kata murah tu tak juga. Cuma seafood disini fresh.I tak pernah makan disini sebab I masak sendiri aje seafoodnya.![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
perghghhh..dasat la itinerary matbuq...leh tiru nnt neh..eheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #445 uda's post
Hi uda............
nak tanya since i see u know more about kk
saya ada terbaca dekat website yg area tang dynasty tu ada foodcourt kat tingkat atas and dalam foodcout tu ada restoran seri malindo, benar tak? yang saya tahu restoran seri malindo ada stu cawangan di api-api centre saja...
kat area KK time square tu banyak tak kedai-kedai yang sudah buka? because we are planning to stay @ KK times square hotel?
Gerai-gerai makan @ stesen bus tu masih di sana kah? dulu nya gerai-gerai ni kat tepi laut kan.....belum siap ya renovation kat sana? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #453 opie5662\ catat
sara g 22 - 25 bulan 5 ni..
byk sgt otel kat kk smpi sara tak tau nak dok kat mane... smpi skrg takleh nak pilih.. ingat nak g matta fair 13-15 march ni, mane tau de promosi kat sana psl kk.. leh sambar... ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sara_thrash at 11-3-2009 23:07 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
sara g 22 - 25 bulan 5 ni..
byk sgt otel kat kk smpi sara tak tau nak dok kat mane... smpi skrg takleh nak pilih.. ingat nak g matta fair 13-15 march ni, mane tau de promosi kat sana psl kk.. ...
matta fair kat mana sara.. i gi ujung bulan nie.. 4 ari 3 mlm. |
|
|
|
|
|
|
|
baru balik
aku baru balik dari KK... penat, tapi enjoy. kalau ada masa malam ni atau besok baru aku start tulis dan pos gambar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ct666 at 11-3-2009 22:04 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Hi uda............
nak tanya since i see u know more about kk
saya ada terbaca dekat website yg area tang dynasty tu ada foodcourt kat tingkat atas and dalam foodcout tu ada restoran seri m ...
Sorilah, tak perasan pula ada sri malindo diatas food court tu.Tak silap Sri malindo ada juga di KK Plaza selain drp Api-api.
Gerai-gerai yang di bus stesen tu ada lagi. Kalau stay di Times Square, u boleh either makan digerai-gerai bus stesen tu or jalan ke depan pergi ke sembulan -grace court food court. Kat sini standardlah sikit and spt yang I mention dulu, bilik air dia cantik - balinese style.
Yang ditepi laut tu - anjung senja tu bukan direneovate tetapi tempat tu akan dibangunkan hotel + shopping plaza baru. Tu yang promenade dan marina court protest.
[ Last edited by uda at 12-3-2009 13:25 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Paradox11 at 12-3-2009 13:20 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku baru balik dari KK... penat, tapi enjoy. kalau ada masa malam ni atau besok baru aku start tulis dan pos gambar.
x sabar nk dgr citer ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sara_thrash at 11-3-2009 11:07 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
sara g 22 - 25 bulan 5 ni..
byk sgt otel kat kk smpi sara tak tau nak dok kat mane... smpi skrg takleh nak pilih.. ingat nak g matta fair 13-15 march ni, mane tau de promosi kat sana psl kk.. ...
sara..opie gi Matta Fair esok...pagi2 lagi terus terjah PWTC...kalau tak nnt ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by qriecy at 12-3-2009 12:37 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
matta fair kat mana sara.. i gi ujung bulan nie.. 4 ari 3 mlm.
Matta Fair kat PWTC...esok sampai ahad |
|
|
|
|
|
|
| |
|