|
[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)
[Copy link]
|
|
Cepatla update I just cant wait |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dammerung at 4-5-2016 12:25 PM
zuzu_amalia060677 (Bahagian Akhir)
Dua hari terlantar di hospital, Hazim dibenarkan pulang. Sepanjang dia di hospital pun takda apa berlaku. Search party cari Amelia pun dah diberhentikan lepas mereka gagal menemui perempuan psiko itu. Tapi bukanlah bermakna dah stop terus cuma low down dan komuniti disitu termasuk pihak polis masih monitor kalau ternampak wanita gelandangan bawak beg-beg plastik.
Sampai di bilik, Hazim landing atas tilam. Dia rasa macam ada something bawah bantal. Bila check terjumpa t-shirt PDI warna pink. Cepat-cepat Hazim sorokkan baju tersebut. Dia decide just to keep this one a secret. Dah tak sanggup dia nak nak put his family in panic again. Cukup lah tu. Lagipun kesian adik-adik dia sampai ayah tak bagi main kat luar. Dua hari terkurung membuatkan Hazim bosan so dia cakap kat mak nak pusing-pusing main basikal kejap.
Malam itu Hazim melepak kat rumah macam biasa dan join adik-adik yang lain tengok TV. Dia cuba berlagak dah moved on tapi sebenarnya dia trauma dengan kejadian Amelia ni. Setiap kali telefon berdering mesti dia panik, bukan dia saje tapi satu famili. Since masuk hospital, sering la telefon tu berbunyi tapi mostly saudara mara/rakan/family friend tanya khabar.
"Maaaaakkk" Panggil salah sorang adiknya dari dapur. Hazim yang kebetulan nak ke dapur turut sama ke sinki dimana adiknya berada.
"Apa plastik hitam kat pagar tu?" Tanya adik sambil tunjuk ke arah plastik sampah padat berisi tergantung di jeriji besi pagar. Hazim dah cemas. Lampu belakang dinyalakan dan mak panggil jiran sebelah. Ayah masa tu keluar pergi beli sate.
Pakcik sebelah rumah ditemani isteri dan anak bujang mereka 2 orang mendekati plastik tersebut. Bila di cucuk-cucuk dengan kayu macam ada something soft tapi berisi. Ditariknya sampai koyak plastik dan terkeluarlah bangkai kucing tak berkepala.
Istighfar panjang makcik sebelah rumah. Kejap je dah ramai jiran tetangga kat belakang rumah Hizam. Tengah ralit berteori pasal Amelia dan bangkai kucing tu, semua dikejutkan oleh budak-budak terjerit-jerit dari basikal masing-masing...
"MAKCIK GILA BEG PLASTIK ADE KAT TAMAN!!"
Kata Hizam yang first lompat atas motor ialah geng-geng bujang a.k.a mat rempit anak-anak jiran berhampiran. Ayah baru pulang waktu itu keluar balik pergi ke taman permainan bersama Hizam.
Sampai kat playground, geng-geng rempit taman dah berkerumun kat satu pokok rendang. Bawah pokok tu ada beg-beg plastik.
Dalam beg plastik banyak gila kain-kain, pakaian, langsir rumah pun ada, kain batik, kain pelikat, bra, spender laki dan perempuan, kain alas meja, macam-macamlah. Beg-beg plastik tu kata Hizam ialah beg yang shopping mall selalu bagi tu. Sebelum mall-mall start guna paper bag (atas dasar eco-friendly), zaman tu mall selalu guna plastik bag. Semua orang kat situ yakin ini adalah kepunyaan Amelia. Kata Hizam ada beg Sogo, Parkson, beg-beg butik kat Jalan TAR, beg IKEA pun ada dan semua isi baju kain entah mana si Amelia tu rembat.
Bunyi besi berlaga mengejutkan semua. Seorang wanita gelandangan berdiri di sebelah motor-motor kapcai yang dah bergelimpangan jatuh atas jalan. Wajahnya bengis. Hizam waktu itu cepat-cepat masuk dalam kereta. Dia tak sanggup nak berhadapan dengan 'Amelia' lagi.
Dari dalam kereta dia boleh dengar orang cakap;
"KEPUNG, KEPUNG!"
Hizam lihat dari cermin kereta bagaimana 'Amelia' meronta-ronta sambil terjerit-jerit menangis. Mat-mat rempit taman dah pegang kedua-dua pergelangan tangan dan kaki. Adalah dua tiga orang macam bagus pergi tampar dan herdik wanita gelandangan tersebut. Rasa kasihan dan penyesalan muncul di hati Hizam. Tak sanggup dia nak melihat 'Amelia' diperlakukan macam binatang mengamuk. Dipendekkan cerita, wanita gila pemunggah beg plastik di bawa oleh polis ke balai. Hizam dah tak tau apa jadi lepas tu.
Minggu berlalu dan kehidupan kembali seperti biasa. Parent Hizam pun dah lebih attentive terhadapnya. Internet disambung semula tapi Hizam dah tak macam dulu. Sebelum ni melekat kat depan monitor, sekarang ni nak tengok dia main seminggu sekali pun susah. End up ayah dia yang lebih-lebih main internet baca website politik baru dan paling panas ketika itu, Malaysiakini.
It takes months for him to fully recover, menurut kata Hizam. SPM pun dapat SAP tapi parent dia tak bising lah, considering he just got out from terrifying incident. Hizam repeat balik next year dan the rest is history, sampai la masuk universiti dan satu unit dengan aku.
Begitulah ceritanya.
Dan aku pun mematikan aplikasi rakaman di handphone. Aku masih ingat angguk-angguk kepala menandakan it's really an interesting story. Hizam tanya kat aku, apa aku nak buat dengan rakaman tu. Aku bagitahu takda apa, just hobby dan manalah tahu satu hari nanti aku terasa nak buat buku "Kisah-Kisah Dari Koleksi Paranormal", aku dah ada material. Aku dan Hizam tergelak bila dia suruh mentioned Hizam mirip Brad Pitt should I managed to get it published one day.
Kemudian Hizam tanya aku;
"Dam ko nak tau kenapa tetiba hari ni aku cerita kat ko pasal ni?"
"Ha apesal?"
"Ko nak tengok gambar zuzu_amelia tu tak?"
Waaaaa...of course lah nak. Hizam pergi ke PC nya buka browser. Aku excited gila.
"TADAAA" Seloroh Hizam siap dengan gayanya.
Di skrin monitor terpampang profile Friendster seseorang dengan handle name "Zuzu Amelia". Pada mulanya aku amazed mendapat peluang to see the infamous 'zuzu_amelia060677' but then I felt something not right.
"Zam, ko cakap tadi Amelia tu pompuan gile, ni apasal semua gamba budak-budak sekolah ni?" Tanya aku. Foto-foto dalam akaun Friendster tersebut penuh dengan budak-budak perempuan in high school. Just a typical social media profile of a high school girl.
"Siapa ni?" Tanya aku lagi.
"Adik aku lah" Jawab Hizam tenang.
WHAT? WHAT THE...
"Aku tak faham la Zam. Adik ko? So cerita tadi betul ke tak?" Aku makin confuse.
Hizam pandang mata aku. Mulutnya seolah-olah nak berkata sesuatu...
Tiba-tiba...
Hilai ketawa memenuhi bilik Hizam. Seorang mamat gemok tak berbaju terguling-guling atas katil sampai jatuh ke lantai, gelak punya pasal.
"Malam tadi aku binge movie-movie hantu yang aku dowload kat rumah haritu sampai pukul 7 pagi tadi. Tadi aku check email ada notification adik aku send friend request kat Friendster. Awkward gila..then tiba-tiba aku dapat idea buat cerita"
"So cerita ko ni tak betul la?"
"Tak...aku reka-reka je...best tak? hihihihihih" Kata Hizam sebagai penutup cerita.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hampeh hizam.
meh sini nak hempuk pala hizam...
tp mmg dasyat la amelia tu klau betoi
|
|
|
|
|
|
|
|
MasyaAllah! rasa cam nk tunjal2 je kepala si Hizam, rupanya dia yg pshyco |
|
|
|
|
|
|
|
haha wth sungguh. tak kelaka langsung! |
|
|
|
|
|
|
|
Mana rumah si Hizam ni??????:: |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-4-2016 03:25 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sorry lah semua. Aku tak berniat pun nak main-mainkan korang. Dah kasi disclaimer kan kat Bahagian I
Actually Hizam ialah silent reader kat sini. Dari haritu dok Whatsapp aku tanya cerita dia bila nak masuk thread. Aku cakap tak nak. Then dia paksa gak. Sebab dah hari-hari beruang kutub tak sedar diri nak glamer tu whatsapp aku minta masukkan cerita dia so aku mengalah lah.
Ha Zam. Citer ko dah masuk. Tengok ade orang marah. Semua salah kau. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Hok aloh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cissss...aku jadik SR kat sini..sejak semalam tggu update final chapter...akhirnya aku kuar nak komen...Sungguh kejam ko lukakan hati ku zam..hahahahah..:: |
|
|
|
|
|
|
|
tak kira...Dammerung kena up story baru bg mngubat kekeciwaan di hati kami .
hizam...esok akn ada beg plastik hitam tergantung kat depan rumah...... |
|
|
|
|
|
|
|
Akak harapkan Hizam yg SR tu tak segan silu menimbulkan dirinya.....
#Meh kita sekeh dia ramai2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lame x kene tipu, kuang ajarr |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha...tertipu mokcun
Awatnya hizam oiiiiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon sesaper hantarkn dak hizam ni jadi korban mat sentol bahau.. grrrrrrr!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib aku baca dari belakang..tp baca gakla cerita si penipu tu..amboii nak tipu pun x agak2 noh... |
|
|
|
|
|
|
|
Cilake hizam. : |
|
|
|
|
|
|
| |
|