CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

ATM akan bantu PDRM menangani bersih 2.0 9 Julai 2011?

  [Copy link]
Post time 22-6-2011 02:23 PM | Show all posts
people should not be afraid of their goverments..

goverments should be afraid of their people..


go bersih go..go
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 02:24 PM | Show all posts
dorang pencacai IQ rendah UMNO BN nih kisah apa... dapat RM50 pun cukup berbahagia dah , pe ...
slippergombak Post at 22-6-2011 14:15



    Kalau dah rendah IQ tu.. mmg x tercapai dek akal nak berfikir mcm PR berfikir... Almaklom, molot dah sedap disuap dgn DANA RAKYAT... Kalau PAS mintak derma dari ahli pon depa mengeji.. Walhal, perangai depa tu lagi keji dpd hewan.. Hewan pon xde nak usik DANA AWAM... Dahlah keji, pengotor plak tu.. Suka sgt dgn kekotoran ewwww

Btw, tolong promote lagi

Bersih 2.0 t-shirts boleh dibeli dari Pejabat Empower Office, 13 Lorong 4/48e, Petaling Jaya (belakang Hospital Assunta). tel: 03 77844977. HARGA T-SHIRT: RM15 per t-shirt. Headbands: RM2

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:25 PM | Show all posts
people should not be afraid of their goverments..

goverments should be afraid of their people..
...
angura Post at 22-6-2011 14:23



    go go juga...kau pergi berdemo tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:27 PM | Show all posts
Reply 441# angura


   

WE CAN'T STOP THE RAIN.
WE CAN'T STOP THE WIND.
WE CAN'T STOP THE CLOUD.
THEY WON'T STOP BERSIH 2.0 RALLY ON JULY 9.
God willing, insya-Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:32 PM | Show all posts
Manami dah dapat jual sehelai baju kat angura....angura belilah banyak sikit kasi kat geng2 kau...tolong2 lah kawan buat bisnes.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:33 PM | Show all posts
manami kau tak nak BERSIH kan nama kau ke? dia orang panggil kau ibu fitnah tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2011 02:34 PM | Show all posts
Reply 443# stonefury


    hang nk join skli x....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:40 PM | Show all posts
Reply  stonefury


    hang nk join skli x....
angura Post at 22-6-2011 14:34


tak kot...demo2 ni untuk orang tak ada akal bolehlah...tapi kalau setakat nak tolong manami beli sehelai 2 baju apa salahnya...hang jangan jadi macam manami...sibuk suruh org gi demo yang dia sibuk dok cari keuntungan jual baju....turun demo pun tak.....kalau hang turun hati2 dok paling belakang pun tak apa...susah ohhh kalau kena tangkap...manami tak apa dia kat rumah kira2 duit keuntungan. kalau rasa nak tanggung dosa menyebabkan orang lain susah cari rezeki...silakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 02:53 PM | Show all posts
Reply 448# stonefury


menanggung dosa org lain cari rezeki????


makan tahun ke perhimpunan bersih 2.0 ni nnti...???


adakah perhimpunan ni yg pertama kt mesia sejak mesia  merdeka smpi benda2 @ alasan2 mcmni diterima pakai..
xleh terima akal tau...


klu semuanya berjalan lancar,ptg dh ok...ni klu ade persatuan lain wat onar smpi nk ugut2..mmg la jd chaos..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:53 PM | Show all posts
Reply 446# stonefury


    Pedulik haper haku ngko nak gelar haku haper? Molot longkang mmg buang masa je utk ditutup.. Ntah2 maltinik ngko tu yg menyebok ke hulu ke hilir ... Ngko kalau xde modal nak menjawab isu, mmg akan menyentuh hal2 individu... x gitu? Dasar hasad dengki & busuk hati.. dahlah suka kekotoran, IQ pon xleh nak diharap.. Paham sgt dah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:56 PM | Show all posts
Reply 449# angura


Pepuak tu menanggung dosa dgn piliharaya unfair, dgn merompak duit rakyat, makan dana awam utk kepentingan peribodi mmg tak kisah.. tp bab buat rally, dah mcm Tohan plak nak kata menaggung dosa... Apa diharap IQ mcm tu.. Pihak kepimpinan mereka pon dah naik riso pasal IQ2 belacan pencacai ni yg taunya pijak & usung kepala lumbu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:59 PM | Show all posts
PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO BERSIH 2.0 - harakah daily

Sempena Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganjurkan Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0 bagi mempromosikan himpunan berkenaan. Sehubungan dengan itu DPPWP menjemput mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah :

Tempat Pertama - RM 500
Tempat Kedua - RM 200
Tempat Ketiga - RM 100

Kriteria Video Yang Dikehendaki :

1. Minimum durasi video adalah 2 minit dan maksimum 5 minit
2. Memaparkan gambar atau rakam video berkaitan rakyat dan pilihanraya yang kotor
3. Memaparkan gambar atau rakam video himpunan Bersih
4. Memasukkan maklumat tarikh dan tempat Himpunan Bersih 2011
5. Memasukan maklumat 8 tuntutan Bersih, iaitu:




penyo dah submit!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 03:01 PM | Show all posts
Reply  stonefury


menanggung dosa org lain cari rezeki????


makan tahun ke perhimpunan bers ...
angura Post at 22-6-2011 14:53


hehehe kesian aku tengok tahap pemikiran kau...sah2 kau ni pkr atau dap...kalau PAS tu aku yakin sekurang-kurangnya tau jugalah hukum hakam ni. slippergombak tu tolak tepi...dia kategori ahli terencat akal.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 03:01 PM | Show all posts
Kalau dah rendah IQ tu.. mmg x tercapai dek akal nak berfikir mcm PR berfikir... Almaklom, ...
Manami Post at 22-6-2011 14:24



  IQ rendah nih jgn laa berharap boleh ajak berdemo pertahankan hak rakyat... dorang lebih rela berdemo sebab pertahankan chua soi lek... pertahankan utusan meloya tuh jerk.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 03:04 PM | Show all posts
Cut and Paste dari Blog DR.Maza

‘Bersih’ Wajib Berjalan Dengan Bersih
Disiarkan pada Jun 22, 2011 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan

‘BERSIH’ WAJIB BERJALAN DENGAN BERSIH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)





Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO ‘BERSIH’ menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;



1.Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.



2.Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan. Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.



3. Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:

    “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.

4. Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan. Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

5. Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak. Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.

6. Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peraturan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.

7. Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan. Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai BERSIH merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan BERSIH itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 03:05 PM | Show all posts
Reply  angura


Pepuak tu menanggung dosa dgn piliharaya unfair, dgn merompak duit rakyat, makan ...
Manami Post at 22-6-2011 14:56



hehe manami kau jual ajelah baju kau tu....sibuk nak meyampuk. kalau dah dia org tu merompak duit ke dia orang lah yang tanggung.....dah dia org menyusahkan rakyat...dia org lah tanggung dosa tu.....hang pun nak jadi mcm dia org juga ke? menyusahkan org ramai yang ada berjuta urusan dan tujuan hari tu? kata nak bersihkan semua tu ni dak, hang pun buat benda yang sama.....pasal tu aku rasa hang baik jual baju aje ...banyak lebai2 malang kat luar tu hang boleh perguna kaut keuntungan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 03:07 PM | Show all posts
Reply  stonefury


    Pedulik haper haku ngko nak gelar haku haper? Molot longkang mmg buang ma ...
Manami Post at 22-6-2011 14:53



    Mulut ko tak longkang ke???
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 03:20 PM | Show all posts
5. Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secaraaman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka iasesuatu yang diharamkan oleh syarak. Maka, sesiapa yang hendakmenyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akanmencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidakmemaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagimenggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.

ka_one2000 Post at 22-6-2011 15:04



    Tak demo pun depa memaki hamun...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 03:22 PM | Show all posts
Reply  angura


Pepuak tu menanggung dosa dgn piliharaya unfair, dgn merompak duit rakyat, makan ...
Manami Post at 22-6-2011 14:56



    ya bakal haiwan ternakan yg akan di gunakan untuk berkeliaran di jalanan nnti...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 03:26 PM | Show all posts
Tak demo pun depa memaki hamun...
xy_daen Post at 22-6-2011 15:20



    HAHAHA kau memang betul....tengok manami sudahlah....kau tau dia orang gelarkan dia ibu segala fitnah...hati2 bro.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.072352 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list