|
Dari segi segala-gala yang terkandung dalam Al-Quran
Apasal kau kata orang Arab cipta Al-Quran, pastu tiba-tiba saja mereka dah jadi tak reti cipta lagi dah..... sekali saja depa boleh cipta?
Hujjah tu tak logik langsung!
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau boleh nampak manusia cipta buku. Tapi kau ada nampak ke Tuhan cipta alam.
Alam & buku (kitab) berbeza. Jadi kau tak boleh samakan.
Mungkin sebab itu kau takut nak jawab soalan siapa cipta kitab Quran.
|
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
lu boleh nampak ke graviti?
lu boleh nampak ke tenaga?
lu boleh rasa je kan?
seakrang lu mau bukti sape yang cipta graviti..?
graviti pun lu boleh rasa sahaja..macam mana lu mau nampak sape yang cipta graviti...
sebab lu tak boleh nampak..maka lu conclude natural law...
bila minta bukti..tak boleh bagi..minta pula bukti tuhan yang kasi wujud pada kami..
tak payah jawab sape yang cipta quran...
pada kami semua pun tuhan cipta..
lu mungkin tak nampak...kami nampak senyatanya..
tapi..mungkin bukan untuk lu..selagi lu mengarut..
sudah nampak loop hole dalam fahaman lu, masih tamau mengaku..
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
Alion replied at 28-4-2015 01:26 PM
Agama tak ajar curi tapi agama ajar boleh masuk syurga asal tak syirik. Umat apa paling ramai pera ...
Kau tau ke berapa ramai umat yg syirik ni dan siapa pula yg sampaikn syurga utk kaum tertentu dan agama tertentu shj. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa artis wanita banyak berhijrah tapi intelek wanita kurang? |
|
|
|
|
|
|
|
Alion replied at 6-5-2015 04:12 PM
Quran ayat 4.82 sendiri kata jika banyak percanggahan bukan dari Allah. Quran memang byk percanggahan. Contohnya berapa tahun dunia sama satu hari akhirat. Ayat 22.47 - 1000 tahun. Ayat 70.4 - 50000 tahun. Kenyataan kadangkala amat sukar diterima.
Sudah lari isu Quran dicipta orang Arab?
Yang ayat kamu letak tu, kamu TAK FAHAM. Tu bukan percanggahan. Baca betul-betul....
Hari bagi pesalah yang di-AZAB.... tak sama bilangannya dengan Hari Malaikat-Malaikat melakukan tugas naik turun....
BACA BETUL-BETUL.... kamu ada masalah pemahaman!
|
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
sama je..lu yang tara faham..
itu sahaja ke yang diorang ajar untuk didebatkan...?
sudah lari dari topic lu ni...
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika banyak percanggahan bukan dari Allah. Lihat percanggahan seterusnya. Siapakah yg menyebabkan musibah. Ayat 4.78 - Allah. Ayat 4.79 - diri sendiri. Ayat 38.41 - syaitan. Mana satu betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 6-5-2015 04:42 PM
Alion replied at 6-5-2015 04:23 PM
Jika banyak percanggahan bukan dari Allah. Lihat percanggahan seterusnya. Siapakah yg menyebabkan musibah. Ayat 4.78 - Allah. Ayat 4.79 - diri sendiri. Ayat 38.41 - syaitan. Mana satu betul.
Kena faham, AKIBAT BAIK dan BURUK itu semuanya DARI ALLAH.
Keputusan yang buruk atau AKIBAT Buruk yang datang dari Allah itu hasil dari KESALAHAN manusia.
Ini bukan percanggahan, ini PENERANGAN. SILA FAHAMKAN.
Ayat 4.78: Akibat BAIK dan Akibat BURUK kepada manusia datang dari Allah
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?
Ayat 4.79 menerangkan bahawa keputusan BURUK yang Allah timpakan kepada manusia adalah hasil kesalahan manusia.
Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.
Ayat 38.41 pula menjelaskan gangguan Syaitan terhadap manusia, bukan bencana yang ditimpakan hasil kesalahan manusia. Bahkan Nabi Ayyub diangkat darjatnya sekalipun diganggu Syaitan.
Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhan-nya: "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan".
Semua ayat di atas betul... Alion yang tak faham konteks ayat di atas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita tak nampak siapa cipta graviti. Sebab itu kita panggil natural law. Kita tak boleh kata Tuhan cipta graviti jika tak ada bukti.
Serupa juga kita tak boleh kata Tuhan cipta kitab jika tak ada bukti. Lagipun jika Tuhan cipta kitab jadi sama dgn manusia pun cipta kitab. Tuhan yg berciri manusia adalah bukan Tuhan. Betul tak.
|
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh
so, macam mana kita boleh kata natural law pasal takde bukti pun kata natural law?
tuhan bukan cipta kitab mcam lu cipta kitab..
lu suka samakan tuhan dengan makhluk..sebab tu lu ingat tuhan cipta kitab macam lu..
kalau tuhan sama dengan makhluk..sapa tuhan sebenarnya...
kerana tuhan mendengar tapi bukan dengan telinga..
dan tuhan melihat tapi bukan dengan mata..
so, lu kena fikir beyond makhluk baru lu tahu tuhan yang cipta..
selagi lu berfikir tuhan itu makhluk macam lu..memang lu tak kan dapat fikir la..
tak masuk di akal lu..
keh keh keh
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by petola at 6-5-2015 05:28 PM
maciam maciam.. hehe
Alion,
anda hanya sebut nampak nampak nampak..
kalau nampak boleh percaya
kalau tak nampak means takda atau tak boleh dipercaya
cuba balik pada soalan asas yg menjadi bahan pemikiran dan perbincangan manusia sejak zaman berzaman lagi
iaitu apa yg kita boleh tau dan bagaimana kita boleh tahu
sebab itu ada bidang nama epistemologi.. teori tentang ilmu bagai..
rata2 sejak zaman berzaman manusia kata dan bincang kita boleh mengetahui tentang sesuatu melalui:
1. pure reason atau akal murni (iaitu guna daya fikir, secara sistematik.. misal logik)
2. sense perception / deria atau pengalaman (di sinilah istilah empirikal tu timbul, saintifik)
dan 3. intuition / ilham (ini org beragama atau ahli kerohanian terima)
kalau kita bicara tentang tuhan dan perkara2 yg ghaib atau logik2 tapi guna cara no. 2 sampai bila pun takkan jumpa jawapan... sebab untuk `jumpa' tuhan perlu guna cara 1. 2. dan 3.
malah dah ada yg saran pengalaman beragama juga boleh membuktikan kewujudan tuhan
kalau masih tak nak terima hasil drp cara 1 2 3 tadi, barulah kita lompat pada apa yg dipanggil percaya/believe..
dari zaman berzaman dah manusia tau dan faham percaya tu tak perlu bukti dan alasan apapun.. belief is beyond reason.. walaupun ada usaha untuk majukan konsep `reason to believe'.
sebab itu kalau dlm islam ada rukun iman.. percaya tuhan percaya malaikat percaya rasul etc.. percaya.. believe
dan sebab itu org beragama dipanggil believer.. org yg percaya.
ahli2 empirikal sendiripun mengakui bahawa pendekatan empirikal atau saintifik pun bukannya fool proof, pasti dan mutlak hasilnya. sesuatu itu hanya pasti setakat mana ia boleh dibuktikan saja.. bukannya mutlak. esok2 mungkin dibuktikan sebaliknya..
kalau anda nampak hantupun bukan semestinya ia hantu sebab mata pun boleh menipu, ditipu dan tertipu. gitu jugak pendengaran dan deria2 lain kita. semua boleh menipu kita.. napa, tak caya?
salam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak patot betol psikolojis2 tersebot membuat kenyataan sedemikian ropa, ia sudah pasti menguris perasaan orang2 yang merasakan diri-nya berogama, dan menaikkan gah orang2 yang dipanggil ateis. Kajian2 sedemikian, walopon betol sekalipon, tak usah-lah terlalu jujur kerana ia memberikan gambaran burok kepada mereka2 yang sentiasa mahu dilihat sebagai berada di pehak yang benar. Se-elok-nya, biar-lah ia-nya disimpolkan seperti tahap kepintaran di kalangan orang2 yang merasakan mereka berogama adalah out of this world, sedangkan di kalangan orang yang tidak percaya pola di tahap down to earth. Haa, baru-lah win-win. |
|
|
|
|
|
|
|
Keduanya berkenaan hari akhirat. Ayat 22.47 - 1 hari akhirat 1000 tahun dunia. Ayat 70.4 - 1 hari akhirat 50000 tahun dunia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayat 4.78 - baik & buruk dari Allah. Jika buat salah sebab Allah yg tentukan. Ayat 4.79 - baik dari Allah tapi buruk dari manusia. Jika buat salah sebab manusia sendiri yg tentukan. Jadi ayat 4.78 bercanggah dgn ayat 4.79.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuhan dikatakan tiada sifat makhluk. Jika akal makhluk boleh memikirkan Tuhan maknanya apa yg difikirkan sebetulnya bukan Tuhan. Tapi cuma imaginasi makhluk yg dikatakan Tuhan. Contohnya Tuhan bersifat hidup. Manusia akan berimaginasi Tuhan hidup macam manusia sebab itu yg mampu difikirkan oleh akal manusia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 6-5-2015 06:34 PM
Sila baca balik....
Yang 1000 tahun tu kiraan bagi yang DIAZAB, sehari dalam azab = 1000 tahun kiraan manusia
22:47. Dan mereka minta kepada kamu supaya disegerakan azab! Allah tidak akan mungkiri janji-Nya; dan sesungguhnya sehari dengan Pemelihara kamu seperti seribu tahun daripada hitungan kamu.
Yang 50,000 tahun tu pasal apa?
70.3 Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik
70.4 Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.
Sehari dalam urusan malaikat naik turun = 50,000 tahun. INI URUSAN MALAIKAT menghadap Allah...
Sehari urusan malaikat = 50,000 tahun kiraan manusia
Sehari azab manusia di akhirat = 1,000 tahun kiraan manusia di bumi
Sehari di Bumi = 1 hari kiraan manusia
Sehari di Bulan = berapa hari di Bumi?
Adakah semua sama?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 6-5-2015 06:44 PM
Baca betul-betul... AKIBAT BAIK dan BURUK memang dari Allah
Dan yang BAIK tu atas kurniaan Allah, yang buruk tu balasan yang Allah beri hasil dari kesalahan manusia
Contoh mudah:
Situasi:
Ayah bagi 1 hadiah kepada anak 1 dan juga 1 hadiah kepada anak 2.
Kemudian Anak 1 dapat tambahan 1 lagi hadiah, TAPI anak 2 kena rotan dengan ayah.... sebabnya anak 1 terima dan simpan hadiah tu dengan baik. Anak 2 pula rosakkan hadiah dan tak simpan dengan baik...
Akibat baik (dapat hadiah tambahan) tu dari Ayah, akibat buruk (kena rotan) pun dari Ayah. Sebab Anak 2 kena rotan tu kerana KESALAHAN yang dilakukannya dari pandangan Si Ayah...
Kalau tak faham lagi, memang kau ada masalah pemahaman!
|
|
|
|
|
|
|
|
Natural law - terjadi sendiri. Bukti - jatuh ke bawah bukan ke atas - terjadi sendiri.
Dengar sifat makhluk. Kau guna sifat makhluk bagi terangkan sifat Tuhan sebab kau tak tahu sifat Tuhan. Quran pun terangkan sifat Tuhan dgn sifat makhluk sebab Quran pun tak tahu sifat Tuhan. Betul tak.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|